Sunday, May 30, 2010

7 sisi

Dalam kehidupan yang semakin mendewasakan ini maka semakin banyak pengalaman yang ditimba dan semakin banyak pula jenis-jenis manusia yang kita akan jumpa. Antaranya ialah:

1) orang yang tak pernah sumbang apa-apa tapi bila menang muka dialah yang pertama di surat khabar atau di majalah.

2) Orang yang tak tahu apa-apa tapi bila di interview mengaku dialah segalanya tanpa menyebut langsung nama orang yang selayaknya untuk di interview.

3) Orang yang dah memang tak suka dengan anda dan membuat 'ketupat' di belakang anda tetapi bila jumpa macam malaikat bercahaya syurga. Siap boleh tegur2 dan tanya2 lagi tanpa ada menunjukkan muka bersalah.

4) Orang yang cakap 'aku tak tahu apa-apa pasal benda ni.Aku buat hal aku je' tapi dialah propaganda terhebat di belakang anda.

5) Orang yang suruh buat macam-macam tapi dia dengan senang goyang kaki dan cakap 'itu tak betul ini tak betul.' Bila dah jadi dengan penuh bangga mengaku 'inilah hasil kerja saya'

6)Orang yang tuduh anda memulakan perang tetapi dialah yang berapi-api nak buat perang.

7) Orang yang nampak salah orang lain tapi salah sendiri tak nampak.

Ini cuma sebahagian jenis sisi gelap manusia yang ada..biasala nama pun manusia. Mungkin aku juga tergolong antara 7 golongan di atas di mata manusia lain tapi itu adalah hak masing-masing untuk menilai. Jadi terserah kepada anda bagaimana anda melihat seseorang itu.

Oh dan janganlah terlalu mengharap segala kebaikan yang anda buat akan diingat oleh orang lain. Kebaikan itu boleh dilupakan dalam masa seminit apabila anda sudah tidak bermanfaat lagi pada orang tersebut.

Tuesday, May 18, 2010

Dulu, kini dan tak selamanya....












1. 15 Mei yang lepas merupakan hari nakba bagi penduduk Palestin dan tahun ini ia sudahpun berusia 62 tahun. Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu hari nakba, hari nakba adalah hari di mana rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air sendiri, sebahagian besar menjadi pelarian di negara-negara arab lain dan pada hari ini juga sebuah negara Israel didirikan. Ia merupakan titik permulaan sejarah pahit dan penderitaan rakyat Palestin sehingga ke hari ini.

2. Awalnya aku hampir ketiadaan idea untuk menceritakan hal ini. Yela semua orang tahu apakah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Kalau cerita panjang-panjang pun tak best jugak nanti pembaca bosan dan tertidur di depan laptop. Justeru kali ini aku sediakan post yang sangat 'istimewa'; ia merupakan email yang kudapat daripada seorang pensyarah.

3. Gambar yang kupaparkan di atas adalah realiti; tiada super-impose mahupun adobe photoshop sebab aku tak tahu nak guna benda-benda ni.Sebahagian daripada gambar tersebut mungkin sudah diketahui umum tetapi sebahagiannya tidak. Daripada 33 gambar yang kuterima, aku pilih 10 yang 'terbaik' dan boleh menginsafkan para pembaca insyallah.

4. Sekarang, selamat menghadapi realiti dunia masa kini. Gambar di sebelah kiri merupakan gambar sewaktu perang dunia kedua di mana bangsa Yahudi ditindas oleh rejim Nazi sebelum mereka dengan izin PBB datang dan menetap di bumi Palestin. Alhasil, terciptalah gambar di sebelah kanannya. Selamat melihat dan kalau rasa nak copy-paste amatlah dialukan. Jika mahu keseluruhan gambar sila tinggalkan email anda di ruang komen. Aku akan beri sebahagian lagi gambar yang tak diupload di blog ini.

5.Kepada yang lemah semangat atau ada darah tinggi, maaf dipinta. Bukan saja2 nak letak tapi untuk pengajaran bersama.

'' The only thing for a triumph of an evil is for a good man to do nothing''

Dulu..kini..tapi tak selamanya!

Monday, May 17, 2010

Tak semua ada harga- spin off dan GEMPAR!

1. Sedih. Geram. Tapi tak terkejut. Ini reaksi aku apabila membaca artikel bertajuk ''Najib rethinks campaign promise after Sibu vote''. Anda boleh membaca berita penuh tentang tajuk ini di Malaysian Insider.

2. Janji yang dimaksudkan ialah projek tebatan banjir bernilai 5 juta ringgit yang akan dilaksanakan sekiranya BN menang. Malangnya BN tewas dan sekarang DS Najib berkata akan memikirkan semula tentang perkara ini.

3. Aku berasa amat kecewa kerana sepatutnya perkara sebegini tak perlu timbul. Takkan sebab kalah terus taknak buat projek untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini soal masalah umum. Kalau banjir melanda Sibu maka akan sengsaralah penduduk-penduduk di situ dan ia boleh melibatkan nyawa serta harta benda. Kenapa perlu beri kenyataan bahawa ''kita belum membuat apa-apa keputusan lagi''.

4. Kenyataan tersebut pasti akan berlainan sekiranya BN menang. Komfem hari ini dah keluar suratkhabar cek 5 juta telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut. Apabila keadaan ini berlaku maka ia secara terang-terangan bahawa BN hanya buat projek pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat apabila menang sahaja. Kalau tak menang jangan harap dapat sesen pun.

5. BN masih lagi menguasai kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak.Memang betul DAP sudah menguasai Sibu tetapi apabila melibatkan kebajikan rakyat maka soal politik tak perlu dijadikan keutamaan. Ini adalah tanggungjawab seorang pemimpin tanpa mengira samada rakyat yang dipimpin menyokong atau tidak kerana ia adalah tanggungjawab. Tanggungjawab adalah amanah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat kelak. Bayangkan jika sewaktu musim hujan lebat, banjir melanda, penduduk Sibu mengalami kesusahan dan terputus bekalan, ada anak yang sakit dan meninggal dunia sebab tak dapat hantar pergi hospital kerana banjir. Apakah mereka ini perlu dihukum gara-gara tidak mengundi BN untuk menang di Sibu semalam? Apakah Tuhan akan menerima jawapan ini di akhirat kelak ''Oh diaorang tak undi saya jadi buat apa saya nak tolong diaorang buat projek tebatan banjir, jaga kebajikan mereka etc?''

6. I don't have any personal problems with DS Najib but in this case, I'm really dissapointed. Where is your word of ''people first''. Or should i interpret it as ''people who vote BN until win first?''.

7. Aku tak percaya kaedah menghukum ini adalah sesuai bahkan ia hanya menambahkan lagi kemarahan, kebencian dan memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat. Tak kira menang atau tidak, janji mesti dilaksanakan kerana ia adalah satu tanggungjawab. Takkan nak tunggu menang baru buat janji. Tapi dulu masa 2008 menang pun projek tebatan banjir tak terlaksana juga. Mungkin kemenangan DAP adalah satu escapisme bagi penduduk Sibu untuk mencari jalan alternatif menyelesaikan masalah setempat.

8. Masih kecewa...tak ambil pelajaran lagi rupanya.

Tak semua ada harga...



1. Mengejutkan. Mungkin bagi sesetengah orang yang masih merasakan bahawa Sarawak adalah kubu kuat BN. Tetapi hari ini ia sudah berbeza. BN tewas dalam pilihanraya kecil di Sibu.

2.Secara peribadi aku pun menjangkakan BN akan menang dalam pilihanraya kali ini tetapi di saat akhir hati aku mula mengatakan bahawa peluang adalah 50-50. Walaupun terkilan sebab 'parti' aku kalah tetapi saat mendengar berita tidak rasmi bahawa DAP menang, aku mahu ini menjadi pengajaran terbaik buat BN yang...

3. Duit bukan segalanya. Kempen BN begitu asyik dan rancak menabur jutaan ringgit kepada penduduk Sarawak dengan slogan ' i help you, you help me and you know what i want'. Aku masih hairan mengapa BN masih mengekalkan rentak yang sama di kala pembangkang sudah berjaya menukar strategi mereka dengan menimbulkan isu-isu yang yang dekat di hati penduduk Sibu contohnya isu kalimah Allah tatkala majoriti penduduk Sibu adalah beragama Kristian. Malang bagi BN yang masih lagi berkempen dengan menggunakan duit.

4. Kemenangan di Hulu Selangor dahulu barangkali disebabkan duit yang ditaburkan dan BN menang. Justeru strategi yang sama digunapakai di Sibu dan inilah kesilapan BN. Mereka tidak peka dengan latarbelakang pengundi dan melayan pengundi di Sibu sama seperti di Hulu Selangor. Cuma tidak ada serangan peribadi yang dilakukan. Aku bersyukur akhirnya pengundi Sibu telah menolak style berkempen BN yang menonjolkan wang sebagai faktor utama.

5. Aku tetap dengan pendirianku bahawa memberi duit sewaktu berkempen sama juga dengan rasuah. Apa bezanya beri duit waktu kempen pilihanraya dengan beri duit waktu kempen nak menang jawatan? Mungkin memberi janji akan beri duit lepas menang pilihanraya bukanlah rasuah sepertimana yang dijelaskan dalam blog penasihat undang-undang UMNO namun persoalan aku kini ialah bagaimana dengan duit yang diberi SEMASA berkempen? Aku masih menunggu jawapan tersebut.

6. Ini juga satu petanda bahawa pengundi Cina masih tidak yakin dengan BN. Maaf bukan racist tetapi itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh komponen parti BN. Barangkali pengundi Melayu di Hulu Selangor masih baik hati, boleh kasi peluang kedua untuk BN menang tetapi di sibu yang bermajoritikan kaum Cina ingin 'menghukum' kesilapan BN dan aku berpendapat ini adalah pengajaran yang terbaik untuk BN.

7.BN dah pegang Sibu PRK lepas tapi apakah banyak perubahan yang telah dilakukan? Mungkin itu juga yang menyumbang kepada kekalahan BN. Peratusan yang keluar mengundi juga tidak ramai dan ini mengecilkan peluang kedua-dua parti untuk menang majoriti yang lebih besar.

8. Rasa cukup sampai di sini komentar mengenai kekalahan BN di Sibu. Perit tetapi itulah yang terpaksa diterima. Pengajaran yang mesti diambil dengan positif dan melihat semula apakah punca sebenar kekalahan. Apakah kerana over confident? Mungkin juga. Tetapi ini juga satu petanda bahawa...

tak semua boleh dibeli dengan duit!

Wednesday, May 12, 2010

64

1. Kalau manusia yang dah berusia 64 tahun pasti sudah banyak pengalaman yang beliau tempuhi dan hadapi. Bukan itu sahaja tetapi penyakit jugak banyak dihidapi oleh golongan-golongan yang sudah berusia begini. Sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, alzheimer dsb begitu kerap menyerang golongan warga emas ini walaupun penyakit-penyakit sebegini jugak boleh menyerang golongan muda. Usia yang lanjut ini juga sebagai satu petanda bahawa usia sudah semakin pendek; sudah sampai ke penghujung.

2. Begitu juga dengan UMNO. Sudah 64 tahun wujud di negara ini pada awalnya bermatlamatkan menentang penubuhan Malayan Union sebelum memikul tanggungjawab memacu pembangunan bangsa Melayu di negara ini. Bahkan UMNO juga berperanan dalam merintis kemerdekaan negara bersama-sama parti MCA dan MIC. Banyak pengalaman telah ditempuhi, banyak jasa telah terpahat dalam sejarah negara tidak kurang juga penyakit-penyakit yang menyerang UMNO seiring dengan usianya yang semakin lanjut.

3. Tetapi UMNO dulu tidak seperti UMNO sekarang. Itu sudah pasti sebab mana ada orang waktu muda muka dia sama macam dia waktu tua. Mesti dah lain bila menjangkaui usia yang semakin lewat; dah berkedut, beruban dan mungkin sudah kurang upaya untuk berjalan dan bangun serta sebagainya. Orang dulu-dulu menyokong UMNO atas dasar keikhlasan untuk negara; barangkali pengalaman perit sewaktu dijajah menyebabkan mereka langsung tak fikir dapat untung ke tidak yang penting UMNO selamat, negara selamat. Masih berbekas di fikiran aku kisah wanita-wanita UMNO dahulu yang sanggup menjual barang kemas semata-mata untuk membiayai perbelanjaan Tunku ke London dalam meneruskan rundingan kemerdekaan. Banyak lagi kisah-kisah orang dulu yang memperlihatkan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan UMNO.

4. Tapi sekarang berbeza. Keikhlasan dah tak jadi matlamat utama. Yang penting dalam UMNO adalah dua: kuasa dan duit. Masuk UMNO komfem kaya. Jadi Ketua Bahagian dah dapat banyak tender. Jadi wakil rakyat je dah boleh beli banglo berjuta ringgit padahal rakyat di dalam kawasannya masih lagi beratapkan zink dan berdindingkan kayu. Bila ada pilihanraya sahaja baru nampak muka, kasi itu ini dan menabur semula janji-janji yang tak tertunai dalam pilihanraya lepas. Imej mereka yang 'elegan', apabila berjumpa dengan rakyat biasa menggunakan kereta mewah dan baju-baju yang eksekutif sambil diiringi dengan lensa kamera dan wartawan menyebabkan rakyat 'tersinggung' dan menganggap UMNO kurang mesra dengan rakyat. Ada standard tersendiri. Itu sebab ramai orang muda kurang menerima UMNO. Simply because UMNO did not change the way they approach people and new generation. Mungkin golongan warga emas, yang 30 tahun ke atas masih boleh memangkah UMNO tetapi orang-orang muda kebanyakannya kecewa dan memandang sepi kepada parti ini. Isu pembangunan bukannya menjadi fokus untuk golongan ini. Modal tu dah jadi modal lapuk dan tak relevan untuk golongan muda. Tapi itulah juga yang didendangkan oleh UMNO tiap kali musim pilihanraya.

5. Iktibar kekalahan parti LDP di Jepun sepatutnya menjadi 'alarm' bahawa parti yang memimpin sebuah negara sejak awal kemerdekaan juga boleh ditolak oleh rakyat. Walaupun jasa mereka setinggi langit dan seluas bumi tetapi itu bukan bererti rakyat perlu sokong parti tersebut sampai kiamat. Mungkin parti akan berbicara ''kami dah banyak berikan jasa kepada anda semua, anda harus bersyukur dan terhutang budi kepada kami.Kami dah banyak tolong anda.'' Tetapi rakyat akan membalas '' Kamulah yang terhutang budi kepada kami. Kami yang memilih anda tiap kali pilihanraya dan kamilah punca kalian berada di tampuk pemerintahan, menikmati segala kemewahan dan kesenangan. Kalian tidak akan wujud tanpa kami dan kuasa pemerintahan sebenarnya adalah di tangan kami kerana kamilah yang menentukan siapa yang akan memimpin kami.'' Nah, sekarang siapakah yang lebih penting dan siapakah yang terhutang budi?

6. Perubahan bukan sahaja meliputi akan kuota dan pemilihan calon tetapi juga sejauh mana UMNO serius dalam menghukum ahli-ahli yang terlibat dalam jenayah rasuah. Itu yang penting kerana hukuman dalam UMNO terhadap jenayah ini berbeza-beza. Ada yang kena gantung, ada yang tak boleh bertanding ada yang hanya terima amaran jadi ini menunjukkan UMNO belum serius menangani rasuah.

7. UMNO perlu kembali mengatur semula langkah mereka sebelum menghadapi pilihanraya umum akan datang. Mereka tidak boleh hanya dilihat sebagai nasionalis tetapi juga mesti berperanan dalam mengukuhkan agama kerana agama mestilah menjadi keutamaan bagi parti ini. Seperti yang pernah dibincangkan oleh saudaraku Farid dalam blog beliau, UMNO mesti berjuang mengikut langkah dan susun atur sepertimana seseorang yang belajar al-quran; harus bermula dengan huruf alif, ba, ta dan seterusnya.

8. Selagi mana UMNO terus gah hanya di atas pentas, di hadapan mikrofon tetapi tidak berbuat apa-apa maka selagi itulah rakyat sukar untuk menerima UMNO lagi. Selagi UMNO tidak serius membanteras rasuah dan imej2 buruknya maka selagi itu rakyat akan terus meninggalkan UMNO dan akhirnya akan menerima parti lain untuk memimpin Malaysia.

9.Bersatu, bersetia, berkhidmat!


Inilah punca utama UMNO semakin jauh di hati generasi muda. Selagi mana rasuah terus wujud dengan ahlinya dibenarkan menjawat jawatan tertinggi dalam parti selagi itulah rakyat akan menganggap UMNO hanya 'cakap tak serupa bikin'



Tiba masanya UMNO berubah. Tak perlu dimusnahkan tetapi diperbaiki dalam dan luarnya. Menyeluruh dan efektif bukan sekadar tampalan semata-mata

Monday, May 10, 2010

ada apa dengan...

dengan syazwan, member di Sekolah Menengah dulu

berposing pas main bola..part3 asasi di merbok :)

dengan ibu waktu lepak di kopitiam...gambar tahun ni..baju tu hadiah daripada si dia walaupun dia xminat tengok bola hihi

1. Tak pernah rasanya blog aku sentuh pasal bola sepak padahal inilah satu-satunya game yang paling aku suka dan yang reti aku main hahaha. Masa asasi dulu pakaian harian aku ke kuliah adalah seluar jeans dan baju jersi. Banyak gambar2 aku pun jersi bola jek. Sama pattern lak tu warna biru berlambangkan Chelsea haha. Yela dah itu je pakaian yang paling senang dan cepat untuk dipakai apatah lagi time kelas pagi2 nak dressing smart2 memang tak la.

2. Dari kecik sampai besar memang minat aku dengan bola je. Walaupun ada jugak sukan2 lain yang aku suka macam swimming, marathon dan softball tapi bola sepak dah start menapak dalam hidup ni sejak aku umur 7 tahun. Dari first baju jersi Chelsea ditaja Autoglass sampaila sekarang Samsung. Daripada pengurusnya Ruud Gullit hinggalah ke Carlo Ancelotti. Dari penyerangnya Gianfranco Zola hinggalah Didier Drogba. Cuma sekali je aku ada baju Liverpool tapi chelsea tak pernah lepas. Penah juga time raya dulu aku berkeras xnak beli kasut sebab nak beli jersi hahaha. Betapa fanatiknya aku dengan bola.

3. Kalau main bola pulak posisi yang aku rasa suitable untuk aku ialah pertahanan atau last man.Masa sekolah rendah dulu aku suka jadi midfieldier atau wing kanan tapi bila dah masuk sekolah menengah posisi pertahanan paling aku suka. Tapi aku main xpernahla sampai wakil sekolah jauh sekali mewakili daerah mahupun negeri. Aku main untuk suka-suka je, kasi keluar peluh cukup. Aku lebih suka berkomitmen bermain bola dalam game hahaha. Masa sunat dulu tahun 1998 untuk mengisi masa pantang seminggu tu aku ngan abang aku hanya menghadap depan PlayStation dan main game World Cup 1998. Tiap-tiap tahun tak pernah miss cd game bola samada Fifa,Winning Eleven ataupun PES.

4. Yang paling seronok tengok bola ni bila time menang la. Macam malam tadi tengok final game Chelsea lawan Wigan. 8 kali bersorak dengan penonton-penonton lain di kedai mamak.Walaupun tak kenal tapi kami sama-sama bersorak apabila gol. Sebab itu perempuan pun pelik macamana lelaki boleh jadi 'ngam' hanya dengan bola. kalau dah satu team memang boleh jadi member punya. Dan of course bila kalah tu yang pedih sikit sampai masuk dewan kuliah pun kena sorok muka. Jersi gantung dalam almari tunggu next match menang hahaha. Well, that's the best thing about football isn't it?

5. Dalam bola ni macam-macam boleh jadi. Seminit pun berharga. Dalam masa kecederaan tu pun boleh mengubah keputusan perlawanan bergantung kepada tahap kekuatan dan semangat tak mahu menyerah kalah sesebuah pasukan. Itu yang paling aku suka sebab ia mengajar kita jangan cepat menyerah kalah sebab dalam seminit pun macam-macam boleh terjadi. So kita kena tetap mencuba dan mencuba untuk menang. At least kalau kalah pun, kalah dengan penuh rasa terhormat dan mendapat standing ovation daripada penonton.

6. Kebanyakan perempuan tak suka bola. Aku tak tahu kenapa tapi ada je membe2 perempuan aku yang suka tengok bola. Well it's hard to understand why men like football since men too have a problem to understand why women love shopping.

7.Sekarang demam piala dunia. Keluar pulak isu nak menghalalkan perjudian bola sepak. Ini yang jadi masalah ini dan aku cuma boleh cakap:matlamat tidak menghalalkan cara. Itu bukan jalan penyelesaian untuk menyekat perjudian haram lagi keadaan jadi parah adala. Dan aku pun tak prepare lagi nak sokong team mana haha. Kalau dulu 4 tahun lepas tengok bola ngan ayah aku sampai tertido2 atas kerusi tahun ni tak tahula tengok bola kat mana plak sebab aku mungkin 'tersekat' di Shah Alam sampai pertengahan bulan Jun. Alamat kedai mamak la jadi sasaran.

8.Nasib baik tengok kat kedai mamak tadi. Kalau tengok kat rumah komfem esok pagi dapat 'tazkirah Subuh' daripada ibu aku sebab menjadi tukang sorak yang sangat hebat :P oh anyway happy mother's day mom :) a great child comes from a great mother and thanks for being such a great mother.

9.So bersukacitalah penyokong2 Chelsea malam ni dan standby untuk Piala Dunia 2010. Komfem eyebag aku akan menjadi lebih hitam dan bengkak haha...football made nation :)

Saturday, May 8, 2010

Dear Cranberries,

1. Saya ucapkan kepada Cranberries kerana telah memberi komen berkenaan isu Perkasa. Tetapi agak janggal jika saya tak memberi sedikit penjelasan mengenai komen tersebut.

2. Saya sudah membaca tuntutan Suqiu tersebut sejak di tingkatan tiga lagi dan memang ada tuntutan-tuntutan mereka itu mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Dari segi kebebasan bersuara dan sama rata, saya bersetuju Perkasa untuk seimbangkan tuntutan yang disuarakan oleh Suqiu kerana kalau Perkasa dilabel rasis maka Suqiu jika perlu dilabel rasis. Kalau Suqiu boleh bercakap tentang itu ini maka Perkasa juga perlu diberi peluang untuk bersuara juga.

3.Tapi apa yang Perkasa nak tuntut daripada orang bukan bumiputera?

4.Saya kurang bersetuju dengan pandangan anda yakni 'kalau kita anggap perlembagaan sudah mampu menjaga kedudukan istimewa bumiputera kita seolah berada di awang-awangan'. Pada saya itu adalah tidak benar kerana ia adalah realiti, bukan retorik mahupun fantasi. Artikel 153 memperuntukkan kedudukan istimewa bumiputera. Artikel 159 memperuntukkan bahawa sebarang pindaan atau perubahan untuk Artikel 153 harus mendapat undi 2/3 Parlimen dan kebenaran(consent) Majlis Raja-Raja.

5. Beritahu saya apakah Majlis Raja-Raja Melayu akan membenarkan artikel 153 akan dipinda dan dihapuskan?Apakah kalau UMNO kalah dalam pilihanraya umum akan datang kedudukan istimewa Melayu akan dihapuskan?Apakah kalau PR naik mereka boleh dengan sesuka hati meminda perlembagaan untuk menghapuskan 153? Adakah DAP boleh mewujudkan idea sama rata mereka (Malaysian Malaysia) dengan meminda perlembagaan tersebut tanpa menerima consent Majlis Raja-Raja? Do tell me if Sultan or Malay Ruler willing to lose their power and role as safeguard of Bumiputera's special position.

6. Perkasa juga lebih bergema suara mereka dalam politik. Kalau melawat, semua orang boleh melawat tetapi apakah Perkasa yang pertama melawat keluarga Aminulrasyid?Apakah Perkasa lantang minta siasatan itu ini dan tawarkan khidmat peguam at the first place before anyone did? Kalau bab suruh orang lain bertaubat dia yang pertama sekali suruh. Jadi nampak sangat politik adalah motif utama mereka.

7. Adalah lebih baik jika anda dapat memberitahu saya apakah matlamat dan misi penubuhan Perkasa. Kalaulah anda mengatakan bahawa Perkasa adalah pembela hak Melayu saya minta maaf. Majlis Raja-Raja Melayu sudah ada untuk menjaga dan membela hak Melayu. Meskipun peruntukan 153 boleh dipinda, tetapi syarat pindaan tersebut bukanlah semudah meminda akta-akta lain kerana ia memerlukan consent Majlis Raja-Raja Melayu.Perlembagaan bukanlah satu retorik atau awang-awangan. Anda boleh membeli Perlembagaan Persekutuan di kedai buku berharga RM10 dan bacalah. Jika perlukan lebih banyak penjelasan maka saya syorkan untuk membaca buku-buku yang ditulis pakar perlembagaan seperti Dr.Aziz Bari dan Prof.Shad Saleem Faruqi.

Untuk menjaga kedudukan istimewa Melayu, Perkasa tidak diperlukan. Tetapi kalau sekadar mahu seimbangkan suara dan tuntutan dari kumpulan lain itu adalah satu kebebasan yang termaktub dalam Artikel 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. But by portraying itself as the safeguard or saviour of Malay's right, I don't think it is suitable or necessary.

Walaupun patron Perkasa adalah Tun Dr.Mahathir Mohamad, seorang negarawan yang saya hormati dan kagumi, walaupun presidennya adalah lulusan UiTM tetapi tak bererti saya akan diam apabila perkara yang sebenar perlu diceritakan apatah lagi kalau ia melibatkan perlembagaan persekutuan, the highest law in this land.

Terima kasih atas komen diberikan.

Sunday, May 2, 2010

LELAKI BESI

1. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh duduk kat wayang untuk menonton citer lelaki besi atau dalam sebutan inggerisnya Iron-Man. Walaupun aku tak tengok yang first tapi takdela susah sangat nak faham yang sekuel dia sebab plot dia agak berlainan.

2. It's a good film. Menunjukkan betapa AS sudah pun menjangkaui cara pemikiran dunia untuk merekabentuk tentera berteknologi tinggi tanpa perlu mengorbankan nyawa tentera-tenteranya lagi. Tujuan mereka yang 'suci' yakni defend for a peace ditukar menjadi satu alat yang merbahaya kepada dunia bahkan kepada diri mereka sendiri.

3. Melihat teknologi mereka yang sangat superb dan dahsyat membuatkan aku kagum dengan perkembangan sains&teknologi dalam dunia kini.Inilah faktor 'wow' untuk filem2 fiksyen begini. Tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku satu benda.

4. Betapa bosannya undang-undang.

5. I don't know what the 'wow' factor for legal movie. Maybe the best element in law is that ''there is nothing right and wrong. It's about convince'' and sometimes you feel difficult to determine who is the angel or devil.

6.But yeah, not so wow like the scientific film. Unfortunately...