Sunday, January 31, 2010

Derita Yang Terindah...

1. Masuk bulan ni dah genap setahun aku bergelar blogger; tema blog aku ini sangat bervariasi dan tidak mempunyai spesifikasi yang khusus untuk setiap entri yang aku buat. Sebab kalau tiap-tiap kali cerita pasal politik pun bosan jugak; kalau cerita pasal peribadi aku pun tak best jugak sebab bagi aku blog adalah tempat untuk kita berkongsi pandangan dan pengalaman; ada yang boleh diceritakan dan ada juga yang perlu disimpan. Sebab penulisan itu tak ada banyak bezanya dengan bercakap. Kalau apa yang kita tulis tu mencerminkan tahap pemikiran kita; sama juga dengan bercakap. Ada juga yang suka 'bercakap' dengan menulis dan aku lebih cenderung untuk termasuk dalam kategori manusia sebegini.

2. Sebelum menjadi blogger ni pun aku dah jadi penulis. Penulis sambilan. Dan ya aku ada buat novel kira-kira dua tahun yang lepas. Dah publish dah pun. Duit royalti pun dah habis digunakan hehe. Tapi bila orang tanya aku lebih suka menjawab '' Masa muda-muda dulu pernahlah tulis novel''. Memang betul pun sekarang dah tua dah. Lagi berapa bulan nak sambut birthday yang ke 20.

3. Samada menulis ini bakat atau tidak aku tak tahu tapi aku pernah terbaca sebuah buku menyatakan semua orang boleh menulis tetapi menulis juga memerlukan keberanian yang besar. Kadang-kadang tu macam susah jugak bila bakat menulis tu dah berjaya diketahui; idea tu datang dalam bila-bila masa sahaja yang kita tak jangkakan. Macam novel aku dahulu ''Laskar Cinta'' idea tu datang sewaktu lepas jawab peperiksaan. Masa tu ketika tingkatan 4. Start daripada situ aku dah mula rangka plot dan jalan cerita sebaik yang mungkin. Bahkan ada juga jalan ceritanya aku ubah setelah mendapat ilham sewaktu menonton wayang atau televisyen. Idea sangat nakal; ia akan datang tanpa memberi isyarat. Lagi-lagi kalau dah nak tidur dan siap baring dah, time tu jugaklah dia datang. Dah terpaksa bangun dan tuliskan idea tu sebab taknak hilang.

4. Nak menulis pun kena ada mood jugak. Tapi itu sebenarnya tak betul. Kita tak boleh tunggu mood tu datang, kita kena cipta mood tu sendiri. Tetapkan hari apa nak tulis dan taip jadi dengan sendirinya mood tu akan datang. Waktu menulis novel laskar cinta tu pun ada 'syarat-syarat' tertentu sebelum menulis. Antaranya aku mesti berwudhu terlebih dahulu sebelum menaip novel tersebut. Kalau tak ilham akan tersekat dan susah nak menulis. Barangkali novel tu sendiri ada kaitan dengan keagamaan( perjuangan rakyat Palestin yang diadaptasi ke alam fantasi) jadi kalau tak ambil wudhu tu rasa memang susah nak menaip.

5. Sekarang, aku masih lagi curi-curi masa untuk menulis. Dan aku membuat keputusan untuk membuat novel bersiri secara online di facebook. Setiap hari Jumaat satu bab akan dikeluarkan. Ceritanya sangat berbeza dengan novel yang pernah tulis; sebab aku ingin menjadi seorang penulis yang versatile, tidak tertakluk kepada certain-certain genre sahaja. Novel bersiri online ni lebih realiti dengan mengambil isu-isu semasa sebagai jalan cerita. Oh dan buat novel ni juga pun ada 'pantang-larang'; time nak menulis aku tak boleh ada perasaan geram atau sesuatu yang dipanggil distraction. Hati mesti dalam keadaan tenang dan waktu yang terbaik untuk menaip novel ni adalah selepas solat. tajuk novel bersiri online ni berjudul 'reum nisi mens sit rea'. Ia merupakan sebahagian daripada Latin Maxim ''Actus non facit reum nisi mens sit rea''. Bererti: seseorang itu tidak bersalah selagi dia tidak mempunyai niat untuk bersalah.'' Prinsip yang digunakan dalam subjek criminal law.

6. Kalau nak menambahkan lagi ilham menulis tu kena dengar lagu-lagu yang bersesuaian. Itu yang selalu aku buat. Novel bersiri online ni masih lagi disiarkan di facebook aku dan bayaran untuk baca komfem2 free of charge. Jadi senang orang nak baca. Lagipun aku memang tak kisah langsung bab-bab duit ni. Ada sesetengah orang sibuk tanya berapa dapat kalau tulis novel etc. Aku pun hairan; nak tulis, tulis jelah. Tak payah nak demand apa-apa. Yang penting kepuasan dan orang enjoy baca karya kita.

7. Aku juga sedang berusaha dengan member aku yang pernah bekerja dengan sebuah produksi perfileman untuk mengangkat novel bersiri online ni menjadi drama atau filem. Tapi masih di peringkat awal la. Masih orang kata ''sembang-sembang'' je; kalau dah betul komfem nanti baru aku beritahu secara detail. Sebab untuk pengetahuan semua novel ni bukanlah sesuatu yang aku dah rancang apa akan jadi seterusnya tetapi idea untuk menyambung setiap bab itu akan datang perlahan-lahan; setiap minggu aku cuba untuk perbahurui idea dan yang pasti ending novel ni pun aku tak tahu camna hehehe. Jadi idea tu akan terus berkembang dan berkembang sampai aku rasa macam dah cukup untuk tamatkan then aku akan tamatkan. Tapi ia baru siri pertama. Ada lagi siri-siri yang seterusnya :)

8. Menulis adalah derita yang indah.

Wednesday, January 27, 2010

DILEMA ORANG MUDA DI MALAYSIA

1. Hari ni sahaja dekat tiga kali perkataan pilihan raya muncul dalam hidup aku. Kalau boleh memang tak nak jadi mahasiswa yang 24/7 bercerita pasal politik atau politiking tapi yang jadi masalahnya kebanyakan orang cerita politik ni kerjanya sikit. Tak percaya tengoklah kat warung-warung kopi tu berapa jam boleh habis semata-mata bercerita pasal politik. Politik-politik aku pun kira 'berhemah' juga sebab mengikut dari sudut justifikasi perundangan.

2. Waktu makan tengahari bersama member-member kat restoran tersentuh pulak pasal cerita masa depan. Secara tak langsung juga terkeluar cerita tentang pilihanraya umum akan datang. Lepas tu singgah 7-eleven beli suratkhabar The Star baca kolumn tulisan Prof.Shad Saleem Faruqi; pun berkenaan pilihanraya juga. Tadi petang lepas-lepas habis latihan kesatria datang calon-calon MPP untuk beri manifesto sebab esok dah start mengundi.Selamat mengundi untuk semua mahasiswa undang2 esok. Undilah calon yang terbaik; calon yang mampu melaksanakan janji-janji mereka yang realistik.

3. Bila fikir-fikir balik memang tak lama dah nak pilihanraya dan pilihanraya umum akan datang memberi peluang kepada aku buat pertama kalinya mengundi dan menjadi salah seorang penentu masa depan negara. Tetapi melihat keadaan sekarang, suasana politik sekarang macam dah takda perasaan dah nak undi sesiapa. Semuanya asyik dengan isu-isu yang lama dan mencetuskan sentimen permusuhan yang berdasarkan parti semata. Isu-isu berkaitan rakyat dieksploitasi sebaik mungkin untuk menjadi juara di mata rakyat tak kurang juga masalah-masalah rakyat diketepikan kerana kepentingan politik dahulu.

4. Sebab itu subjek yang paling ditunggu-tunggu adalah subjek perlembagaan@ constitutional law. Sebab masa subjek ini saja banyak idea-idea baru dilontarkan, pendapat-pendapat boleh dijanakan dan mencari jalan baru untuk memperbaiki sistem yang kita miliki sekarang.

5. Aku mengimpikan satu hari nanti di mana semangat kepartian tidak lagi dijadikan kepentingan yang utama bahkan mungkin dalam pentadbiran eksekutif itu sendiri akan terdiri daripada menteri-menteri yang berbeza fahaman politiknya. Pemilihan pemimpin itu sendiri berdasarkan latarbelakang calon itu sendiri, bukan kerana dipilih menjadi pemimpin sebab partinya menang majoriti sewaktu pilihanraya. Kerana apa yang penting adalah peribadi calon pemimpin itu sendiri kerana dia akan menjadi pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya di akhirat kelak.

6. Tetapi untuk mencapai tahap kematangan politik itu sendiri memerlukan masa. Bukan sekarang, tetapi mungkin di waktu akan datang di mana golongan muda hari ini akan mengambil alih tampuk pentadbiran dan bersungguh-sungguh untuk menukar landskap politik negara. Apa guna kita bergaduh dan bertengkar hanya kerana parti yang berbeza? Bagaimana pula nasib rakyat yang mengharapkan pembangunan dan kebajikan mereka terbela? Gajah berperang pelanduk mati di tengah-tengah.

7. Arus perubahan akan mengalir. Bukan sekejap tetapi tidak mustahil. Tetapi sehingga arus itu benar-benar mengalir dan diterima ramai, sehingga ahli-ahli politik kita sanggup meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan peribadi selagi itulah kita akan terus berada dalam keadaan dilema. Dilema untuk memilih parti mana yang layak untuk memerintah Malaysia.

8. Kalau undi UMNO, parti ini masih belum ambil tindakan terhadap perasuah yang terang-terangan dah memburukkan imej parti. Kalau undi PAS nanti yang jadi PM pun bukan dari pemimpin PAS tetapi 'orang tu' yang akan jadi PM. Yela dah lama kan pegang title PM in Waiting takkan nak kasi orang lain jadi PM.

9. So camna sekarang?

Sunday, January 24, 2010

Bikin gua panas je kan...

1. Pilihanraya kampus untuk membentuk majlis perwakilan pelajar (MPP) yang baru sudah dijalankan di beberapa buah universiti. UiTM juga tidak terkecuali. Tetapi UiTM terkecuali daripada 'kehangatan' isu-isu panas setiap kali menjelang pilihanraya universiti kerana MPP UiTM dipilih mengikut fakulti masing-masing.

2.Tetapi berbeza dengan IPTA yang lain.Isu-isu panas disemarakkan dan kemenangan dalam pilihanraya kampus ini akan menjadi kayu pengukur kepada sejauh mana sokongan generasi muda terutama di kalangan mahasiswa dalam menyokong kerajaan kerana pilihanraya kampus akan menyaksikan pertandingan sengit antara dua pihak: Pro-aspirasi(kerajaan) dan pro-mahasiswa( yang sering dilihat cenderung menyokong pembangkang)

3. Difahamkan UM dan UIA sudah pun dikuasai oleh pro-mahasiswa. Begitu juga di Universiti Malaysia Terengganu(UMT) apabila terbaca di sebuah akhbar dan internet bahawa UMT juga sudah dikuasai oleh pro-mahasiswa. Dari 12 kerusi yang dipertandingkan hanya 1 sahaja yang dimenangi oleh pro-aspirasi.

4. Menurut laporan NST hari ini,20 mahasiswa ditahan kerana membuat demonstrasi di sekitar pasaraya Sogo untuk membuat tuntutan beberapa isu berkenaan pilihanraya kampus. 4 daripada mereka dari UKM, dua dari Selangor Islamic College, 1 dari USM,UM dan UPM.

5.Antara tuntutan atau isu yang sering berkumandang menjelang pilihanraya kampus adalah ketelusan pengundian, sistem e-voting, AUKU dan lain-lain.

6. Angin perubahan di kalangan generasi muda untuk menyokong kerajaan masih belum terasa tiupnya. Program Juara Rakyat, itu dan ini sudah dilancarkan dengan begitu semarak tetapi aura dan 'kick factor' daripada program2 tersebut masih belum terasa. Kalau ini dibiarkan berterusan maka keputusan PRU akan datang tidak akan jauh berbeza dari keputusan PRU yang lepas kerana pengundi-pengundi muda akan tetap memangkah pembangkang.

7.Angin yang bertiup dari atas masih belum kuat untuk memadam api yang menyala di bawah.

Tuesday, January 19, 2010

EKSKLUSIF: ANDA BUAT KEPUTUSAN

1. Dalam posting yang ringkas ini saya ingin memaklumkan bahawa pada minggu lepas saya dihubungi oleh salah seorang rakan saya untuk bertemu dengan 'YB'. Ya, 'YB' ini adalah ahli UMNO sendiri; subjek yang menjadi bahan sinis dan kritikan saya dalam entri2 sebelum ini kerana perbuatan beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda dengan duit telah menyebabkan UMNO hampir karam.

2.Difahamkan beliau ingin bertemu dengan pelajar2 IPT untuk berbicara soal politik dan mengembalikan semula sokongan orang2 muda ke atas UMNO.

3. Saya sudah minta beberapa nasihat daripada 'mentor-mentor' politik saya dan ada yang meminta saya menerima dan ada juga yang menolak. Ada pelbagai sebab yang diberikan.

4.Kalau saya pergi ini akan mendedahkan terang-terangan siapa saya kerana saya sudah bersiap dengan soalan untuk 'menyerang' beliau tetapi risikonya pun cukup tinggi; boleh saja soalan saya yang tidak menyokong beliau itu akan mensabitkan saya dengan kesalahan kerana menyertai program2 politik di bawah Akta 174. Sudah pasti karier dan pelajaran saya akan tamat di sini. Kalau saya bagi komen atau soalan yang memuji barangkali saya boleh dapat 'biasiswa' hari itu juga.

5. Saya sendiri ragu kalau ada sesi soal jawab akan diberikan kerana saya sendiri sudah melihat cara beliau bersidang di parlimen. Beliau menggunakan peluang untuk mengkritik barisan lawan tetapi tidak mahu mengambil sebarang soalan daripada pihak lawan. Kalau tak salah saya ada di youtube ketika kes PKR(Projek Khinzir Raksasa) yang dicanang oleh beliau.

6. Ada pro dan kontra. Yang baiknya saya akan dikenali dan boleh dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa depan tetapi yang buruknya, anda sendiri boleh fikirkan.

7.Mungkin belum sampai tahap kematangan politik untuk bertemu dengan 'seteru' saya ini. Kerana saya masih terikat dengan banyak akta dan peraturan.

8. Di atas blog ini saya sediakan undian untuk anda mengundi samada perlu atau tidak saya menerima 'jemputan tersebut'. Keputusan saya adalah berdasarkan majoriti undian tersebut. Sekian.

Saturday, January 16, 2010

HAK EKSKLUSIF BAHAGIAN AKHIR

1. Seperti yang dijanjikan aku telah pun mendapat pandangan daripada pakar-pakar mengenai hal ini. Pandangan mereka telahpun aku dapatkan kebenaran untuk menyiarkannya dalam blog ini. Pandangan pertama ini diberikan oleh bekas pensyarah aku sewaktu di semester pertama dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di luar negara. Berikut adalah komentar yang beliau berikan:

This issue is more about whether the use of word Allah is exclusive to the Muslims. If it is not exclusive to what extent the Non-Muslims can use the word Allah. This issue is therefore, legal right and religious interest intertwined.
As for the religious issue I believe it is best if we get the opinion of the Islamic cleric first. The problem is the Islamic clerics in Malaysia are divided in their so called epxert opinions.Each of them took their turn to make press statement, to the confusion of public.
Therefore among the Islamic clerics (both in and outside Malaysia) they must sit together and try to find a consensus of what should be the best stand in dealing with this issue. If it happen in Malaysia it could also happen anywhere else in this world. However the Malaysian position is more unique as we are multi racial, multi religious and we are a cross between secular and Islamic country. Therefore this issue though may not be endemic but it more delicate as far as Malaysia is concerned.
As for the legal issue the solution is not always through the court. We could always opt for other forms of dispute resolution first such as consultation, negotiation and mediation where amicable solution could be found. These alternative dispute resolutions could avoid the sense of victory or the winner take all effect brought by any court decision, as there will be a bad blood between the so called winner and loser. The incident involving 4 churches in Malaysia is an evidence itself that this issue should not be brought to the court in the first place.

2. Pandangan kedua pula diberikan oleh pakar perlembagaan negara Prof Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi yang juga merupakan pensyarah subjek Constitution aku untuk semester ini. Pandangan beliau ini disiarkan dalam suratkhabar the Star rabu lepas. Tak dapatlah di sini aku siarkan sepenuhnya berkenaan pandangan beliau mengenai isu ini; mungkin pembaca boleh mendapatkannya melalui online di staronline.com dalam ruangan views. Kalau yang nak salinan fotokopi artikel prof beritahu je kat aku. Bayaran: percuma :) Aku akan berikan kesimpulan yang dibuat oleh prof mengenai isu ini:

All in all it can be said that in relation to the Herald case the general Muslim reaction is too emotional and is based on lack of knowledge. The herald on the other hand, has a lots of facts but no tact. Its argument rely on cold logic, history and rationality but there is total disregard of local context and of religious sensitivities. Sometimes rights must give away to the need for social harmony. We need to find a middle path.
The judicial process should be allowed to continue without any intimidation. However neither judicial decision nor executive proclamations can make this heart-wrench problem go away.
We need inter-faith dialogue to find comprehensive political and administrative solutions for our tatered fabric of inter-religious relationships. There are many painful issue and piece-meal solutions will not be enough. Fair and moderate solutions will require leadership and sacrifice.

3. Diharap entri terakhir ini dapat membawa pembaca kepada konklusi yang terbaik mengikut pandangan masing-masing. Kebenaran yang sejati hanya ada pada Tuhan yang Satu. waalahualam.

Dijemput untuk menghadiri sesi bertemu dengan seseorang yang menjadi 'seteru' dalam politik. Separti tetapi tidak sehaluan. Anda tahu siapa seseorang itu.

Monday, January 11, 2010

HAK EKSKLUSIF: SPIN OFF

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada komentar yang diberikan berkenaan artikel hak eksklusif. Saya berjanji akan menyiarkan pandangan daripada beberapa pensyarah undang-undang dan akan menyiarkannya tidak lama lagi.

2. Sebelum itu izinkan saya menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara Afif dalam artikel lepas. Ada dua persoalan yang saya akan cuba jawab dan pastinya soalan tersebut akan dijawab menurut pandangan saya sebagai orang muda dan juga sebagai pelajar undang-undang.

3. Serangan gereja kebelakangan ini telah sedikit sebanyak mencetuskan ketegangan di negara ini. Segelintir orang Melayu telah bertanggungjawab melakukan serangan ini. Sebab apa orang Melayu gemar melakukan 'kekerasan' apabila timbul isu-isu yang sensitif tidaklah dapat saya perjelaskan kenapa. Cuma perkara-perkara sebegini sering dikaitkan dengan maruah dan kehormatan; apabila maruah dicabar maka seseorang itu boleh hilang pertimbangan dan akan terprovokasi sehingga melakukan kekerasan.

4. Ini bukanlah kali pertama orang Melayu bersikap sebegini. Isu Natrah contohnya, juga membawa kepada demonstrasi dan bantahan beramai-ramai kerana ia juga dikaitkan dengan sensitiviti agama. Rusuhan kaum 1969 juga tercetus berikutan provokasi terhadap maruah orang Melayu setelah mengalami kekalahan besar dalam pilihanraya umum.

5. Rasa sensitif, tercabar dan ditambah dengan unsur extremis telah mendorong berlakunya demonstrasi dan serangan yang mencetuskan kekacauan. Perbuatan ini, tidak mencerminkan sifat sebenar orang Melayu yang juga sebagai penganut Islam.

6. Berhubung isu kenapa orang bukan Melayu tidak mendapat hak ekslusif mereka sendiri, maka bolehlah saya perjelaskan sedikit di sini. Kita mempercayai konsep demokrasi yakni mengikut suara majoriti maka hak majoriti mestilah didahulukan tetapi hak minoriti tidak boleh dinafikan. Kebebasan agama, kebebasan untuk hidup dan bermasyarakat tidak boleh disekat bahkan hak minoriti sama sekali tidak boleh dipinggirkan. Bahkan Nabi saw pernah bersabda '' Barangsiapa yang menyakiti kafir dzimmi maka seolah-olah dia menyakiti aku.'' Kafir dzimmi ini bererti orang bukan Islam yang hidup harmoni bersama orang Islam dan tidak mencetuskan peperangan terhadap umat Islam.

7. Hak Agama Islam, Hak Bahasa Melayu, Hak bumiputera,Hak Raja-Raja merupakan sebahagian hak yang dipersetujui dalam kontrak sosial bersama orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Sebagai galang ganti, maka artikel 14 Perlembagaan Persekutuan yakni berkenaan kewarganegaraan diberikan. Kita tidak menganggap orang bukan Melayu sebagai pendatang atau orang asing sebaliknya mereka diberi kerakyatan jus soli, diterima sebagai rakyat Malaysia.

8.Kita berpegang pada janji.

Friday, January 8, 2010

HAK EKSKLUSIF BAHAGIAN II

1. Mula-mula aku ingatkan isu ini sudah berakhir tetapi tidak. Bahkan ia menjadi lebih dahsyat lagi mendahsyatkan apabila sudah sampai ke tahap menyerang sebuah gereja berikutan keputusan mahkamah yang memberi kebenaran kepada Herald Tribune untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam pengajaran agama kristian katholik di dalam negara ini.

2. Dalam keadaan begini akan wujud sekumpulan manusia yang dipanggil 'opportunist' yang akan menggunakan kesempatan ini untuk mewujudkan keadaan yang huru-hara dan menganggu keharmonian kaum. Tidak kira siapa samada dari dalam atau luar negara pastinya akan ada perbuatan-perbuatan yang cuba untuk menjatuhkan imej negara dan membangkitkan sentimen-sentimen yang tidak baik di dalam negara kita.

3. Seperti yang telah aku jelaskan dalam entri sebelum ini, di dalam Al-Quran sendiri dalam surah Al-Ankabut ada menyebut bahawa jika ditanya siapa pencipta Alam, penguasa Alam maka semua manusia akan menjawab 'Allah'.

4. Tetapi menggunakan kalimah Allah dalam pengajaran katholik di negara ini akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam di mana boleh menjejaskan akidah dan membawa kepada murtad.

5. Namun tindakan membakar gereja bukanlah satu tindakan yang mencerminkan ajaran Islam sebenar. Bahkan dalam peperangan sekalipun umat Islam dilarang untuk menyerang dan merosakkan mana-mana rumah ibadat agama lain. Jika dalam peperangan sekalipun sudah dilarang adakah timbulnya isu ini membenarkan umat Islam menyerang dan menganggu penganut agama lain?Sudah tentu tidak.

6. Kalau hak istimewa orang Melayu dikekalkan untuk menjaga kestabilan negara ini kerana orang Melayu membentuk kaum majoriti di negara ini dan jika majoriti ini ketinggalan dan tidak dijaga maka ia akan mencetuskan ketidakstabilan dalam ekonomi, pelajaran dan sebagainya.

7. Kalau begitu mengapa hak umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini perlu dikompromi? Waalahualam.

Akan cuba mendapatkan pandangan pakar perlembagaan berkenaan isu ini kerana ia menyentuh artikel 3(1) dan akan menyiarkannya dalam entri yang akan datang.

Sunday, January 3, 2010

HAK EKSKLUSIF

1. Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Herald Tribune untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia. Meskipun agak terlepas dari perkembangan semasa sejak berada di UiTM ini tetapi isu ini begitu hangat diperkatakan di blog-blog mahupun di akhbar tempatan.

2. Apabila keputusan ini dputuskan maka ada muncul satu golongan yang menganggap berlakunya 'bias' kerana hakimnya bukan berbangsa Melayu. Tetapi pandangan sebegini tidak pernah padam jika hakimnya berbangsa Melayu dan memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut kerana bias atau berat sebelah ini adalah mengikut pandangan individu.

3. Dari sudut agama pula, istilah Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah berbeza daripada umat Kristian. Di dalam Al-Quran juga Tuhan telah menurunkan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam sendiri pun mengakui bahawa pencipta manusia adalah Allah. Pencipta bumi, yang menurunkan hujan, yang menukarkan siang ke malam dan perkara-perkara lain yang terjadi di alam ini adalah ciptaan Allah.

4. Dalam tasawwur Islam semua orang termasuk bukan Islam mempunyai tauhid rububiyyah tetapi hanya orang Islam sahaja yang mempunyai tauhid rububiyyah dan uluhiyyah. Bahkan sifat Ar-Rahman Allah sendiripun meliputi mereka yang bukan Islam tetapi sifat Ar-RahimNya adalah milik umat Islam sahaja.

5. Isu agama merupakan satu isu yang sangat sensitif di negara ini kerana ia melibatkan keharmonian dan kestabilan negara. Tetapi jika ditanya akan pendirian aku maka eloklah dirujuk semula kepada Ayat Al-Quran yang telah disebutkan di atas. Memandangkan masyarakat negara kita masih lagi menjaga sensitiviti keagamaan dan untuk mengelakkan kekeliruan eloklah perkataan Allah itu tidak dijadikan bahan perdebatan yang panjang. Gunakan jalan perundangan untuk mendapatkan ketetapan.

6. Keputusan Mahkamah Tinggi belum muktamad. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih boleh 'quash' atau 'void' keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Jadi terserahlah kepada mereka yang bertanggungjawab untuk membawa hal ini dan mencapai keputusan yang tepat; yang dapat memuaskan hati majoriti penduduk di negara ini. Harus diingat hak minoriti adalah penting untuk dijaga tetapi hak majoriti juga tidak boleh diketepikan.

*Serahkan pada yang lebih pakar dalam perundangan untuk membuat keputusan. Waalahua'lam