Sunday, January 24, 2010

Bikin gua panas je kan...

1. Pilihanraya kampus untuk membentuk majlis perwakilan pelajar (MPP) yang baru sudah dijalankan di beberapa buah universiti. UiTM juga tidak terkecuali. Tetapi UiTM terkecuali daripada 'kehangatan' isu-isu panas setiap kali menjelang pilihanraya universiti kerana MPP UiTM dipilih mengikut fakulti masing-masing.

2.Tetapi berbeza dengan IPTA yang lain.Isu-isu panas disemarakkan dan kemenangan dalam pilihanraya kampus ini akan menjadi kayu pengukur kepada sejauh mana sokongan generasi muda terutama di kalangan mahasiswa dalam menyokong kerajaan kerana pilihanraya kampus akan menyaksikan pertandingan sengit antara dua pihak: Pro-aspirasi(kerajaan) dan pro-mahasiswa( yang sering dilihat cenderung menyokong pembangkang)

3. Difahamkan UM dan UIA sudah pun dikuasai oleh pro-mahasiswa. Begitu juga di Universiti Malaysia Terengganu(UMT) apabila terbaca di sebuah akhbar dan internet bahawa UMT juga sudah dikuasai oleh pro-mahasiswa. Dari 12 kerusi yang dipertandingkan hanya 1 sahaja yang dimenangi oleh pro-aspirasi.

4. Menurut laporan NST hari ini,20 mahasiswa ditahan kerana membuat demonstrasi di sekitar pasaraya Sogo untuk membuat tuntutan beberapa isu berkenaan pilihanraya kampus. 4 daripada mereka dari UKM, dua dari Selangor Islamic College, 1 dari USM,UM dan UPM.

5.Antara tuntutan atau isu yang sering berkumandang menjelang pilihanraya kampus adalah ketelusan pengundian, sistem e-voting, AUKU dan lain-lain.

6. Angin perubahan di kalangan generasi muda untuk menyokong kerajaan masih belum terasa tiupnya. Program Juara Rakyat, itu dan ini sudah dilancarkan dengan begitu semarak tetapi aura dan 'kick factor' daripada program2 tersebut masih belum terasa. Kalau ini dibiarkan berterusan maka keputusan PRU akan datang tidak akan jauh berbeza dari keputusan PRU yang lepas kerana pengundi-pengundi muda akan tetap memangkah pembangkang.

7.Angin yang bertiup dari atas masih belum kuat untuk memadam api yang menyala di bawah.

2 comments:

  1. teringat zaman semasa pilihanraya di kampus 24 tahun yang lepas

    ReplyDelete
  2. Akhir-akhir ini tidak dinafikan bahawasanya Suara Mahasiswa mula didengar semula. Kalau kita lihat suara Mahasiswa ini lenyap pada zaman pemerintahan Tun Mahathir tetapi kini kembali aktif berkumandang.

    Betul tu Z pilihanraya MPP di UiTM memang sangat hambar namun apa yang boleh dilakukan. Sistem yang dibentuk adalah sebegitu. Kita hanya boleh memeriahkan dengan cara "kita" aja.

    Harapan saya agar perubahan ini akan membawa kepada kebaikkan dan kamajuan Mahasiswa dan Negra bukan saja omong-omong kosong.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)