Thursday, November 18, 2010

SHAMALA

( Artikel ini telah disiarkan oleh The Malaysian Insider. Provokatif? Seimbang?Punya idea lain? Anda tentukan)

Breaking Views

Shamala : Di mana penghujungnya? — Loyar Muda

November 16, 2010

16 NOV — Ini bukanlah kes pertama yang pernah terjadi di Malaysia bahkan sebelum ini sudah terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan isu yang berkaitan di mana salah satu pasangan bukan Islam menukar agama dan sebaliknya. Kemudian timbul isu siapakah yang berhak untuk mendapat hak penjagaan anak. Antara kes yang pernah menjadi perhatian masyarakat adalah kes Saravanan a/l Thangathoray vs Subahshini a/p Rajasingam.

Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak The Malaysian Insider kerana telah menyiarkan teks penghakiman dalam ke Shamala tempoh hari. Awalnya saya menjangkakan ada sesuatu yang baru akan diketengahkan dalam penghakiman ini yang mungkin boleh membawa satu perubahan dalam menyelesaikan kemelut ini namun keputusan 5-0 tersebut hanya bersandarkan kenyataan bahawa si isteri tidak ada dalam prosiding dan sudah meninggalkan negara ini bersama anak-anak sejak 2004. Lima soalan yang dikemukakan tidak dijawab dan tidak disentuh langsung.

Meskipun saya menghormati keputusan mahkamah tersebut namun melihat kembali intipati soalan yang dikemukakan adalah sangat kritikal untuk dijawab. Apatah lagi 3 daripada 5 soalan tersebut berkaitan dengan “jurisdiction” atau bidang kuasa mahkamah.

Pertama: Siapakah yang mempunyai kuasa memutuskan hak penjagaan anak?Mahkamah Syariah atau Sivil?

Kedua: Apakah mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berkenaan “rights of remedy” untuk si isteri yang bukan Islam apabila si suami telah memeluk Islam?

Ketiga: Apakah pertukaran agama kanak-kanak tersebut sah dan mengikut undang-undang?

Adalah sangat penting untuk sekurang-kurangnya mahkamah memberi jawapan kepada soalan-soalan tersebut walaupun di akhirnya keputusan menolak rayuan tersebut adalah kerana beliau telah melarikan diri ke luar negara selama 6 tahun.

Hal yang sering terjadi adalah percanggahan bidang kuasa antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Perkara 121( 1A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah.Ini bererti Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasanya sendiri — “exclusive jurisdiction”.

Senarai 2(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam.

Apakah kes ini boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah? Kalau salah seorang daripada pasangan tersebut bukan Islam maka jawapannya tidak boleh kerana Senarai 2(1) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam. Apakah kes ini boleh diputuskan oleh Mahkamah Sivil? Tetapi bagaimana pula status si suami yang sudah menganut agama Islam? Bukankah orang yang menganut agama Islam tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah?

Dalam keadaan pertindihan bidangkuasa ini maka adalah sangat kritikal untuk kita mengambil pendekatan baru dalam menyelesaikan hal ini. Dalam kes terdahulu yakni kes Subashini, mahkamah memutuskan “a non-Muslim marriage did not automatically dissolve upon one of the party’s conversion to Islam”. Justeru apakah langkah yang perlu diambil dalam memastikan isu bidangkuasa: Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil tidak berulang sekali lagi? Menurut Abdul Hamid FCJ dalam kes Latifah binti Mat Zain[2007], sudah terdapat 46 kes berkaitan isu bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Sivil.

1. Adalah sangat penting sekiranya ditubuhkan Mahkamah Khas untuk mengendalikan kes seumpama ini. Ini kerana kes-kes sebegini memperlihatkan bahawa bidangkuasa tersebut berpecah 50-50: sebahagian tertakluk kepada Mahkamah Syariah dan sebahagian lagi tertakluk kepada Mahkamah Sivil. Maka jalan penyelesaian terbaik antara menubuhkan sebuah mahkamah yang mempunyai bidangkuasa untuk menyelesaikan isu-isu sebegini. Dengan adanya mahkamah ini maka tidak timbul lagi isu bidangkuasa dan sudah ada sebuah mahkamah untuk menyelesaikan kemelut sebegini yang akan setidak-tidaknya memuaskan hati kedua-dua pihak kerana adanya tempat (mahkamah) untuk menyelesaikan masalah sebegini.

2. Jika idea penubuhan Mahkamah Khas ini dianggap radikal maka secara alternatif mahkamah harus melihat perkahwinan pasangan tersebut; apakah ia didaftarkan secara sivil atau Islam. Sekiranya kes tersebut adalah berkenaan dengan pasangan Islam berkahwin dan kemudian salah seorang daripadanya keluar dari agama Islam maka kes tersebut haruslah diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya pasangan bukan Islam berkahwin dan salah seorang daripadanya memeluk Islam maka kes tersebut haruslah diselesaikan oleh Mahkamah Sivil. Kita harus melihat “origin” perkahwinan tersebut dan menepati apa yang diputuskan oleh Mahkamah dalam kes Subashini yakni “a non-Muslim marriage did not automatically dissolve upon one of the party’s conversion to Islam”.

3. Dalam penjagaan anak-anak maka kedua-dua pihak suami isteri harus diberi peluang untuk menjaga anak-anak mereka. Sekiranya si isteri diberi peluang untuk menjaga anak tersebut selama 6 tahun maka si suami juga harus diberi peluang untuk menjaga anak tersebut selama 6 tahun. Walaupun ini dilihat rasional dari segi teori tetapi ia boleh dilaksanakan “supervision by the court”. Apabila kanak-kanak tersebut sudah berumur 18 tahun maka mereka harus diberi peluang untuk memilih agama yang ingin dianuti.

Cadangan-cadangan ini mungkin dibantah dan barangkali ada yang mengecop diri penulis sebagai “liberal” tetapi perkara yang perlu diingat bahawa Islam tidak didirikan secara kekerasan. Bahkan telah disebut dalam Al-Quran “Dan bukanlah menjadi tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman jika Tuhanmu menghendakinya nescaya berimanla sekalian manusia yang ada di muka bumi ini. Kalau Tuhan tidak menghendaki maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang beriman?”(Surah Yunus).

Saya tahu saya tidak layak berbicara soal agama tetapi sudah tentu saya juga tidak mahu berdiam diri dan melihat keputusan dalam kes-kes sebegini akan memberi impak negatif kepada agama Islam dan persepsi bukan Islam akan menjadi semakin buruk terhadap Islam. Sudah tiba masanya untuk kita mencari jalan penyelesaian, bukannya dengan mengelak daripada memberi jawapan. Walaupun keputusan mahkamah mempunyai rasional kerana si isteri sudah diberi peluang selama 6 tahun tetapi saya sependapat dengan Tan Sri Richard Malanjum CJSS agar si isteri diberi peluang mencari keadilan melalui lunas undang-undang. Setidak-tidaknya lima soalan yang diutarakan oleh pihak beliau mendapat jawapan dan dijadikan “obiter dictum” sebagai rujukan untuk kes-kes yang akan datang.

Apakah selesai masalah dengan mengelak daripada menjawab masalah yang dikemukakan dan membiarkan ia terus tidak dijawab? Apakah ini sudah dapat menyelesaikan kemelut yang pastinya akan timbul semula dalam masa akan datang?

* Loyar Muda adalah seorang pembaca The Malaysian Insider.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

0
Humanist's avatar

Humanist· 1 day ago

This is a fair and balanced opinion. Good idea to resolve this still unresolved issue.
0
Joker's avatar

Joker· 1 day ago

Disappointed the highest court refuse to answer the 5 question just because shamala is not in court. Strange right. Now who is responsible to answer that 5 question if not for the Federal Court.
Let give a clear understanding on the conversion of the child. The above writer is giving a fair and balanced opinion. Now the ball is with the parliament to do something and not just don't want to touch on this matter just because it will effect their political position.
We need a very transparent laws and not doubtful laws which is confusing bewteen Civil and Syariah Court.
+1
normanfernandez's avatar

normanfernandez· 1 day ago

Subashini has taken the right course of action. Let us ask this question. Would she want to submit and seek justice in the civil court when the court has no gumption and cojones to mete out justice but instead capitulate to the overiding powers and rights of the shariah court. If she were to bring the children to court, there is every possibility that the children could be snatched away from her. Frankly, there is not much hope for her, particularly when she realises that the children in her custody could be converted without her knowledge and her presence.

In the circumstances and with the possibility of losing her children (which is presently with her ) she has taken the correct course of action by sticking two fingers at the judiciary and saying "up yours".

Its better she stay on in Australia with her children or at least the ones who were not snatched away.

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)