Saturday, April 24, 2010

Perlu Ke?

1. Artikel ini ada berkaitan dengan entri sebelum ini yang bertajuk 'main selamat'. Aku pun sebenarnya reluctant nak tulis lagi pasal benda ni sebab cadangnya nak buat entri baru selepas tamat pilihanraya Hulu Selangor tapi entah kenapa aku terpanggil untuk memberi sedikit respons lagi berkaitan dengan hubungan luar Malaysia-Amerika baru-baru ini.Aku memetik berita bertarikh 16 April dari Malaysianinsider:

2.Tun Dr Mahathir Mohamad said today he disagrees with the Najib administration for spending a whopping RM76 million to arrange a meeting between the prime minister and US President Barack Obama earlier this week.

“Meeting is good but to say this money is spent because of what happened in the past, I don’t think is good,” the former premier said, rubbishing claims the government needed to spend the enormous sum of money.

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had disclosed this week the amount paid to global public relations firm, APCO Worldwide, and claimed it was necessary to “repair” Malaysia-US ties strained during his 22-year rule from 1981 to 2003.


3. 76 Juta ringgit diperuntukkan untuk mengatur pertemuan yang hanya mengambil masa kurang dari sejam antara PM Malaysia dan Presiden Amerika. Mengapa begitu banyak peruntukan hanya untuk bertemu dengan seorang pemimpin untuk sebuah negara yang bernama Amerika? Apakah kerana Amerika adalah 'polis dunia'? Adakah Amerika diberikan tugas oleh Tuhan untuk menjaga negara-negara di dunia ini sampai kita perlu membelanjakan 76 juta ringgit untuk bertemu dengan presidennya yang masih lagi tidak mengotakan janjinya untuk melakukan perubahan( yes we can change). Mengapa perlu 76 juta?


4. Aku tak fikir kita perlu membelanjakan peruntukan sebesar itu hanya semata-mata untuk membaiki hubungan Malaysia-Amerika yang dilihat tidak mesra sepanjang era pentadbiran Tun Mahathir. Lagipun hubungan itu dilihat tidak mesra kerana kita mengkritik dasar AS yang sangat berat sebelah dalam isu Palestin, Afghanistan dan Iraq. Lagipun tidak ada kita dengar laporan yang mengatakan AS 'terasa' dengan pendirian kita waktu itu dan pelabur2 AS lari dari Malaysia.

“Whether the ties are good or bad, the fact is the US has not done anything that would show they were offended by us,” he added, citing the absence of official US complaints lodged with his administration.

Dr Mahathir also pointed out that investments from the US continued to flow into Malaysia.


5. Walaupun aku mengakui bahawa aku pro-kerajaan tetapi tidak semua tindakan kerajaan di mata aku adalah betul kerana bagi aku isu ini adalah satu isu yang akan menjadi peluang untuk pembangkang memburukkan imej kerajaan masa kini yang 'melutut' kepada AS sepertimana yang didakwa oleh ketua pembangkang.Kita mafhum bahawa ketua pembangkang sangat 'hebat' dalam hal 'spinning the story' dan alhasil bacalah selanjutnya dakwaan ketua pembangkang berkenaan isu ini http://my-1.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/60218-najibs-iran-snub-risks-malay-vote-in-hulu-selangor

Aku tak mahu komen panjang. Cukup sampai di sini pendirian aku berkenaan isu ini. Terima kasih kerana membaca.

(Tony Bliar datang ke Malaysia pada hari ini(sabtu). Apa tindakan kerajaan untuk seorang pemimpin yang dah menipu dunia semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Saddam dan membunuh ribuan rakyat Iraq? Bagaimana seorang pembunuh boleh memberi ceramah di Malaysia? Memalukan!

5 comments:

  1. "Dan janganlah kamu mengangkat pemimpin dikalang kamu daripada golongan yang kafir"

    perbuatan Malaysia untuk tunduk kepada Amerika sedikit sebanyak menepati ayat di atas. Mungkinkah tuduhan DSAI antara hubung kait APCO dan Kerajaan Malaysia serta Israeli Gov itu benar?

    Aku mula sangsi. Politik Malaysia semakin sampah. Mahupun BN ataupun PR. Semua menjelikkan dan memalukan. Adakah ini senario politik Malaysia akan datang? Tolonglah! Tolonglah berubah~

    btw Z, good luck for exam!! (^.^)!!

    ReplyDelete
  2. Tum Mahathir juga pernah 'membayar' untuk bertemu Presiden US.

    ReplyDelete
  3. lihat impak jangka panjang..


    ...setiap perniagaan perlukan pelaburan...

    ReplyDelete
  4. dear Zharif, i went blog walking juz now and stumbled on this blog....

    http://anginperubahan.blogspot.com

    i think person like you should read this blog..juz take a look at it only.....-peace-

    ReplyDelete
  5. do look at to the result of hulu selangor. what can u predict for pru13?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)