Friday, October 14, 2011
bukan sebab tak ada modal,
Bila cerita pilihanraya teringat akan pilihanraya MPP di awal tahun ini.
Bagaimana dengan manifesto yang dijanjikan?Apakah semuanya sudah dilaksanakan?
Oh jangan risau, ini bukan ruang dan peluang untuk menghentam sesiapa atau menyediakan report card bagi mengkritik MPP kita ( Farid dan Afifah). Tak betul kalau kata mereka tak buat kerja. Tak betul juga kalau kata manifesto-manifesto mereka sudah ditunaikan
Kenapa sekarang baru kau nak bersuara, zharif? dah tak ada modal ka?
Bukan. Bukan sebab modal. Tetapi mengenangkan penggal mereka yang akan tamat lagi 2-3 bulan maka eloklah kita membuat 'reflection' agar janji-janji yang sama, yang tidak dapat ditunaikan tidak ditabur lagi oleh mana-mana bakal MPP pada semester akan datang.
Juga sebagai satu peringatan kepada kita, sejauh mana kita telah membantu mereka berdua ini untuk merealisasikan manifesto-manifesto mereka ini.
Sebagai seorang pengundi,penyokong dan jentera sambilan untuk 'mengempenkan' mereka berdua ini, maka adalah menjadi tanggungjawab untuk aku memberitahu hal ini. Supaya kita berada di landasan yang benar.
Supaya janji tidak tinggal sebagai janji. Supaya keyakinan dan kepercayaan siswa-siswi terhadap kepimpinan MPP yang akan datang tidak terhapus.Supaya pada masa-masa akan datang, jangan sampai arahan dan kerahan wajib atau 'paksarela' dikeluarkan oleh pentadbiran untuk mewajibkan semua siswa siswi mengundi.
Dan jangan sampai siswa siswi tidak mahu mengundi lagi di masa akan datang. :)
Mudah-mudahan dengan mengingati kembali manifesto yang telah dijanjikan, semua( bukan sahaja Farid dan Afifah tetapi semua siswa siswi undang-undang) dapat fokus kembali untuk merealisasikan manifesto-manifesto tersebut.
wassalam.
Thursday, September 8, 2011
Tentang Dua Mat
Entri ini ditulis bukanlah untuk memanjangkan lagi cerita jauh sekali untuk menghentam mana-mana pihak kerana tugas ini telah dijalankan dengan begitu baik oleh media mahupun blogger-blogger yang lainnya.
Dan sebelum kita pergi lebih jauh, sejarah atau di dalam bahasa Inggeris, History adalah kejadian yang telah berlaku. Apapun aku lebih tertarik dengan perkataan History itu sendiri kerana jika disebut dengan lebih perlahan ia akan berbunyi '' His story'' atau erti kata lain cerita dia. Cerita siapa? Menurut Bernard Shaw salah seorang ahli falsafah Inggeris sejarah adalah ditulis oleh ''mereka yang menang''. Bila difikirkan semula ada kebenaran daripada ungkapan di atas. Kalau tentera Nazi yang memenangi Perang Dunia Kedua sudah pasti sejarah yang akan kita terima adalah berbeza dengan sekarang. Namun secara jujurnya, aku berpendapat setiap orang mempunyai sejarah tersendiri. Kita semua mempunyai sejarah tersendiri dengan melihat kejadian yang telah berlaku mengikut perspektif dan pandangan kita sendiri. Bezanya, samada sejarah mengikut perspektif kita itu adalah cerita yang dikongsi oleh pihak majoriti atau minoriti.
Tentang Mat Sabu
Kenyataan Mat Sabu itu, menurutku tidak lebih daripada seorang rakyat biasa yang tidak menghabiskan sebahagian umurnya untuk menyelidik sejarah negara sepertimana yang dilakukan oleh sejarawan-sejarawan negara. Beliau juga, bukanlah pemegang ijazah mahupun doktor falsafah mengenai sejarah negara justeru pandangan beliau itu adalah pandangan ''layman''. Sama seperti orang yang tidak membaca teks penghakiman dari mukasurat pertama sehingga mukasurat terakhir dan kemudiannya terus mengkritik,menghentam, menuduh hakim itu bias, berat sebelah pandangan-pandangan sebegini dikategorikan sebagai ''layman'' atau ''reasonable man''. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk membuat kenyataan dan kritikan tanpa mengetahui perkara tersebut dalam dan luar. Yang biasa diketahui hanya luaran semata-mata.
Justeru yang layak untuk membincangkan samada Mat Indera ini sebagai pejuang atau pengganas komunis adalah tokoh-tokoh sejarawan negara termasuk ahli-ahli keluarga polis yang terlibat juga ahli keluarga Mat Indera.Bukannya ahli politik.
Kita mafhum bahawa keluarga Mat Sabu tidak terlibat dalam serangan Bukit Kepong tersebut. Tidak ada keluarga beliau yang terkorban sewaktu serangan tersebut. Kenyataan beliau itu, adalah kenyataan seorang ahli politik dan pandangan beliau itu terbatas dalam konteks politik semata.
Barangkali kesilapan Mat Sabu adalah tidak membawa buku ini sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut
Tentang Mat Indera
Memandangkan penulis blog ini seorang yang semakin pemalas gara-gara sudah 4 bulan tidak mengaktifkan intelektualitinya, justeru aku sediakan di sini butiran Mat Indera daripada buku di atas. Macamana aku boleh dapat, itu jangan tanya. Yang pasti dah dekat 3 tahun buku tu menjadi penghuni rak buku di bilik aku.
Sedikit petikan daripada buku Pengukir Nama Johor mengenai Mat Indera:
''Seramai 43 orang calon telah berjaya dalam peperiksaan kelayakan menjadi guru agama. Hanya dua orang daripada yang lulus itu diberi penghormatan menerima anugerah butang perak yang mengandungi lambang kerajaan negeri Johor, yang layak dipakai sebagai lambang keperibadian dan kecermelangan.Seorang daripadanya ialah mat Indera''- m/s 110
'' Beberapa orang saksi telah memberitahu pihak penyiasat Inggeris bahawa Mat Indera yang melakukan serangan itu.Dakwaan mereka menimbulkan keraguan kerana bagaimana mereka dapat mengenali Mat Indera sedangkan serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi dalam suasana gelap dan hiruk pikuk.
Keraguan ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan seorang anggota polis Marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan itu. Dia mengatakan bahawa Mat Indera tidak menyerang sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.
Salah seorang Melayu yang turut bergerak selama setahun secara gerila ialah Shahran bin Abdul Ghani. Shahran pernah mengatakan '' Mat Indera itu termasuk dalam kumpulan Cina. Dia terus bersatu menjadi kumpulan Cina tapi Islam tetap Islam. Dia sembahyang. Waktu serang bukit kepong itu Mat Indera yang mengarahkan.Dia ketua besar.''
Johan Shah menyatakan bahawa abangnya(Mat Indera) memang mengakui bahawa dialah yang mengarahkan serangan ke atas balai polis bukit kepong tetapi arahan yang diberikan bukanlah untuk membakar apatah lagi membunuh. Arahannya ialah menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Malangnya orang-orang Cina di bawah arahannya telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah Mat Indera di luar pergerakannya.'' m/s 113-114.
''Kadi Haji Ahmad Shah bin Haji Abdul Jabar dan beberapa orang pemimpin Melayu yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera telah menasihati Mat Indera. Malah mereka telah memberi jalan kepada Mat Indera bagaimana seharusnya dia menghadapi perbicaraan mahkamah supaya terlepas daripada hukuman mati. Menurut ceritanya Mat Indera menolak segala tawaran itu dengan mengatakan ''Beginilah kehendak rakyat''
Akhirnya hukuman gantung sampai mati yang telah diputuskan dilaksanakan pada jam 11 malam, 30 januari 1953 di Penjara Taiping. Kaum keluarganya merasa terkilan dengan cara bagaimana Mat Indera mengakhiri riwayat hidupnya. Pertama, hukuman gantung yang selalunya dijalankan pada pukul 5 pagi dilaksanakan pada pukul 11 malam. Kedua, tidak seorang pun kalangan ahli keluarga Mat Indera diberitahu pelaksanaan hukuman itu dan pengkebumian jenazah Mat Indera sehinggalah segala urusan tersebut selesai. Ketiga kubur Mat Indera terletak beberapa ela di luar kawasan tanah perkuburan Islam menimbulkan kecurigaan darpada segi kesahihannya sama ada benar-benar kubur tersebut kubur Mat Indera'' m/s 116
Kesimpulan
Bukan bermaksud untuk membuat keputusan samada dia pejuang atau pengganas tetapi aku sekadar menyampaikan apa yang aku ketahui. Tapi sudah tentu sesiapa yang sudah membaca blog ini akan menganggap aku menyokong kenyataan Mat Sabu itu. Oh tidak, saya tidak menyokong sesiapa dalam hal ini. Lagipun dah lama dah aku berhenti daripada kegiatan berpolitik ini. Lagi pula, menganggap pihak polis sebagai agen penjajah dan mengangkat orang lain sebagai hero juga adalah keterlaluan. Seperti yang aku jelaskan sebentar tadi, Mat Sabu tidak merasai perkara ini dan keluarga beliau juga tidak terlibat dalam serangan Bukit Kepong itu. Kalau ayah Mat Sabu anggota polis yang terkorban di situ, ibu dan adik-beradiknya juga terbunuh dalam serangan itu, agak-agak dia nak buat ke kenyataan macamtu?
Mat Indera juga adalah manusia biasa. Meskipun beliau merancang atau berkomplot dalam serangan Bukit Kepong itu tetapi apabila membaca cara beliau menerima hukuman tersebut menurutku adalah sedikit keterlaluan. Beliau harus diperlakukan seperti manusia yang lainnya kerana tidak ada perbezaan dalam menjatuhkan hukuman dari segi undang-undang.
Perbezaan Mat Indera dengan pejuang-pejuang lain seperti Tok Janggut dan Rosli Dhobi ialah Mat Indera dilabel sebagai komunis sedangkan Tok Janggut dan Rosli Dhobi berjuang tanpa kerjasama komunis.
Cuti 4 bulan ini bererti juga akan tamatlah pengajianku dengan Professor Sir Tap Hatemanak di mana waktu kelas kami ialah sekitar jam 12 tgah malam sehingga 1 pagi. Pelajarannya cukup mudah dan adalah satu kesalahan jika tidak mempraktikkan apa yang telah dipelajari:
1. Kepada media, teruskanlah menyiarkan cerita ini sampai bulan depan. Tak apa, memang rakyat Malaysia bermurah hati untuk membelanjakan seringgit dua setiap hari untuk baca cerita ini dan memang kami beli tv untuk luangkan masa dekat setengah jam dengar cerita ini sampai raya tahun depan.
( mata ke atas, tangan ke dada)
2. Kepada ahli politik, adalah sangat digalakkan untuk mendebatkan isu ini. Pilihanraya pun dah semakin dekat. Bila berdebat baru boleh tahu sokongan rakyat kat kita macamana. Ketepikan fakta-fakta sejarah apa semua. Itu tak penting. Yang penting rakyat nak tahu siapa lagi hebat bila berdebat, mengkritik, menghentam dan menjatuhkan hukuman ke atas seseorang ( mata ke atas tangan ke dada)
3. Oh satu lagi. Kalau nak berdebat mengenai Mat Indera tu saya syorkan supaya kita berdebat juga mengenai Tok Janggut, Dato Maharajalela dan Rosli Dhoby. Mereka pun menentang British juga dan mengakhiri riwayat hidup masing-masing dengan hukuman mati yang diputuskan oleh pihak penjajah. Alang-alang nak berdebat tu kan, biar pakai pakej terus. Jimat duit, jimat masa. ( mata ke atas tangan ke dada)
Maaf dipinta jika entri ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Semoga kita dapat membuat penilaian mengikut pandangan dan ukuran perspektif masing-masing.Kurangkan menghakimi manusia kerana Tuhan sendiri sudah mampu untuk menghakimi ciptaanNya sendiri =)
waallahua'alam.
Monday, August 29, 2011
Raya 2011
Saturday, August 20, 2011
mungkin ini sebabnya
TAFSIR LAGU RUANG RINDU-LETTO
DI DAUN YANG IKUT MENGALIR LEMBUT
TERBAWA SUNGAI KE UJUNG MATA
DAN AKU MULAI TAKUT TERBAWA CINTA
MENGHIRUP RINDU YANG SESAKKAN DADA
JALANKU HAMPA DAN KUSENTUH DIA
TERASA HANGAT OH DI DALAM HATI
KUPEGANG ERAT DAN KUHALANGI WAKTU
TAK URUNG JUA KULIHATNYA PERGI
TAK PERNAH KU RAGU DAN SELALU KUINGAT
KERLINGAN MATAMU DAN SENTUHAN HANGAT
KUSAAT ITU TAKUT MENCARI MAKNA
TUMBUHKAN RASA YANG SESAKKAN DADA
KAU DATANG DAN PERGI OH BEGITU SAJA
SEMUA KUTERIMA APA ADANYA
MATA TERPEJAM DAN HATI MENGUMAM
DI RUANG RINDU KITA BERTEMU
Lagu ciptaan kumpulan Letto cukup berfalsafah dan simbolik dalam menceritakan perihal cinta. Lagu di atas menggambarkan luahan hati seorang lelaki kepada kekasihnya yang seperti tidak mengambil berat tentang soal cinta.
Di rangkap pertama secara keseluruhannya menceritakan perasaan lelaki tersebut yang takut sekiranya beliau jatuh cinta. Hal ini kerana beliau seakan-akan ‘takut’ untuk merasai rindu yang digambarkan seperti udara yang dihirup yang mana akan menyesakkan dadanya dengan perasaan rindu tersebut. Hal ini memang wajar kerana orang yang bercinta pasti akan mengalami sebuah perasaan yang cukup aneh yakni rindu dan perasaan ini mampu mengheret dan menyeksa jiwa seseorang yang mengalaminya.
Jalanku hampa dan kusentuh dia terasa hangat oh di dalam hati.Jalan di situ bermaksud masa kerana di baris ketiga ada tertulis kuhalangi waktu.Jadi ia bukanlah jalan yang menggunakan kaki dan lelaki ini sedang membayangkan dirinya sedang menyentuh kekasihnya itu. Hal ini dikuatkan lagi apabila lelaki tersebut hanya merasakan ‘kehangatan menyentuh kekasihnya’ cuma di dalam hati. Beliau cuba sedaya-upaya menghalangi waktu daripada terus berjalan kerana dia mahu tetap terus berada dalam keadaan tersebut(membayangkan dirinya menyentuh kekasih).Tak urung jua kulihatnya pergi pula bereti mahu tidak mahu dia terpaksa merelakan kepergian angan/bayangannya sebentar tadi kerana waktu sememangnya tidak mungkin dapat diberhentikan.
Rangkap ketiga pula menunjukkan bahawa lelaki tersebut begitu yakin bahawa kekasihnya itu mencintainya berdasarkan baris Tak pernah kuragu dan selalu kuingat kerlingan matamu dan sentuhan hangat. Apabila kekasihnya melakukan hal yang sedemikian(kerlingan mata dan sentuhan) beliau mula takut dan cemas mencari makna.Makna di sini boleh dikaitkan dengan cinta ataupun rindu tetapi pendapat kedua(yakni rindu) lebih tepat kerana ia sama maksud dengan baris terakhir rangkap pertama(sila rujuk lirik lagu di atas).
Kau datang dan pergi oh begitu saja. Baris ini yang menjadi sinopsis bagi keseluruhan lagu tersebut. Kekasihnya seolah-olah tidak serius, berdolak-dalik dan buat endah tak endah terhadap cinta lelaki tersebut kepada dirinya.Ada kemungkinan gadis ini seorang yang playgirl(seperti yang ditunjukkan dalam videoklip lagu ini) tetapi mungkin juga dia belum bersedia untuk menjalani hubungan yang serius dengan lelaki tersebut dan menganggap mereka cuma ‘kawan biasa’(erti lainnya jual mahal). Semua kuterima apa adanya pula bererti lelaki tersebut mempunyai perwatakan yang sungguh relaks, matang dan sabar melayani ‘permainan’ atau ‘jual mahal’ gadis tersebut dan ini juga menggambarkan lelaki itu bukanlah seorang yang suka merungut atau terlalu mendesak. Mata terpejam dan hati mengumam pula lebih merujuk kepada keadaan lelaki tersebut. Seperti manusia lain apabila kita dalam keadaan sabar dan cuba menenangkan diri maka kita akan memejamkan mata sekuat-kuatnya. Gumam bererti ‘terkulum dalam mulut’. Mengugam bererti hatinya telah mengawal atau memerintah mulutnya untuk melakukan perkara tersebut(gumam).Kerana hati manusialah yang sebenarnya mengawal perbuatan dan tindakan.Baris terakhir yakni Diruang rindu kita bertemu bererti memang benar lelaki dan perempuan tersebut sedang bercinta. Apabila kedua-duanya sedang diheret rasa ‘rindu’ maka masing-masing akan mengingati pasangannya. Si lelaki akan merindui si perempuan dan si perempuan pula merindui si lelaki. Jadi hanya dalam keadaan ‘merindu’ atau mengikut ungkapan yang lebih indah yang telah diungkapkan oleh kumpulan Letto iaitu ‘ruang rindu’ kedua-duanya hanya bisa bertemu. Ya di dalam ruang itu saja mereka bisa ‘berkomunikasi’,mengingati satu sama lain mengikut khayal rindunya sendiri......
30 Mac 2008 3.30 am
Saturday, August 13, 2011
Kiriman dari Sydney

Wednesday, August 10, 2011
Memang senang salahkan orang lain









