Tuesday, November 23, 2010

DUA ALAM & LIN DAN




Untuk kongsian bersama =)


1. Oh sudah tentu entri kali ini ada kaitan dengan filem yang digembar-gemburkan oleh penerbitnya akan mencapai kutipan pecah panggung sebanyak 20 juta ringgit. Tetapi jangan salah faham; aku tidak menonton filem ini dan jauh sekali untuk membuat ulasan dan preview mengenai filem ini. Tak adil la pulak rasanya bila tak tengok lepas tu nak condemn bagai nak rak.

2. Juga ada kaitannya dengan kemenangan Lin Dan dalam Badminton Sukan Asia. Walaupun berkesempatan untuk menonton set terakhir sahaja tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku untuk menulis. Juga sekali lagi jangan salah faham kerana aku tidak akan menggunakan ruangan blog untuk mengkritik cara pengulas badminton tu mengulas walaupun bila dengar tu rasa macam nak hempuk dengan raket badminton je tu. Satu lagi petanda bahawa begitu ramai orang yang mengkritik kerana mereka tidak mengetahui apa yang sedang dilalui oleh orang yang dkritik.

3. Ketika sukan Asia baru bermula ada akhbar yang melaporkan bahawa Lin Dan mengeluarkan kenyataan yang angkuh bahawa beliau tidak akan mempunyai masalah untuk memenangi pingat emas dalam sukan Asia. dR.Rozmey juga begitu optimis dalam akhbar bahawa filem terbitan beliau itu akan mencapai kutipan 20 juta.

4.Lin Dan berjaya mendapatkan pingat emas. Filem 2 Alam masih lagi jauh untuk mencapai sasaran bahkan mengikut ulasan akhbar filem tersebut hanya sekadar filem biasa dan tiada apa yang istimewa untuknya mencapai 20 juta.

5. Nah sekarang kita pasti keliru. Apakah cakap besar atau angkuh itu adalah satu kebaikan atau keburukan?Apakah ia keyakinan dan optimis itu ada sangkut pautnya dengan cakap besar atau angkuh? Selalu kita akan terperangkap dengan situasi begini dan ada kalanya kita mengambil jalan mudah dengan tidak mahu nampak angkuh dan cakap besar lalu tidak menunjukkan keyakinan mahupun optimis. Akhirnya tidak mahu membuat rancangan dan tidak mempunyai impian. Lantas hidup tanpa tujuan dan tiada semangat untuk mencapai sesuatu. Nah kalau begitu buat apa motivasi dan buku2 inspirasi jika ianya sekadar untuk keangkuhan dan kesombongan?

6. Bahkan dalam mooting juga kami dididik untuk mempercayai diri sendiri bahawa kami mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk memenangi sesuatu pertandingan.

7. Menurut aku janganlah takut untuk bersikap optimis dan memberitahu dunia bahawa anda layak dan mampu untuk mencapai sesuatu impian. Walaupun ia kedengaran angkuh dan sombong tetapi apa yang membezakan antara keyakinan dan keangkuhan adalah

i) Mengetahui akan kemampuan diri sendiri.
Jika anda yakin anda berhak dan layak untuk memenangi pingat emas setelah berlatih bersungguh-sungguh dan melakukan persiapan yang rapi justeru mengapa takut untuk memberitahu bahawa anda yakin anda boleh menang? Bagaimana anda boleh optimis untuk mencapai kutipan jutaan ringgit jika jalan cerita adalah sama dan tiada yang 'istimewa'. Justeru 'istimewa', exceptional atau kelainan itu yang akan menentukan keyakinan anda. Jika anda sudah berlatih dan berusaha secara abnormal dan tidak seperti orang lain sudah pasti hasilnya juga akan abnormal dan istimewa.
Seperti kata Albert Einstein '' Gila itu ialah melakukan cara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.

ii) Action is power.
Biasanya ramai orang boleh bercakap dia mampu buat itu ini, dia pun ada nak buat itu jugak, mampu memberikan kata-kata yang 'besar' dan keyakinan yang luar biasa. Tetapi dah dekat setahun apa yang dikatakan satu pun tak jadi. Kalau sekadar ada impian tetapi tak buat lepas tu nak cakap kat semua orang itu tandanya bodoh sombong sebab telah memperbodohkan diri dengan kesombongan yang ada. Sepatutnya bila dah cakap bahawa 'aku boleh capai itu ini' maka haruslah diusahakan dengan gigih dan penuh semangat barulah sekurang-kurangnya bila tak dapat atau tak dapat dicapai orang masih lagi respect dan puji kita. Kalau sekadar cakap tapi langkah pertama pun tak diambil, bersedia dengan alasan 'sibuk, tak ada masa', gemar bermain 'victim hood' maka janganlah mengharap orang yang pernah mendengar impian anda akan memuji anda sekiranya anda gagal bahkan orang mungkin tak percaya dengan anda lepas ni. Justeru ada bezanya antara big talker dan big achiever dan bagi orang yang big talker mereka akan selalu menjadi big loser sementara big achiever akan menjadi big winner.

Justeru janganlah takut bermimpi dan memasang impian sekiranya anda tahu bahawa anda bukanlah orang yang cakap besar dan sekadar berangan-angan. Sesungguhnya ada banyak bezanya antara angkuh dan optimis ;)

1 comment:

  1. Pembetulan fakta... Dr Rozmey target nak capai RM40 JUTA (bukannya RM20 juta)!!! Jelas kan, beliau tak cukup ilmu dan tak buat research sebelum memasang angan-angan?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)