Friday, January 30, 2009

SNIPPETS-PHOTO FROM KL

UM PUNYE FAKULTI LAW
MASJID NEGARA

HOTEL SHAH ALAM



PEMANDANGAN KL DARI TINGKAT 20


STRANGER IN KL-EPISODE 2

28 JANUARI 2009
Aku gerak ke intekma resort bersama Umayr. Selepas adakan pertemuan denga puan yasmin sebagai sales manager di intekma, kami berdua gerak ke SACC mall n plaza alam central. Lepas tu aku terus gerak ke KL menggunakan khidmat komuter dan LRT.Ternyata public transport kat KL serasi dengan aku dan memang aku rasa relaks giler naek benda alah ni. Otw dalam komuter tu berjumpa dengan kak Aisha, one of senior prelawrian part3.Aku turun dari stesen LRT n gerak ke masjid negara dulu untuk berehat. Mula2 appointment pkl 3 ptang tapi diubah last minute menjadi ke pukul 6.30 petang.xkan aku nak bertapa dalam masjid lama2 so aku menekadkan diri untuk buat satu kerja gila;pergi ke UM. Aku pergi ke fakulti undang2 UM untuk dapatkan alamat supaya aku boleh hantar surat lawatan nanti. Alang2 dah g UM aku jumpa dengan besfren lama aku. Aku rasa macam mimpi doe hahaha;after had some tea time aku gerak ke restoran Dome di BSC. Kat situlah aku membuat appointment dengan Mr.Ram wakil dari perdana global peace yang mana rombongan lawatan nanti akan mengadakan satu majlis khas bersama NGO ini dan mungkin(sekarang ni dah 60% akan berhasil) majlis itu akan dihadiri oleh Tun Dr Mahathir and Mukhriz Mahathir. But everything due to their schedule kalau free 13 hb tu tun akan turun untuk kaci ucapan.Aku harap2 sangat dapat jumpa dengan idola aku ni, memang aku minat die sejak form 1 lagi.After that good appointment aku pun bergerak balik ke apartmen......

STRANGER IN KL-EPISODE 1

27 JANUARI 2009
Pagi2 lagi dah kena bangun untuk pergi ke KL.Dah la malam semalam aku tido lambat kol 4 pagi kerana mendapat panggilan dan juga mengelamun untuk beberapa ketika. Nak tido dalam keta xboleh sebab ayah aku dah start bukak topik-dari citer traffic jam sampaila kepada terrorism di palestin etc...So dalam pukul 11.30 pagi aku sampai di Lanai Gurney apartment tempat kediaman ayah aku. Then kol 1.30 ptg aku gerak ke klcc untuk lunch ngan membe2. After dat aku bergerak ke KL sentral dan pergi ke Shah Alam.Mula2 aku sampai nak gerak ke Intekmal;cadangnya nak tido situ tapi tak pasal2 kalo aku tido situ memang xbalek la aku johor. Then terpaksalah aku berjalan kaki dengan berat seberat 7kg yang diisi dengan laptop,baju dan peralatan yang lain dari intekma ke hotel UiTM.Time tu giler memang terasa macam lonely soldier boy jalan sensorang di tempat yang cukup asing bagi aku. Then Umayr pun datang so aku stay kat umah dia. Malam gerak g futsal dan tengok filem underworld3. Pasal filem tu plak, memang underworld habis..gelap je dan agak membosankan ar.
So pada tarikh ini aku belajar satu perkara:sometimes hero also needs someone to help him =)

Monday, January 26, 2009

MENGENANGMU




Takkan pernah habis air mataku


Bila kuingat tentang dirimu


Mungkin hanya kau yang tahu mengapa sampai saat ini


Kumasih sendiri


Adakah di sana kau rindu padaku


Meski kita kini ada di dunia berbeda


Bila masih mungkin waktu kuputar


Kan kutunggu dirimu...




Biarlah kusimpan sampai nanti aku


Kan ada di sana


Tenanglah dirimu dalam kedamaian


Ingatlah cintaku


Kau tak terlihat lagi


Namun cintamu abadi...




Meskipun lagu ini bertemakan kesedihan seseorang kerana kematian kekasih, tetapi aku tributekan this song to my late grandpa..I'm sorry that i was not at ur side during the last day u breath..I just really miss u ryte now..That's the mistake that i will never forgive for the rest of my life...

Sunday, January 25, 2009

SORRY FOR THE TEARS


Seribu kemaafan kupohon kerana membiarkan air mata kalian membasahi bumi suci yang dipilih oleh Tuhan kita untuk menngisra dan miraj rasul agung Muhammad. Tempat dan masa memisahkan aku untuk mengesat air mata itu daripada terus mengalir; menyucikan darah-darah para syuhada yang kini sedang bergembira bersama para bidadari di syurga. Lantas aku menjadi cemburu kepada mereka;para syuhada kalian telah pun berbaris bersama panji2 angkatan syahid yang dipegang oleh Saidina Hamzah r.a dan Salahudin Al-Ayubi.
Inikah pengganas yang kalian maksudkan wahai Zionis dan Amerika?Apakah air mata mereka itu kamu sangkakan peluru yang akan mengancam nyawa penduduk-penduduk kalian?Apa salah mereka hingga harus meratapi kematian keluarga tercinta, melihat taman-taman syurga Allah hancur binasa oleh roket dan meriam kalian? Aku tertanya akan kehadiran tentera kalian di bandar gaza;tidak terlihat seorang pun kecuali kereta-kereta kebal dan meriam kalian sahaja yang membedil kota Gaza itu sehingga hancur berkecai. Ternyata kalian mewarisi sifat nenek moyang kalian yang menolak seruan Nabi Musa as untuk memasuki kota Jerusalem satu ketika dahulu. Pengecut; itulah perkataan yang tepat. Anda tahu bahawa tentera-tentera manusia anda akan mati ditentang pejuang2 syahid Tuhan lantas anda menggunakan meriam dan roket untuk menghancurkan mereka. Aku kagum dengan kepintaran kalian di medan perang tapi sayang kekagumanku itu hanya akan menambahkan lagi kebencianku terhadap kalian; membiarkan air mata saudara2ku ini berlinangan tanpa dosa.
Maafkan untuk air mata tersebut wahai anak kecil. Aku bersumpah dengan nama Tuhan jika kuasa dan kekuatan sekarang berada di tangan kiri dan kananku, nescaya akan kuruntuhkan keangkuhan Zionis dengan lidahku, akan kutunjukkan mereka kekuatan sebenar umat Islam untuk menebus kembali hutang2 yang harus dibayar oleh sang penjahat.
Bertahan dan bersabarlah...hari kemenangan itu pasti akan tiba..pasti

SNIPPETS






Kepada lutfee:sorry lambat letak photo2 ni..dah try nak letak dulu tapi internet problem kat A019..Sengal tol.Yang selebihnya nanti aku kac guna pendrive k






Friday, January 23, 2009

LONELY SOLDIER BOY




At last, cuti semester pun bakal menjelma. Abis2 kelas jek terus aku siap2 packing dan berehat sebentar sebelum pergi ambik kereta di gemilang 30 pada jam 7.30 malam. Terus kami bergerak menuju ke Radix restaurant untuk dinner. Makanan di situ boleh tahan sedap dan boleh dijadikan alternatif untuk orang2 Islam jika anda mahu memboikot restoran2 pemilik ideologi Zionis. Kemudian aku terus bertapa di stesen bas dari jam 10 malam sampai 11.15 malam. Sepatutnya pukul 10.30 malam dah bertolak tapi problem punya pasal departure kena delay; bosan dahla bosan duduk kat bus station yang penuh sesak tuh. Dengan seat single nombor 21 aku pun dudukla dalam bas tuh untuk mengharungi 12 jam perjalanan dengan 3 perhentian. Starting2 journey agak besh la sebab bas tu bukak citer Die Hard 4 pastu g bukak lak citer 40 hari bangkitnya pocong. Adeyh sengal tol dahlah tengah2 malam aku pun dengan perasaan yang sangat bosan terpaksalah layan citer stereotyping horor indonesia tuh.


Tepat jam 11 pagi aku sudah berada di bandar Johor Bahru dan sampai2 jek di Larkin Sentral terus aku cari restoran untuk sarapan dan mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah. Nasib baik di rumah ada uncle aku;family aku datang keesokan harinya. Selepas mencukupkan waktu tidur aku pun buatla aktiviti2 yang selanjutnya...



*gambar pertama: sarapan+ ubat gigi aku(tanpa memerlukan berus gigi)

*gambar kedua:muka aku yang ngantok + penat


Wednesday, January 21, 2009

TURNING POINT







Perkataan yang paling sesuai untuk hari ini adalah turning point atau nama lainnya bertukar arah. Ibarat dalam peperangan apabila sesuatu Plan A tidak berhasil maka Plan B akan digunapakai tetapi tetap dengan tujuan yang sama; MENANG.



Lepas je kelas BEL 260 aku,Umayr,Arif dan Bun terus berdesup pergi ke Laguna Merbok Stables untuk membuat survey samada mereka bersetuju untuk membuat joy ride sempena Law Fiesta. Malangnya ada dua halangan; kekurangan tenaga staf dan juga kuda diorang tu jenis yang race punya. Tak pasal2 bertimbun jek budak2 UiTM nanti kat UK dan akan kosongla kelas2 kuliah.Awalnya aku agak stun for a while sebelum Umayr mengeluarkan idea bernas dia untuk membuat tinjauan di Cinta Sayang Resort. En Ramesh sangat friendly dan dia kata no problem untuk buat cuma float(tempat untuk bawa kuda ke UiTM) sahaja yang xda tapi kuda memang ada(jenis equestrian-selamat untuk digunakan). So aku dan En Ramesh akan berusaha untuk dapatkan float tu sebelum 2o Februari. Tapi insyallah 70% keberhasilan tu dah ada la tinggal nak dapatkan float tu jek.



Then waktu AGM pre-Law club di DS. Aku masuk2 je terus diberitahu untuk handle bahagian Expo. Previously aku handle untuk bahagian sukan tetapi memandangkan ada kekosongan di bahagian Expo tu so aku pun ambik jela. Takkan dah dalam keadaan genting2 camtu nak tolak pulak kan. So agak unprepared la tadi time citer pasal expo tapi alhamdulilah still ada yang masih memberi sokongan untuk jadi AJK(thanx to Maisarah&geng, Efy&geng,Arif aka master&geng) So dah ada beberapa cadangan untuk expo ni koz bahagian expo ini secara terus-terang aku cakap sukar untuk mendapatkan profit yang tinggi tetapi tujuan aku cuma satu; this is Law Fiesta and is about our family(pre-lawrians).Untung x untung itu belakang kira yang penting all of us entertain dan satisfied dengan apa yang dijalankan. Instead bahagian expo ni pun x memerlukan banyak tenaga kerja, just kena make sure everything berjalan lancar la.



So till then meet again in the next blog =)

Monday, January 19, 2009

FROM UiTM TO PADANG BESAR

Cuti pada hari ahad sempena keputeraan Sultan Kedah memberi peluang kepada aku dan sepuluh pre-lawrian lelaki yang lain untuk menjelajah ke utara semenanjung Malaysia. Perjalanan bermula sejak 10 malam dan kami sampai di bandar Alor Setar sekitar jam 2 pagi. Warung-warung di kaki jalan masih rancak seperti biasa dan perjalanan ke Jitra pula mengambil masa kira-kira sejam. Kami melepak di bandar Jitra sampai waktu subuh. Lepas sarapan kat restoran Nasmir cawangan Jitra, terus berdesup ke Padang Besar.
Starting2 tu agak terkejut jugak dengan pemandangan yang agak cantik dan best;sesuai dibuat destinasi bulan madu hohoho. Mula-mula sampai di negeri Perlis kami lalu di hadapan UiTM Arau sebelum pergi ke Padang Besar. First impression aku ternyata salah kerana padang besar bukanlah bazar yang panjang dan berderet sebaliknya mempunyai kompleksnya sendiri untuk menjuala barangan seperti baju(mostly jersi),emas,seluar dan lain-lain. Selepas habis bershopping kami makan tengahari di warung berdekatan. Dengan bayaran 4.50 ringgit untuk ABC dan nasi pattaya, kami seterusnya bertolak balik ke UiTM Merbok.
*Tiada agenda yang tersirat selain daripada yang dinyatakan di atas =)

Thursday, January 15, 2009

LAW FIESTA II-ARTIKEL DALAM BAHASA MALAYSIA

Hari rabu ini akan diadakan mesyuarat pre-law club. Dan komfem semuanya akan berkisar tentang fiesta yang menjadi kebanggan kita selama ini-LAW FIESTA. Meskipun pernah membuatkan kelab ini menjadi kontroversi tetapi imej itu akan cuba dikikis untuk mengembalikan semula reputasi kelab ini.
So sepertimana dalam artikel lepas aku ditugaskan untuk menghandle acara sukan. Untuk pengetahuan am kalian, acara ini tidak pernah ada dalam law fiesta sebelum ini. Tapi untuk sem ini diwujudkan la plak so aku pun mengofferkan diri untuk mengambil bahagian ini. So secara dasarnya aku akan menganjurkan tiga pertandingan- FUTSAL, BOLA JARING&RAGBI. Aku x mo la buat banyak2 sebab nanti akan timbul masalah paksa memakse. Maybe aku akan habiskan sukan2 ni ari jumaat sementara hari sabtu pula dari pagi sampai petang akan ada JOY RIDE.
Kelab kuda di Laguna Merbok akan menjadi sasaran untuk dipelawa masuk ke UiTM dan menjayakan projek 'luar biasa' ini. Yang ini first-time dianjurkan dan terbuka kepada semua pelajar UiTM Merbok. Bayaran akan cuba dikompromi supaya tidak membebankan para pengunjung dan bukan setakat masuk je, korang jugak boleh mengabadikan gambar korang time menunggang kuda tuh. So insyallah benda baru ni(JOY RIDE) akan menjadi sebuah pengalaman yang hebat dan komfem korang xkan menyesal.
Tapi semua ni still dalam plan. Even cadangan nak dapatkan sponsor untuk hadiah pun masih dipertimbangkan lagi. Walau apapun doa2kan semuanya berhasil k =)
jumpa lagi dalam blog seterusnya

PROKSIMU TERSERLAH

Surat ini ditujukan kepada semua pembaca blog ini yang tinggal di serata dunia dan khas saya tujukan kepada dua insan yang mencipta nama dalam sejarah kehidupan peradaban manusia. Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana mereka harus diberikan penghargaan atas kejayaan mereka menipu dan menjadikan kita buta dan tuli. Perkataan 'mempertahankan diri' merupakan ayat sakti yang berjaya menyihir kita semua untuk mengiyakan perbuatan mereka berdua ini untuk terus berkonspirasi menjadikan bumi Palestin sebagai bumi yang meresap darah saudara-saudara kita yang tidak berdosa. Agak menjengkelkan jika ungkapan mempertahankan diri itu ditujukan untuk membunuh bayi-bayi yang tidak mengerti lagi kehidupan dunia, ditujukan untuk kanak-kanak yang hanya tahu memendam rasa dan perasaan mereka akan kekejaman di sekeliling mereka, ditujukan untuk para wanita yang tidak mengangkat senjata. Apakah mereka berdua itu harus mempertahankan diri daripada golongan-golongan sebegini? Ternyata mereka sungguh takut dan kecut terhadap golongan yang tidak mampu memberi kesan dan impak kepada mereka. Kemampuan mereka berdua juga mempengaruhi dunia agar memerhatikan kesalahan semuanya di bahu Hamas juga sangat mengujakan. Mereka meminta Hamas untuk memberhentikan roket sedangkan pintu masuk untuk bekalan makanan,jalan-jalan masuk ke bandar Gaza dan bantuan perubatan disekat oleh mereka berdua?Mereka mengagungkan demokrasi tetapi tidak dapat menerima demokrasi rakyat Palestin memilih Haniyeh sebagai pemimpin mereka. Mereka memulas kaki rakyat Palestin dan menyuruh rakyat yang tidak berdosa ini untuk diam dan tidak menjerit. Apakah logik untuk hanya berdiam diri saat bekalan makanan yang kian meruncing; didiskriminasi dan ditindas dengan sangat dahsyat; dipenjara dalam tanah air sendiri sedang maut terus merapati nafas. Apakah salah untuk kita memberontak jika ditindas? Jika jawapannya ya maka Martin Luther Jr, pahlawan-pahlawan penentang British satu ketika dulu juga harus disalahkan kerana memberontak. Ya, mereka adalah pemberontak yang kejam;terroris di mata mereka berdua tetapi di mata rakyat Palestin, pejuang-pejuang sejati inilah wira mereka yang sanggup dan berani bangkit mempertahankan kebenaran. Mereka berdua sangat licik dalam mempermainkan kita-adiknya begitu sombong dan angkuh meminta abangnya turun dari podium badan keamanan antarabangsa dan meminta supaya abangnya tidak mengundi resolusi Gaza untuk memberi laluan kepada adiknya untuk terus meningkatkan angka rakyat Palestin terbunuh mencecah ke angka seribu.Nyata konspirasi mereka didedahkan tanpa rasa segan dan malu. Proksi mereka dalam memerintah dunia terserlah nyata. Apa lagi yang harus diragukan jika bukti-buktinya datang dari mulut tuan badannya sendiri? Mereka berdua-Olmert dan Bush adalah watak terbaik sepanjang hayat dalam menghalalkan perang tanpa perlu disalahkan dalam mana-mana mahkamah dunia. Kami hanya menunggu saat kalian berdua mengikut jejak abang sulungmu yang kini tiada khabar berita setelah jatuh nazak dalam jangka masa yang sangat lama-Ariel Sharon. Teruskanlah jenayah kalian di dunia kerana di mahkamah Tuhan kelak semua darah yang kamu tumpahkan, air mata yang kamu linangkan, tangisan yang kamu buatkan untuk saudara-saudara kami di Palestin akan menuntut pembelaan dari anda berdua. Dan kami juga percaya akan janji Rasul kami- Orang Yahudi akan dibunuh oleh orang Muslim sebelum terjadinya kiamat. Anda menunggu saat itu dengan olok-olokan dan ejekan sementara kami menunggu saat itu dengan penuh kesabaran untuk membalas semua perbuatan dan membayar hutang-hutang darah,air mata dan tangisan saudara-saudara kami. Olmert dan Bush-proksi kalian jelas terserlah.....

Wednesday, January 14, 2009

LAW FIESTA-JOY RIDE

Well this is the first time I will handle something that i don't like during the primary and secondary school-sports. But for this Law Fiesta I volunteered to take charge on this programs from others 8 programmes because I think sports for Law Fiesta should be something excited and interesting-not a dull and monotony one. So there will be combination between the 'traditional' sports and 'new sports'. Futsal, netball, rugby will be the traditional one while the joy ride is in the new sports. What is joy ride?
Most of you will not recognized there is a riding horse club at Laguna Merbok. Well my first proposal is to have bowling competition between lecturer and pre-lawrians but after considering the place and security, I agree with Arif a.k.a Master idea to invite the club and organise a joy ride and openly to all UiTM students. We will compromised with them about fees and charges and for sure there will be a PHOTO SESSION for you to keep the sweet memory of Law Fiesta.
Maybe this will be the first time experience for most of us but trust me, it will be the golden oppurtinity to try and feel the sensation of joy ride with lower fees than actual during usual days. So here I provide a poll for all of you to give your opinion whether this joy ride is worth for you or not.
Thanx for reading and see you again! =)

Tuesday, January 13, 2009

NEW ONE-FOR ONE PURPOSE ONLY

Assalamuailkum...well im back after 2 months rest. I will use this blog for a new purpose- to provide information for all pre-lawrian of UiTM Kedah to get latest bulletin on activities regarding with pre-law club. But first i would like to thanks to all pre-lawrian that vote for me as vice secretary for this 2009 session. Alhamdulilah and i would try my best to serve for this club and do advise me so i will maintain my focus to bond my word.
So the latest task- sports for law fiesta and law visit to KL. All this activities should be accomplish within in february or March. Actually we have about 14 activities(more than what im expected during the manifesto day) and this should be done in this semester- in 3 months!!So I need your support n cooperation to make the activities become reality... =)
So now i will focus on that two things...Hope it will be the best activities in our life for the club-pre-lawrian club...
C u then in the next blog. Thanks for reading :D