dengan syazwan, member di Sekolah Menengah dulu
berposing pas main bola..part3 asasi di merbok :)
dengan ibu waktu lepak di kopitiam...gambar tahun ni..baju tu hadiah daripada si dia walaupun dia xminat tengok bola hihi
1. Tak pernah rasanya blog aku sentuh pasal bola sepak padahal inilah satu-satunya game yang paling aku suka dan yang reti aku main hahaha. Masa asasi dulu pakaian harian aku ke kuliah adalah seluar jeans dan baju jersi. Banyak gambar2 aku pun jersi bola jek. Sama pattern lak tu warna biru berlambangkan Chelsea haha. Yela dah itu je pakaian yang paling senang dan cepat untuk dipakai apatah lagi time kelas pagi2 nak dressing smart2 memang tak la.
2. Dari kecik sampai besar memang minat aku dengan bola je. Walaupun ada jugak sukan2 lain yang aku suka macam swimming, marathon dan softball tapi bola sepak dah start menapak dalam hidup ni sejak aku umur 7 tahun. Dari first baju jersi Chelsea ditaja Autoglass sampaila sekarang Samsung. Daripada pengurusnya Ruud Gullit hinggalah ke Carlo Ancelotti. Dari penyerangnya Gianfranco Zola hinggalah Didier Drogba. Cuma sekali je aku ada baju Liverpool tapi chelsea tak pernah lepas. Penah juga time raya dulu aku berkeras xnak beli kasut sebab nak beli jersi hahaha. Betapa fanatiknya aku dengan bola.
3. Kalau main bola pulak posisi yang aku rasa suitable untuk aku ialah pertahanan atau last man.Masa sekolah rendah dulu aku suka jadi midfieldier atau wing kanan tapi bila dah masuk sekolah menengah posisi pertahanan paling aku suka. Tapi aku main xpernahla sampai wakil sekolah jauh sekali mewakili daerah mahupun negeri. Aku main untuk suka-suka je, kasi keluar peluh cukup. Aku lebih suka berkomitmen bermain bola dalam game hahaha. Masa sunat dulu tahun 1998 untuk mengisi masa pantang seminggu tu aku ngan abang aku hanya menghadap depan PlayStation dan main game World Cup 1998. Tiap-tiap tahun tak pernah miss cd game bola samada Fifa,Winning Eleven ataupun PES.
4. Yang paling seronok tengok bola ni bila time menang la. Macam malam tadi tengok final game Chelsea lawan Wigan. 8 kali bersorak dengan penonton-penonton lain di kedai mamak.Walaupun tak kenal tapi kami sama-sama bersorak apabila gol. Sebab itu perempuan pun pelik macamana lelaki boleh jadi 'ngam' hanya dengan bola. kalau dah satu team memang boleh jadi member punya. Dan of course bila kalah tu yang pedih sikit sampai masuk dewan kuliah pun kena sorok muka. Jersi gantung dalam almari tunggu next match menang hahaha. Well, that's the best thing about football isn't it?
5. Dalam bola ni macam-macam boleh jadi. Seminit pun berharga. Dalam masa kecederaan tu pun boleh mengubah keputusan perlawanan bergantung kepada tahap kekuatan dan semangat tak mahu menyerah kalah sesebuah pasukan. Itu yang paling aku suka sebab ia mengajar kita jangan cepat menyerah kalah sebab dalam seminit pun macam-macam boleh terjadi. So kita kena tetap mencuba dan mencuba untuk menang. At least kalau kalah pun, kalah dengan penuh rasa terhormat dan mendapat standing ovation daripada penonton.
6. Kebanyakan perempuan tak suka bola. Aku tak tahu kenapa tapi ada je membe2 perempuan aku yang suka tengok bola. Well it's hard to understand why men like football since men too have a problem to understand why women love shopping.
7.Sekarang demam piala dunia. Keluar pulak isu nak menghalalkan perjudian bola sepak. Ini yang jadi masalah ini dan aku cuma boleh cakap:matlamat tidak menghalalkan cara. Itu bukan jalan penyelesaian untuk menyekat perjudian haram lagi keadaan jadi parah adala. Dan aku pun tak prepare lagi nak sokong team mana haha. Kalau dulu 4 tahun lepas tengok bola ngan ayah aku sampai tertido2 atas kerusi tahun ni tak tahula tengok bola kat mana plak sebab aku mungkin 'tersekat' di Shah Alam sampai pertengahan bulan Jun. Alamat kedai mamak la jadi sasaran.
8.Nasib baik tengok kat kedai mamak tadi. Kalau tengok kat rumah komfem esok pagi dapat 'tazkirah Subuh' daripada ibu aku sebab menjadi tukang sorak yang sangat hebat :P oh anyway happy mother's day mom :) a great child comes from a great mother and thanks for being such a great mother.
9.So bersukacitalah penyokong2 Chelsea malam ni dan standby untuk Piala Dunia 2010. Komfem eyebag aku akan menjadi lebih hitam dan bengkak haha...football made nation :)
CHELSEA!! (^.^)
ReplyDeleteaku apa2 pun jangan ManU sudah!!
so that's the reson my fb wall is full with saying chelsea 8...huhuhu
ReplyDeleteKerajaan terpaksa halalkan judi bola sepak sebab dah tak tahu macam mana cara nak cari pendapatan halal. Memang selama ni pun tokeh arak dan judi banyak tabur duit untuk kerajaan pimpinan UMNO.
ReplyDeleteTerlalu banyak janji ditabur pada rakyat, terutama dalam pilihan raya kecil, merasuah pengundi dengan macam-macam peruntukan segera sepantas kilat. Janji-janji yang sebenarnya tak termampu nak ditunaikan oleh kerajaan pun, dengan pengurusan harta dan khazanah negara yang kotor dan busuk.
Suatu masa dulu haramkan tajaan syarikat rokok untuk perlawanan bola sepak, konon sebab tak nak galakkan rakyat merokok. Hari ni halalkan judi, dengan alasan bodoh supaya boleh kawal kegiatan judi bola sepak.
Esok-esok keluarkan lesen pelacuran, bagi alasan supaya boleh kawal kegiatan pelacuran pulak. Bolehlah para pelacur dapat caruman KWSP, insuran kesihatan, wang pencen dan lain-lain.
UMNO yang diteraju Melayu Islam pro-judi. DAP yang diteraju bukan Islam pun menentang judi. UMNO kah yang boleh diharap untuk membela Islam?!
Kita buat perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang. Melayu boleh tolak Zaid Ibrahim sebab isu arak, kenapa tak boleh tolak UMNO sebab isu judi?!!!