Saturday, April 10, 2010

TERTUNAI HAJAT

1. Perkara pertama yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin adalah melaksanakan apa yang diucapkan. Kalau tak nanti jadi pemimpin cakap tak serupa bikin. Jadi untuk memenuhi tuntutan pertama ini maka aku pun menunaikan apa yang ingin aku laksanakan sejak asasi lagi tapi hari ni baru dapat buat.

2. Ketika orang lain tengah sibuk bersiap untuk pergi ke majlis perasmian karnival ko-kurikulum, aku masih sibuk bermimpi di atas katil tapi entah macamana dalam mimpi tu dapat seru pulak untuk derma darah. Jadi lepas je habis perjumpaan mooting aku terus bergerak ke pusat ko-kurikulum; tempat di mana darah-darah akan didermakan oleh mereka-mereka yang pemurah hohoho.

3. Bila timbang berat badan tadi nasib baik lepas 45 kg. Tapi sumpah turun teruk sejak berada di Shah Alam. Aku hilang dekat 5kg. Jadi untuk mereka yang nak menurunkan berat badan rahsianya mudah sahaja: sarapan minum teh dan biskut, tengahari mee sedap dan malam nasi lemak. Komfem turun 5 kg dalam tangan. Kemudian, sesi mengenal jenis darah. Sebenarnya aku dah tau dah darah aku jenis ape sebab pernah check kat Johor dulu so bila check tadi nasib baik tak ada perubahan( ada ke kes berubah jenis darah?).

4.Kemudian bermulalah sesi menderma darah. 350 ml telah didermakan. Masa last2 tu tetiba jantung aku mula berdegup pantas dan mulut aku tak habis-habis menguap. Tak tahulah orang lain camne tapi ni mungkin sebab aku tulis kat dalam borang aku tak pernah hidap asma tapi masa kecik dulu akulah penghidap asma yang terbaik di Malaysia. Alasan itu akan digunakan untuk mendapat pengecualian dari menyertai segala bentuk sukan tapi alasan tu dah tak boleh pakai sekarang huhuhu.

5. Lepas habis derma darah, dapatlah makan free, sijil free dan kupon karnival ko-kurikulum free.Jadi tak payahlah aku bersusah payah bangun pagi2, masuk explorace lari sana-sini untuk dapatkan kupon sebab cara paling senang duduk, baring dan dermalah darah anda seikhlas yang mungkin.

6. Manalah tahu darah yang diderma tu dapat menyelamatkan nyawa mereka-mereka yang memerlukan darah untuk hidup. Sepatutnya ia dah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menderma darah bagi mereka yang memerlukan. Bukan susah pun dan tak mengambil masa yang sangat lama.

7. Jadi impian pertama aku dah tercapai. Impian seterusnya adalah untuk menjadi penderma organ atau kata lainnya, organ2 aku ini akan didermakan kepada mereka yang memerlukan apabila aku dah mati nanti. Orang yang paling berguna adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain :)


sijil pengiktirafan dari pusat darah negara.Agak2 boleh pakai ke time nak apply kerja nanti?

pelekat biru kat atas tu memberitahu darah aku adalah darah O atau lebih dikenali sebagai universal donor. Jadi mereka2 yang mempunyai jenis darah selain O pun boleh menerima darah aku hehe.

Buku rekod derma darah( dah macam buku rekod akademik la pulak)

selepas menderma darah..kesan bengkak masih kelihatan.


dan ubat-ubatan juga diberikan.tak tahu apa fungsinya tapi mungkin untuk membina kembali sel-sel darah yang telah didermakan.

4 comments:

  1. jeles betul kat orang2 yang boleh kurus ni...
    impian yang dah lama tak kesampaian...

    ReplyDelete
  2. folic acid sepatutnyer untuk menambahkan darah if i'm not mistaken. kene tny budak medic or pharmacy lah. they are more expert. oh kalo dok shah alam sila jgn duduk di kolej cemara akasia kerana kat situ makanan murah and terlampau byk choice whether inside or outside. kesimpulannya x kan kurus kalo dok kolej-kolej tuh..huhuhu

    ReplyDelete
  3. org dh dua kali dh.. hehe.. anyway tahniah..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)