Wednesday, November 10, 2010

Sesuatu

1. Dah habis dah pun semester dua BLS...bererti dah tamat pun tahun pertama sebagai student BLS UiTM.Perasaan? Tema? Cuma satu: CHANGE =)

2.Banyak perkara berubah; dari dalam diri sendiri mahupun dengan hubungan luar. Rezeki semakin melimpah ruah. Tiada tanda-tanda akan berhenti daripada melakukan lebih banyak 'keajaiban' pada semester akan datang. Justeru pada waktu cuti ini akan dipergunakan sebaik mungkin untuk REAP (Retreat and Plan)

3. Banyak juga perkara akan diubah untuk memastikan terus kesegaran dan kerelevanan bahan penulisan. Penampilan? Tiada perubahan drastik kerana masih lagi gemar mengenakan pakaian t-shirt dan seluar jeans. Juga tiada perbezaan dari segi pola pemakanan kerana kalian masih boleh menemui aku makan cendol di tepi jalan mahupun makan tengahari di seksyen dua yang akan sesak tiapkali waktu makan tengahari. Fesyen rambut juga tidak akan dikenakan sebarang perubahan cuma dah mula sedar bila rambut terlalu panjang tahap kehenseman tu menurun sedikit :P

4.Blog ini juga akan mengalami perubahan. Perubahan yang agak drastik. Apakah perubahan tersebut? Oh haruslah dirahsiakan tapi jangan risau apabila penjenamaan semula itu telah dilaksanakan, entri baru juga akan menyusul.

5.Ucapan terima kasih kepada yang masih setia membaca blog ini. Tanpa anda yang sedang membaca sekarang sudah tentu blog ini tidak bernyawa dan tidak bersuara. Kehadiran anda sangat dihargai dan semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada blog ini.Justeru ada sesuatu akan diberikan sebagai tanda terima kasih atas sokongan,kesetiaan anda kepada blog ini :D

6. Seminggu cuti. Kemudian kembali ke fakulti. Mooting. Hidup seharian tanpa bekerja ibarat menghirup udara di ruang vakum. Tiada rasa apa-apa dan tidak memberi kesan. Akhirnya kebosanan akan menyerang. Maka matilah kekreatifan dan tumpullah fikiran yang sudah digilap selama ini :)

Ok dah cukup....sila kemas bilik sekarang nanti esok clearance tak lepas pulak...

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)