Saturday, May 8, 2010

Dear Cranberries,

1. Saya ucapkan kepada Cranberries kerana telah memberi komen berkenaan isu Perkasa. Tetapi agak janggal jika saya tak memberi sedikit penjelasan mengenai komen tersebut.

2. Saya sudah membaca tuntutan Suqiu tersebut sejak di tingkatan tiga lagi dan memang ada tuntutan-tuntutan mereka itu mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Dari segi kebebasan bersuara dan sama rata, saya bersetuju Perkasa untuk seimbangkan tuntutan yang disuarakan oleh Suqiu kerana kalau Perkasa dilabel rasis maka Suqiu jika perlu dilabel rasis. Kalau Suqiu boleh bercakap tentang itu ini maka Perkasa juga perlu diberi peluang untuk bersuara juga.

3.Tapi apa yang Perkasa nak tuntut daripada orang bukan bumiputera?

4.Saya kurang bersetuju dengan pandangan anda yakni 'kalau kita anggap perlembagaan sudah mampu menjaga kedudukan istimewa bumiputera kita seolah berada di awang-awangan'. Pada saya itu adalah tidak benar kerana ia adalah realiti, bukan retorik mahupun fantasi. Artikel 153 memperuntukkan kedudukan istimewa bumiputera. Artikel 159 memperuntukkan bahawa sebarang pindaan atau perubahan untuk Artikel 153 harus mendapat undi 2/3 Parlimen dan kebenaran(consent) Majlis Raja-Raja.

5. Beritahu saya apakah Majlis Raja-Raja Melayu akan membenarkan artikel 153 akan dipinda dan dihapuskan?Apakah kalau UMNO kalah dalam pilihanraya umum akan datang kedudukan istimewa Melayu akan dihapuskan?Apakah kalau PR naik mereka boleh dengan sesuka hati meminda perlembagaan untuk menghapuskan 153? Adakah DAP boleh mewujudkan idea sama rata mereka (Malaysian Malaysia) dengan meminda perlembagaan tersebut tanpa menerima consent Majlis Raja-Raja? Do tell me if Sultan or Malay Ruler willing to lose their power and role as safeguard of Bumiputera's special position.

6. Perkasa juga lebih bergema suara mereka dalam politik. Kalau melawat, semua orang boleh melawat tetapi apakah Perkasa yang pertama melawat keluarga Aminulrasyid?Apakah Perkasa lantang minta siasatan itu ini dan tawarkan khidmat peguam at the first place before anyone did? Kalau bab suruh orang lain bertaubat dia yang pertama sekali suruh. Jadi nampak sangat politik adalah motif utama mereka.

7. Adalah lebih baik jika anda dapat memberitahu saya apakah matlamat dan misi penubuhan Perkasa. Kalaulah anda mengatakan bahawa Perkasa adalah pembela hak Melayu saya minta maaf. Majlis Raja-Raja Melayu sudah ada untuk menjaga dan membela hak Melayu. Meskipun peruntukan 153 boleh dipinda, tetapi syarat pindaan tersebut bukanlah semudah meminda akta-akta lain kerana ia memerlukan consent Majlis Raja-Raja Melayu.Perlembagaan bukanlah satu retorik atau awang-awangan. Anda boleh membeli Perlembagaan Persekutuan di kedai buku berharga RM10 dan bacalah. Jika perlukan lebih banyak penjelasan maka saya syorkan untuk membaca buku-buku yang ditulis pakar perlembagaan seperti Dr.Aziz Bari dan Prof.Shad Saleem Faruqi.

Untuk menjaga kedudukan istimewa Melayu, Perkasa tidak diperlukan. Tetapi kalau sekadar mahu seimbangkan suara dan tuntutan dari kumpulan lain itu adalah satu kebebasan yang termaktub dalam Artikel 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. But by portraying itself as the safeguard or saviour of Malay's right, I don't think it is suitable or necessary.

Walaupun patron Perkasa adalah Tun Dr.Mahathir Mohamad, seorang negarawan yang saya hormati dan kagumi, walaupun presidennya adalah lulusan UiTM tetapi tak bererti saya akan diam apabila perkara yang sebenar perlu diceritakan apatah lagi kalau ia melibatkan perlembagaan persekutuan, the highest law in this land.

Terima kasih atas komen diberikan.

5 comments:

  1. Zack..perkasa ada melawat keluarga aminulrasyid...

    ReplyDelete
  2. yes they did..but not as the first person..i sendiri admit mereka ada jumpa tapi bukan orang pertama yang melawat; tak seperti time suruh pengundi cina bertaubat di Hulu Selangor,Perkasa yang first2 sekali bersuara.
    that's why my word is '' Kalau melawat, semua orang boleh melawat tetapi apakah Perkasa yang pertama melawat keluarga Aminulrasyid?Apakah Perkasa lantang minta siasatan itu ini dan tawarkan khidmat peguam at the first place before anyone did? Kalau bab suruh orang lain bertaubat dia yang pertama sekali suruh.''
    u need to read it wholly without missed any word. and not literally but contextual&purposice approach..thank you

    ReplyDelete
  3. Perkasa cuba jadi jagoan Melayu dengan menyemarakkan permusuhan dengan bangsa lain, terutama kaum Cina. Ini strategi bahaya, racist dan prejudice. Kalau Perkasa terus menerus memainkan perjuangan berdasarkan bangsa, retorik 1Malaysia akan terus jadi retorik.

    Kalau Perkasa hendak memperjuangkan Artikel 153, Perkasa perlu faham bahawa Artikel itu bukan setakat tentang keistimewaan itu ini untuk bangsa Melayu. Asal usul Artikel 153 ialah tentang kontrak sosial, bila mana bangsa Melayu sanggup menerima kehadiran bangsa Cina dan India, dan sebagai balasannya, hak dan keistimewaan bangsa Melayu dijamin oleh perlembagaan.

    Dasarnya ialah penerimaan, menerima bangsa Cina dan India sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia. Bukan terus memainkan sentimen, bahawa bangsa Cina dan India itu ialah bangsa asing dan selamanya akan jadi asing, biarpun telah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, biarpun telah sekian lama kita hidup bersama, biarpun kekayaan ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh bangsa mereka, etc.

    Suqiu racist, tidak bermakna perlu ada satu NGO Melayu yang juga racist untuk mengimbangi keadaan ini. Suqiu tidak menghormati perlembagaan kerana kejahilannya, tidak perlu ada satu lagi pertubuhan yang konon hendak memperjuangkan perlembagaan tetapi akhirnya turut sama kelihatan jahil.

    ReplyDelete
  4. salam..owh,xsangke lak saudara buat post utk m'jwb komen saya aritu..thanx.sekadar m'beri pndpt lg,cbe kita renungkan bagaimana imuniti raja2 Melayu boleh dimansuhkn ketika zmn Tun dlu?sesuatu yg hanya blh dpinda dgn cre2 seperti yg disebutkn oleh saudara Zack itu..sesuatu yg dilihat mustahil tp dpt jge dilakukan..

    saya skdr ingin b'kongsi kebimbangan ini t'hadap Art 153..saya sgt m'hargai Art 153 ini,mlh menganggap ia sbg satu anugerah yg xternilai..Perkasa jge ingin memartabatkn Art 153 pd pandangan saya..sme seperti usaha GAPENA&GPMS menganjurkn Wacana 153 yg b'tmpt di Kompleks Sukan Uitm tempoh hari..mereka ini haruslah dipuji kerana m'beri kesedaran kpd umat Melayu betapa peri penting nyer Art 153.

    dlm kita m'pertahankn nyer..bagaimana pula dgn menteri Melayu sndri yg kelihatan segan silu utk m'pertahankn Art 153,tp tnpa segan silu m'gadaikan kuota biasiswa JPA ke luar negara??50%-45%?bukankah ia sebahagian Art 153 dan perlu melalui Parlimen?

    ReplyDelete
  5. perlu diingat imuniti raja tidak termaktub dalam perlembagaan sejak merdeka lagi. Ia hanyalah satu kebiasaan bagi kaum Melayu untuk menghormati raja dan raja bebas dari diadili oleh mahkamah. Justeru art 181 dan 182 dibawa masuk dalam Perlembagaan atas kesilapan sultan itu sendiri apabila bertindak menyalahi undang-undang. Silalah baca sejarah di sebalik penarikan imuniti raja.
    Dalam 153 tidak diceritakan langsung mengenai JPA sebagai badan yang akan membantu bumiputera sahaja. Ia memperihalkan tentang kedudukan istimewa yang dijaga oleh YDPA dan badan institusi untuk memberi pendidikan dan latihan kepada bumiputera. Justeru MARA ditubuhkan dan dalam akta UiTM sendiri telah memperuntukkan bahawa UiTM adalah termaktub dalam art 153. But i'm afraid that JPA did not said anything about art 153 in its own act.
    it's not only 153, it only must come together with art 159. I appreciated your concern cranberries but i don't think your fear has concrete basis. I'm not saying that i will not defend 153 but the constitution itself has safeguarded it and if it is violated improperly then the court has the power of judicial review to make it right

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)