Friday, April 16, 2010

MAIN SELAMAT



1. Dalam entri yang singkat ini aku sekadar ingin meluaskan pengetahuan yang ada dalam blog Faisal Tehrani berkenaan berita di mana Petronas sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran. Ia adalah sebagai respons sekatan baru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

2. DS Najib berkata mereka mahu Iran mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh PBB dan membenarkan IAEA untuk verifikasi bahawa pembangunan nuklear mereka adalah bukan untuk tujuan berperang dan pada masa yang sama DS Najib menyatakan pendirian akan tetap menyokong pendirian Iran untuk membangunkan program nuklearnya untuk tujuan kebaikan.

3. Inilah satu senario yang semakin mengecewakan apabila Malaysia akhirnya telah menjadi 'pak turut' atau tukang bodek dalam setiap juga rancangan yang dilakukan oleh AS; kononnya menyokong pentadbiran Barack Obama. Tetapi satu soalan yang ingin aku kemukakan ialah kenapa sekatan itu harus dikenakan ke atas Iran sahaja?Kenapa tidak kepada Korea Utara? Kenapa tidak kepada Israel yang juga telah membangunkan program nuklearnya secara rahsia?Setiap orang adalah sama rata dan equality before law. Kalau Iran boleh dikenakan sekatan kerana membangunkan nuklear kenapa tidak negara-negara lain yang turut membangunkan nuklear(termasuk AS sendiri) tidak dikenakan sekatan? Jawapan mudah: IAEA, UN sendiri merupakan boneka dan ciptaan AS.

4.Apa yang lagi menyedihkan sekatan tersebut dikenakan ke atas saudara seagama Islam. Meskipun kita tahu Iran adalah sebuah negara yang bermajoritikan Syiah tetapi mereka masih tetap mengucap syahadah dan wajib dipertahankan apabila dizalimi. Masih ingatkah siapa yang begitu berani menentang Amerika setelah tiadanya Tun Mahathir di arena politik antarabangsa? Masih ingatkah siapa yang memanggil seluruh pemimpin Islam untuk mengadakan mesyuarat untuk menghentikan serangan Israel ke atas Lubnan dan Palestin?

5. Dasar luar yang semakin memihak kepada AS sangat mendukacitakan. Siapa yang tidak tahu negara mana yang telah membunuh ribuan umat Islam yang tidak berdosa di Iraq kononnya negara tersebut menyimpan senjata pemusnah tetapi akhirnya telah terbukti tiada? Apakah kita masih perlu mempercayai pembohong-pembohong ini? Dalam kempen pilihanraya lalu Barack Obama menjanjikan untuk menutup kem Guantanamo, menghentikan penaklukan di Afghan dan Iraq tetapi sehingga sekarang, di mana usahanya untuk mengotakan janji tersebut?

6. Aku masih tidak dapat bersetuju dengan cara negara kita pasca Mahathir yang mula tutup mulut dan berdiri di belakang kuasa barat. Kita sudah tidak lagi dipandang sebagai penyelamat negara-negara Islam yang tertindas. Saudara-saudara kita di Palestin, Afghan dan Iraq sudah kehilangan wakil untuk menyampaikan suara dan mempertahankan mereka di peringkat antarabangsa.

7. Apabila tidak mahu mengambil risiko dikritik,dikecam oleh kuasa-kuasa besar maka lebih baik memilih jalan berdiri di belakang mereka; angguk dan geleng bila mereka juga berbuat demikian.

3 comments:

  1. moga mreka mndapat hidayah!

    ReplyDelete
  2. Pada aku, dasar Najib untuk berbaik-baik ngan US bukan lah suka-suka, tetapi untuk memulihkan ekonomi negara. Kita pon tahu investor besar2 banyak kat US, dan sekarang ni, banyak kampeni yg asalnya base kat Malaysia dah lari ke negara lain mcm Vietnam atau pun China kerana faktor2 yang kita semua tahu - kos buruh murah, tawaran cukai yg lebih baik.. etc etc etc. Jadi, Najib pada aku menggunakan strategi untuk berbaik-baik dengan semua negara dan menarik pelaburan dr negara-negara tersebut.
    Juka telah dijelaskan oleh Najib bhw penghentian jualan oleh petronas itu kerana tiada permintaan dr pihak ketiga, yakni Iran,jika tiada permintaan, tiada barang nak dijual.
    Aku percaya najib seorang yang bijak.. Beliau strategist yang baik..

    ReplyDelete
  3. amerika = negara freemason
    freemason = yahudi

    ikut amerika = ikut freemason = ikut yahudi...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)