Saturday, November 27, 2010

Akhir rasa ini,



1. Walaupun waktu cuti adalah waktu terbaik untuk membalas dendam dan menqadakan waktu tidur yang sentiasa tak pernah cukup waktu kuliah tetapi menjalani rutin pagi adalah satu perkara yang paling aku suka. Semuanya gara-gara buku ''The Monk who sold his ferrari'' dan ''The leader who had no title'' karya Robin Sharma. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh aku fikirkan, yang boleh aku kutip pada setiap pagi. Rasa bangga menyelinap dalam diri tatkala menunggu dan melihat matahari terbit sambil hati seolah-olah berkata '' Aku bangun lebih awal daripada kau. Dulu aku kalah bersaing dengan kau tapi sekarang aku akan pastikan saingan yang lebih sengit''. Bunyi macam gila tapi cubalah golongan-golongan manusia yang macam aku bila time cuti sebegini yang dah biasa bangun time bilal azan solat zuhur dapat lihat matahari terbit. Lagipula aku dah bosan dengan rutin yang lama. Betapa banyak masa dibazirkan semata-mata untuk tidur dan lepas tu rasa ngantuk dan tidur balik sehingga dalam masa sehari tu langsung tak buat apa-apa.

2. Hari ni lepas rutin harian aku duduk di atas kerusi dan mula terfikirkan sesuatu. Lantas aku online dan mencari lagu yang dah lama aku nak cari. Bila dah dapat terus hanyut dan cari lirik serta fahami makna lirik tu. Oh dan ini adalah hobi aku sewaktu menjadi penganggur lepas spm cuma sekarang ni dah jarang buat. Dah berapa banyak lagu aku ambil liriknya dan cuba fahami maksud di sebalik lagu tersebut. Sebab itu dulu aku boleh dengan sinis mengkritik videoklip lagu-lagu yang tak ada kena mengena dengan lirik.

3. If I die young. Entah tetiba terasa nak dengar dan download lagu ni. Dan baru aku tersedar sesuatu perkara...
Kalau aku mati muda, dah berapa banyak benda yang aku impikan sudah tercapai?
Kalau aku mati muda, berapa ramai yang akan ingat nama aku dalam hati mereka?
Kalau aku mati muda, berapa banyak hati manusia yang telah aku 'sentuh' dan mereka berubah menjadi lebih baik dan bahagia sebelum mengenali aku?
Kalau aku mati muda, berapa banyak dah aku lakukan untuk mengubah dunia dan menjadikan dunia ini tempat yang selamat untuk generasi masa depan?

4. Barulah aku sedar begitu sikit benda yang telah aku capai. Begitu sedikit untuk berkongsi dan memberi sesuatu kepada orang lain. Betapa aku hidup dalam bayangan takut dan salah untuk melakukan sesuatu walhal aku tahu perkara tersebut akan mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Begitu banyak benda yang dah aku ambil ringan, take it for granted, berapa banyak kali aku tangguhkan masa untuk melakukan sesuatu, memohon maaf dan memberitahu kepada seseorang yang kita cintai betapa sangat bertuah hidup dapat mengenali dirinya.Betapa banyak penyesalan kerana tidak mengambil dan meluangkan masa untuk mendengar masalah dan membantu orang lain. Rasanya seolah-olah aku tidak pernah melakukan apa-apa dalam kehidupan orang lain.

5. Bila dah rasa macam ni, barulah aku sedar untuk mengambil setiap peluang yang ada untuk melakukan apa yang ingin aku lakukan kerana siapa tahu bilakah kali terakhir nafas kita akan berada di bumi ini. Oh dan sudah tentu tiada sedikit pun rasa sesal kepada mereka yang mahu mengingati aku dengan cara yang negatif dan sentiasa membusukkan hati mereka dengan perasaan benci dan marah sebab tiba masa untuk aku berhenti menjadi 'everything for everyone'. Cara dan bagaimana orang mahu mengingati aku juga tidak aku kisahkan kerana dalam hidup tidak akan pernah dirasai bahawa setiap orang akan menyanjung dan mengingati perkara-perkara yang baik mengenai kita. Kalaupun aku mati kelak dan hanya seorang sahaja yang masih mengingati aku dengan mengingati perkara-perkara baik bagiku itupun sudah mencukupi kerana sekurang-kurangnya aku sudah berjaya 'menyentuh' hati seorang manusia di dunia ini.

6.Maaf jika tiada banyak masa untuk diluangkan bersama. Tiada sesalan juga untuk memohon maaf kepada benda yang aku rasa aku tak buat salah sebab mana yang aku rasa aku dah buat salah aku akan minta maaf. Maaf juga sekiranya ada menolak dan bersikap ego menolak setiap kali bantuan dan pertolongan diperlukan. Rasanya sudah tiba masa sebelum aku 'pergi' tanpa melakukan sesuatu, aku perlu melakukan sesuatu yang tidak akan aku rasa menyesal jika tak buat nanti.

7. Salah satu rangkap lirik lagu tersebut yang membuat aku tersenyum dan 'terpaksa' akur dengan kebenaran tersebut,
''And maybe then you will hear the words i been singing,
Funny when you are dead how people start listening''

http://www.nst.com.my/nst/articles/Kedahstudentsmakemootinghistory/Article/

1. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang berada di dalam gambar ini. Dan pertama sekali tiadalah niat untuk 'claim' something atau nak suruh orang lain tahu apa yang aku 'buat' dengan diaorang. Biarlah mereka yang di atas ini sahaja tau apa yang aku dah buat dan sudah tentu aku tak dapat kenaikan gaji mahupun anugerah perkhidmatan cemerlang sebab nanti yang akan komen balik ''kau yang volunteer nak buat so buat apa nak claim itu ini.'' Oh memang betul pun aku nak(want to) buat, kalau aku kena (have to) buat memang aku cabut pegi makan sate semeling lagi bagus. Dan sebab utama aku nak 'buat' dengan diaorang oun kerana satu perkataan sahaja selain daripada faktor mempunyai 'seseorang' di sana dan sebagai ex-prelawrian kedah: T _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ B. Terima kasih kepada lagenda Maritime Mooter Rijal kerana 'mengajar' aku perkataan tersebut.

2. Awalnya aku menganggap bahawa keajaiban yang pernah aku lakukan ialah sewaktu pmr dahulu (3bulan sebelum exam kena pindah dan bila sampai kat sekolah baru semua subjek dah habis belajar) dan keajaiban kedua adalah bagaimana aku boleh menjadi 'mooter terjun' (simpulan bahasa terbaru menggantikan bidan terjun) dalam masa sebulan; bertukar daripada zero to hero, nothing to something dan mencatatkan kemenangan pertama dalam karier mooting aku untuk penampilan kali pertama.

3.Dan kini keajaiban ketiga ialah bagaimana wajah-wajah di atas telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dan bagaimana mereka boleh melakukan yang terbaik;lebih hebat daripada apa yang pernah aku lakukan sebelum ini. Dalam masa seminggu, berlatih xsampai 10 jam sebelum pertandingan bermula( at least aku ada masa sebulan) dan masih lagi sanggup untuk masuk dan ada sebahagian daripada wajah-wajah di atas menyerlahkan 'bintang' mereka sebagai mooter akan datang.Maaf sebab dah memaksa nama-nama di bawah untuk join competition ini:

1. Paan ( walaupun tak hantar 4 teams tapi 2 teams pun dah cukup nak membuktikan korang masih berani untuk datang dan melakukan 'keajaiban'. Dan kehebatan anda mendapatkan kelulusan bas tak sampai seminggu memang 'ajaib' dan two thumbs up bro ;)

2. Evi( sorry dah paksa awak masuk. Nasibla siapa suruh jadi gf kepada seorang mooter hehe. Thanks for the support and love ;)

3. Charlie angels yang lain: Ellena, Asmarina, Aqilah, Rabiatul Adawiyah, Quratul, Apple Fadila,Natalia Harris, Amira, Najihah, Aleeya. Err ada lagi ke yang aku tak sebut? Kalau ada nanti just letak je komen kat nanti k

4. Miracle boys yang lain (ganti nama untuk beach boys) : Kamal, Fariz, Hisyam,adlin,aiman.

Dan sudah tentu aku belajar sesuatu daripada mereka selain keajaiban. Kerjasama, semangat yang tak mahu menyerah kalah adalah pelajaran yang aku terima daripada diaorang. Di samping itu aku juga belajar bagaimana nak baca kes dan cari part yang penting dalam judgment dalam masa yang sangat singkat. Menajamkan lagi skill membaca kes :)


Terima kasih and i'm proud with u guys :) maaf sebab dah cabut undi untuk korang dan dapat satu group dengan part 6. Don't blame me guys, aku memang kena mandi bunga untuk dapatkan tuah dan nasib yang lebih baik ;)

''If i want to do something i will just do it and in the midst of uncertainty and doubt I will cast off my fear and just fight against it because i know i have all what it takes to accomplish the mission''
-Zharif-

Tuesday, November 23, 2010

DUA ALAM & LIN DAN




Untuk kongsian bersama =)


1. Oh sudah tentu entri kali ini ada kaitan dengan filem yang digembar-gemburkan oleh penerbitnya akan mencapai kutipan pecah panggung sebanyak 20 juta ringgit. Tetapi jangan salah faham; aku tidak menonton filem ini dan jauh sekali untuk membuat ulasan dan preview mengenai filem ini. Tak adil la pulak rasanya bila tak tengok lepas tu nak condemn bagai nak rak.

2. Juga ada kaitannya dengan kemenangan Lin Dan dalam Badminton Sukan Asia. Walaupun berkesempatan untuk menonton set terakhir sahaja tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku untuk menulis. Juga sekali lagi jangan salah faham kerana aku tidak akan menggunakan ruangan blog untuk mengkritik cara pengulas badminton tu mengulas walaupun bila dengar tu rasa macam nak hempuk dengan raket badminton je tu. Satu lagi petanda bahawa begitu ramai orang yang mengkritik kerana mereka tidak mengetahui apa yang sedang dilalui oleh orang yang dkritik.

3. Ketika sukan Asia baru bermula ada akhbar yang melaporkan bahawa Lin Dan mengeluarkan kenyataan yang angkuh bahawa beliau tidak akan mempunyai masalah untuk memenangi pingat emas dalam sukan Asia. dR.Rozmey juga begitu optimis dalam akhbar bahawa filem terbitan beliau itu akan mencapai kutipan 20 juta.

4.Lin Dan berjaya mendapatkan pingat emas. Filem 2 Alam masih lagi jauh untuk mencapai sasaran bahkan mengikut ulasan akhbar filem tersebut hanya sekadar filem biasa dan tiada apa yang istimewa untuknya mencapai 20 juta.

5. Nah sekarang kita pasti keliru. Apakah cakap besar atau angkuh itu adalah satu kebaikan atau keburukan?Apakah ia keyakinan dan optimis itu ada sangkut pautnya dengan cakap besar atau angkuh? Selalu kita akan terperangkap dengan situasi begini dan ada kalanya kita mengambil jalan mudah dengan tidak mahu nampak angkuh dan cakap besar lalu tidak menunjukkan keyakinan mahupun optimis. Akhirnya tidak mahu membuat rancangan dan tidak mempunyai impian. Lantas hidup tanpa tujuan dan tiada semangat untuk mencapai sesuatu. Nah kalau begitu buat apa motivasi dan buku2 inspirasi jika ianya sekadar untuk keangkuhan dan kesombongan?

6. Bahkan dalam mooting juga kami dididik untuk mempercayai diri sendiri bahawa kami mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk memenangi sesuatu pertandingan.

7. Menurut aku janganlah takut untuk bersikap optimis dan memberitahu dunia bahawa anda layak dan mampu untuk mencapai sesuatu impian. Walaupun ia kedengaran angkuh dan sombong tetapi apa yang membezakan antara keyakinan dan keangkuhan adalah

i) Mengetahui akan kemampuan diri sendiri.
Jika anda yakin anda berhak dan layak untuk memenangi pingat emas setelah berlatih bersungguh-sungguh dan melakukan persiapan yang rapi justeru mengapa takut untuk memberitahu bahawa anda yakin anda boleh menang? Bagaimana anda boleh optimis untuk mencapai kutipan jutaan ringgit jika jalan cerita adalah sama dan tiada yang 'istimewa'. Justeru 'istimewa', exceptional atau kelainan itu yang akan menentukan keyakinan anda. Jika anda sudah berlatih dan berusaha secara abnormal dan tidak seperti orang lain sudah pasti hasilnya juga akan abnormal dan istimewa.
Seperti kata Albert Einstein '' Gila itu ialah melakukan cara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza.

ii) Action is power.
Biasanya ramai orang boleh bercakap dia mampu buat itu ini, dia pun ada nak buat itu jugak, mampu memberikan kata-kata yang 'besar' dan keyakinan yang luar biasa. Tetapi dah dekat setahun apa yang dikatakan satu pun tak jadi. Kalau sekadar ada impian tetapi tak buat lepas tu nak cakap kat semua orang itu tandanya bodoh sombong sebab telah memperbodohkan diri dengan kesombongan yang ada. Sepatutnya bila dah cakap bahawa 'aku boleh capai itu ini' maka haruslah diusahakan dengan gigih dan penuh semangat barulah sekurang-kurangnya bila tak dapat atau tak dapat dicapai orang masih lagi respect dan puji kita. Kalau sekadar cakap tapi langkah pertama pun tak diambil, bersedia dengan alasan 'sibuk, tak ada masa', gemar bermain 'victim hood' maka janganlah mengharap orang yang pernah mendengar impian anda akan memuji anda sekiranya anda gagal bahkan orang mungkin tak percaya dengan anda lepas ni. Justeru ada bezanya antara big talker dan big achiever dan bagi orang yang big talker mereka akan selalu menjadi big loser sementara big achiever akan menjadi big winner.

Justeru janganlah takut bermimpi dan memasang impian sekiranya anda tahu bahawa anda bukanlah orang yang cakap besar dan sekadar berangan-angan. Sesungguhnya ada banyak bezanya antara angkuh dan optimis ;)

Thursday, November 18, 2010

SHAMALA

( Artikel ini telah disiarkan oleh The Malaysian Insider. Provokatif? Seimbang?Punya idea lain? Anda tentukan)

Breaking Views

Shamala : Di mana penghujungnya? — Loyar Muda

November 16, 2010

16 NOV — Ini bukanlah kes pertama yang pernah terjadi di Malaysia bahkan sebelum ini sudah terdapat beberapa kes yang berkaitan dengan isu yang berkaitan di mana salah satu pasangan bukan Islam menukar agama dan sebaliknya. Kemudian timbul isu siapakah yang berhak untuk mendapat hak penjagaan anak. Antara kes yang pernah menjadi perhatian masyarakat adalah kes Saravanan a/l Thangathoray vs Subahshini a/p Rajasingam.

Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak The Malaysian Insider kerana telah menyiarkan teks penghakiman dalam ke Shamala tempoh hari. Awalnya saya menjangkakan ada sesuatu yang baru akan diketengahkan dalam penghakiman ini yang mungkin boleh membawa satu perubahan dalam menyelesaikan kemelut ini namun keputusan 5-0 tersebut hanya bersandarkan kenyataan bahawa si isteri tidak ada dalam prosiding dan sudah meninggalkan negara ini bersama anak-anak sejak 2004. Lima soalan yang dikemukakan tidak dijawab dan tidak disentuh langsung.

Meskipun saya menghormati keputusan mahkamah tersebut namun melihat kembali intipati soalan yang dikemukakan adalah sangat kritikal untuk dijawab. Apatah lagi 3 daripada 5 soalan tersebut berkaitan dengan “jurisdiction” atau bidang kuasa mahkamah.

Pertama: Siapakah yang mempunyai kuasa memutuskan hak penjagaan anak?Mahkamah Syariah atau Sivil?

Kedua: Apakah mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berkenaan “rights of remedy” untuk si isteri yang bukan Islam apabila si suami telah memeluk Islam?

Ketiga: Apakah pertukaran agama kanak-kanak tersebut sah dan mengikut undang-undang?

Adalah sangat penting untuk sekurang-kurangnya mahkamah memberi jawapan kepada soalan-soalan tersebut walaupun di akhirnya keputusan menolak rayuan tersebut adalah kerana beliau telah melarikan diri ke luar negara selama 6 tahun.

Hal yang sering terjadi adalah percanggahan bidang kuasa antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Perkara 121( 1A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah.Ini bererti Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasanya sendiri — “exclusive jurisdiction”.

Senarai 2(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam.

Apakah kes ini boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah? Kalau salah seorang daripada pasangan tersebut bukan Islam maka jawapannya tidak boleh kerana Senarai 2(1) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidangkuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam. Apakah kes ini boleh diputuskan oleh Mahkamah Sivil? Tetapi bagaimana pula status si suami yang sudah menganut agama Islam? Bukankah orang yang menganut agama Islam tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah?

Dalam keadaan pertindihan bidangkuasa ini maka adalah sangat kritikal untuk kita mengambil pendekatan baru dalam menyelesaikan hal ini. Dalam kes terdahulu yakni kes Subashini, mahkamah memutuskan “a non-Muslim marriage did not automatically dissolve upon one of the party’s conversion to Islam”. Justeru apakah langkah yang perlu diambil dalam memastikan isu bidangkuasa: Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil tidak berulang sekali lagi? Menurut Abdul Hamid FCJ dalam kes Latifah binti Mat Zain[2007], sudah terdapat 46 kes berkaitan isu bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Sivil.

1. Adalah sangat penting sekiranya ditubuhkan Mahkamah Khas untuk mengendalikan kes seumpama ini. Ini kerana kes-kes sebegini memperlihatkan bahawa bidangkuasa tersebut berpecah 50-50: sebahagian tertakluk kepada Mahkamah Syariah dan sebahagian lagi tertakluk kepada Mahkamah Sivil. Maka jalan penyelesaian terbaik antara menubuhkan sebuah mahkamah yang mempunyai bidangkuasa untuk menyelesaikan isu-isu sebegini. Dengan adanya mahkamah ini maka tidak timbul lagi isu bidangkuasa dan sudah ada sebuah mahkamah untuk menyelesaikan kemelut sebegini yang akan setidak-tidaknya memuaskan hati kedua-dua pihak kerana adanya tempat (mahkamah) untuk menyelesaikan masalah sebegini.

2. Jika idea penubuhan Mahkamah Khas ini dianggap radikal maka secara alternatif mahkamah harus melihat perkahwinan pasangan tersebut; apakah ia didaftarkan secara sivil atau Islam. Sekiranya kes tersebut adalah berkenaan dengan pasangan Islam berkahwin dan kemudian salah seorang daripadanya keluar dari agama Islam maka kes tersebut haruslah diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya pasangan bukan Islam berkahwin dan salah seorang daripadanya memeluk Islam maka kes tersebut haruslah diselesaikan oleh Mahkamah Sivil. Kita harus melihat “origin” perkahwinan tersebut dan menepati apa yang diputuskan oleh Mahkamah dalam kes Subashini yakni “a non-Muslim marriage did not automatically dissolve upon one of the party’s conversion to Islam”.

3. Dalam penjagaan anak-anak maka kedua-dua pihak suami isteri harus diberi peluang untuk menjaga anak-anak mereka. Sekiranya si isteri diberi peluang untuk menjaga anak tersebut selama 6 tahun maka si suami juga harus diberi peluang untuk menjaga anak tersebut selama 6 tahun. Walaupun ini dilihat rasional dari segi teori tetapi ia boleh dilaksanakan “supervision by the court”. Apabila kanak-kanak tersebut sudah berumur 18 tahun maka mereka harus diberi peluang untuk memilih agama yang ingin dianuti.

Cadangan-cadangan ini mungkin dibantah dan barangkali ada yang mengecop diri penulis sebagai “liberal” tetapi perkara yang perlu diingat bahawa Islam tidak didirikan secara kekerasan. Bahkan telah disebut dalam Al-Quran “Dan bukanlah menjadi tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman jika Tuhanmu menghendakinya nescaya berimanla sekalian manusia yang ada di muka bumi ini. Kalau Tuhan tidak menghendaki maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang beriman?”(Surah Yunus).

Saya tahu saya tidak layak berbicara soal agama tetapi sudah tentu saya juga tidak mahu berdiam diri dan melihat keputusan dalam kes-kes sebegini akan memberi impak negatif kepada agama Islam dan persepsi bukan Islam akan menjadi semakin buruk terhadap Islam. Sudah tiba masanya untuk kita mencari jalan penyelesaian, bukannya dengan mengelak daripada memberi jawapan. Walaupun keputusan mahkamah mempunyai rasional kerana si isteri sudah diberi peluang selama 6 tahun tetapi saya sependapat dengan Tan Sri Richard Malanjum CJSS agar si isteri diberi peluang mencari keadilan melalui lunas undang-undang. Setidak-tidaknya lima soalan yang diutarakan oleh pihak beliau mendapat jawapan dan dijadikan “obiter dictum” sebagai rujukan untuk kes-kes yang akan datang.

Apakah selesai masalah dengan mengelak daripada menjawab masalah yang dikemukakan dan membiarkan ia terus tidak dijawab? Apakah ini sudah dapat menyelesaikan kemelut yang pastinya akan timbul semula dalam masa akan datang?

* Loyar Muda adalah seorang pembaca The Malaysian Insider.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

0
Humanist's avatar

Humanist· 1 day ago

This is a fair and balanced opinion. Good idea to resolve this still unresolved issue.
0
Joker's avatar

Joker· 1 day ago

Disappointed the highest court refuse to answer the 5 question just because shamala is not in court. Strange right. Now who is responsible to answer that 5 question if not for the Federal Court.
Let give a clear understanding on the conversion of the child. The above writer is giving a fair and balanced opinion. Now the ball is with the parliament to do something and not just don't want to touch on this matter just because it will effect their political position.
We need a very transparent laws and not doubtful laws which is confusing bewteen Civil and Syariah Court.
+1
normanfernandez's avatar

normanfernandez· 1 day ago

Subashini has taken the right course of action. Let us ask this question. Would she want to submit and seek justice in the civil court when the court has no gumption and cojones to mete out justice but instead capitulate to the overiding powers and rights of the shariah court. If she were to bring the children to court, there is every possibility that the children could be snatched away from her. Frankly, there is not much hope for her, particularly when she realises that the children in her custody could be converted without her knowledge and her presence.

In the circumstances and with the possibility of losing her children (which is presently with her ) she has taken the correct course of action by sticking two fingers at the judiciary and saying "up yours".

Its better she stay on in Australia with her children or at least the ones who were not snatched away.