Tuesday, April 6, 2010

SELANGKAH KE PARLIMEN

1. Lawatan ke Parlimen Malaysia selamat dijalankan pada hari semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan inilah pengalaman pertama kami masuk ke tempat di mana undang-undang negara kita digubal untuk menjadi panduan rakyat Malaysia. Lawatan ini bolehlah aku pecahkan kepada tiga sesi.

2. Sesi pertama adalah di mana kami menjadi pemerhati dan melihat parlimen bersidang untuk sesi soal jawab selama satu jam. Ramai jugak ahli parlimen yang datang termasuk ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang ramai datang adalah daripada ahli parlimen pembangkang, daripada pihak kerajaan sangat sikit dan kalaulah time ni bajet hendak diluluskan komfem kalah sebab xcukup undian menyokong.

3. Sesi kedua pula adalah bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifuddin Abdullah. Banyak pandangan dan idea dikongsikan bersama selama satu jam. Waktu nak bertanya tu kenalah kenalkan diri sebagai YB. Jadi aku kenalah kenalkan diri sebagai YB Johor Bahru. Walaupun tak berkesempatan untuk bertanya lanjut mengenai banyak perkara terutama mengenai isu semasa berkaitan mahasiswa tetapi penjelasan beliau mengenai AUKU dan bermacam isu lain sedikit sebanyak memberi makna dalam sesi ini.

4.Sesi ketiga pula ialah makan tengahari bersama Dato Mukhriz. Yang ini pun rasanya dekat sejam dan Dato Mukhriz sempat meluangkan masa bertemu dengan semua peserta lawatan. Bila time lunch tu aku duduk semeja dengan beliau dan banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Antaranya adalah berkaitan Global Peace, perancangan kami untuk menganjurkan global peace conference di peringkat universiti, soal perdagangan Malaysia dan perkembangan UiTM. Tidak ketinggalan juga kami bercerita tentang keluarga, pandangan Dato mengenai dasar Malaysia yang lebih 'senyap' berbanding waktu pentadbiran ayahnya yang lebih lantang membela negara-negara Islam dan juga mengenai hal-hal yang tidak serius seperti pengalaman beliau belajar di Jepun, keluarga beliau dan sebagainya. Yang pasti tiada isu politik yang diselitkan sebab kami tidak mahu politik menjadi isu utama dalam pertemuan ini.

5.Di kesempatan ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada bapa perlembagaan kami Prof.Dr.Shad Saleem Faruqi yang telah berusaha menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Farid, sahabat baik aku yang juga begitu serius untuk menjadikan program ini sebagai satu kenyataan dan juga kepada Encik Ram Karthigasu yang telah membantu untuk arrangement lunch bersama Dato Mukhriz. Juga kepada semua yang mengikuti rombongan ini. Diharap banyak pengetahuan dan pengalaman dapat dikutip bersama dan semoga memberi inspirasi dan semangat untuk menjadi ahli parlimen satu hari nanti insya-allah.


Bersama Farid, yang juga bakal ahli parlimen satu hari nanti. Tapi nanti kita duduk menghadap la kat parlimen kan?hehe

Bersama Prof.Dr.Shad Saleem Faruqi


makan tengahari bersama Dato Mukhriz

* Sudah mendapat pendedahan untuk kedua-dua bidang: politik dan kehakiman. Fair and reasonable. Keputusan? Masih belum muktamad tetapi sudah ada kecenderungan untuk memilih.

5 comments:

  1. Bijak sekali dalam mencari peluang. Pandai memanfaatkan masa dan peluang.

    Perjalanan kita masih jauh, baik kau baik aku. We both face the same problem. As we go through we'll be better.

    =) keep up the good work BOSS! xD!

    ReplyDelete
  2. ija jadi pemerhati dan pengkritik politik..hehe

    ReplyDelete
  3. so, should i call you MP Zharif or Judge Zharif now?? =p

    P.S. Lama x menulis pasal macam malas polak nak menulis..Tgk lah..Kalo ad diea dtg nnt, wujudlah balek entri kat situ.. =)

    ReplyDelete
  4. what more can i say.... u r lucky enough.. may all ur wish come true...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Terima kasih ya the zharif kerana berusaha sekali dengan dr shad untuk kita ke parlimen.

    Tentang cita-cita jadi ahli dewan rakyat itu, tak pasti lagilah..haha..tapi yang pasti politik adalah satu seni yang aku minati.Apa saja yang berkaitannya kemungkinan besar aku akan terlibat kelak.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)