Friday, January 23, 2009

LONELY SOLDIER BOY




At last, cuti semester pun bakal menjelma. Abis2 kelas jek terus aku siap2 packing dan berehat sebentar sebelum pergi ambik kereta di gemilang 30 pada jam 7.30 malam. Terus kami bergerak menuju ke Radix restaurant untuk dinner. Makanan di situ boleh tahan sedap dan boleh dijadikan alternatif untuk orang2 Islam jika anda mahu memboikot restoran2 pemilik ideologi Zionis. Kemudian aku terus bertapa di stesen bas dari jam 10 malam sampai 11.15 malam. Sepatutnya pukul 10.30 malam dah bertolak tapi problem punya pasal departure kena delay; bosan dahla bosan duduk kat bus station yang penuh sesak tuh. Dengan seat single nombor 21 aku pun dudukla dalam bas tuh untuk mengharungi 12 jam perjalanan dengan 3 perhentian. Starting2 journey agak besh la sebab bas tu bukak citer Die Hard 4 pastu g bukak lak citer 40 hari bangkitnya pocong. Adeyh sengal tol dahlah tengah2 malam aku pun dengan perasaan yang sangat bosan terpaksalah layan citer stereotyping horor indonesia tuh.


Tepat jam 11 pagi aku sudah berada di bandar Johor Bahru dan sampai2 jek di Larkin Sentral terus aku cari restoran untuk sarapan dan mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Nasib baik di rumah ada uncle aku;family aku datang keesokan harinya. Selepas mencukupkan waktu tidur aku pun buatla aktiviti2 yang selanjutnya...



*gambar pertama: sarapan+ ubat gigi aku(tanpa memerlukan berus gigi)

*gambar kedua:muka aku yang ngantok + penat


1 comment:

  1. bro,can u put all the pictures of us at the journey from uitm to pdang besar?? thanks. i really looking forward for it. mis u bro.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)