Monday, January 11, 2010

HAK EKSKLUSIF: SPIN OFF

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada komentar yang diberikan berkenaan artikel hak eksklusif. Saya berjanji akan menyiarkan pandangan daripada beberapa pensyarah undang-undang dan akan menyiarkannya tidak lama lagi.

2. Sebelum itu izinkan saya menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara Afif dalam artikel lepas. Ada dua persoalan yang saya akan cuba jawab dan pastinya soalan tersebut akan dijawab menurut pandangan saya sebagai orang muda dan juga sebagai pelajar undang-undang.

3. Serangan gereja kebelakangan ini telah sedikit sebanyak mencetuskan ketegangan di negara ini. Segelintir orang Melayu telah bertanggungjawab melakukan serangan ini. Sebab apa orang Melayu gemar melakukan 'kekerasan' apabila timbul isu-isu yang sensitif tidaklah dapat saya perjelaskan kenapa. Cuma perkara-perkara sebegini sering dikaitkan dengan maruah dan kehormatan; apabila maruah dicabar maka seseorang itu boleh hilang pertimbangan dan akan terprovokasi sehingga melakukan kekerasan.

4. Ini bukanlah kali pertama orang Melayu bersikap sebegini. Isu Natrah contohnya, juga membawa kepada demonstrasi dan bantahan beramai-ramai kerana ia juga dikaitkan dengan sensitiviti agama. Rusuhan kaum 1969 juga tercetus berikutan provokasi terhadap maruah orang Melayu setelah mengalami kekalahan besar dalam pilihanraya umum.

5. Rasa sensitif, tercabar dan ditambah dengan unsur extremis telah mendorong berlakunya demonstrasi dan serangan yang mencetuskan kekacauan. Perbuatan ini, tidak mencerminkan sifat sebenar orang Melayu yang juga sebagai penganut Islam.

6. Berhubung isu kenapa orang bukan Melayu tidak mendapat hak ekslusif mereka sendiri, maka bolehlah saya perjelaskan sedikit di sini. Kita mempercayai konsep demokrasi yakni mengikut suara majoriti maka hak majoriti mestilah didahulukan tetapi hak minoriti tidak boleh dinafikan. Kebebasan agama, kebebasan untuk hidup dan bermasyarakat tidak boleh disekat bahkan hak minoriti sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Bahkan Nabi saw pernah bersabda '' Barangsiapa yang menyakiti kafir dzimmi maka seolah-olah dia menyakiti aku.'' Kafir dzimmi ini bererti orang bukan Islam yang hidup harmoni bersama orang Islam dan tidak mencetuskan peperangan terhadap umat Islam.

7. Hak Agama Islam, Hak Bahasa Melayu, Hak bumiputera,Hak Raja-Raja merupakan sebahagian hak yang dipersetujui dalam kontrak sosial bersama orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Sebagai galang ganti, maka artikel 14 Perlembagaan Persekutuan yakni berkenaan kewarganegaraan diberikan. Kita tidak menganggap orang bukan Melayu sebagai pendatang atau orang asing sebaliknya mereka diberi kerakyatan jus soli, diterima sebagai rakyat Malaysia.

8.Kita berpegang pada janji.

3 comments:

  1. suka ayat yg last tuh..ekpresi dye amat kuat..gugugug...thanx for the opinion =)

    ReplyDelete
  2. berdoalah moga ini bukan permulaan perang antara agama...

    ReplyDelete
  3. Juga tidak dinafikan wujudnya konspirasi-konspirasi daripada puak Ekstrimis melayu yg mengambil kesempatan ini untuk mencetuskan huru-hara. Ketakutan itu merupakan senjata yang paling baik sekali. Ibarat filem Batman: Dark Knights bagaiman Joker mengunakan pendekatan Psikologi mewujudkan susana kucar kacir dan akhirnya apa yang terjadi? Menurut pandangan segelintir pemikir muda dan pemikir melayu yg saya kenali, peluang ini digunakan untuk mencetuskan susana kucar kacir agar beberapa perkara dapat dilakukan.

    Saya sendiri kurang pasti dan kurang faham dengan penjelasan yg saya terima. Tetapi, buat masa ini ini salah satu pandangan yang saya ingin kongsi bersama rakan sekalian.

    Namun, saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan leh saudara Zarif. Hak Eksklusif ini merupakan satu syarat yang sukar untuk digubal kerana proses pemimdaan yang sangat sukar. (Nanti Z dah belajar MLS, bahagian Law Making Process dia akan lebih faham la. Heheh) Namun persetujuan melalui kontrak sosial itu jelas dan nyata. Tidak dinafikan bahawasanya kontrak sosial tidak termaktub dalam sebarang penulisan (setahu saya) tetapi peserfahaman itu tetap diketahui ramai. =)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)