Tuesday, November 16, 2010

Akhirnya

1. Alhamdulilah akhirnya siap jugak blog yang aku idamkan; yang telah direnovate dan diinovasi supaya kekal segar dan relevan. Walaupun masih mengekalkan beberapa perkara yang sama tetapi diharap dengan penambahbaikan sebegini akan terus membuatkan kalian bersemangat dan 'jatuh chenta' kepada penulis blog eh maaf kepada blog ini.

2. Tidaklah dapat aku jelaskan satu per satu elemen-elemen yang ada dalam blog ini. Bukan sekarang kerana aku akan 'reveal' maksudnya sepanjang perjalanan hidup ini. Lagipun kalau dah bagitau semua sekaligus dah tak jadi best, hilang faktor 'wow'nya.

3. Semalaman aku berfikir bagaimana untuk menghargai sokongan anda yang rata-ratanya boleh dikategorikan sebagai 'silent reader'. Siapa pun anda, saya ucapkan terima kasih. Justeru di bahagian sidebar blog ini telah disediakan dua elemen baru, khas dan istimewa untuk mereka yang bergelar pembaca blog ini.

4. Formspring merupakan satu lagi social network yang digunakan oleh aku beberapa ketika dahulu sebelum deactivate benda ni( sebenarnya tak ingat username dan password). Di Formspring ini cara penyampaian aku lebih santai dan tidak terlalu formal bahkan soalan-soalan pun boleh ditanya dalam pelbagai bentuk baik peribadi mahupun pandangan terhadap seesuatu isu. Justeru mengambil peluang ini untuk lebih interaktif bersama pembaca maka forsmpring box telah disediakan untuk bertanya apa pun jenis soalan meskipun soalan tersebut berbentuk sensitif dan menyentuh isu peribadi tetapi insyallah akan cuba dijawab sebaik dan sejujur yang mungkin. Moga Formspring akan merefleksikan keinginan aku untuk menjadi seorang yang mudah di 'approach', tidak disangka sebagai itu ini dan boleh berkongsi cerita bersama dalam suasana yang lebih santai dan relaks. Anda juga boleh menggunakan gelaran 'anonymous'(walaupun aku lebih suka jika gelaran human being digunakan) untuk menghantar soalan-soalan yang ingin ditanya dan setiap soalan yang ditanya akan ada jawapannya :)

5. Hadiah kedua untuk pembaca: turut disediakan ruang untuk memberi idea dan berkongsi masalah dan pandangan dalam ruangan ''KONGSIKAN BERSAMA''. Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda sewaktu mengunjungi blog ini maka bolehlah dituliskan di ruangan tersebut dan barangkali idea anda akan menjadi perhatian pembaca-pembaca yang lain. Anda bebas untuk menulis apa sahaja yang anda fikirkan termasuk pandangan anda mengenai blog ini. Jadikan diri anda sebagai komuniti blog ini dan kongsikan cerita, masalah, pandangan dan idea anda kerana identiti anda juga boleh dikekalkan sebagai anonymous.

6.Tujuannya mudah: Kerana para pembaca adalah inspirasi aku untuk terus menulis dan menghidupkan blog ini. Kerana para pembaca merupakan keutamaan aku justeru apa pun yang ingin dikongsikan dan diceritakan boleh diceritakan di sini. Ia bukanlah cerita kedai kopi tetapi ia adalah suara komuniti anda :)

* Entri selanjutnya: Kes Shamala: Dimana penghujungnya dan komentar daripada pembaca The Malaysian Insider yang mengejutkan

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)