Friday, April 16, 2010

JANGAN TAKUT!

1. Keputusan kerajaan untuk mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama telah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Sudah menjadi lumrah ada yang menentang dan menyokong dan dalam hal ini aku juga tidak mahu menjadi pihak yang atas pagar dan tidak pasti pendirian yang sebenar.

2. Secara peribadi aku berasa terkilan dengan reaksi yang kurang menyokong penubuhan jawatankuasa tersebut. Apabila menganalisis sebab-sebab penentangan tersebut adalah seperti berikut: ia meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain dan menimbulkan kekeliruan.

3. Sebelum itu izinkan aku memperihalkan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. Ini memberi kesan di mana hasil cukai kerajaan boleh digunakan untuk tujuan pembinaan tempat2 ibadat umat Islam dan perkembangan Islam. Namun begitu harus diingatkan bahawa artikel 3(4) juga memperuntukkan bahawa ''Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam perlembagaan ini.'' Dalam erti kata lain, kita tidak boleh menggunakan alasan atas dasar agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan ini untuk mencabar kesahihan peruntukan-peruntukan lain. Contohnya dalam kes Che Omar Che Soh V PP di mana alasan bahawa hukuman mati ke atas pengedar dadah adalah bertentangan dengan Islam tidak digunapakai. Bahkan artikel 4 Perlembagaan juga jelas membuktikan bahawa perlembagaan persekutuan adalah undang2 tertinggi di negara ini, bukannya undang-undang syariah.

4. Benarkah dengan adanya jawatankuasa tersebut akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain? Kalau benar dakwaan tersebut maka perkara pertama yang harus dihapuskan adalah artikel 11 yang juga merupakan fundamental rights of all Malaysian iaitu kebebasan beragama kerana artikel ini juga meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain kerana agama lain juga dibenarkan melakukan perkara-perkara yang sama yang boleh dilakukan oleh orang Islam dalam artikel 11 (3). Di samping itu kita juga boleh menganggap Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat juga meletakkan Islam setaraf dengan agama Kristian kerana telah mengadakan sejumlah dialog dan perdebatan dengan tokoh2 agama Kristian di serata dunia. Begitu juga dengan subjek Tasawwur Islam yang boleh diambil oleh pelajar bukan Islam di negara ini kerana jika ia boleh diambil oleh bukan Islam maka ia akan menjatuhkan martabat pelajaran Islam di negara ini.

5. Aku tak fikir ia meletakkan Islam setaraf dengan agama lain. Bahkan ia akan dapat menghuraikan segala salah faham dan pandangan negatif agama lain terhadap agama Islam di negara ini. Kenapa kita harus takut padahal kita mempunyai sejumlah mufti-mufti, tokoh2 agama yang merupakan lepasan jurusan dari Al-Azhar dan sebagainya? Kenapa nak takut kalau kita punya hujah yang tepat untuk menghuraikan salah faham yang timbul terhadap ajaran Islam. Ditambah pula dengan pelbagai isu-isu sensitif yang telah melanda negara kita contohnya isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini dan juga kes-kes lain seperti kes Subashini Rajasingam(2008) dan kes Faridah yang telah sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif kepada agama Islam di negara ini.

6. Anggapan bahawa tidak boleh ada perbincangan langsung dengan bukan Islam adalah satu anggapan yang tidak wajar kerana Rasulullah sendiri pernah ditanya oleh dan dirujuk oleh orang-orang bukan Islam tentang beberapa perkara. Al-Quran sendiri sudah menjelaskan bahawa sekiranya kita(umat Islam) mengambil jalan kekerasan maka orang-orang di sekeliling akan lari daripada mahu mengenali Islam.

7. Lagi kita tutup dan cuba berpura-pura tiada masalah maka lagi teruklah masalah tersebut. Apa yang perlu dilakukan bukanlah mahu mencari siapa yang menang atau kalah- tetapi mencari satu jalan tengah '' the middle path'' kerana demokrasi bukan sahaja mengikut suara majoriti tetapi juga berkenaan hak minoriti.

8. Mungkin ada yang tidak akan bersetuju dengan pandangan yang aku sampaikan ini dan menganggap aku tidak Islamik dan sebagainya. Tetapi terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

9. Berilah ruang untuk berbincang dan berdialog. Janganlah masyarakat kita dimomokkan dengan rasa takut yang bukan-bukan. Beri ruang dan peluang untuk berbincang kerana kita tidak akan rugi apa-apa dalam hal ini.

'' Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka. Berlaku adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat kepada Allah''
-Al Quran

''Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmi bererti dia juga telah menyakiti daku''-Hadis Nabi

2 comments:

  1. Yes Boss!

    Pemikiran masyarakat terlalu sempit. Inilah antara faktor yang bakal menghalang pencapaian Wawasan2020.

    Jika begitu, mereka juga mengatakan ulama2 antarabangsa dan ulama2 terdahulu meletakkan agama islam sama seperti agama lain lah. hal ini kerana dialog antara agama diperingkat antarabangsa sering dilaksanakan.

    terutama sekali selepas kejadian 9/11. tujuan dialog ini dilaksanakan adalah untuk menjelaskan tentang islam dan sekaligus ia menjadi medium dakwah orang islam kepada orang bukan islam di negara ini.

    selain itu, hendak juga saya memberi pendapat disini bahawa, kita orang islam di malaysia agak lemah la, sebab kebanyakkan kita hanya nak mempertahankan islam dari sudut menunjukknn kekuatan, demonstrasi, artikel 153 dan sebagainya namun, perkara asas yang menjadi tunjak islam diabaikan seperti solat. maka budaya ini perlu diubah. kita perlu menjadi contoh kepada yang lain.

    tidak dinafikan banyak usaha2 majlis2 agama islam dan ramai juga umat islam yang beriman kepada Allah. tetapi dalam masa yang sama, terdapat ramai juga umat islam yang mengabaikannya.

    fikir2kan lah, renung2kan lah dan selamat beramal =)

    ReplyDelete
  2. pemikiran yang terlalu konservatif akan menghasilkan generasi yang lemah. hands down on that.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)