Sunday, January 25, 2009

SORRY FOR THE TEARS


Seribu kemaafan kupohon kerana membiarkan air mata kalian membasahi bumi suci yang dipilih oleh Tuhan kita untuk menngisra dan miraj rasul agung Muhammad. Tempat dan masa memisahkan aku untuk mengesat air mata itu daripada terus mengalir; menyucikan darah-darah para syuhada yang kini sedang bergembira bersama para bidadari di syurga. Lantas aku menjadi cemburu kepada mereka;para syuhada kalian telah pun berbaris bersama panji2 angkatan syahid yang dipegang oleh Saidina Hamzah r.a dan Salahudin Al-Ayubi.
Inikah pengganas yang kalian maksudkan wahai Zionis dan Amerika?Apakah air mata mereka itu kamu sangkakan peluru yang akan mengancam nyawa penduduk-penduduk kalian?Apa salah mereka hingga harus meratapi kematian keluarga tercinta, melihat taman-taman syurga Allah hancur binasa oleh roket dan meriam kalian? Aku tertanya akan kehadiran tentera kalian di bandar gaza;tidak terlihat seorang pun kecuali kereta-kereta kebal dan meriam kalian sahaja yang membedil kota Gaza itu sehingga hancur berkecai. Ternyata kalian mewarisi sifat nenek moyang kalian yang menolak seruan Nabi Musa as untuk memasuki kota Jerusalem satu ketika dahulu. Pengecut; itulah perkataan yang tepat. Anda tahu bahawa tentera-tentera manusia anda akan mati ditentang pejuang2 syahid Tuhan lantas anda menggunakan meriam dan roket untuk menghancurkan mereka. Aku kagum dengan kepintaran kalian di medan perang tapi sayang kekagumanku itu hanya akan menambahkan lagi kebencianku terhadap kalian; membiarkan air mata saudara2ku ini berlinangan tanpa dosa.
Maafkan untuk air mata tersebut wahai anak kecil. Aku bersumpah dengan nama Tuhan jika kuasa dan kekuatan sekarang berada di tangan kiri dan kananku, nescaya akan kuruntuhkan keangkuhan Zionis dengan lidahku, akan kutunjukkan mereka kekuatan sebenar umat Islam untuk menebus kembali hutang2 yang harus dibayar oleh sang penjahat.
Bertahan dan bersabarlah...hari kemenangan itu pasti akan tiba..pasti

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)