Friday, April 30, 2010

Ambil Kesempatan

1. Entri yang lepas aku ada membincangkan perihal beberapa perkara penting yang berlaku dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Salah satunya aku ada menyentuh mengenai pengundi-pengundi kaum Cina yang tidak lagi mengundi kepada BN bahkan undian mereka semakin susut berbanding PRU yang lepas. Aku juga ada memberitahu kemungkinan daripada salah satu faktor ini yang menyebabkan undian daripada kaum ini menurun; samada berpunca daripada krisis dalaman MCA atau kehadiran NGO yang bernama Perkasa turun padang sewaktu pilihanraya kecil dahulu.

2. Dan nampaknya kemungkinan yang aku utarakan adalah benar.

3. Meskipun pilhanraya kecil sudah berakhir tetapi hakikatnya ia belum berakhir. Perang mulut antara Ibrahim Ali yang mewakili Perkasa dan Chua Soi Lek yang mewakili MCA begitu panas di media massa dan elektronik sehingga keadaan menjadi sedikit keruh apabila berlaku permintaan untuk menarik balik janji yang diberikan kepada kaum Cina di Hulu Selangor. Tak habis di situ, berlaku pula kenyataan bahawa presiden Perkasa hanya mahu mencari publisiti dan wujud kenyataan daripada mantan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa ekstremis Cina juga wujud dalam MCA dan Perkasa hanya bertindak apabila ada orang mengatakan sesuatu berkenaan kepentingan Melayu.

4.Kalau lihat dalam perspektif di Hulu Selangor, rasanya yang mulakan dahulu adalah Perkasa sebab dialah yang beriya-iya yang suruh janji kepada pengundi cina ditarik balik. Permintaan badan NGO ini kemudiannya dibidas oleh PM sendiri dan juga calon BN yang menang di kawasan tersebut. Pada aku cadangan yang diberikan kepada Perkasa itu hanya akan memburukkan lagi imej BN yang sering dikaitkan ''menabur sejuta janji tetapi tiada yang tertunai''. Cukuplah kerajaan pimpinan terdahulu yang telah menaburkan janji pelbagai terutama mahu menghapuskan rasuah dan kronisme akhirnya anak menantu sendiri menjadi kroni dan mengumpul kekayaan berjuta walaupun hanya seorang penganggur(sebelum menjadi ahli parlimen).

5. Kebanyakan pengundi Cina tidak mempercayai BN akan menunaikan janji mereka bahkan kebanyakan golongan muda juga tak kira Melayu,Cina atau India mempunyai sikap skeptik akan janji-janji yang ditunaikan. Bila ada pilihanraya barulah janji-janji mula bergendang sana-sini padahal isu Felda Sungai Buaya tu dah bermula sejak tahun 1994 lagi. Jumlah bayaran tertunggak kepada mereka selama 16 tahun bernilai 1.2 juta tetapi pada tahun 2010, sewaktu pilihanraya kecil di Hulu Selangor barulah 'terkial-kial' nak keluarkan duit sejumlah RM 50,000. Apakah itu sebagai ganjaran?Tidak! itu hanya membayar apa yang hak kepada mereka.

6. Timbul juga pandangan bahawa pengundi Cina bukan lagi hanya tertumpu kepada isu ekonomi tetapi juga isu-isu semasa seperti kematian Teoh Beng Hock dan juga apa sahaja yang berkaitan dengan kaum Cina di negara ini. Generasi muda bukanlah seperti generasi dahulu dan mereka harus dilayan dengan cara peredaran masa kini supaya kehendak dan tuntutan mereka dipenuhi.

7.Bahkan aku lebih mempercayai bahawa kekalahan calon PKR juga disebabkan imej Melayu beliau yang sudah 'rosak' di mata pengundi Melayu dan juga beberapa pendedahan yang mengejutkan oleh ahli PAS berkenaan jentera pilihanraya PKR waktu itu. Nak tahu lebih lanjut silalah klik ke Malaysian Insider.

8. Betul wakil rakyat Cina memerlukan undi Melayu tetapi wakil rakyat Melayu juga memerlukan undi Cina. Waktu sekolah menengah dahulu aku sendiri berasa malu apabila ada wakil rakyat yang memberi ceramah yang agak 'rasis' tanpa mempedulikan hadirin yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.At one point, I agree with Tun as he said we need support from everyone in this country and also with Soi Lek's view that we must work on 'middle path'. Cuma ada satu sahaja yang berada dalam fikiran aku sekarang ini: apakah matlamat penubuhan Perkasa?

10. Kalau penubuhan mereka adalah mempertahankan 'hak' Melayu maka artikel 153 dan 159(5) sudah terlebih dahulu menjaga dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu. Jadi kenapa nak ada satu lagi NGO untuk menjaga 'hak' tersebut? I'm sorry because i don't see any word of Perkasa here in these both articles in Federal Constitution because i only see the word 'majlis raja-raja'. So why should we need other than this Majlis raja-raja to defend our special position?

12. Obviously, Perkasa is only for political purpose nothing more for economy or social. If it more than politic then tell me why Perkasa silent about Aminulrasyid's case? Isn't the boy a Malay too?

Ternyata, ada orang mahu mengambil kesempatan atas ketidak tahuan rakyat mengenai undang-undang negara..

1 comment:

  1. salam..saya krg bersetuju dgn pendapat saudara yg membidas penubuhan Perkasa..walaupun saya bknlah ahli Perkasa,tetapi penubuhan NGO seperti itu adalah perlu sbg check n balance kpd NGO2 yg m'perjuangkan nasib kaum2 bkn Melayu..gerakan NGO seperti ini bknlah asing bg mereka bahkan lg lantang menyuarakn hasrat mereka,yg jelas begitu offensive..jikalau saudara b'kesempatan cbe cri tuntutan sebuah NGO yg bernama Suqiu pd pra-pilihanraya 1999..jika kita b'harap bhwa dgn Perlembagaan shj ckup utk melindungi kita,nampaknya kita berada dlm awang-awangan..last but not least,correction for ur statement about Aminulrasyid n Perkasa,buat pengetahuan saudara Presiden Perkasa sndri tlh bertandang dan berjumpa dgn keluarga Allahyarham br2 ini.They're not just silent..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)