Sunday, June 20, 2010

Komitmen

1. Sedar tak sedar cuti semeste pun dah nak habis.. Seumur hidup aku buat pertama kalinya perkataan cuti tu hanya tinggal literal meaning sahaja. Tetapi jika dilihat dari segi contextual approach- memang tak ada langsung makna cuti tu untuk semester pertama ijazah di UiTM Shah Alam dan berita gembira ialah ia akan menjadi binding precedent sehingga tahun 2012. Kenapa 2012? nanti aku cerita dengan lebih lanjut.

2. Komitmen. Agak sukar apabila mempunyai lebih dari satu komitmen bukan sahaja komitmen kepada keluarga tetapi juga kepada kerja. Tetapi satu perkara yang aku suka ialah komitmen itu menandakan bahawa anak bongsu bukanlah anak manja hahaha..bayangkan daripada 2 bulan cuti aku cuma balik rumah untuk 4 hari, itupun nak sambut birthday aku je. Kepada big bro dan big bos sori tak dapat nak celebrate birthday dan father's day bersama.

3. Atau adakah ini satu genetik yang turun-temurun kerana ayah aku pun memberikan komitmen kepada kerjaya yang memerlukan beliau untuk meninggalkan keluarga apabila bertugas. Bezanya ayah aku ada uniform tetapi aku pulak hanya perlu pakai baju putih dan seluar hitam.

4. Kadang-kadang terasa jugak apabila terlalu memberi komitmen kepada kerja tetapi akhirnya tidak dihargai. Lantas aku membuat kesimpulan: manusia memang buta. Kadang-kadang mereka dah tahu tetapi untuk memiliki sentimen yang sama maka mereka akan menjadi buta dan menuduh kita tidak memberi komitmen. Akhir kata, aku berpendapat bahawa komitmen bukanlah untuk orang tetapi untuk diri aku sendiri. Kepuasan menyempurnakan komitmen itu adalah kemenangan peribadi meskipun orang lain tak tahu. Inilah yang dinamakan kemenangan moral yang sering tidak diendahkan oleh kebanyakan manusia. Kebanyakan manusia hanya melihat kemenangan yang berbentuk fizikal, menjulang piala, muka di dada akhbar tetapi kemenangan dari segi moral, kesungguhan dan semangat sering dilupakan.

5. Rasa tidak adil kepada orang-orang yang terdekat dengan aku apabila aku terpaksa meluangkan masa dengan kerja. Mujur semua memahami tetapi jauh di sudut hati aku masih rasa bersalah. Semestinya rasa bersalah ini juga meliputi movie-movie yang aku tak sempat aku tonton meskipun dah download sejak sebulan yang lepas serta blog yang dah lama aku tak update dan juga termasuk perlawanan bola sepak piala dunia yang tak sempat aku tonton sejak ia bermula.

6. Tetapi inilah pilihan. Pilihan yang telah aku ambil maka aku tak boleh mengeluh dan menyalahkan orang lain. Inilah jalan hidup yang aku telah pilih bukan untuk masa sekarang tetapi juga untuk masa hadapan.

7. Juga apabila menyentuh isu komitmen maka hati anda akan berbelah bagi tatkala menemukan jalan di mana komitmen yang anda harapkan meleset dan jauh dari sangkaan. Di situ hati akan berbelah bagi: antara kepentingan diri atau kepentingan pasukan. Namun demi kepentingan bersama pasukan diletakkan sebagai pilihan walaupun terpaksa memakai topeng. Dilema yang sangat menyakitkan.

8. Walau apa pun aku berpuas hati dengan komitmen yang telah aku lakukan. Sekurang-kurangnya aku mempunyai pengalaman dan cerita untuk dikongsikan bersama kelak.

9. Apakah kerja tersebut? Apakah komitmen tersebut yang telah menghantui hidup aku (sehingga aku betul2 diganggu oleh hantu), menganggu waktu tidur aku tatkala aku sudah memejam mata dan baring di atas serta mengubah jadual hidup aku ketika cuti yang hanya akan tidur pada pukul 8 pagi sehingga 3 petang?

MOOTING.

Akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang...

Wednesday, June 2, 2010

bukan tak nak tapi.....

1. Dalam seminggu media massa dan elektronik begitu prihatin dengan isu yang sedang melanda Timur Tengah atau lebih spesifik lagi di wilayah Palestin. Bantuan kemanusiaan yang menghimpunkan sokongan seluruh dunia terhadap penduduk Palestin diserang oleh rejim Zionis dan aktivis ini yang datang dengan misi memberi bantuan dan bekalan kepada penduduk palestin kini dicop sebagai 'pengganas' dan membawa senjata berbahaya serta menyerang rejim Zionis. Seperti biasa jawapan Israel untuk serangan ini adalah 'mempertahankan diri'.

2. Teman-teman di facebook juga begitu rancak memberi berita terkini dan ada di kalangan mereka menunjukkan solidariti dengan menukar gambar profil kepada gambar palestin. Secara peribadi, aku mengucapkan kesyukuran kerana kesedaran terhadap isu Palestin semakin bercambah di negara ini. Bukan itu sahaja bahkan ahli politik tanpa mengira perbezaan ideologi juga mempunyai nada yang serupa dalam hal ini.

3.Demonstrasi, petisyen, boikot dan mengutuk Israel juga berlaku di negara ini.Menggesa PBB dan Security Council untuk membantah serangan tersebut juga kedengaran. tetapi janganlah mengharap PBB akan melakukan sesuatu kerana sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh PBB boleh dihalang dengan kuasa veto Amerika Syarikat yang merupakan anggota tetap dalam Security Council.

4. Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia berbuat demikian. Dua tahun lepas pun sewaktu Gaza diserang kita sama-sama membantah dan melakukan tindakan yang sama.

5. Bila tengok keadaan macam ini tiba-tiba aku rasa macam aku seorang yang ignorant padahal sebelum ini akulah yang 'sangat peka' dengan isu Palestin. Bukan aku taknak buat semua tu tapi....aku terfikir akan satu hal yang lebih jauh ke hadapan. Bukan sekarang tapi 5 atau 10 tahun akan datang.

6. Di mana undang-undang akan dijadikan jalan untuk aku membela rakyat Palestin. Biar aku hadapkan jenayah-jenayah perang Israel di muka pengadilan antarabangsa meskipun aku tahu kemungkinan besar tiada sebarang tindakan akan dilakukan kepada negara ini kerana ia sentiasa dilindungi oleh proksinya Amerika sepertimana keputusan ICJ terhadap tembok pemisah di Tebing Barat tidak diendahkan oleh Israel.

7.Namun sekurang-kurangnya maruah rakyat Palestin terbela di mata undang-undang. Walaupun kita tewas di alam realiti tetapi undang-undang tidak pernah menyebelahi kepada pihak yang bersalah. Biarpun rakyat Palestin dicop sebagai pengganas atau apa cop sekali pun tetapi kebenaran dan keadilan akan tetap memihak kepada mereka. Biarpun mata dunia dikaburi dengan alasan mempertahankan diri tetapi undang-undang tidak akan membiarkan alasan tersebut digunapakai untuk melindungi orang-orang yang melakukan kezaliman dan kejahatan.

8. Itulah yang akan aku lakukan dan sedang aku lakukan. Dalam mempersiapkan diri untuk menjadi pembela rakyat palestin di muka pengadilan, maka mooting adalah jalan pertama untuk persiapan tersebut dan of course, aku sanggup lakukan apa sahaja demi rakyat Palestin dan apa gunanya aku mempelajari undang-undang jika bukan untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai saudara mereka di dunia ini.

9. Dan sekarang barulah aku tahu kenapa Tuhan masukkan aku ke dalam bidang undang-undang.

Viva Palestina!

''The only necessary thing for the triumph of an evil is for a good man to do nothing''

''Justice must come first before peace''

Sunday, May 30, 2010

7 sisi

Dalam kehidupan yang semakin mendewasakan ini maka semakin banyak pengalaman yang ditimba dan semakin banyak pula jenis-jenis manusia yang kita akan jumpa. Antaranya ialah:

1) orang yang tak pernah sumbang apa-apa tapi bila menang muka dialah yang pertama di surat khabar atau di majalah.

2) Orang yang tak tahu apa-apa tapi bila di interview mengaku dialah segalanya tanpa menyebut langsung nama orang yang selayaknya untuk di interview.

3) Orang yang dah memang tak suka dengan anda dan membuat 'ketupat' di belakang anda tetapi bila jumpa macam malaikat bercahaya syurga. Siap boleh tegur2 dan tanya2 lagi tanpa ada menunjukkan muka bersalah.

4) Orang yang cakap 'aku tak tahu apa-apa pasal benda ni.Aku buat hal aku je' tapi dialah propaganda terhebat di belakang anda.

5) Orang yang suruh buat macam-macam tapi dia dengan senang goyang kaki dan cakap 'itu tak betul ini tak betul.' Bila dah jadi dengan penuh bangga mengaku 'inilah hasil kerja saya'

6)Orang yang tuduh anda memulakan perang tetapi dialah yang berapi-api nak buat perang.

7) Orang yang nampak salah orang lain tapi salah sendiri tak nampak.

Ini cuma sebahagian jenis sisi gelap manusia yang ada..biasala nama pun manusia. Mungkin aku juga tergolong antara 7 golongan di atas di mata manusia lain tapi itu adalah hak masing-masing untuk menilai. Jadi terserah kepada anda bagaimana anda melihat seseorang itu.

Oh dan janganlah terlalu mengharap segala kebaikan yang anda buat akan diingat oleh orang lain. Kebaikan itu boleh dilupakan dalam masa seminit apabila anda sudah tidak bermanfaat lagi pada orang tersebut.

Tuesday, May 18, 2010

Dulu, kini dan tak selamanya....












1. 15 Mei yang lepas merupakan hari nakba bagi penduduk Palestin dan tahun ini ia sudahpun berusia 62 tahun. Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu hari nakba, hari nakba adalah hari di mana rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air sendiri, sebahagian besar menjadi pelarian di negara-negara arab lain dan pada hari ini juga sebuah negara Israel didirikan. Ia merupakan titik permulaan sejarah pahit dan penderitaan rakyat Palestin sehingga ke hari ini.

2. Awalnya aku hampir ketiadaan idea untuk menceritakan hal ini. Yela semua orang tahu apakah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Kalau cerita panjang-panjang pun tak best jugak nanti pembaca bosan dan tertidur di depan laptop. Justeru kali ini aku sediakan post yang sangat 'istimewa'; ia merupakan email yang kudapat daripada seorang pensyarah.

3. Gambar yang kupaparkan di atas adalah realiti; tiada super-impose mahupun adobe photoshop sebab aku tak tahu nak guna benda-benda ni.Sebahagian daripada gambar tersebut mungkin sudah diketahui umum tetapi sebahagiannya tidak. Daripada 33 gambar yang kuterima, aku pilih 10 yang 'terbaik' dan boleh menginsafkan para pembaca insyallah.

4. Sekarang, selamat menghadapi realiti dunia masa kini. Gambar di sebelah kiri merupakan gambar sewaktu perang dunia kedua di mana bangsa Yahudi ditindas oleh rejim Nazi sebelum mereka dengan izin PBB datang dan menetap di bumi Palestin. Alhasil, terciptalah gambar di sebelah kanannya. Selamat melihat dan kalau rasa nak copy-paste amatlah dialukan. Jika mahu keseluruhan gambar sila tinggalkan email anda di ruang komen. Aku akan beri sebahagian lagi gambar yang tak diupload di blog ini.

5.Kepada yang lemah semangat atau ada darah tinggi, maaf dipinta. Bukan saja2 nak letak tapi untuk pengajaran bersama.

'' The only thing for a triumph of an evil is for a good man to do nothing''

Dulu..kini..tapi tak selamanya!

Monday, May 17, 2010

Tak semua ada harga- spin off dan GEMPAR!

1. Sedih. Geram. Tapi tak terkejut. Ini reaksi aku apabila membaca artikel bertajuk ''Najib rethinks campaign promise after Sibu vote''. Anda boleh membaca berita penuh tentang tajuk ini di Malaysian Insider.

2. Janji yang dimaksudkan ialah projek tebatan banjir bernilai 5 juta ringgit yang akan dilaksanakan sekiranya BN menang. Malangnya BN tewas dan sekarang DS Najib berkata akan memikirkan semula tentang perkara ini.

3. Aku berasa amat kecewa kerana sepatutnya perkara sebegini tak perlu timbul. Takkan sebab kalah terus taknak buat projek untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini soal masalah umum. Kalau banjir melanda Sibu maka akan sengsaralah penduduk-penduduk di situ dan ia boleh melibatkan nyawa serta harta benda. Kenapa perlu beri kenyataan bahawa ''kita belum membuat apa-apa keputusan lagi''.

4. Kenyataan tersebut pasti akan berlainan sekiranya BN menang. Komfem hari ini dah keluar suratkhabar cek 5 juta telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut. Apabila keadaan ini berlaku maka ia secara terang-terangan bahawa BN hanya buat projek pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat apabila menang sahaja. Kalau tak menang jangan harap dapat sesen pun.

5. BN masih lagi menguasai kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak.Memang betul DAP sudah menguasai Sibu tetapi apabila melibatkan kebajikan rakyat maka soal politik tak perlu dijadikan keutamaan. Ini adalah tanggungjawab seorang pemimpin tanpa mengira samada rakyat yang dipimpin menyokong atau tidak kerana ia adalah tanggungjawab. Tanggungjawab adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak. Bayangkan jika sewaktu musim hujan lebat, banjir melanda, penduduk Sibu mengalami kesusahan dan terputus bekalan, ada anak yang sakit dan meninggal dunia sebab tak dapat hantar pergi hospital kerana banjir. Apakah mereka ini perlu dihukum gara-gara tidak mengundi BN untuk menang di Sibu semalam? Apakah Tuhan akan menerima jawapan ini di akhirat kelak ''Oh diaorang tak undi saya jadi buat apa saya nak tolong diaorang buat projek tebatan banjir, jaga kebajikan mereka etc?''

6. I don't have any personal problems with DS Najib but in this case, I'm really dissapointed. Where is your word of ''people first''. Or should i interpret it as ''people who vote BN until win first?''.

7. Aku tak percaya kaedah menghukum ini adalah sesuai bahkan ia hanya menambahkan lagi kemarahan, kebencian dan memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat. Tak kira menang atau tidak, janji mesti dilaksanakan kerana ia adalah satu tanggungjawab. Takkan nak tunggu menang baru buat janji. Tapi dulu masa 2008 menang pun projek tebatan banjir tak terlaksana juga. Mungkin kemenangan DAP adalah satu escapisme bagi penduduk Sibu untuk mencari jalan alternatif menyelesaikan masalah setempat.

8. Masih kecewa...tak ambil pelajaran lagi rupanya.

Tak semua ada harga...



1. Mengejutkan. Mungkin bagi sesetengah orang yang masih merasakan bahawa Sarawak adalah kubu kuat BN. Tetapi hari ini ia sudah berbeza. BN tewas dalam pilihanraya kecil di Sibu.

2.Secara peribadi aku pun menjangkakan BN akan menang dalam pilihanraya kali ini tetapi di saat akhir hati aku mula mengatakan bahawa peluang adalah 50-50. Walaupun terkilan sebab 'parti' aku kalah tetapi saat mendengar berita tidak rasmi bahawa DAP menang, aku mahu ini menjadi pengajaran terbaik buat BN yang...

3. Duit bukan segalanya. Kempen BN begitu asyik dan rancak menabur jutaan ringgit kepada penduduk Sarawak dengan slogan ' i help you, you help me and you know what i want'. Aku masih hairan mengapa BN masih mengekalkan rentak yang sama di kala pembangkang sudah berjaya menukar strategi mereka dengan menimbulkan isu-isu yang yang dekat di hati penduduk Sibu contohnya isu kalimah Allah tatkala majoriti penduduk Sibu adalah beragama Kristian. Malang bagi BN yang masih lagi berkempen dengan menggunakan duit.

4. Kemenangan di Hulu Selangor dahulu barangkali disebabkan duit yang ditaburkan dan BN menang. Justeru strategi yang sama digunapakai di Sibu dan inilah kesilapan BN. Mereka tidak peka dengan latarbelakang pengundi dan melayan pengundi di Sibu sama seperti di Hulu Selangor. Cuma tidak ada serangan peribadi yang dilakukan. Aku bersyukur akhirnya pengundi Sibu telah menolak style berkempen BN yang menonjolkan wang sebagai faktor utama.

5. Aku tetap dengan pendirianku bahawa memberi duit sewaktu berkempen sama juga dengan rasuah. Apa bezanya beri duit waktu kempen pilihanraya dengan beri duit waktu kempen nak menang jawatan? Mungkin memberi janji akan beri duit lepas menang pilihanraya bukanlah rasuah sepertimana yang dijelaskan dalam blog penasihat undang-undang UMNO namun persoalan aku kini ialah bagaimana dengan duit yang diberi SEMASA berkempen? Aku masih menunggu jawapan tersebut.

6. Ini juga satu petanda bahawa pengundi Cina masih tidak yakin dengan BN. Maaf bukan racist tetapi itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh komponen parti BN. Barangkali pengundi Melayu di Hulu Selangor masih baik hati, boleh kasi peluang kedua untuk BN menang tetapi di sibu yang bermajoritikan kaum Cina ingin 'menghukum' kesilapan BN dan aku berpendapat ini adalah pengajaran yang terbaik untuk BN.

7.BN dah pegang Sibu PRK lepas tapi apakah banyak perubahan yang telah dilakukan? Mungkin itu juga yang menyumbang kepada kekalahan BN. Peratusan yang keluar mengundi juga tidak ramai dan ini mengecilkan peluang kedua-dua parti untuk menang majoriti yang lebih besar.

8. Rasa cukup sampai di sini komentar mengenai kekalahan BN di Sibu. Perit tetapi itulah yang terpaksa diterima. Pengajaran yang mesti diambil dengan positif dan melihat semula apakah punca sebenar kekalahan. Apakah kerana over confident? Mungkin juga. Tetapi ini juga satu petanda bahawa...

tak semua boleh dibeli dengan duit!