1) orang yang tak pernah sumbang apa-apa tapi bila menang muka dialah yang pertama di surat khabar atau di majalah.
2) Orang yang tak tahu apa-apa tapi bila di interview mengaku dialah segalanya tanpa menyebut langsung nama orang yang selayaknya untuk di interview.
3) Orang yang dah memang tak suka dengan anda dan membuat 'ketupat' di belakang anda tetapi bila jumpa macam malaikat bercahaya syurga. Siap boleh tegur2 dan tanya2 lagi tanpa ada menunjukkan muka bersalah.
4) Orang yang cakap 'aku tak tahu apa-apa pasal benda ni.Aku buat hal aku je' tapi dialah propaganda terhebat di belakang anda.
5) Orang yang suruh buat macam-macam tapi dia dengan senang goyang kaki dan cakap 'itu tak betul ini tak betul.' Bila dah jadi dengan penuh bangga mengaku 'inilah hasil kerja saya'
6)Orang yang tuduh anda memulakan perang tetapi dialah yang berapi-api nak buat perang.
7) Orang yang nampak salah orang lain tapi salah sendiri tak nampak.
Ini cuma sebahagian jenis sisi gelap manusia yang ada..biasala nama pun manusia. Mungkin aku juga tergolong antara 7 golongan di atas di mata manusia lain tapi itu adalah hak masing-masing untuk menilai. Jadi terserah kepada anda bagaimana anda melihat seseorang itu.
Oh dan janganlah terlalu mengharap segala kebaikan yang anda buat akan diingat oleh orang lain. Kebaikan itu boleh dilupakan dalam masa seminit apabila anda sudah tidak bermanfaat lagi pada orang tersebut.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemostly people nowadays wele like that
ReplyDeletei'm totally admit it !
kenapa kita nampak tapi tak sedar ?
were**
ReplyDeletemacam-macam spesies manusia..
ReplyDeletemuka manusia kepala singa pun ada !
ini memang sudah lumrah alam
ReplyDeletekita cuba jadi yang terbaik...
yg kategori ke-5 tu de la org yg aku kenal....
ReplyDeleteLagi jauh kita pergi, lagi macam-macam ragam manusia kita akan jumpa. Yang penting, kita tak putus semangat dan berhenti berlari, hanya kerana hendak hidup selesa dengan orang-orang yang semuanya menyanjung dan memuji kita.
ReplyDeletePut it this way, kalau kita duduk diam aje kat rumah, bercampur gaul dengan ahli keluarga dan sanak saudara semata-mata, hidup ini memang indah dan mudah, sebab semua orang suka kita dan kita juga suka semua orang. But once kita keluar, pergi pekan kat kampung sekalipun, kita dah start jumpa orang-orang yang menjelekkan. Tapi adakah kita nak berhenti pergi pekan, duduk di rumah macam katak bawah tempurung dan tak dapat apa-apa pengalaman baru?
dah nama manusia...
ReplyDelete