Thursday, January 15, 2009

PROKSIMU TERSERLAH

Surat ini ditujukan kepada semua pembaca blog ini yang tinggal di serata dunia dan khas saya tujukan kepada dua insan yang mencipta nama dalam sejarah kehidupan peradaban manusia. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana mereka harus diberikan penghargaan atas kejayaan mereka menipu dan menjadikan kita buta dan tuli. Perkataan 'mempertahankan diri' merupakan ayat sakti yang berjaya menyihir kita semua untuk mengiyakan perbuatan mereka berdua ini untuk terus berkonspirasi menjadikan bumi Palestin sebagai bumi yang meresap darah saudara-saudara kita yang tidak berdosa. Agak menjengkelkan jika ungkapan mempertahankan diri itu ditujukan untuk membunuh bayi-bayi yang tidak mengerti lagi kehidupan dunia, ditujukan untuk kanak-kanak yang hanya tahu memendam rasa dan perasaan mereka akan kekejaman di sekeliling mereka, ditujukan untuk para wanita yang tidak mengangkat senjata. Apakah mereka berdua itu harus mempertahankan diri daripada golongan-golongan sebegini? Ternyata mereka sungguh takut dan kecut terhadap golongan yang tidak mampu memberi kesan dan impak kepada mereka. Kemampuan mereka berdua juga mempengaruhi dunia agar memerhatikan kesalahan semuanya di bahu Hamas juga sangat mengujakan. Mereka meminta Hamas untuk memberhentikan roket sedangkan pintu masuk untuk bekalan makanan,jalan-jalan masuk ke bandar Gaza dan bantuan perubatan disekat oleh mereka berdua?Mereka mengagungkan demokrasi tetapi tidak dapat menerima demokrasi rakyat Palestin memilih Haniyeh sebagai pemimpin mereka. Mereka memulas kaki rakyat Palestin dan menyuruh rakyat yang tidak berdosa ini untuk diam dan tidak menjerit. Apakah logik untuk hanya berdiam diri saat bekalan makanan yang kian meruncing; didiskriminasi dan ditindas dengan sangat dahsyat; dipenjara dalam tanah air sendiri sedang maut terus merapati nafas. Apakah salah untuk kita memberontak jika ditindas? Jika jawapannya ya maka Martin Luther Jr, pahlawan-pahlawan penentang British satu ketika dulu juga harus disalahkan kerana memberontak. Ya, mereka adalah pemberontak yang kejam;terroris di mata mereka berdua tetapi di mata rakyat Palestin, pejuang-pejuang sejati inilah wira mereka yang sanggup dan berani bangkit mempertahankan kebenaran. Mereka berdua sangat licik dalam mempermainkan kita-adiknya begitu sombong dan angkuh meminta abangnya turun dari podium badan keamanan antarabangsa dan meminta supaya abangnya tidak mengundi resolusi Gaza untuk memberi laluan kepada adiknya untuk terus meningkatkan angka rakyat Palestin terbunuh mencecah ke angka seribu.Nyata konspirasi mereka didedahkan tanpa rasa segan dan malu. Proksi mereka dalam memerintah dunia terserlah nyata. Apa lagi yang harus diragukan jika bukti-buktinya datang dari mulut tuan badannya sendiri? Mereka berdua-Olmert dan Bush adalah watak terbaik sepanjang hayat dalam menghalalkan perang tanpa perlu disalahkan dalam mana-mana mahkamah dunia. Kami hanya menunggu saat kalian berdua mengikut jejak abang sulungmu yang kini tiada khabar berita setelah jatuh nazak dalam jangka masa yang sangat lama-Ariel Sharon. Teruskanlah jenayah kalian di dunia kerana di mahkamah Tuhan kelak semua darah yang kamu tumpahkan, air mata yang kamu linangkan, tangisan yang kamu buatkan untuk saudara-saudara kami di Palestin akan menuntut pembelaan dari anda berdua. Dan kami juga percaya akan janji Rasul kami- Orang Yahudi akan dibunuh oleh orang Muslim sebelum terjadinya kiamat. Anda menunggu saat itu dengan olok-olokan dan ejekan sementara kami menunggu saat itu dengan penuh kesabaran untuk membalas semua perbuatan dan membayar hutang-hutang darah,air mata dan tangisan saudara-saudara kami. Olmert dan Bush-proksi kalian jelas terserlah.....

1 comment:

  1. wahh bile kau nak panggil merry go round pegi law fiesta? aku yg pertama beratur

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)