2. Teman-teman di facebook juga begitu rancak memberi berita terkini dan ada di kalangan mereka menunjukkan solidariti dengan menukar gambar profil kepada gambar palestin. Secara peribadi, aku mengucapkan kesyukuran kerana kesedaran terhadap isu Palestin semakin bercambah di negara ini. Bukan itu sahaja bahkan ahli politik tanpa mengira perbezaan ideologi juga mempunyai nada yang serupa dalam hal ini.
3.Demonstrasi, petisyen, boikot dan mengutuk Israel juga berlaku di negara ini.Menggesa PBB dan Security Council untuk membantah serangan tersebut juga kedengaran. tetapi janganlah mengharap PBB akan melakukan sesuatu kerana sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh PBB boleh dihalang dengan kuasa veto Amerika Syarikat yang merupakan anggota tetap dalam Security Council.
4. Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia berbuat demikian. Dua tahun lepas pun sewaktu Gaza diserang kita sama-sama membantah dan melakukan tindakan yang sama.
5. Bila tengok keadaan macam ini tiba-tiba aku rasa macam aku seorang yang ignorant padahal sebelum ini akulah yang 'sangat peka' dengan isu Palestin. Bukan aku taknak buat semua tu tapi....aku terfikir akan satu hal yang lebih jauh ke hadapan. Bukan sekarang tapi 5 atau 10 tahun akan datang.
6. Di mana undang-undang akan dijadikan jalan untuk aku membela rakyat Palestin. Biar aku hadapkan jenayah-jenayah perang Israel di muka pengadilan antarabangsa meskipun aku tahu kemungkinan besar tiada sebarang tindakan akan dilakukan kepada negara ini kerana ia sentiasa dilindungi oleh proksinya Amerika sepertimana keputusan ICJ terhadap tembok pemisah di Tebing Barat tidak diendahkan oleh Israel.
7.Namun sekurang-kurangnya maruah rakyat Palestin terbela di mata undang-undang. Walaupun kita tewas di alam realiti tetapi undang-undang tidak pernah menyebelahi kepada pihak yang bersalah. Biarpun rakyat Palestin dicop sebagai pengganas atau apa cop sekali pun tetapi kebenaran dan keadilan akan tetap memihak kepada mereka. Biarpun mata dunia dikaburi dengan alasan mempertahankan diri tetapi undang-undang tidak akan membiarkan alasan tersebut digunapakai untuk melindungi orang-orang yang melakukan kezaliman dan kejahatan.
8. Itulah yang akan aku lakukan dan sedang aku lakukan. Dalam mempersiapkan diri untuk menjadi pembela rakyat palestin di muka pengadilan, maka mooting adalah jalan pertama untuk persiapan tersebut dan of course, aku sanggup lakukan apa sahaja demi rakyat Palestin dan apa gunanya aku mempelajari undang-undang jika bukan untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai saudara mereka di dunia ini.
9. Dan sekarang barulah aku tahu kenapa Tuhan masukkan aku ke dalam bidang undang-undang.
Viva Palestina!
''The only necessary thing for the triumph of an evil is for a good man to do nothing''
''Justice must come first before peace''
pray for u, for them n for all, my friend..
ReplyDeletesemoga impian tu tercapai.. amin..
we're proud of you, really..
ReplyDeleteInternational law sebenarnya lebih lemah berbanding domestic law dari segi mekanisme perlaksanaan dan penguatkuasaan.
ReplyDeleteSejarah telah membuktikan, bila guna international law, contohnya dalang dalam perang di Bosnia dan pemimpin rejim Polpot di Kemboja, apa sangat la pencapaian yang mahkamah antarabangsa dah capai?
Tapi lihat pada nasib Saddam Hussein yang dibicarakan di negaranya sendiri. Tak lama lepas tu dah ke tali gantung.
setuju ngan Asiah
ReplyDeletetapi
masyarakat Muslim yang lain pun banyak tersiksa dan tidak diberi pertolongan sewajarnya, seperti saudara kita di selatan Thailand, kaum Moro di Filipina, dan bangsa Rohingya yang tertindas...