Saturday, November 27, 2010

Akhir rasa ini,

1. Walaupun waktu cuti adalah waktu terbaik untuk membalas dendam dan menqadakan waktu tidur yang sentiasa tak pernah cukup waktu kuliah tetapi menjalani rutin pagi adalah satu perkara yang paling aku suka. Semuanya gara-gara buku ''The Monk who sold his ferrari'' dan ''The leader who had no title'' karya Robin Sharma. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku fikirkan, yang boleh aku kutip pada setiap pagi. Rasa bangga menyelinap dalam diri tatkala menunggu dan melihat matahari terbit sambil hati seolah-olah berkata '' Aku bangun lebih awal daripada kau. Dulu aku kalah bersaing dengan kau tapi sekarang aku akan pastikan saingan yang lebih sengit''. Bunyi macam gila tapi cubalah golongan-golongan manusia yang macam aku bila time cuti sebegini yang dah biasa bangun time bilal azan solat zuhur dapat lihat matahari terbit. Lagipula aku dah bosan dengan rutin yang lama. Betapa banyak masa dibazirkan semata-mata untuk tidur dan lepas tu rasa ngantuk dan tidur balik sehingga dalam masa sehari tu langsung tak buat apa-apa.

2. Hari ni lepas rutin harian aku duduk di atas kerusi dan mula terfikirkan sesuatu. Lantas aku online dan mencari lagu yang dah lama aku nak cari. Bila dah dapat terus hanyut dan cari lirik serta fahami makna lirik tu. Oh dan ini adalah hobi aku sewaktu menjadi penganggur lepas spm cuma sekarang ni dah jarang buat. Dah berapa banyak lagu aku ambil liriknya dan cuba fahami maksud di sebalik lagu tersebut. Sebab itu dulu aku boleh dengan sinis mengkritik videoklip lagu-lagu yang tak ada kena mengena dengan lirik.

3. If I die young. Entah tetiba terasa nak dengar dan download lagu ni. Dan baru aku tersedar sesuatu perkara...
Kalau aku mati muda, dah berapa banyak benda yang aku impikan sudah tercapai?
Kalau aku mati muda, berapa ramai yang akan ingat nama aku dalam hati mereka?
Kalau aku mati muda, berapa banyak hati manusia yang telah aku 'sentuh' dan mereka berubah menjadi lebih baik dan bahagia sebelum mengenali aku?
Kalau aku mati muda, berapa banyak dah aku lakukan untuk mengubah dunia dan menjadikan dunia ini tempat yang selamat untuk generasi masa depan?

4. Barulah aku sedar begitu sikit benda yang telah aku capai. Begitu sedikit untuk berkongsi dan memberi sesuatu kepada orang lain. Betapa aku hidup dalam bayangan takut dan salah untuk melakukan sesuatu walhal aku tahu perkara tersebut akan mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Begitu banyak benda yang dah aku ambil ringan, take it for granted, berapa banyak kali aku tangguhkan masa untuk melakukan sesuatu, memohon maaf dan memberitahu kepada seseorang yang kita cintai betapa sangat bertuah hidup dapat mengenali dirinya.Betapa banyak penyesalan kerana tidak mengambil dan meluangkan masa untuk mendengar masalah dan membantu orang lain. Rasanya seolah-olah aku tidak pernah melakukan apa-apa dalam kehidupan orang lain.

5. Bila dah rasa macam ni, barulah aku sedar untuk mengambil setiap peluang yang ada untuk melakukan apa yang ingin aku lakukan kerana siapa tahu bilakah kali terakhir nafas kita akan berada di bumi ini. Oh dan sudah tentu tiada sedikit pun rasa sesal kepada mereka yang mahu mengingati aku dengan cara yang negatif dan sentiasa membusukkan hati mereka dengan perasaan benci dan marah sebab tiba masa untuk aku berhenti menjadi 'everything for everyone'. Cara dan bagaimana orang mahu mengingati aku juga tidak aku kisahkan kerana dalam hidup tidak akan pernah dirasai bahawa setiap orang akan menyanjung dan mengingati perkara-perkara yang baik mengenai kita. Kalaupun aku mati kelak dan hanya seorang sahaja yang masih mengingati aku dengan mengingati perkara-perkara baik bagiku itupun sudah mencukupi kerana sekurang-kurangnya aku sudah berjaya 'menyentuh' hati seorang manusia di dunia ini.

6.Maaf jika tiada banyak masa untuk diluangkan bersama. Tiada sesalan juga untuk memohon maaf kepada benda yang aku rasa aku tak buat salah sebab mana yang aku rasa aku dah buat salah aku akan minta maaf. Maaf juga sekiranya ada menolak dan bersikap ego menolak setiap kali bantuan dan pertolongan diperlukan. Rasanya sudah tiba masa sebelum aku 'pergi' tanpa melakukan sesuatu, aku perlu melakukan sesuatu yang tidak akan aku rasa menyesal jika tak buat nanti.

7. Salah satu rangkap lirik lagu tersebut yang membuat aku tersenyum dan 'terpaksa' akur dengan kebenaran tersebut,
''And maybe then you will hear the words i been singing,
Funny when you are dead how people start listening''

http://www.nst.com.my/nst/articles/Kedahstudentsmakemootinghistory/Article/

1. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang berada di dalam gambar ini. Dan pertama sekali tiadalah niat untuk 'claim' something atau nak suruh orang lain tahu apa yang aku 'buat' dengan diaorang. Biarlah mereka yang di atas ini sahaja tau apa yang aku dah buat dan sudah tentu aku tak dapat kenaikan gaji mahupun anugerah perkhidmatan cemerlang sebab nanti yang akan komen balik ''kau yang volunteer nak buat so buat apa nak claim itu ini.'' Oh memang betul pun aku nak(want to) buat, kalau aku kena (have to) buat memang aku cabut pegi makan sate semeling lagi bagus. Dan sebab utama aku nak 'buat' dengan diaorang oun kerana satu perkataan sahaja selain daripada faktor mempunyai 'seseorang' di sana dan sebagai ex-prelawrian kedah: T _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ B. Terima kasih kepada lagenda Maritime Mooter Rijal kerana 'mengajar' aku perkataan tersebut.

2. Awalnya aku menganggap bahawa keajaiban yang pernah aku lakukan ialah sewaktu pmr dahulu (3bulan sebelum exam kena pindah dan bila sampai kat sekolah baru semua subjek dah habis belajar) dan keajaiban kedua adalah bagaimana aku boleh menjadi 'mooter terjun' (simpulan bahasa terbaru menggantikan bidan terjun) dalam masa sebulan; bertukar daripada zero to hero, nothing to something dan mencatatkan kemenangan pertama dalam karier mooting aku untuk penampilan kali pertama.

3.Dan kini keajaiban ketiga ialah bagaimana wajah-wajah di atas telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dan bagaimana mereka boleh melakukan yang terbaik;lebih hebat daripada apa yang pernah aku lakukan sebelum ini. Dalam masa seminggu, berlatih xsampai 10 jam sebelum pertandingan bermula( at least aku ada masa sebulan) dan masih lagi sanggup untuk masuk dan ada sebahagian daripada wajah-wajah di atas menyerlahkan 'bintang' mereka sebagai mooter akan datang.Maaf sebab dah memaksa nama-nama di bawah untuk join competition ini:

1. Paan ( walaupun tak hantar 4 teams tapi 2 teams pun dah cukup nak membuktikan korang masih berani untuk datang dan melakukan 'keajaiban'. Dan kehebatan anda mendapatkan kelulusan bas tak sampai seminggu memang 'ajaib' dan two thumbs up bro ;)

2. Evi( sorry dah paksa awak masuk. Nasibla siapa suruh jadi gf kepada seorang mooter hehe. Thanks for the support and love ;)

3. Charlie angels yang lain: Ellena, Asmarina, Aqilah, Rabiatul Adawiyah, Quratul, Apple Fadila,Natalia Harris, Amira, Najihah, Aleeya. Err ada lagi ke yang aku tak sebut? Kalau ada nanti just letak je komen kat nanti k

4. Miracle boys yang lain (ganti nama untuk beach boys) : Kamal, Fariz, Hisyam,adlin,aiman.

Dan sudah tentu aku belajar sesuatu daripada mereka selain keajaiban. Kerjasama, semangat yang tak mahu menyerah kalah adalah pelajaran yang aku terima daripada diaorang. Di samping itu aku juga belajar bagaimana nak baca kes dan cari part yang penting dalam judgment dalam masa yang sangat singkat. Menajamkan lagi skill membaca kes :)

Terima kasih and i'm proud with u guys :) maaf sebab dah cabut undi untuk korang dan dapat satu group dengan part 6. Don't blame me guys, aku memang kena mandi bunga untuk dapatkan tuah dan nasib yang lebih baik ;)

''If i want to do something i will just do it and in the midst of uncertainty and doubt I will cast off my fear and just fight against it because i know i have all what it takes to accomplish the mission''
-Zharif-

5 comments:

  1. Assalamualaikum Wbt.

    aku juga musykil, berkumandang seruan azan, dan tanggungjawab ku alhamdulillah tertunai, aku terbuka hati membuka laman penulisan spontan ini.

    zack, aku memang menjunjung, menyahut sifat kepahlawanan kau. dedikasi kau untuk melakukan sesuatu, dengan ikhsan dan ikhlas. semangat jitu untuk menggapai suatu pencapaian yg lebih tinggi (raising the bar)

    Namun zack, apa yg ingin kuingatkan adalah, kebathilan kita sebagai manusia. Lagi-lagi kita yang bertungkus-lumus mencari sesuatu pengisian, erti, atau bak kata sang penjajah, 'immortality'. Memang suatu tuntutan, dan juga tidak salah untuk kita memperbaiki diri kita. membuang yang keruh, ambil yang jernih. tetapi, yg kita sering pinggirkian zack, adalah kesyukuran. sebelum kita mencapai apa isi yang jernih, yang keruh yang telah sedia dikurniakan-Nya haruslah kita redha dan akur dengan ketentuan-Nya itu.

    Zack, bersyukurlah. kerna kau terpinggirkan syukur itulah, yg kau tidak sedar berapa ramai hati yg telah kau sentuh. semangat yg telah kau bakar. minda yang telah kau cabar. simplu put, juz how much ave u inspired, son.

    mungkin bagi kau, semuanya tidak jelas. semuanya tidak begitu significant. tetapi. itulah yang sedang kusarankan. kita yg berusaha ke atas, mendongak tinggi ke awangan, minda jauh ke cakerawala, kadangkala, kita terlupa melihat kembali di mana bumi dipijak.

    walhal zack, kau, telah menyentuh hati aku. bukan hanya sekali. Kaulah prelawrian hebat, kaulah penulis novel. kaulah mooter. kaulah yg masih berjalan tertunduk berendah diri dan bukan berjalan berkepak dada dgn riak. kaulah wajah pemimpin malaysia yg akan mencorakkan negara ini. terlampau byk yg telah kau capai sebenarnya zack. jikalau dibandingkan dengan aku yang seorang, mmg jauh lagi perjalananku, masih tinggi pendakianku. namun zack, aku masih bersyukur. aku sedar bahwa, di mana aku sekarang, walaupun tidaklah sehebat mana, bukan semua orang yang begitu bertuah. tidak sama sekali zack.

    Satu lagi perkara zack, nukilan kau berbunyi, 'keajaiban yang telah aku lakukan'. tidak enak, kurang lunak bagi aku. bukanlah aku berdengki zack. namun, ini juga adalah kesilapan aku yg terdahulu zack. sbnrnya, tiada yang ajaib untuk sesiapa zack. yg ajaib itu adalah qadak dan qadar. yg ajaib itu adalah Allah yang mencipta kita dan mengurniakan rezeki bagi umat dan ciptaan-Nya.yg ajaib itu adalah kekuasaan akal yg telah di-loankan oleh Nya bagi kita untuk mentadbir, sebagai khalifah di muka bumi ini. memang tidak salah kita merasa bangga. merasa syukur dan gembira. namun, jgnlah kita lupa siapa kita ini... who is the master, who is the slave. who bids and who does the bidding. bak kata darth vader kepada senator palpatine, "what is thy bidding my master"

    Zack, kita hanya mampu berusaha sedaya upaya. hanya mampu menyahut seruan ilmiah yang dituntut. kita hanya mampu menggali gurun pengetahuan sehingga nyah kudrat, bermandi keringat. namun, kunfayakun zack. jika tiadalah rezeki kita, tiadalah 'keajaiban' yg telah kau nyatakan.

    bagiku zack, aku sangat berbangga dgn semua pencapaian kau. aku senang dengan kau. aku pon sama sedar bahwa, kita ini bertuah atas dasar 'kelebihan istimewa.' namun, kita tidak alpa dan memetik segala potensi dan peluang yang sedia ada.

    aku juga manusia. aku tidak maksum. aku bukan lebih baik daripada kau. aku bukan lagi mulia daripada kau. namun, aku sememangnya adalah saudara kau zack. aku rakan kau zack. atas dasar hormat dan sayang, aku memberi teguran ini zack.

    "im highly underrated, and i came here to correct it" ~mike shinoda~

    Fikie Moe. =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wbt.

  3. Assalamualaikum Wbt.

  4. Astaghfirullah.... komen panjang sungguh saudara di atas..cuma xperlu dipost berulang kali.... malah boleh di private kan jugak

    But back to story.... thx Z for this Post;.... hehe, happy to read it.... cant wait to see u there

    ReplyDelete
  5. HA HA HA..Same gak ngan pa'an..evn i xde dlm pix uh sbb ayh suh balek awl, but then,tanx sbb mengenang kami..btw,eja name i salah..-aqilla-huhu..or more easy,lala jelah..kan pa'an kan..uhu~=p

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)