Thursday, December 31, 2009

Abang Teksi

1. Sepanjang tahun ini aku banyak menggunakan pengangkutan awam; kalau tak LRT, teksi akan menjadi pilihan dan semalam aku dah mendapat satu lagi pengangkutan awam yang boleh digunakan sebagai alternatif iaitu bas RapidKL. Lagi murah; dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tambang cuma RM1.00.

2. Pemandu teksi adalah golongan yang paling banyak berinteraksi dengan rakyat Malaysia secara amnya dan mereka telah bertemu dengan pelbagai jenis latarbelakang manusia bahkan dalam sesetengah perkara mereka boleh menjadi penasihat kepada Kementerian JalanRaya; para pemandu teksi mempunyai pengetahuan selok-belok jalan di sesetengah tempat dan mereka juga sudah lali dengan kesesakan jalan raya jadi sudah tentu mereka tahu punca dan penyelesaian terhadap masalah ini.

3.Malangnya ada seorang menteri telah menyamakan pemandu teksi kita dengan 'jamban'. Aku tak tahu samada menteri ini pernah menaiki teksi atau tidak tapi kalau pernah pasti beliau akan berfikir dua kali sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.

4.Sebab pemandu teksi juga merupakan surveyor terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan sebab itu jangan terkejut ada YB yang berlakon jadi pemandu teksi dalam filem pendek berkenaan 1Malaysia. Siapa cakap pemandu teksi tak penting?

5. Dalam kesempatan yang ada aku akan berpeluang untuk bercerita hal-hal seputar politik bersama pemandu-pemandu teksi. Ternyata mereka adalah telinga rakyat yang sebenarnya, mereka tahu apa yang rakyat tak suka dan kenapa rakyat tidak menyokong kerajaan. Secara amnya, dari awal tahun hingga ke hujung tahun ini tidak banyak perubahan yang aku dengar. Momentum positif yang dicanang rupanya masih jauh dari sebenar. Sokongan terhadap kerajaan sekarang masih lemah; perubahan rakyat daripada tidak menyokong kepada menyokong terlalu perlahan dan dikhuatiri jika senario ini berlanjutan tidak mustahil PRU akan datang menyaksikan negara kita akan mendapat kerajaan baru.

6.Seperti kata seorang pemandu teksi berbangsa India yakni generasi muda tidak menyokong kerajaan. Itu aku tak nafikan bahkan momentum sokongan siswa IPT pun tidak banyak perubahan. Berikut disenaraikan beberapa sebab musabab rakyat masih tidak menyokong kerajaan:
  • Peribadi pemimpin & keluarga
  • Rasuah bermula sejak peringkat cawangan
  • Ketua Pemuda UMNO yang korup
  • Isu perkauman

7. Ada banyak lagi sebab-sebab kenapa rakyat masih lagi berada dalam mood indifferent atau tidak menyokong kerajaan tetapi cukuplah empat di atas. Kalau tidak ada juga sebarang langkah untuk mengatasi masalah tersebut maka tak perlulah aku ingatkan sekali lagi apa yang akan terjadi kepada PRU akan datang.

8. Harapan aku untuk kerajaan sekarang untuk tahun 2010? Cukup aku letakkan satu sahaja: Sila kembali ke landasan yang dahulu di mana kita menjadi juara negara dunia ketiga dan menjadi suara kepada negara-negara Islam. Tak perlulah nak jaga hati negara besar tu. Masa serang saudara kita di Iraq dan Palestin takda pun dia nak jaga hati kita. Yang kita nak jaga hati dia kenapa?

9. Oh mungkin ini jawapannya: ''Nak jaga kesejahteraan rakyat. Kalau AS dah tak melabur dan berdagang dengan kita macammana rakyat nak hidup sejahtera dan negara maju.''

10. Err satu lagi permintaan boleh? Tolong buang mereka yang dah terang-terangan korup dan lagi mengkorupkan negara. Kalau tak boleh tak apalah nanti kat 'dunia' yang lagi satu aku tuntutlah hak aku sebagai 'rakyat yang sepatutnya didahulukan'. Kalau rakyat dah cakap tak suka tapi tak nak dengar itu bukannya didahulukan lagi.

Selamat tahun baru 2010.

Friday, December 25, 2009

JANGAN JADI PENGECUT!

1. Bagaimana Pahang boleh menerima seorang penasihat British pada satu ketika dahulu?

2. Kalau mengikut sejarah ia disebabkan oleh kematian seorang penduduk yang membawa kepada alasan bahawa Pahang tidak mampu menjaga keselamatan dan keamanan negerinya sendiri. Akhirnya negeri ini menerima penasihat British.

3.Begitu juga di negeri-negeri lain. Perak contohnya, pergaduhan yang berlarutan untuk menguasai bijih timah dan perebutan takhta telah membawa kepada kekacauan dan ketidakstabilan kepada negeri tersebut. Akhirnya seorang residen British telah dilantik.

4. Apabila keselamatan negara dikompromi maka ia dianggap sebagai satu malapetaka kerana dengan kelemahan ini musuh di luar sana akan mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi keadaan. Mungkin tidak dengan menyerang secara terus tetapi menggunakan taktik seperti zaman kolonial dahulu yakni penjajahan secara senyap.

5. Kalau dahulu pada tahun 1998 ada kuasa besar yang cuba menjajah negara kita menerusi jalan ekonomi kini pada tahun 2009 kuasa besar ini mencari jalan lain.

6. Penarikan balik diplomat kita di Vienna kerana tidak menyokong dasar AS terhadap Iran merupakan satu impak di mana sekarang ini kita tidak boleh melawan apa yang AS buat. Kita dilihat sudah cenderung untuk memihak kepada AS dalam isu hubungan luar dan mengenepikan tanggungjawab sebagai salah satu komuniti dalam dunia Islam.

7. Bahkan sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi, hubungan luar ketika sangat dingin dan tidak ada reaksi yang menggerunkan sesiapa- aku fikir apabila berganti tampuk pemerintahan akan berubah jugalah hubungan luar tetapi sangkaanku meleset. Isu-isu yang melibatkan negara dunia ketiga dan negara Islam tidak mendapat respons yang konstruktif daripada kerajaan Malaysia. Tidak seperti dalam pentadbiran Tun Mahathir, 'jahat-jahat' dia pun masih berani menentang dasar berat sebelah AS secara terbuka. Beliau langsung tidak gentar untuk menghadapi sebarang kecaman; jauh sekali meminta pujian dari media Barat atau pengiktirafan daripada mereka.

8. Apa guna sebarang pujian dan pengiktirafan kalau semua itu tidak dapat membela kita di akhirat kelak saat di tanya Tuhan ''Apa yang telah kamu lakukan untuk membantu saudara kamu di Palestin, Iraq dan Afghanistan?''

9. Dan sekarang AS meminta laporan penuh tentang kehilangan dua enjin jet negara kita. Kes ini dikhuatiri akan membawa kepada campurtangan AS dalam isu pertahanan negara dengan lebih lanjut dan ini akan memberi satu lagi impak yang negatif kepada negara kita. Kalau mereka dah 'pegang' pertahanan negara faham-faham sahajalah. Pertahanan negara adalah public interest, kalau keselamatan negara telah dikompromi maka keselamatan rakyat juga akan dikompromi juga.

10.Berdoalah mereka (AS) itu tidak mempelajari sejarah bagaimana British berjaya menjajah negara kita tanpa perlu menumpahkan darah tenteranya sendiri. Dan berdoalah kerajaan Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang mempelajari sejarah negara kita dan tahu betapa liciknya kuasa barat dalam 'menjajah' negara lain.

11. And pray that we still have 'balls' to fight against any injustice committed by America towards the innocent people. America is not our God then why we should afraid of?

Ada cerita best daripada pemandu teksi dalam entri akan datang..

Monday, December 21, 2009

Blog To Unblock


1. Tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru- 2010. Bererti usia juga akan bertambah dan tidak ketinggalan juga usia blog ini juga akan bertambah menjadi setahun. Tak sangka dah setahun memegang status blogger dan alhamdulilah blog ini tidaklah terbengkalai begitu lama. Paling lama pun aku tinggalkan mungkin 2-3 hari tapi lepas tu mesti posting balik sebab taknak blog ni jadi macam rumah kosong. Kalau aku tak blogging ada 2 perkara sahaja: samada aku sibuk atau tak ada idea nak tulis. Yela nanti kalau aku tulis tanpa arah tujuan pun tak best jugak, sekurang-kurangnya setiap entri aku dapat memberi informasi dan 'kesegaran' idea-idea baru.
2. Bila tengok balik entri pertama jelas tujuan aku blogging ni hanya untuk memberi laporan berkenaan aktiviti kelab asasi undang-undang sahaja. Masa tu tengah jadi naib setiausaha jadi kenalah buat kerja sedikit. Tapi masuk sahaja bulan kedua blog aku ni dah bertukar orientasi dan menjadi lebih serius- politik. Tapi aku masih mengekalkan sentimen sebagai seorang blogger biasa; masih juga aku menceritakan hal-hal seharian dan juga berkenaan perkara-perkara yang kurang sedikit seriusnya.
3. Terdapat macam-macam jenis blog dalam dunia internet ni. Ada blog seperti diari peribadi- menceritakan tentang hal sendiri semata. Tak kurang juga yang ceritakan tentang aktiviti-aktiviti harian ( terutamanya para artis dan selebriti) dan ada juga yang berminat menulis akan isu semasa mahupun politik. Tapi menurut aku blog yang paling rendah statusnya adalah blog yang hanya menabur fitnah dan menyebarkan berita-berita palsu serta mengamalkan budaya ad hominem @ serangan peribadi.
4.Tak dinafikan bahawa blog adalah hak penulis untuk menulis apa yang disukai tetapi bak kata cikgu normah '' Orang akan menilai setiap bahan tulisan kita'' jadi secara tidak langsung blog juga akan mendedahkan identiti anda sebenar. Kalau sang blogger tu kaki fitnah kemungkinan besar dalam kehidupan sebenar dia pun suka menyebarkan fitnah. Jadi tak baguslah kalau seseorang membuat blog semata-mata untuk memalukan dan memburukkan orang lain serta menyebarkan berita-berita palsu.
5. Menjadi blogger selama setahun ini juga telah mengajar aku untuk sentiasa berlapang dada menerima sebarang pandangan daripada orang lain. Secara jujur aku sangat gembira bila dapat komentar daripada para pembaca, baik komen2 tersebut berbentuk pujian mahupun kutukan. Bererti dunia kita ini tidak membosankan; bayangkan kalau semua orang bersetuju dan hanya memuji apa yang kita buat. Seronok kalau dapat dengar pandangan mahupun kritikan walaupun kadang-kala kritikan tu hanya berbentuk serangan peribadi dan hanya sekadar untuk menyakitkan hati.
6. Blog juga telah menemukan aku dengan ramai orang tak kira latarbelakang apa sekalipun. Cuma aku mengharapkan supaya dapat lebih ramai kenalan daripada kaum lain serta dari luar negara. Bila dah ramai-ramai ni kadang2 xsempat nak menjenguk ke blog diaorang dan pohon maaf jika ada lagi blog member2 yang masih belum aku link. Insyallah akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.
7. Media perdana semakin hari akan mendapat sambutan yang semakin berkurangan kerana masyarakat sekarang lebih berminat menggunakan internet terutama blog dan laman web untuk mendapat berita sebenar. Secara jujur aku pun dah 'muak' dengan sesetengah media massa yang banyak menceritakan hal politik dan artis. Tak kisahlah kalau nak cerita pasal politik tapi kalau dah hari-hari politik, hari-hari asyik ceritakan keburukan orang itu ini, hari-hari asyik tunjukkan 'muka' orang yang cover kesalahan masa lampau dengan mengetengahkan lebih banyak kebaikan yang dia buat, sesiapa pun akan jadi bosan dan akan beralih ke media alternatif iaitu internet. Justeru secara jujur aku berpendapat blog akan menjadi tumpuan masyarakat di masa akan datang dan mereka akan lebih berminat untuk mendengar berita-berita dan story dari internet. Samada benar atau tidak yang penting mereka dapat tahu cerita dari pelbagai sudut dan pelbagai pihak.
8.Tapi kalau nak cari cerita atau news kat blog ini mintak maaflah sebab aku takda nak posting berita2 terkini yang penuh dengan informasi semata. Cara aku untuk menjadi seorang blogger adalah mudah: aku gabungkan berita atau informasi dengan idea serta pandangan aku sendiri. Kemudian aku serahkan kepada pembaca untuk menilai dan berfikir sendiri. Aku tak nak paksa orang supaya percaya dengan berita ataupun informasi yang diberikan sebab itu aku membuka ruang untuk berdiskusi dengan menyampaikan pendapat dan pandangan untuk setiap informasi yang aku ketengahkan.
9. Azam sebagai seorang blogger tahun 2010? Aku mahu mengetengahkan lebih banyak idea-idea baru dan segar, kalau boleh yang lain daripada arus pemikiran konvensional. Aku juga tidak akan menjadikan blog ini sebagai centre of politic tetapi akan menjadi sebuah blog yang lebih variasi, yang dapat mengupas lebih banyak isu-isu semasa selain daripada politik. Mungkin juga tentang hidup aku sebagai seorang pelajar dan juga sebagai rakyat Malaysia amnya.
10. Di bahagian atas blog ini disediakan satu 'kuasa' untuk para pembaca membuat pandangan sendiri tentang blog ini dan segala komentar, pandangan sangat dialukan dalam ruang komen di entri. Kadang-kadang bila kita dah jauh sangat berjalan tak sedar jalan kita tu lurus ke tidak jadi mendapatkan feedback daripada orang lain adalah sangat penting dan bermanfaat. Pada sesiapa yang masih belum ada blog sendiri diharapkan korang akan buat blog dan pada sesiapa yang ada teruskan menjadi blogger dan mudah-mudahan setiap tulisan kita akan menjadi manfaat kepada orang lain.
11. Persoalannya: Sampai bila aku akan menjadi blogger? sori takda rancangan nak 'berpencen' daripada menjadi seorang blogger buat masa sekarang.
PAS dah buat konvenyen blogger PAS 2009..Yang lain bila lagi?

Saturday, December 19, 2009

Menilai Dan Dinilai


1. Penilaian terhadap prestasi kerajaan menerusi NKRA sudah pun dimaklumkan kepada orang ramai. Malangnya orang-orang seperti aku tidak berkesempatan untuk pergi dan aku yakin ramai juga orang2 muda yang tak hadir (mengikut laporan NST setiausaha NUTP mencadangkan supaya hari terbuka NKRA dibuka lebih lama untuk menarik orang muda).
2. Memandangkan aku masih skeptikal bahawa pandangan dan idea aku akan didengar oleh mereka-mereka yang 'di atas' tu jadi lebih baik aku letakkan pandangan aku kat blog ini. Sangat berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri keempat kerana tidak mengenakan sekatan internet atau internet 'censoring'. Kalau tidak tak da tempatlah untuk aku tulis itu ini.
3. Sebelum aku tulis panjang lebar adalah baik untuk aku perjelaskan apa itu NKRA. Ia terdiri daripada 6 komponen: Mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar, menambah baik pengangkutan awam. Ia melibatkan beberapa kementerian untuk mencapai objektif tersebut.
4. Pandangan pertama: TANGGUNGJAWAB
Kalau dilihat keenam-enam komponen tersebut beserta dengan kementerian yang bertanggungjawab aku berpendapat ada kekurangan di beberapa komponen tersebut. Antaranya adalah memerangi rasuah yang digalas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri Abdul Aziz. Aku berpendapat dalam hal memerangi rasuah ini seharusnya digandingkan bersama dengan Menteri Agama Brigd Jen Jamil Khir kerana aku yakin untuk memerangi rasuah juga memerlukan pendekatan agama. Bila ada pegangan agama yang kuat barulah rasuah dapat dibendung. Begitu juga dengan meluaskan akses pendidikan seharusnya kementerian pengajian tinggi juga perlu berganding bahu bersama kementerian pendidikan untuk mencapai objektif tersebut kerana perhatian bukan sahaja diberikan untuk pengambilan pelajar-pelajar baru di peringkat sekolah rendah tetapi kesinambungan selepas sekolah juga penting kerana aku berpendapat ada juga pelajar-pelajar lepasan SPM tidak berpeluang untuk melanjut pelajaran ke IPT atas sebab-sebab tertentu.
5.Pandangan kedua: SPESIFIK
Terdetik di hati aku kenapa objektif-objektif tersebut tidak dimudahkan?Maksud aku ialah mudah difahami oleh rakyat dan lebih jelas apa sebenarnya yang hendak dicapai. Yang aku rasa jelas cuma akses pendidikan sahajalah sebab ada statistik untuk memastikan pelajar-pelajar baru masuk ke sekolah tapi yang lain? Contohnya kalau memerangi jenayah apa jenayah yang hendak dikurangkan?Berapa banyak penurunan kadar jenayah hendak dikurangkan? Bagaimana tahap keselamatan di setiap tempat? kalau pengangkutan awam pula apa yang hendak diperbaiki? Bukan setakat menambah lebih banyak bas dan LRT tetapi juga kualiti perkhidmatan mesti diutamakan. Lebih-lebih lagi pengguna Komuter KTM yang sentiasa terpaksa menunggu lebih lama akibat gangguan waktu perjalanan. Akibatnya banyak masa dibazirkan dan kekecewaan pasti timbul sebab isu ini dah lama sangat. Rakyat pun dah naik bosan.
6. Pandangan ketiga: KEMENTERIAN LAIN
NKRA hanya ditumpukan kepada beberapa kementerian sahaja tetapi bagaimana dengan kementerian lain? Aku juga berpendapat ada kementerian-kementerian yang terlibat dalam NKRA pun patut diberi objektif lain yang lebih tepat. Di bawah ini aku senaraikan beberapa kementerian bersama objektif-objektif yang aku rasakan sesuai untuk mereka:
a) Menteri di JPM hal ehwal agama- Mengurangkan kadar maksiat, pengukuhan institusi agama, program-program dakwah diperluaskan menggunakan teknologi
b)Kementerian Perumahan- Kuantiti projek-projek perumahan terbengkalai dikurangkan, program kitar semula perlu diperhalusi semula dan ikut modul yang dilaksanakan di kawasan perumahan Putrajaya
c) Kementerian Kesihatan- Penurunan jangkitan penyakit HIV/AIDS, Masalah demam denggi dikurangkan, kualiti gerai-gerai ditingkatkan, peratusan menderma darah bertambah
d) Kementerian Industri Antarabangsa- Jumlah Pelaburan Asing(FDI) ditingkatkan, kuantiti syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran luar negara, peningkatan industri kecil dan sederhana, kerjasama dengan negara-negara yang belum lagi menjalinkan hubungan perdagangan ditambah.
e)Kementerian IPT- Jumlah IPT yang mendapat status annex dipertingkatkan, kedudukan IPT Malaysia di ranking dunia diperbaiki, kenaikan jumlah pelajar-pelajar PhD dan kemasukan lebih banyak pelajar ke IPTA dan IPTS agar dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia mempunyai diploma atau ijazah.
f)Kementerian Luar Negara- Tahap hubungan dengan negara jiran , penglibatan lebih aktif dalam misi kemanusiaan terutama di negara-negara yang berkonflik, kebajikan rakyat @ pelajar Malaysia di luar negara dipertingkatkan
g) Kementerian Belia dan Sukan- Jumlah belia yang terlibat dengan dadah dan gejala sosial dikurangkan, prestasi atlet Malaysia di peringkat antarabangsa dan sasaran serta persiapan menghadapi sukan olimpik 2012 sekurang-kurangnya membawa balik satu emas, sasaran pasukan bola sepak ke piala dunia 2014, tahap pengurusan persatuan-persatuan sukan dipertingkatkan dan penglibatan belia dalam bidang sukan
h) Kementerian Pelancongan- Jumlah pelancong asing melawat Malaysia ditingkatkan, tahap promosi pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan di lokasi pelancongan
i) Kementerian Sumber Manusia- Jumlah pengangguran dikurangkan, masalah amah dan pekerja asing dikurangkan, penyertaan lebih ramai tenaga pekerja dari dalam negara sendiri.
j) Kementerian Pengguna- Pengawalan barang-barang makanan, kes-kes aduan pengguna dapat diselesaikan, kekurangan bekalan makanan komoditi dapat diatasi
k) Kementerian Jalan Raya- Infrastruktur jalan yang lebih baik, pengurangan kadar kesesakan jalan raya, penggunaan touch n go yang lebih meluas untuk mengatasi kesesakan, lorong-lorong untuk setiap jenis kenderaan diperluaskan.
l) Kementerian Pengangkutan- Kurangkan kadar kemalangan, penambahbaikan kualiti pengangkutan awam.
m) Kementerian Pertahanan- Jumlah kemasukan anggota tentera terutama di kalangan bukan Melayu ditambah, peningkatan kualiti senjata dan pertahanan, kebajikan keluarga anggota tentera diperbaiki.
n) Kementerian Wilayah Persekutuan- Tahap kebersihan kemudahan awam di bandar raya ditingkatkan, masalah setinggan dikurangkan, tahap keselamatan di bandar-bandar dipertingkatkan.
o) Kementerian Sains Teknologi- Lebih banyak akses internet, penciptaan barang teknologi dari tempatan dikomersialkan dan R&D ditingkatkan
7. Itu hanya sebahagian kementerian yang sempat aku sentuh dan aku yakin ada lagi kementerian-kementerian yang tidak aku sebutkan di atas. Oh dan seperkara lagi, sasaran untuk indeks prestasi ini juga harus spesifik: contohnya kementerian IPT mendapat maklumbalas dari pelajar-pelajar dan warga IPT, kementerian pertahanan ambil maklumbalas dari anggota tentera, kementerian pengangkutan ambil maklumbalas dari pengguna jalan raya. Perluaskan akses maklumbalas tersebut supaya rakyat lebih mudah didekati atau bahasa mudahnya 'keep in touch'. Ataupun gunakan kemudahan teknologi seperti mendekati rakyat dan memberi rakyat kemudahan untuk memberi maklumbalas di laman-laman sosial seperti facebook ataupun menyediakan borang2 maklumbalas di tempat kerja kakitangan awam.
8. Mungkin apa yang ditulis dalam entri kali ini telah diketahui oleh para pembaca.Mungkin juga telah dijelaskan sewaktu hari terbuka NKRA atau mungkin telahpun diambil sebagai sasaran oleh kementerian terbabit. Mungkin juga kedengaran seperti idea yang kurang matang atau childish. Tetapi itulah pendapat yang aku hendak berikan sebagai seorang rakyat Malaysia, pelajar IPT dan bakal pengundi serta pembayar cukai kelak. Setiap mereka yang mempunyai status warganegara Malaysia berhak untuk memberi pendapat dan maklumbalas.
nak dengar juga pendapat dari golongan guru, petani, pekerja-pekerja kakitangan awam & swasta, peniaga2 kedai,surirumah dan rakyat biasa umumnya. Baru lebih jelas, spesifik dan mudah difahami.

Friday, December 18, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 3: MALAM MASIH PANJANG


1. Konvensyen hari kedua. Masih lagi kabur.Terasa seperti konvensyen perpaduan ummah ini tidak bergerak menuju ke satu suara yang sama, satu tindakan atau resolusi yang aku inginkan hanya tinggal ingin sahaja. Kecewa? Tak sangat sebab aku pergi pun tak kena bayar apa-apa tapi tak taula peserta yang lain.
2. Apapun satu imej positif dari konvensyen ini ialah kejayaan penganjur menjemput wakil-wakil mazhab untuk duduk berbincang dan berkumpul membincang masalah ummah. Daripada wakil sunni, syiah hinggalah ke sufi dan salafi semuanya sanggup untuk bersama-sama dan berbincang.
3.Tibalah sesi terakhir dan aku menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan soalan telah diringkaskan iaitu '' What can we do to change our society from being the society that only agree and follow to a society that will lead and initiate our effort?''
4.Aku tak tahula samada penterjemah ni dia terjemah betul atau tidak tapi rata-rata speaker sangat 'marah' dan tercalar ego diaorang bila aku tanya soalan macamni.Mulalah dia start bagi ceramah pasal sejarah kegemilangan Islam, apa usaha yang telah kita buat iaitu buat pergerakan itu ini dan lain-lain.Yang pasti nada mereka sama; mereka tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa kita adalah society yang dianggap sebagai pak turut.
5.Aku tak de pun nak paksa semua orang setuju dengan pendapat aku. Bahkan Rasul sendiri pernah bersabda perbezaan pendapat di kalangan umatku adalah satu rahmat.Itu tandanya kegeniusan dan perkembangan intelektual sedang berlaku dalam umat baginda. Tetapi malangnya aku tak diberi peluang untuk mempertahankan pendapat aku jadinya aku menggunakan peluang sebagai seorang blogger ni untuk 'backfire' balik.Samada diaorang baca atau tidak itu terpulang yang penting aku nak buktikan yang aku bukan seorang 'penunduk'; terima bulat2 apa orang cakap.
6. Apakah salah untuk kita bercerita tentang sejarah kegemilangan Islam? Tidak salah bahkan ia menjadi satu motivasi untuk kita mengulanginya semula. Tetapi apabila kita hanya bercerita tanpa mengambil pengajaran dan hikmah daripada sejarah tersebut maka apakah nilai sejarah tersebut? Kita asyik berbangga dengan masa lalu, dengan pencapaian pada masa dahulu dan menurut aku orang yang selalu membanggakan masa lalu adalah orang yang cuba mencari eskapisme dari masa sekarang.Mereka seakan tidak bersedia untuk mengharungi masa depan dan 'memujuk' diri mereka bahawa mereka dulu pernah mencapai itu ini tetapi hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa untuk masa sekarang dan masa depan. Padahal kita boleh mencipta sejarah kita sendiri, mengulangi kehebatan kita pada masa lalu dan membina semula sejarah baru daripada runtuhan sejarah lampau.
7.Apabila aku menggunakan perkataan effort dalam soalan tersebut bererti tindakan, usaha atau action. Memang betul kita ada buat bermacam pertubuhan dan konvensyen tetapi di mana usaha dan solusi? Kita banyak memberi pendapat dan idea tetapi apakah kita melaksanakan idea tersebut. Bagi mereka yang punya peluang,punya kedudukan dan kuasa sangat hebat bila berhujah dan bercakap tetapi bila sampai untuk bertindak ________(isi dengan perkataan yang sesuai)
8. Apa yang aku cuba sampaikan adalah kenapa kita harus terima bulat2 segala informasi dan laporan yang dibuat oleh Barat? Apabila mereka menuduh Hamas adalah pengganas semua mengangguk dan mengiyakan. Apabila mereka memberitahu dunia bahawa 9/11 adalah perbuatan orang Islam semua bersetuju tanpa membantah. Padahal serangan 9/11 itu kalau dikaji semula komfem itu adalah konspirasi yang dicipta oleh bekas Presiden AS sendiri; aku boleh cakap benda ni sebab inilah tajuk yang aku buat sewaktu persuasive speech semester lepas. Sebab itu jangan terkejut bilamana Bush menyerang Iraq dan 'berjaya' membunuh ribuan rakyat Iraq yang tidak berdosa kerana beliau sendiri sanggup untuk membunuh rakyat beliau sendiri.
9. lebih daripada itu, laporan2 seperti Goldstone Report yang menceritakan tentang jenayah perang di Gaza juga diterima meskipun kalau dilihat dari sudut lain Goldstone Report masih mengekalkan sentimen 'balance' yang aku ceritakan dalam entri yang lepas. Nah sekali lagi; kenapa tidak kita sendiri orang Islam yang pergi dan membuat laporan tersebut?Kenapa kita perlu terima dan ikut orang lain?
10.Seorang speaker ketika menjawab soalan aku tu agak sinis bunyinya '' If they can take from us at the past why can't we take it from them?'' dan ini pula jawapan aku ''If we take from them 100% without any new improvement and new suggestion aka innovation than what kind of society we are? We are just their a** follower''
11.Memang betul mereka ambil banyak daripada kita tetapi mereka tidak menerima bulat-bulat.Mereka ubah dan perbaiki semula. Inovasi dan perbaharui. Cabar pemikiran konvensional dan cari jalan unorthodox barulah kita dapat jadi 'the great ummah' seperti yang tertulis dalam Quran.
12. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi..semuanya telah diceritakan dan timbul penyesalan kerana aku didedahkan dengan perkara2 sebegini dalam usia yang masih muda.Sebab itu apa yang aku cakap dan cuba nyatakan dipandang remeh oleh golongan-golongan yang egois dan memandang rendah kepada orang muda. Macam kisah ''Hang Nadim dan Singapura dilanggar todak''.
Aku serahkan kepada yang sedang membaca untuk membuat kesimpulan...

Thursday, December 17, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 2: DIPLOMASI ATAU HIPOKRASI?

1. Hari pertama sepatutnya habis pukul 5.30 petang tetapi aku stay sampai nak dekat pukul 7 sebab join satu lagi sesi unofficial berkenaan dengan diplomasi dalam Islam. Ia disampaikan oleh seorang penceramah yang berasal dari China.

2. Dari segi teori sangat lengkap dan perfect-takda siapa yang mempertikaikan bahawa Al-Quran dan Sunnah telah menyediakan modul lengkap untuk kita berdiplomasi. Tetapi persoalannya: praktikal?

3. Tiba waktu untuk sesi soal jawab. Aku pun bangun dan bertanyakan soalan ''Palestine-Israel conflict has continued for over 60 years. Do u still think that diplomacy relevant in this issue and how we want to implement it?''

4. Jawapan yang diberikan tidaklah sebagaimana yang aku harapkan tetapi kudos untuk beliau kerana beliau memahami tentang sejarah Palestin. Cuma yang aku sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh tuan moderator iaitu Tan Sri Hasmy Agam. Beliau adalah bekas diplomat Malaysia yang bertugas di PBB.

5. Tan Sri Hasmy memberitahu satu perkara yang sangat mengejutkan dan aku sampai sekarang masih terasa 'terpukul' dengan cerita tersebut. Sewaktu kejadian Israel menyerang Palestin pada satu ketika dahulu beliau telah melaksanakan satu draf resolusi untuk mengecam dan mengkritik perbuatan tersebut di PBB. Tetapi usaha tersebut mendapat sambutan dingin dari sebuah negara Arab-Islam yang meminta agar resolusi tersebut kelihatan sedikit 'lembut' dan balance. Lepas dah ubah negara tersebut minta tarik diri.

6.Sangat memalukan dan menghinakan. Negara Islam sendiri takut nak menyatakan kebenaran dan sekarang perkara tersebut dah menular ke negara kita apabila seorang diplomat negara telah diminta pulang kerana tidak menyokong dasar Amerika Syarikat.

7. Sejak mendengar cerita tersebut aku meragui usaha negara-negara Arab untuk membantu Palestin.Memang macam harapan la nak harapkan diaorang. Aku sendiri yakin satu hari nanti kalau Palestin bebas sekalipun bukanlah di tangan bangsa Arab.

8.Sekali lagi: Diplomasi masih relevan untuk krisis Palestin-Israel? Atau sekadar untuk menutup hipokrasi?

Ada orang tuduh orang lain sebagai kejam, diktator dll tetapi bila time nak mempertahankan saudara di Palestin, nak mengkritik kuasa besar cari jugak orang yang dituduh sebagai diktator tu. Yang kononnya berperibadi alim, warak dan lebih 'dihormati' oleh barat aka 'sahabat' beliau tak pulak nak kritik atau tegur ketidak adilan yang dilakukan oleh 'sahabat' dia tu. Macam tu ke perangai 'pejuang Islam' yang sebenar?

Wednesday, December 16, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 1


1. Satu malam tak boleh tidur gara-gara tertidur melebihi waktu yang ditetapkan. Tak pasal-pasal aku dah boleh apply masuk citer 24 sebab mampu berjaga kira-kira 26 jam ( pastu balik rumah terus pengsan sampai xmakan malam).


2. Sebenarnya aku dapat offer untuk join Muslim Unity Convention yang dianjurkan oleh Ramadhan Foundation bertempat di PWTC. Mula2 tu aku dah cuak jugak sebab aku join pun atas nama organiser (Myevents) tapi pakaian mintak pakai baju formal. So bila event start aku ditugaskan untuk join security department. Hah asal?terkejut orang kurus macam aku boleh jadi security? haha yang penting boss kasi 5 bintang dan offer untuk join lagi for the future event
3. Di kala kebanyakan orang dah balik aku dan beberapa tetamu yang lain masih di PWTC untuk dengar colloqium yang dianjurkan oleh Beit Atfal pulak. Sebenarnya ada story ketika event ni berlangsung tapi tu nanti aku cerita dalam post akan datang sebab hari ini konvensyen tu masih berlangsung so better aku summarise semua benda nanti.
4. Time keluar dari PWCT dummm! hujan di waktu senja mengambil tempat di Kuala Lumpur. Kalau nak tunggu berhenti memang sampai malam la aku tercegat dengan baju kot tu. At last aku pun redah jela untuk sampai ke stesen LRT. Basah kuyup; orang sekeliling pandang semacam je. Seorang budak berpakaian lengkap kot warna hijau berlari macam kena kejar dengan orang lain dalam hujan lebat.
5.Dah habis satu cerita. Pergi naik LRT pakai kad touch n Go. Time kat stesen PWTC memang ok tapi bila nak keluar kat stesen Masjid Jamek ntah ape tiba-tiba kad aku tu tidak disahkan. Dunia aku jadi gelap-gelita dan terpaksalah aku back off memandangkan orang semakin ramai. Aku punya cara ialah nak pergi mintak bantuan kat akak yang bertugas kat kaunter tapi aku tengok dia pun macam buat tak kisah so aku pun dengan muka selamba dan tengok line clear ke tidak terus aku keluar ikut lorong pas bulanan. Nasib aku baik sebab takda pengawal yang jaga so aku pun terus jalan dan berlari secepat mungkin untuk keluar dari stesen masjid jamek tu. Dalam hati aku dah mula saspens kalau-kalau ada pak guard perasan dari cctv terus kejar cari aku kan susah. Tapi alhamdulilah sampai aku di rumah masih tiada orang yang ikut dan tahan aku.
6.Siapa cakap jadi ejen senang? jadi ejen nombor ekor pun susah sebab asyik kena lari daripada polis

Thursday, December 10, 2009

Awas!Mengandungi unsur rasis yang tidak keterlaluan

1. Entah pasal apa minggu ni banyak sangat benda-benda yang berkaitan dengan perkataan rasis (racist) atau lebih tepat perkauman. Aku pun baru tau yang rasis ni pun bukan setakat dalam politik tetapi time main game pun ada. Sangat hebat semangat perkauman ini.

2. Pasal BTN?Tak mahu komen panjang-panjang.Rasanya benda ni kalau nak komen atau pertikaikan patut buat dari dulu lagi sejak tahun 1974, bukannya sekarang tahun 2009 baru nak kecoh itu ini. Dah tak ada isu itu pasal kes 20-30 tahun dulu pun boleh dibangkitkan semula.Cuma terasa sinis sebab orang yang menuduh orang lain rasis sebenarnya dia pun rasis jugak.Kalau tak buat apa masuk parti yang berasaskan kaum.

3.Bila orang Melayu cerita sikit mengenai bab macamani terus mendapat anugerah rasis. Tak boleh sebut langsung pasal perkara-perkara yang berkaitan kaum ni. Orang Melayu kena jadi lemah-lembut, mesti banyak toleransi dan menjaga hati kaum lain. Itulah yang selalu menjadi mind-set sejak awal kemerdekaan lain. Demi mencapai semangat perpaduan dan kemerdekaan prinsip jus soli diterima dan sebagai galang ganti hak istimewa untuk kaum bumiputera diperkenalkan.

4.Tapi itu kalau orang Melayu. Kalau orang lain? Siapa yang menghina lagu negaraku di negara asing dengan menyanyikan lagu negarakuku? Siapa yang sekarang ini mempersoalkan hak istimewa bumiputera dengan sangat lantang dan kerap?Kononnya untuk mencapai matlamat 1Malaysia hak bumiputera mesti dihapuskan( memang dasar tak belajar sejarah. Dah dapat prinsip jus soli pun masih lupa diri). Siapa yang baru-baru ini mempertikaikan tindakan kerajaan membina banyak masjid dan pusat kegiatan agama Islam?( pergi buka buku perlembagaan persekutuan dan baca artikel 3 dan 12. Kalau tak faham juga sila rujuk pakar perlembagaan negara Prof Abdul Aziz Bari).

5.Kenapa orang-orang seperti dalam no.4 itu tidak dilabel sebagai rasis?Semua senyap kalau bangsa asing mempersoalkan itu ini berkenaan orang Melayu tapi bila kita cakap sedikit untuk menyuarakan pendapat berkenaan hak dan pendirian kita komfem dapat anugerah rasis itu dengan percuma.

6.Bukan bermaksud hendak rasis dan menyinggung perasaan kaum lain tapi inilah terjadi kalau orang tak faham tentang sejarah dan perlembagaan negara. Kalau nak cakap Malaysia mengamalkan rasis, jangan lupa untuk menjenguk negara jiran yang juga mengamalkan rasis secara senyap. Bahkan di Amerika sendiri pun kononnya sudah tidak mengamalkan rasis lagi kerana sudah ada Presiden berkulit hitam sekarang sebenarnya masih lagi mengamalkan rasis di beberapa tempat.

7.Rasis ada di mana-mana. Cuma ia tak perlu diperbesar atau diapi-apikan.

8.Soalan bonus: Apakah dengan belajar di institusi yang dikhaskan oleh kaum bumiputera sahaja membuatkan aku semakin rasis? Jawapan jujur: Tak terasa pun semakin rasis sebab kawan-kawan yang berbangsa Cina dan India masih lagi aku hubungi dan friendship kitaorang masih tetap maintain.Cuma aku menjadi lebih tahu tentang posisi sebenar dan mengetahui susur galur wujudnya hak bumiputera sejak masuk ke dalam UiTM ni.

Tengok telefilem Gadoh...satu pendedahan yang sangat terus-terang dan jujur pasal perihal rasis ni.

Wednesday, December 9, 2009

Melayu Mudah Lupa versi UMNO

1.Orang cakap kalau berdoa di hadapan kaabah doa kita pasti dimakbulkan Tuhan. Makcik aku yang pernah pergi Mekah berdoa agar penglihatan dia jadi baik dan tak perlu pakai cermin mata lagi. Dan doa beliau termakbul.

2. Ketua Pemuda UMNO akhirnya akan menjawat jawatan timbalan menteri. Desas-desus mengatakan beliau akan memegang jawatan di Kementerian Pengajian Tinggi @ IPT.

3. Fikir punya fikir akhirnya aku dapat dua sebab kenapa beliau dibawa ke dalam kementerian IPT. Yang pertama: beliau bekas pelajar Oxford dan mungkin boleh menggunakan pengetahuan dan pengalaman beliau di Oxford untuk diserapkan ke dalam IPTA dan IPTS. Kalau macam tu berita baik untuk semua mahasiswa kerana kita akan dapat duit 'biasiswa' yang lebih banyak. Paling sikit pun RM5000 dalam tangan.

4. Yang kedua: beliau Ketua Pemuda UMNO dan ini merupakan platform terbaik beliau untuk menarik golongan muda yang membentuk komuniti majoriti di IPT menyertai UMNO.Mungkinkah beliau akan menggunakan universiti untuk menambah sokongan orang muda ke atas UMNO?Atau mungkin beliau akan hadir dengan membawa satu isu yang kontroversi-barangkali cadangan untuk menghapuskan AUKU supaya dengan itu imej beliau di mata mahasiswa akan menjadi seperti seorang hero yang akan berusaha memansuhkan AUKU. Ini sekaligus akan membawa momentum 'cool down' dan mula yakin dengan kemampuan beliau sebagai Ketua Pemuda.

5. Tapi janganlah menyangka mahasiswa sekarang seperti budak-budak yang boleh digulakan dengan mudah. Takda sesiapa pun yang dapat melupakan 'dosa' beliau menggunakan duit untuk mendapat jawatan Ketua Pemuda. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melupakan peranan beliau dalam pentadbiran Tun Abdullah; bahkan tiada seseorang pun yang akan melupakan bagaimana beliau cuba menganugerahi mat rempit dengan gelaran baru: mat cemerlang.

6.Apakah dengan kemasukan beliau dalam kementerian IPT akan membawa sokongan positif daripada golongan muda kepada UMNO? Kalau diamati betul2 keputusan ini juga ibarat menggali kubur sendiri sebab parti pembangkang akan mengeksploitasi golongan siswa untuk terus menentang UMNO kerana menjadikan Ketua Pemuda yang menang kerana rasuah menjawat jawatan dalam kementerian IPT.

7.Dan ya pelantikan beliau tidak akan membawa sokongan siswa yang bakal menjadi pengundi baru pada PRU yang akan datang untuk mengundi UMNO.Tapi kalau pemimpin UMNO rasa boleh, aku ucapkan selamat bersedia untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya.

8.Kerana seorang, UMNO akan kehilangan berjuta undi daripada pengundi muda. Parti pembangkang dah boleh bertepuk tangan sekarang.

Melayu mudah lupa.UMNO mudah lupa.

Dengar cerita ada menteri kanan yang 'paksa' supaya KP UMNO ni jadi timbalan menteri. Rasa2 macam dah tau..

Monday, December 7, 2009

DEMOKRASI


1. Seorang penduduk Iraq memberitahu kepada seorang wartawan sejurus penaklukan AS ke atas Iraq tentang demokrasi. Komentar beliau cukup ringkas tetapi padat dengan mesej
'' Apakah perlu saya membayar demokrasi yang Bush bawa dengan nyawa 6 ahli keluarga saya yang telah terbunuh dalam serangan AS ke atas negara ini?''
2. Salah satu alasan serangan Amerika ke atas Iraq adalah membawa demokrasi ke negara tersebut dan menghentikan pemerintahan diktator Saddam Hussein. Anehnya kenapa AS tidak pergi menyerang negara yang mengamalkan pemerintahan diktator seperti di Korea Utara dan Cuba?
3. Kemenangan dalam Perang Dingin telah membawa dunia untuk menerima idea demokrasi dan menghapuskan fahaman komunisme. Demokrasi dikaitkan dengan kebebasan- tanpa sempadan. Ia telah membawa kepada penciptaan hak asasi manusia @ fundamental liberties serta membawa dunia ke era globalisasi. Ada juga berpendapat bahawa demokrasi adalah kebebasan mutlak-sesiapa pun bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu ada sekatan dan ia sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara yang seringkali menjadi pertikaian dalam isu demokrasi ini.
4. Salah satu usaha pentadbiran Tun Abdullah adalah membuang imej 'diktator' yang dibawa dalam pentadbiran Tun Mahathir. Maka beberapa pihak sudah menyuarakan pendapat dan kebebasan masing-masing; beberapa perhimpunan diadakan untuk menuntut hak mereka. Tetapi terbukti eksperimen ini gagal- pentadbiran Tun Abdullah dalam masa kurang dari 10 tahun telah merekodkan beberapa kali orang keluar masuk ISA. ISA digunakan secara radikal untuk menangkap golongan yang berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Nah adakah ini yang disebut demokrasi?
5. Apabila berlangsung satu perhimpunan atau demonstrasi kita akan berpegang teguh pada hak kebebasan fundamental artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi tanpa disedari demonstrasi itu juga telah mencabuli hak kebebasan orang lain- yang ingin bergerak dan keluar berhujung minggu bersama keluarga, yang ingin menziarahi sanak-saudara di hospital dan juga ancaman tindakan agresif yang membawa kepada kecederaan mahupun kematian ke atas orang yang tidak terlibat.
6. Dan kerana demokrasi, berpuluh ribu nyawa melayang di Iraq dan jurang antara yang miskin dengan yang kaya semakin besar. Atas nama kebebasan dan demokrasi di AS contohnya orang biasa diberikan lesen untuk memiliki senjata dan akibatnya kos keselamatan terpaksa ditingkatkan dan berlaku insiden pembunuhan yang tidak diingini.
Pendirian
1. Dalam hal demokrasi secara jujur aku sendiri tidak menyokong kebebasan 100%- liberalisme yang terlalu menjunjung demokrasi dan berhujah atas nama hak asasi manusia. Kalau diteliti hak asasi manusia yang diperjuangkan adakalanya bercanggah dengan pegangan agama Islam bahkan seakan menghina dan mempertikaikan hukum Tuhan. Hak asasi untuk kahwin sesama jenis tidaklah dapat diterima dalam agama Islam dan beberapa pandangan dikeluarkan kononnya hukuman hudud dan qisas dalam Islam adalah mencabuli hak asasi manusia.
2. Kebebasan punya keterbatasan dan had sempadan. Bahkan makna hudud itu sendiri membawa erti sempadan. Apakah yang akan jadi jika jalanraya tidak mempunyai lampu isyarat hanya kerana atas dasar tidak mahu mengongkong dan mengawal pengguna jalan raya? Apakah yang akan terjadi jika tiada hukuman dikenakan, tiada undang-undang untuk mengawal sikap manusia?Kalaulah Islam menghalalkan perkahwinan sejenis maka martabat manusia itu sendiri lebih rendah daripada haiwan- kerana haiwan sendiri tidak mengawan dengan sesama jenis.
3.Apabila manusia terlalu mengagungkan kebebasan mutlak maka kedudukan sebagai khalifah atau wakil Allah di atas muka bumi ini akan menjadi lebih hina daripada makhluk2 Allah yang lain.
4. Aku bersetuju dengan konsep demokrasi dalam ertikata memberi kebebasan untuk kita memilih siapa pemimpin kita dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat tanpa perlu mencabuli hak kebebasan orang lain. Atau ertikata lain; mengikut saluran yang benar. Pilihanraya adalah suara sebenar rakyat dan melalui pilihanraya kita berhak untuk memilih siapa yang akan mentadbir negara kita.
5. Tetapi aku tidak bersetuju andaikata seseorang pemimpin itu perlu mengamalkan kebebasan mutlak dan perlu menghapuskan undang-undang yang dilihat sebagai menghalang hak asasi manusia. Jika undang-undang itu mampu membawa kestabilan dan perpaduan maka apakah itu menjadi satu dosa dan kesalahan untuk mengawal maksud demokrasi?
6. Dan ya-aku seorang konservatif. Aku tidak berpegang pada prinsip democracy liberty yang diagungkan oleh barat. Aku lebih cenderung kepada demokrasi yang terkawal sesuai dengan melindungi kestabilan, perpaduan dan masa depan negara. Atau dalam dunia undang-undang golongan macam aku ni dipanggil naturalist- yang meyakini bahawa undang-undang adalah untuk membendung kejahatan ( Stephens) dan undang-undang ciptaan Tuhan adalah the supreme law( Aquinas)
7. Persoalannya: kenapa kita perlu menjadikan pandangan barat sebagai rujukan? Kenapa kita perlu menerima konsep hak kebebasan dan asasi mereka yang ada kalanya bertentangan dengan agama dan cara hidup kita?
8. Jika ada yang mahu menggunakan hujah demokrasi dan kebebasan mutlak mahupun hak asasi manusia yang bertentangan dengan syariat pada saat pengadilan di mahkamah Tuhan kelak silakan. Tetapi aku belum bersedia untuk menggunakan perkara ini sebagai hujah. Jika kita percaya Islam sebagai agama yang syumul, ad-deen atau cara hidup yang sebenar maka pasti hak asasi sebenar terkandung dalam hukum ciptaan Tuhan.
mungkin ini sebabnya Aristotle berpendapat bahawa demokrasi adalah sistem yang terburuk dalam sekian sistem pemerintahan di dunia ini...

Sunday, December 6, 2009

Waris Mewarisi...

1. Aristotle dalam catatannya memberitahu bahawa sistem demokrasi adalah sistem yang terburuk kerana terlalu banyak pendapat dan ini akan menyukarkan proses membuat keputusan. Beliau lebih cenderung dengan menggunakan sistem aristokrat ataupun monarki.

2. Pendapat ini kemudiannya dipertikaikan kerana Aristotle tidak membuat penilaian secara menyeluruh akan sistem kerajaan di dunia dan beliau memberi pendapat mengikut zaman di mana beliau hidup. Barangkali Aristotle termasuk dalam golongan bangsawan @ aristokrat sebab itu beliau menyokong sistem ini.

3. Sistem Khalifah Islam telah menyaksikan kegemilangan yang sungguh hebat terutama di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab. Beliau dipilih oleh Saidina Abu Bakar r.a. untuk menjadi khalifah kedua meskipun jika diteliti Saidina Umar jauh lebih muda daripada Saidina Usman bin Affan( yang kemudiannya menjadi khalifah ketiga). Sistem khalifah ini sebenarnya tamat selepas kewafatan Saidina Ali r.a kerana selepas itu, pemerintahan Islam bertukar menjadi pemerintahan yang dipanggil pewarisan; di mana anak kepada pemerintah Islam akan mewarisi tampuk pentadbiran.

4.Kesudahannya, kekuatan Islam berakhir dan berlaku banyak pecah-belah dalam wilayah kekuasaan Islam sehingga menyebabkan kuasa barat berhasil menakluk wilayah-wilayah Islam.

5. Begitu juga di Tanah Melayu sebelum kehadiran penjajah. Kita pasti mengingati peristiwa kebesaran jiwa Bendahara Tun Perak apabila memaafkan Sultan Muhammad yang membunuh anaknya dan meminta Sultan Muhammad menjadi sultan di wilayah Pahang, tidak di Melaka. Jika dilihat dari segi moral memang agak tidak adil apabila seseorang yang membunuh boleh diangkat menjadi sultan. Bahkan kalau dilihat dalam zaman mesopotamia kod hammurabi juga dilihat tidak adil kerana memberi keringanan kepada golongan atasan ataupun pemerintah dalam menjalani hukuman.

6.Ketidakcekapan Sultan Mahmud dalam mentadbir Melaka telah membawa kepada penguasaan Portugis. Peristiwa di Johor yakni kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang juga menjadi satu isyarat bahawa jika sistem pewarisan boleh membawa kepada 'malapetaka' jika tiba giliran kepada mereka yang tidak cekap. Ada pepatah Melayu mengatakan ''Raja Adil Disembah Raja Zalim Disanggah''

7. Kita bersyukur kerana sistem pentadbiran di negara ini adalah monarki berpelembagaan. Ia juga bererti bahawa bidang kuasa Sultan juga tertakluk dalam perlembagaan negara dan artikel 182 dan 183 memberi isyarat bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang. Bahkan ketua eksekutif ( perdana menteri) dipilih melalui pilihan raya. Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka dengan suara majoriti.

8. Suara majoriti tidak boleh dipinggirkan.Mungkin pihak yang memperkenalkan sistem pewarisan adalah mereka yang layak dan mampu membuat kerja dan bertanggungjawab tetapi pihak seterusnya yang menggunapakai sistem tersebut tidak semestinya layak dan berkemampuan. Tindakan memperkenalkan sesuatu sistem menggunakan standard diri sendiri tanpa memikirkan untung rugi orang lain pada masa hadapan adalah tindakan yang 'kurang cermat'. Hakikatnya apabila kita sudah memulakan sesuatu agak sukar untuk mengubahnya kembali dan kitaran kurang cermat itu akan berterusan sehingga ada orang yang sanggup menghentikannya demi kepentingan orang ramai.

9. George Santayana pernah memberitahu ''Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan mengulangi kesilapan yang sama''. Mendapat A dalam subjek Sejarah tidak memberi jaminan bahawa kita telah benar2 mempelajari sejarah.

Keadaan sama. Cuma waktu berbeza

Thursday, December 3, 2009

PAKAI TOPENG

1. Apabila dakwah Nabi Muhammad SAW disambut dengan lontaran batu dan cemuhan penduduk Taif baginda ditawarkan oleh Malaikat untuk menghancurkan kaum tersebut. Tetapi apakah jawapan baginda? Baginda menolak tawaran tersebut dan berdoa ''Ya Tuhanku!Berilah petunjuk atas hambaku kerana mereka tidak mengetahui''



2. Apabila baginda berhasil menawan kota suci Mekah, baginda mempunyai kuasa untuk menghukum penduduk Quraisy yang pernah menyeksa dan menganggu urusan dakwah baginda. Tetapi apakah Rasul Utusan Tuhan ini membalas kembali kejahatan mereka? Tidak. Bahkan baginda membebaskan semua dan tiada seorangpun yang dihukum mahupun dibunuh.



3. Inilah keikhlasan sejati seorang pendakwah yang berdakwah dan menyebarkan agama Islam tanpa ada sebarang motif kekuasaan mahupun politik. Baginda hanya menjalankan perintah Tuhan tanpa mengharapkan sebarang imbalan.



4. Tetapi di Malaysia, kerana politik agama sanggup diperalatkan. Tidak mengapa jika mendoakan musibah dan bala ke atas sesama Islam kerana politik.Kalau nak sebut nama dalam doa musibah tu time solat sendiri-sendiri kalau ramai2 x perlu ( macamlah Tuhan tak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia).



5. Dan ada juga yang menggunakan Islam untuk bersumpah tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah dan melaksanakan ibadat untuk menutup imej yang sudah tercalar dan mengaibkan. Ikhlas atau tidak serahkan sahaja pada Tuhan.



6. Politik Malaysia memang menarik. Agama dijadikan topeng untuk menutup rupa sebenar.



manusia tidak sempurna...

Tuesday, December 1, 2009

Bukan Peribadi Cuma....


1. Ada satu peribahasa yang sangat mudah untuk diingati ''guru kencing berdiri murid kencing berlari''. Walaupun menggunakan perkataan guru dan murid tetapi peribahasa ini tidak terhad kepada golongan ini sahaja tetapi kalau dilihat dalam pandangan yang lebih luas ia bererti kalau nak tengok perangai pengikut tengoklah perangai ketuanya dahulu.
2. Aidiladha telah selamat disambut oleh umat Islam dan meskipun ancaman virus H1N1 masih wujud tetapi alhamdulilah tiada laporan kematian yang dicatatkan oleh jemaah haji negara kita. Cuma ketika jemaah haji lain sedang sibuk nak berlepas negara kita diserang 'virus' yang tidak kurang serius; kalau tak dirawat lagi parah daripada virus serangan fizikal: PHD( Perasaan hasad dengki).
3.Meskipun aku tak satu fahaman politik dengan Tok Guru Nik Aziz tetapi isu beliau ditaja untuk pergi ke haji tak perlulah nak perbesarkan sampai orang tu akhirnya terpaksa batalkan rancangan nak pergi haji. Tak baik sekat orang nak beribadat bukannya Tok Guru pergi Mekah nak buat bom ke apa. Cuma nak menunaikan rukun Islam yang kelima dan yang jadi masalahnya cuma ada orang nak sponsor dia pergi haji. Salahkah? Kalau orang tu nak sponsor biarlah dia nak sponsor bukan pakai duit orang lain pun. Kalau sponsor pun dah dikira sebagai rasuah nampak gaya tak bolehlah nak buat apa-apa aktiviti atau program yang memerlukan tajaan.
4. Ketua Pemuda UMNO Kelantan dengan 'tegas' meminta SPRM menyiasat isu tersebut dan menggesa Tok Guru Nik Aziz berundur. Bila kita dengar perkara macamni mesti ada yang sedang tersengih sebab ketua Pemuda negeri ini mungkin terlupa individu di dalam gambar di atas adalah ketua beliau yang menang sebab rasuah secara terang-terangan. Anehnya SPRM tak buat sebarang siasatan lanjut, cuma hukuman amaran diberikan oleh Lembaga Disiplin UMNO. Sebab itu aku tak back-up pun kenyataan ketua pemuda ni bila Ketua Pemuda Pas menyoalkan kenapa Pemuda UMNO tak suruh ketuanya berhenti. Daripada sibuk kecoh2 hal orang, aib sendiri dah terbuka. Kan dah susah.
5.Pada masa yang sama 6 ahli UMNO bahagian Kota Tinggi didakwa oleh SPRM atas tuduhan cuba merasuah supaya beberapa ahli lain tidak meletak jawatan dalam jawatankuasa Pemuda UMNO Kota Tinggi. Difahamkan seramai 18 orang meletak jawatan tanda protes kerana Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik termasuk tidak menghadiri persidangan Agung UMNO dan tidak melaksanakan sebarang aktiviti di bahagian tersebut.
6.UMNO ibarat sudah dirantai dan dikunci mulut untuk bercerita sebab rasuah sebab kalau ada ahli UMNO yang menuding jari kepada parti lawan kerana rasuah maka dengan mudah penyokong lawan akan membalas ''Ketua Pemuda UMNO pun rasuah jugak.'' Sama macam ludah ke langit akhirnya jatuh kena muka sendiri. Kepincangan dan 'kelam-kabut' dalam Pemuda UMNO perlu diselesaikan dan tiba masanya mereka yang bermasalah ini perlu dibuang terus; buat apa nak sayang-sayang sangat bukannya dapat tolong parti pun.
7. Dari segi meraih sokongan generasi muda secara jujur UMNO sudah ketinggalan berbanding dengan parti PAS. Ini berdasarkan pemerhatian, pergaulan dan sumber2 politik yang aku terima dan ternyata jika senario ini tidak diubah maka UMNO akan karam sebelum PRU yang akan datang. Sentimen anti-Ketua Pemuda UMNO masih menebal dan benarlah kenyataan bahawa ''UMNO has completely paralysed''
8. Ada juga berita timbul mengatakan sudah wujud 'team' dalam Pemuda sendiri dan sanggup untuk menjatuhkan lawan yang juga merupakan ahli UMNO sendiri akibat virus PHD ni. Sejauh mana berita yang aku dengar ni waallahualam dan tak perlu diulas lebih lanjut. Sebab lama-lama akan diketahui orang juga.
Kerana kejahatan tidak akan pernah menang. Walau selama mana pun ia berkuasa tetapi di penghujungnya kemenangan pasti akan muncul.Hanya masa yang akan menentukan.
Nothing personal, it's just politic!