Wednesday, May 12, 2010

64

1. Kalau manusia yang dah berusia 64 tahun pasti sudah banyak pengalaman yang beliau tempuhi dan hadapi. Bukan itu sahaja tetapi penyakit jugak banyak dihidapi oleh golongan-golongan yang sudah berusia begini. Sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, alzheimer dsb begitu kerap menyerang golongan warga emas ini walaupun penyakit-penyakit sebegini jugak boleh menyerang golongan muda. Usia yang lanjut ini juga sebagai satu petanda bahawa usia sudah semakin pendek; sudah sampai ke penghujung.

2. Begitu juga dengan UMNO. Sudah 64 tahun wujud di negara ini pada awalnya bermatlamatkan menentang penubuhan Malayan Union sebelum memikul tanggungjawab memacu pembangunan bangsa Melayu di negara ini. Bahkan UMNO juga berperanan dalam merintis kemerdekaan negara bersama-sama parti MCA dan MIC. Banyak pengalaman telah ditempuhi, banyak jasa telah terpahat dalam sejarah negara tidak kurang juga penyakit-penyakit yang menyerang UMNO seiring dengan usianya yang semakin lanjut.

3. Tetapi UMNO dulu tidak seperti UMNO sekarang. Itu sudah pasti sebab mana ada orang waktu muda muka dia sama macam dia waktu tua. Mesti dah lain bila menjangkaui usia yang semakin lewat; dah berkedut, beruban dan mungkin sudah kurang upaya untuk berjalan dan bangun serta sebagainya. Orang dulu-dulu menyokong UMNO atas dasar keikhlasan untuk negara; barangkali pengalaman perit sewaktu dijajah menyebabkan mereka langsung tak fikir dapat untung ke tidak yang penting UMNO selamat, negara selamat. Masih berbekas di fikiran aku kisah wanita-wanita UMNO dahulu yang sanggup menjual barang kemas semata-mata untuk membiayai perbelanjaan Tunku ke London dalam meneruskan rundingan kemerdekaan. Banyak lagi kisah-kisah orang dulu yang memperlihatkan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan UMNO.

4. Tapi sekarang berbeza. Keikhlasan dah tak jadi matlamat utama. Yang penting dalam UMNO adalah dua: kuasa dan duit. Masuk UMNO komfem kaya. Jadi Ketua Bahagian dah dapat banyak tender. Jadi wakil rakyat je dah boleh beli banglo berjuta ringgit padahal rakyat di dalam kawasannya masih lagi beratapkan zink dan berdindingkan kayu. Bila ada pilihanraya sahaja baru nampak muka, kasi itu ini dan menabur semula janji-janji yang tak tertunai dalam pilihanraya lepas. Imej mereka yang 'elegan', apabila berjumpa dengan rakyat biasa menggunakan kereta mewah dan baju-baju yang eksekutif sambil diiringi dengan lensa kamera dan wartawan menyebabkan rakyat 'tersinggung' dan menganggap UMNO kurang mesra dengan rakyat. Ada standard tersendiri. Itu sebab ramai orang muda kurang menerima UMNO. Simply because UMNO did not change the way they approach people and new generation. Mungkin golongan warga emas, yang 30 tahun ke atas masih boleh memangkah UMNO tetapi orang-orang muda kebanyakannya kecewa dan memandang sepi kepada parti ini. Isu pembangunan bukannya menjadi fokus untuk golongan ini. Modal tu dah jadi modal lapuk dan tak relevan untuk golongan muda. Tapi itulah juga yang didendangkan oleh UMNO tiap kali musim pilihanraya.

5. Iktibar kekalahan parti LDP di Jepun sepatutnya menjadi 'alarm' bahawa parti yang memimpin sebuah negara sejak awal kemerdekaan juga boleh ditolak oleh rakyat. Walaupun jasa mereka setinggi langit dan seluas bumi tetapi itu bukan bererti rakyat perlu sokong parti tersebut sampai kiamat. Mungkin parti akan berbicara ''kami dah banyak berikan jasa kepada anda semua, anda harus bersyukur dan terhutang budi kepada kami.Kami dah banyak tolong anda.'' Tetapi rakyat akan membalas '' Kamulah yang terhutang budi kepada kami. Kami yang memilih anda tiap kali pilihanraya dan kamilah punca kalian berada di tampuk pemerintahan, menikmati segala kemewahan dan kesenangan. Kalian tidak akan wujud tanpa kami dan kuasa pemerintahan sebenarnya adalah di tangan kami kerana kamilah yang menentukan siapa yang akan memimpin kami.'' Nah, sekarang siapakah yang lebih penting dan siapakah yang terhutang budi?

6. Perubahan bukan sahaja meliputi akan kuota dan pemilihan calon tetapi juga sejauh mana UMNO serius dalam menghukum ahli-ahli yang terlibat dalam jenayah rasuah. Itu yang penting kerana hukuman dalam UMNO terhadap jenayah ini berbeza-beza. Ada yang kena gantung, ada yang tak boleh bertanding ada yang hanya terima amaran jadi ini menunjukkan UMNO belum serius menangani rasuah.

7. UMNO perlu kembali mengatur semula langkah mereka sebelum menghadapi pilihanraya umum akan datang. Mereka tidak boleh hanya dilihat sebagai nasionalis tetapi juga mesti berperanan dalam mengukuhkan agama kerana agama mestilah menjadi keutamaan bagi parti ini. Seperti yang pernah dibincangkan oleh saudaraku Farid dalam blog beliau, UMNO mesti berjuang mengikut langkah dan susun atur sepertimana seseorang yang belajar al-quran; harus bermula dengan huruf alif, ba, ta dan seterusnya.

8. Selagi mana UMNO terus gah hanya di atas pentas, di hadapan mikrofon tetapi tidak berbuat apa-apa maka selagi itulah rakyat sukar untuk menerima UMNO lagi. Selagi UMNO tidak serius membanteras rasuah dan imej2 buruknya maka selagi itu rakyat akan terus meninggalkan UMNO dan akhirnya akan menerima parti lain untuk memimpin Malaysia.

9.Bersatu, bersetia, berkhidmat!


Inilah punca utama UMNO semakin jauh di hati generasi muda. Selagi mana rasuah terus wujud dengan ahlinya dibenarkan menjawat jawatan tertinggi dalam parti selagi itulah rakyat akan menganggap UMNO hanya 'cakap tak serupa bikin'



Tiba masanya UMNO berubah. Tak perlu dimusnahkan tetapi diperbaiki dalam dan luarnya. Menyeluruh dan efektif bukan sekadar tampalan semata-mata

4 comments:

  1. Saya rasa selamat melihat bakal politician ini. You might choose to be in judiciary field as well, and who cares? anda, insyaAllah akan berada di barisan hadapan one day, and I shall wait for the day to come.

    thank you, zharif. and keep exploring. wish you luck :)

    ReplyDelete
  2. oh, anon di atas adalah saya, Haha. kelas law 1e
    tak cool pulak jadi anoynomous. :)

    ReplyDelete
  3. umur dah tua tp perangai masih budak2... x belajar agaknya... ~~ kata2 org sekeliling saya...

    ReplyDelete
  4. salam..dh 64 umr UMNO..kalo manusia ketika umr ni dh ade yg dijemput Ilahi..alhamdullilah krne UMNO msh hidup dn msh b'juang wlpun smgt perjuangan yg ditunjukkn agk krg bisanya..UMNO prlu brubah sprti saudara nyatakn tu,tp bkn dihapuskn..ia msh prlu berada di Tanah Melayu ni..saya rse soal jasa ni prlu dikenang smpi mati..baik buruk org yg m'beri jasa tu,ia ttp m'jadi sejarah yg mereka prnh m'bantu kte..

    dlm UMNO bkn sume yg busuk,nk kata segelintir pun rmi gak yg wat ia jd busuk..ade yg msk utk dpt kuasa dn kaya..ni yg menyebabkn ia tergelincir dr perjuangan asl utk agama,bangsa,negara..penyudahya,agama ntah ke mne,bangsa ntah ke mne..yg lg menyedihkn,ade yg b'jaye time dlm UMNO pastu ble dh sng kuar parti..siap leh kutuk2 lg parti lme die ble dh kuar..sikap pemimpin UMNO di peringkat bwh jge kdg2 mengecewakn..smpi ade yg sanggup xnk undi BN kalo xdpt projek br..org cmni prlu ditolak dn diberi perubahan kpd golongan muda bg meneruskn perjuangan UMNO.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)