Monday, January 19, 2009

FROM UiTM TO PADANG BESAR

Cuti pada hari ahad sempena keputeraan Sultan Kedah memberi peluang kepada aku dan sepuluh pre-lawrian lelaki yang lain untuk menjelajah ke utara semenanjung Malaysia. Perjalanan bermula sejak 10 malam dan kami sampai di bandar Alor Setar sekitar jam 2 pagi. Warung-warung di kaki jalan masih rancak seperti biasa dan perjalanan ke Jitra pula mengambil masa kira-kira sejam. Kami melepak di bandar Jitra sampai waktu subuh. Lepas sarapan kat restoran Nasmir cawangan Jitra, terus berdesup ke Padang Besar.
Starting2 tu agak terkejut jugak dengan pemandangan yang agak cantik dan best;sesuai dibuat destinasi bulan madu hohoho. Mula-mula sampai di negeri Perlis kami lalu di hadapan UiTM Arau sebelum pergi ke Padang Besar. First impression aku ternyata salah kerana padang besar bukanlah bazar yang panjang dan berderet sebaliknya mempunyai kompleksnya sendiri untuk menjuala barangan seperti baju(mostly jersi),emas,seluar dan lain-lain. Selepas habis bershopping kami makan tengahari di warung berdekatan. Dengan bayaran 4.50 ringgit untuk ABC dan nasi pattaya, kami seterusnya bertolak balik ke UiTM Merbok.
*Tiada agenda yang tersirat selain daripada yang dinyatakan di atas =)

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)