Filem ini aku nak tengok sejak krimas tahun lepas tapi x sempat2 sampailah ke malam ini. Well much to expect and yeah i get it! Another refreshment i guess.
Carl Allen lakonan Jim Carey menggambarkan kehidupan seseorang yang 'mati awal'. Mati sebab selalu menolak dan menggunakan perkataan no sampailah dia pergi ke satu seminar dan dari situ dia mula belajar untuk menerima dan mengatakan 'yes'. Bermula dari satu peristiwa dia memberi tumpang kepada pengemis terus mendapat perkara2 baik selepas itu. Kalau dulu declined semua pinjaman2 tetapi dengan meluluskan 561 pinjaman syarikat Carl mendapat keuntungan berlipat ganda.
Aku taknak cerita panjang2 pasal filem sebab overall memang best. Seronok sebab dapat inspirasi.Say yes to everything new and we will explore it. Say yes and next good news comes consequently.Tetapi tidaklah boleh mengatakan yes kepada semua benda.Matlamat tidak menghalalkan cara. I mean in good way the word yes really help. But make sure the word yes comes from your heart.Know your heart that u want to not because force.Dengan kata lain;ikhlas.
Am i a yes man? Perhaps. Kalau tidak kompom2 aku tak jadi someone untuk handle program2 dalam prelaw club.Maaf bukan nak membongkak tetapi dengan menggunakan perkataan ya untuk menjadi ketua projek lawatan Kuala Lumpur i got a lot of experience and fun to share with my friends.I learned how to negotiate with people how to deal how to arrange and most importanly to meet important peoples. I admit the word yes will give a good things after that. But you know your limit to say yes. It will open a new opportunity to us.No doubt.
Yes man sometimes can make us become puppet to someone too. Sometimes defiance works.But it must comes after we say yes to something to be done.
Need time to understand and feel it...
Saturday, April 4, 2009
Friday, April 3, 2009
MAJLIS RESTU ILMU-PENUTUP UNTUK SEMUA
Should i say it 'oh i do it by myself?'.No it should not be that arrogant. Masih ada pertolongan daripada membe2 hicom lain seperti Farid,Faliq,Ezwar, Lutfee dan Zul yang bersama2 menguruskan surau sejam sebelum majlis ini bermula. Begitu juga Maksu Dining Mahsuri yang bertungkus-lumus menjayakan acara makanan dan minuman.Presiden Sol yang sentiasa memantau perkembangan majlis ini, Sir Zulhelmey yang datang mewakili para pensyarah yang lain dan ia tidak akan lengkap tanpa para jemaah terutama jemaah perempuan yang sanggup datang bersama payung mengharungi hujan semata-mata untuk menghadiri majlis ini. Sangat terharu atas kerjasama kalian. For me personally, kerjasama pihak2 yang disebutkan di atas mewakili 70% kejayaan majlis ini.
Inilah aktiviti terakhir untuk sem ini dan juga yang terakhir aku handle. Selepas ini insyallah 8hb akan ada perjumpaan terakhir pre-Law club di DS untuk post-mortem tentang segala aktiviti yang telah dijalankan dan sebarang pendapat,pertanyaan dan penjelasan akan diutarakan di sana nanti. Inilah peluang untuk memberi pendapat atau cadangan dan aku pun dah maklumkan pada Brader Musawwir untuk menubuhkan SPR semester hadapan.Senang sikit kalau dah prepare dari sekarang at least next sem start terus buat election.Jimat masa.Banyak benda yang boleh dibuat.
Apapun sekali lagi terima kasih aku ucapkan kepada pre-lawrians yang hadir mengimarahkan majlis restu ilmu lagi meskipun ada satu ketika aku rasa terpaksa batalkan kerana masalah tempat dan tarikh.Alhamdulilah Tuhan masih mengizinkan tradisi ini berterusan dan moga2 doa kita pada majlis tersebut akan sama-sama diaminkan para malaikat dan dimakbulkan oleh Sang Penguasa.
Once again thank you from the deepest of my honour heart =)

Thursday, April 2, 2009
STOP AND STARE
Datang kembali.
Baru sahaja meninggalkanku seminggu yang lepas.
Ya.Itulah dia.
Kesihatan aku masih belum pulih di tahap maksimum dan baru sahaja seminggu baik dari demam dua hari lepas kena balik demam dan selsema. Kena pulak sehari sebelum psycho test malam tu tidur awal bangun pukul 5 pagi terus buat nota dan stadi terus bab Prejudice. Allah Maha Penyayang.Memang keluar soalan prejudice time test tu hohoho. Aku memang gamble untuk test kali ini; aku baca tiga topik dari 4 topik, mengabaikan topik aggression.
Hari ini pukul 10 bangun. Baru je nak bancuh teh dah dapat panggilan dari Mak Su Dining Mahsuri mintak mai(datang) bincang untuk makanan petang ni. Keadaan sama sewaktu mesyuarat hicom selasa lepas.Kalau tak aku dah pergi ekspo kerjaya UK tapi sebab mesyuarat hicom aku batalkan.''Tak pe pre-law club lagi penting,''hatiku kuat meyakinkan aku. Lepas bincang alhamdulilah duit cukup untuk makanan malam ni. Bajet 850. Tapi lepas consult baik punya semua sekali makan(mihun singapore ngan sarsi) 300 bungkus cuma 750 ringgit. Ada lebih 100 ringgit untuk next sem punya kewangan.
Akibat tekanan yang sangat dahsyat maka diputuskan untuk outing dengan master menggunakan motor beliau berplat JHX1608. Pergi ke CS dan aku terus cari kedai gunting rambut. Inilah seumur hidup aku pergi gunting rambut sekali dengan cuci sekali. Fuh,nikmat betul terasa lepas semua beban2 dalam kepala saat dicuci dan dipicit. Aku pun tak pernah cuci dan gunting dekat satu jam tapi puas hati ar. Sape cakap laki xjaga kebersihan?Lepas tu pergi makan sebelum 'merempit' balik dalam keadaan hujan yang membuatkan bibir aku tak henti2 menyanyikan lagu menghapus jejakmu
Engkau bukanlah segalaku bukan tempat tuk hentikan langkahku
Sesudah semua berlalu biar hujan menghapus jejakmu
Hari ni memang aku tak buat apa-apa.Hanya merehatkan diri dan refresh balik. Malam ni pun majlis restu ilmu aktiviti terakhir pre-law club sebelum 8hb akan diadakan post mortem bersama pre-lawrians yang lain di DS(insyallah). So aku nak rehat cukup2 hari ni dan esok?Rutin seperti biasa....

Wednesday, April 1, 2009
PPSMI LAGI
Blog kedua aku berkenaan PPSMI-bukan untuk menceritakan lagi pengalaman aku sebagai pelajar yang undergo dasar ini tetapi lanjutan pendapat aku tentang dasar yang menjadi isu hangat di serata negara.Meskipun sudah memberi sedikit penjelasan sewaktu temuramah semalam via phone call dengan Cik Fatin dari Astro Awani tetapi masalah kesihatan sedikit menjejaskan kemampuan aku untuk berbicara lebih panjang.
Terdapat pendapat menyatakan bahawa PPSMI melanggar perlembagaan persekutuan. Benarkah?Kalau benar ia melanggar perlembagaan mana?Jawapan:perlembagaan 152. Tetapi jangan dilepas pandang penjelasan selanjutnya dalam akta itu sendiri iaitu 152(a)(1) yang menyatakan:bahawa tiada sesiapa yang harus dihalang daripada mengajar dan mempelajari bahasa lain. Dan kalaupun pihak ini tetap berpendapat ia melanggar perlembagaan persekutuan mengapa tidak failkan kes ini ke mahkamah?Bukankah mahkamah punya kuasa untuk mengawal subsidiary legislation if this legislation practice ultra vires. Kenapa sudah 6 tahun masih lagi tiada tindakan ini?Daripada berdemonstrasi di jalanan lebih baik beramai2 pergi ke mahkamah dan failkan kes ini. Lagi terhormat.
Apabila pelajar memasuki universiti barulah mereka akan tahu betapa pentingnya bahasa Inggeris itu sendiri. Apabila sejak sekolah rendah dan sekolah menengah sudah diajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris maka apabila seseorang itu mengambil kursus sains di universiti mereka tidak akan mengalami masalah dalam memahami istilah2 sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Saya akui saya mempunyai sedikit kesukaran untuk memahami sejarah di universiti kerana ia dalam bahasa Inggeris sedangkan di sekolah menengah saya belajar sejarah dalam Bahasa Melayu. Jadi tindakan kerajaan ini untuk memudahkan bakal2 saintis dan pakar sains negara kita daripada bergelut dengan masalah untuk memahami istilah dan membuat laporan eksperimen dalam bahasa Inggeris. Lagipun kita tidak mengikut contoh negara lain yang menginggeriskan semua subjek; subjek sejarah masih dalam bahasa Melayu, geografi masih Bahasa Melayu,ekonomi masih dalam Bahasa Melayu. Hanya Sains dan Matematik sahaja dalam bahasa Inggeris. Dasar ini tidak terlihat kesan baiknya dalam masa terdekat tetapi ia akan memberi kesan yang positif dalam jangkamasa panjang. Hal ini terbukti semasa zaman kegemilangan negara Jepun; negara Matahari Terbit ini tidak mencipta barang baru selain dari mi segera dan karoke box sebaliknya mereka hanya inventor kepada barang2 Amerika. Jadi bagaimana mereka boleh invent teknologi2 Amerika yang teori dan manualnya dalam bahasa Inggeris?Jawapannya: mereka belajar sains dalam bahasa Inggeris. Tetapi apabila teknologi itu direka dan diubahsuai balik ia diterjemahkan dalam bahasa nippon dan menjadi barang keluaran Jepun. Ini yang Jepun lakukan sejak tahun 1930.
Bukan niat saya nak merendahkan martabat bahasa Melayu itu sendiri tetapi bahasa Melayu itu sendiri sudah dimartabatkan dan tidak berkurang maruahnya jika sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Sesiapa yang gagal Bahasa Melayu dalam SPM tidak akan mendapat sijil tetapi yang gagal dalam Bahasa Inggeris masih berpeluang untuk dapat sijil SPM. Cadangan saya untuk memantapkan lagi Bahasa Melayu adalah dengan mewajibkan pelajar2 rendah dan menengah untuk mempelajari sastera Melayu. Pelaksanaan PPSMI pula perlu diperbaiki lagi dengan memberi motivasi dan galakan kepada para pelajar, menyediakan fasiliti yang lebih baik dan membekalkan para pelajar dengan kamus melalui skim pinjaman buku teks. Itu lebih berkesan.
Orang Melayu perlu berani meneroka dan menghadapi cabaran baru.Jika tidak sampai bila2 orang Melayu tidak mampu untuk duduk di persidangan antarabangsa dan seminar kertas kerja bersama pakar2 antarabangsa. Inilah masanya untuk berubah...

Tuesday, March 31, 2009
TIME IS RUNNING OUT
Sebenarnya aku nak post blog semalam tetapi entah camna pukul 12.30 tgh malam tu elok2 baring atas katil terus tertido sampai esok pagi. So terpaksalah ditangguhkan hingga ke malam ini.
Semalam pergi ke seminar undang2 berkaitan pemberhentian kerja atau nama lainnya retrenchment. Sekali lagi memainkan peranan sebagai 'penjaga' para peserta seminar dengan memastikan kelancaran pengangkutan dan kehadiran.Overall bolehlah dikatakan agak bosan sebab benda tu agak tiada kaitan dengan hidup aku tetapi memandangkan ia bersangkut paut dengan hal semasa maka digagahkan diri juga untuk pergi; ditambah pula dengan makan dua kali free dan sangat bertuah sebab dapat jumpa Datuk Shahrizat, calon Ketua Wanita UMNO yang mendapat full support daripada aku. Dan aku sangat berminat dengan statistik2 pemberhentian kerja di Malaysia sebab statistik tu jela topik yang aku suka dalam matematik. 12697 orang telah diberhentikan kerja atas sebab kegawatan ekonomi. Ia bukan satu jumlah yang sedikit dan kebanyakan terdiri daripada golongan profesional dan operator. Ironinya ada kekosongan kerja sebanyak 25325 bermakna dua kali ganda daripada angka yang diberhentikan kerja. Antara faktor utama ialah kebanyakan pekerja adalah terlalu choosy. Aku pun pelik jugak dah gawat2 camni pun nak memilih kerja dan yang membuatkan aku lagi hairan mengapa ahli2 politik negara kita sangat sibuk dengan isu2 politik yang remeh-temeh sehingga masalah kegawatan ekonomi ini tenggelam dan dipandang remeh. Padahal di Amerika,EU,Jepun dan negara2 lain isu ekonomi adalah isu yang sangat utama dan semua ahli politik baik kerajaan atau pembangkang bersama-sama memulihkan ekonomi yang sedang tenat ketika ini. Tapi itulah tipikal Malaysia.
Dan hari ini aku diberi satu lagi cabaran getir; lebih genting daripada genting highlands(false analogy). Tarikh restu ilmu dicepatkan kepada 2 hb ni dan dilaksanakan di surau Malinja. Plan asal adalah 9 april tetapi diawalkan sebab semua aktiviti mesti habis sebelum 4hb dan dewan mini tak dapat ditempah. Dahlah tinggal dua tiga hari lagi, nak tempah makan pun tak decide lagi. Terpaksalah aku pergi ke konsep simple but satisfied. Dengan masa yang sangat terhad ini sangat2 memberi tekanan apatah lagi harus bergelut untuk membuat preparation test psycho dan menyiapkan assignment library. Kemudian petang tadi dapat lagi panggilan dari astro awani time kelas 313 dan 037 yang menyebabkan aku terpaksa keluar macam orang dah tak tahan sakit perut. Astro Awani nak temuramah pasal PPSMI pulak. Err untuk isu ini aku pun akan beri pandangan berdasarkan pengalaman sendiri. So isu ini akan aku kupas dalam blog khas yang akan datang.
My time is running out. But there is a sentence i brought back from the seminar which gave me a strength to keep fighting up till now and for another one week.
'TOUGH TIMES DO NOT LAST..BUT TOUGH PEOPLE DO'
Make me wonder..Am i a tough people? Peoples have the best answer for that.

Sunday, March 29, 2009
LANGKAH BARU BERMULA
Selesai sudah Mesyuarat Perhimpunan Aung UMNO kali ke 59 semalam dengan pelbagai kejutan dan reaksi yang berlaku. Maka di sini eloklah kalau aku hanya mengulas beberapa isu yang hangat sepanjang perhimpunan ini berlangsung.
-KEMBALINYA DR MAHATHIR
Ini merupakan satu rahmat kepada UMNO kerana terbukti bahawa tun benar-benar mengotakan janjinya bahawa dia akan kembali kepada UMNO apabila berlaku peralihan kuasa dan ini sekaligus memadam cakap-cakap kosong bahawa terdapat masalah peribadi antara Tun dan PakLah. Tun masih setia dengan UMNO dan sokongan padu beliau kepada Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin memberi satu impak besar kepada rakyat kerana sejak pentadbiran Datuk Seri Abdullah, Tun sering mengkritik dan meluahkan kekecewaan terhadap UMNO yang semakin 'rosak'. Aku yakin bahawa kembalinya Tun ke dalam UMNO tidak akan menghalang beliau untuk terus memberi pandangan,saranan dan kritikan membina untuk kebaikan UMNO juga.
Kemasukan Tun Mahathir juga sedikit sebanyak dapat supress golongan yang cuba mengambil kesempatan untuk terus mengotorkan imej UMNO kerana UMNO sekarang ini terdiri daripada kumpulan 'bersih' dan kumpulan 'kotor'(atau kata lainnya perasuah politik). Jadi kehadiran Tun Mahathir dapat menguatkan team baru yang berjuang memulihkan UMNO dan mengecilkan pengaruh mereka2 yang cuba merosakkan imej UMNO dengan budaya rasuah. Ini sekaligus mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan kerana seperti kita tahu pengaruh Tun Mahathir sangat kuat dan 'sihirnya' itu masih lagi menyihir rakyat Malaysia termasuklah diri saya sendiri. Jadi kekuatan UMNO sudah kembali. Harapan yang bermula dengan kemenangan Tan Sri Muhyiddin kini diperkuatkan lagi dengan kehadiran semula Dr.Mahathir. Kehadiran Tun sangat2 diperlukan untuk mengembalikan semula imej UMNO dan mungkin dapat mempengaruhi keputusan di tiga pilihanraya kecil yang akan datang.
Pindaan Perlembagaan.
-Cadangan untuk memberi peluang kepada lebih 60,000 perwakilan untuk mengundi MT UMNO akan datang dilihat sebagai satu perubahan yang positif. Tetapi pada pendapat saya adalah lebih elok jika peluang itu diberi kepada 3 juta ahli UMNO untuk menyuarakan pendapat mereka yang sebenar bukan melalui perwakilan.Mekanismenya ada saya jelaskan dalam post blog yang bertajuk ' Reformasi dalam pemilihan UMNO'
Selain itu juga kuota pemilihan haruslah dihapuskan jika sistem pemilihan akan datang memberi hak kepada 3 juta ahli UMNO untuk mengundi. Ini juga dapat memberi kebebasan kepada mana-mana bahagian untuk mencalonkan calon yang dirasakan sesuai untuk bertanding dalam jawatan2 tertentu. Sekiranya sistem kuota dikurangkan ia masih lagi boleh membawa kepada politik wang. Dua orang yang bertanding untuk satu jawatan pastinya akan cuba mempengaruhi bahagian2 untuk mengusulkan nama mereka untuk bertanding dan ini kemungkinan besar boleh membawa kepada rasuah politik. Jadi mengapa tidak akarnya dibuang sekali?Bukankah lebih bersih?
Isu-isu yang dibangkitkan
- Kebanyakan isu lebih tertumpu kepada PPSMI dan kedudukan Islam yang cuba diprovokasi oleh pihak2 tertentu. Setiap tahun perhimpunan UMNO akan muncul dengan isu2 berkaitan Melayu tetapi tidak ada langkah yang konkrit untuk menyelesaikannya. Kita tidak boleh biarkan isu ini hanya dibicarakan tanpa langkah penyelesaian. We must solve it at any cost. Mesti ada pelan2 tindakan yang tersusun yang diambil sebelum perhimpunan berakhir agar ia dapat membuktikan bahawa UMNO bersungguh-sungguh membela perjuangan agama,bangsa dan negara.
Khairy Jamaluddin
Pandangan saya terhadap beliau tidak berubah. Tetapi saya mengharapkan agar individu ini dapat membuktikan bahawa dia tidak lagi mengamalkan rasuah politik dan cuba mengubah persepsi orang ramai. Ia akan mengambil masa yang lama tetapi manusia boleh berubah. Terserah kepada encik Khairy untuk berubah atau tidak.
Sebuah langkah baru bakal bermula dan tiga pilihanraya kecil yang semakin menjelang akan menjadi kayu pengukur sejauh mana team baru UMNO ini mendapat sokongan rakyat.
'Rakyat tidak memerlukan parti baru untuk menggantikan UMNO. Rakyat perlukan wajah baru untuk mempertahankan UMNO'-Zharif.

Subscribe to:
Posts (Atom)