Monday, May 17, 2010

Tak semua ada harga...



1. Mengejutkan. Mungkin bagi sesetengah orang yang masih merasakan bahawa Sarawak adalah kubu kuat BN. Tetapi hari ini ia sudah berbeza. BN tewas dalam pilihanraya kecil di Sibu.

2.Secara peribadi aku pun menjangkakan BN akan menang dalam pilihanraya kali ini tetapi di saat akhir hati aku mula mengatakan bahawa peluang adalah 50-50. Walaupun terkilan sebab 'parti' aku kalah tetapi saat mendengar berita tidak rasmi bahawa DAP menang, aku mahu ini menjadi pengajaran terbaik buat BN yang...

3. Duit bukan segalanya. Kempen BN begitu asyik dan rancak menabur jutaan ringgit kepada penduduk Sarawak dengan slogan ' i help you, you help me and you know what i want'. Aku masih hairan mengapa BN masih mengekalkan rentak yang sama di kala pembangkang sudah berjaya menukar strategi mereka dengan menimbulkan isu-isu yang yang dekat di hati penduduk Sibu contohnya isu kalimah Allah tatkala majoriti penduduk Sibu adalah beragama Kristian. Malang bagi BN yang masih lagi berkempen dengan menggunakan duit.

4. Kemenangan di Hulu Selangor dahulu barangkali disebabkan duit yang ditaburkan dan BN menang. Justeru strategi yang sama digunapakai di Sibu dan inilah kesilapan BN. Mereka tidak peka dengan latarbelakang pengundi dan melayan pengundi di Sibu sama seperti di Hulu Selangor. Cuma tidak ada serangan peribadi yang dilakukan. Aku bersyukur akhirnya pengundi Sibu telah menolak style berkempen BN yang menonjolkan wang sebagai faktor utama.

5. Aku tetap dengan pendirianku bahawa memberi duit sewaktu berkempen sama juga dengan rasuah. Apa bezanya beri duit waktu kempen pilihanraya dengan beri duit waktu kempen nak menang jawatan? Mungkin memberi janji akan beri duit lepas menang pilihanraya bukanlah rasuah sepertimana yang dijelaskan dalam blog penasihat undang-undang UMNO namun persoalan aku kini ialah bagaimana dengan duit yang diberi SEMASA berkempen? Aku masih menunggu jawapan tersebut.

6. Ini juga satu petanda bahawa pengundi Cina masih tidak yakin dengan BN. Maaf bukan racist tetapi itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh komponen parti BN. Barangkali pengundi Melayu di Hulu Selangor masih baik hati, boleh kasi peluang kedua untuk BN menang tetapi di sibu yang bermajoritikan kaum Cina ingin 'menghukum' kesilapan BN dan aku berpendapat ini adalah pengajaran yang terbaik untuk BN.

7.BN dah pegang Sibu PRK lepas tapi apakah banyak perubahan yang telah dilakukan? Mungkin itu juga yang menyumbang kepada kekalahan BN. Peratusan yang keluar mengundi juga tidak ramai dan ini mengecilkan peluang kedua-dua parti untuk menang majoriti yang lebih besar.

8. Rasa cukup sampai di sini komentar mengenai kekalahan BN di Sibu. Perit tetapi itulah yang terpaksa diterima. Pengajaran yang mesti diambil dengan positif dan melihat semula apakah punca sebenar kekalahan. Apakah kerana over confident? Mungkin juga. Tetapi ini juga satu petanda bahawa...

tak semua boleh dibeli dengan duit!

7 comments:

  1. posting yang paling menarik :)

    blogwalking :D

    hye, aku penduduk baru di sibu.
    nak bagi pendapat sedikit.
    yeah, aku akui BN menggunakan istilah 'duit' ketika berkempen.
    tetapi penduduk cina sibu nampaknye lebih bijak dalam menyakinkan penduduk cina memilih DAP. lagipun, penduduk cina sibu ini lebih gemar menjadikan kawasan ini seperti di china.
    hampir 40% cina disini tidak boleh berbahasa melayu. mereka seolah-olah lebih gemar sekiranya DAP memerintah.

    aku yang berada disini agak tertekan dengan suasana masyarakat disini
    masyarakat iban lebih takut dan tunduk pada masyarakat cina.
    tetapi sebaliknya pada masyarakat melayu.

    maaf kalau aku tersilap.
    hanya pendapat dan luahan

    ReplyDelete
  2. kawan saya pernah menyatakan yang sabah dan sarawak, walapupun kedua-duanya adalah sebahagian dari Malaysia, suasana di sana berbeza berbanding di Semenanjung. So, that could be the reason that BN's 'money' policy didn't work in Sibu.

    ReplyDelete
  3. Sabah dan Sarawak masih dahaga akan pembangunan. Pembangunan masih kurang. Masih perlu ada banyak lagi yang perlu dilakukan di Sarawak dan Sabah. Politik monopoli di sarawak juga merupakan salah satu faktor mengapa mereka berubah. Nak tahu lebih lanjut mengenai politik monopoli di sarawak? tanyalah orang-orang yang rasa patut. tak manis kalau disclose kat sini. siapalah aku kan.

    btw good post.

    ReplyDelete
  4. Walau 1 undi ia akan menentukan menang-kalah..

    over confident atau kempen belebih-lebih ?

    ReplyDelete
  5. bukannya budak2 nak beri gula2 lagi....

    ReplyDelete
  6. personally,
    yeah i think,
    sibu has shown that not all malaysians can be bought. and the majority residents are chinese people, very diff from hulu selangor, kan? that should ring a bell.

    hihi :D

    ReplyDelete
  7. DAP memenangi hati cina krne mereka konsisten dlm p'juangan mereka,Malaysian Malaysia dn isu2 yg agk sensitif..mereka berani menolak ketuanan Melayu dan inilah rentak mereka dr dlu..i think all people know this..bg cina yg mne plg vokal menyuarakn suara mereka,itulah pemimpin yg sejati..pemimpin Melayu berani x nk wat cmni?mimpilah..jap lg suara sket je dh kne RACIST,CAUVINIST,ULTRA ats batang hidung..tabur,tabur lg dan tabur..prinsip ni mmg xleh pki dh..wat rugi je..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)