
1. Pengajaran pertama untuk hari ini: sila buat pilihan sebelum menonton wayang dan ketahui waktu tayangan jika tidak anda akan terpaksa menonton filem bidan terjun.
2. Hari ni first time keluar tanpa membawa sebarang beban dan terus menuju ke KLCC.Lepas lunch mula bergerak ke TGV dan cadangan awal memanglah aku nak tengok citer papadom sebab dari tiga minggu lepas dah aku mengidam nak tengok citer tu sampai tiap kali aku pegi ke kedai makan komfem papadom kedai tu aku habiskan. Tapi apakan daya timing aku x betul arini sebab tayangannye pukul 4 petang jadi aku terus je tengok tayangan yang terdekat iaitu pada jam 2.2o petang.
3. Law Abiding Citizen- atau dalam bahasa Melayunya 'warganegara yang mematuhi undang-undang'. Terus-terang cakap inilah filem yang aku rasa tak bosan dan tak menguap sebab sarat dengan mesej dan sangat disturbing. Emosional dan penonton akan dihadapkan dengan dua situasi iaitu siapakah yang benar?Siapakah yang betul dan jahat?
4.Ibarat cerita DeathNote tetapi filem lakonan Gerard Butler ni lebih ganas dan banyak darah. memang beliau sangat layak memegang watak yang ganas-ganas nih macam dalam cerita 300. Sebab tu bila aku tengok dia berlakon cerita P/S I Love You macam tak kena je. Apapun filem ini sangat penting bagi mereka yang telah termasuk ke dalam dunia undang-undang dan berminat untuk menjadi peguam atau hakim sebab selepas menonton filem ni kalau korang tak duduk termenung dan berfikir komfem dunia perundangan masih belum melekat dalam hati.
5. Aku lebih suka ambil 'falsafah' dalam filem tersebut- bagaimana seorang ayah yang melihat sendiri isteri dan anaknya dibunuh terpaksa menelan kepahitan apabila salah seorang daripada pembunuh tersebut dibebaskan atas sebab tiada bukti yang kukuh. Lantas beliau mula mengatur rancangan selama sepuluh tahun untuk membalas dendam- mulanya membunuh pembunuh yang bebas sebelum terjebak untuk menghancurkan seluruh sistem perundangan yang 'korup'.
6. Filem ini juga memperlihatkan bagaimana seorang pendakwaraya lebih berminat untuk mempertahankan rekod bersih 96% kemenangan justeru demi menjaga rekod tersebut maka hanya seorang daripada dua pembunuh tersebut dihukum. Masih terngiang lagi ucapan Gerard Butler apabila beliau berintegorasi dengan peguam(Jamie Fox) ''Seandainya anda mendakwa dua orang pembunuh tersebut dan kalah saya masih lagi boleh menerima hakikat tersebut''.
7. Filem ini mengajar aku bahawa kalah atau menang bukanlah satu perkara yang sangat penting. Apa yang penting adalah usahanya. Kalau anda sudah sedaya-upaya meletakkan seluruh tenaga dan usaha maka orang lain tetap memandang anda sebagai seorang pemenang dan anda boleh berjalan dengan triple H(Head Held High).
8. Jika dalam filem deathnote anda akan berbelah bagi samada Yagami Light seorang yang jahat atau baik kerana beliau hanya menggunakan detahnote itu untuk membunuh penjenayah tetapi untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh penyiasat bernama L, beliau menggunakan nota maut tersbeut untuk membunuh polis-polis yang mengekorinya termasuk cuba membunuh ayahnya sendiri. Sementara dalam filem law abiding citizen pula kita akan bersimpati dengan watak lakonan Gerard Butler yang hanya membunuh penjenayah yang telah membunuh keluarganya tetapi perasaan dendamnya itu telah membuatkan beliau akhirnya ingin membunuh seluruh sistem perundangan termasuk mereka yang tidak terlibat dengan pembunuhan tersebut.
9. Memang filem ini filem terbaik sebab berjaya membuatkan aku termenung selama 20 minit selepas menontonnya.Apakah ia dianggap justice- apabila A membunuh B kerana B telah membunuh keluarganya? Apakah ia dianggap justice apabila A membunuh B dan mengakibatkan kematian bersama C?Apa yang ingin aku kaitkan ialah permasalahan yang berlaku di negara-negara yang sedang berkonflik atau kita kecilkan skopnya dalam isu Palestin-Israel.
10. Apakah ia dianggap justice- sekiranya Israel membunuh 1000 rakyat palestin kerana seorang rakyatnya terbunuh dek serangan roket pejuang palestin? Apakah ia dianggap justice- sekiranya pejuang palestin melakukan serangan berani mati dan membunuh rakyat Israel kerana keluarga pejuang palestin itu telah dibunuh oleh tentera Israel?
11.Apakah sebenarnya justice?
12.Selagi mana manusia hidup selagi itulah justice atau keadilan akan terus menjadi isu yang tiada kesudahannya. Kita tidak dapat menentukan kebenaran yang hakiki dan keadilan itu akan sentiasa berbeza mengikut persepsi dan cara pandang masing-masing.
13.Mungkin betul apa yang dikatakan Jamie Fox ' a slight justice is better than no justice at all' tetapi cara pemikiran Gerard Butler juga mungkin betul iaitu 'if we can TRY and FIGHT to have justice at all then why we need a slight justice?'
14. William shakespeare mengatakan ''Kill the lawyers first!'' Rowan Atkinson dalam salah satu liveshownya dengan sinis memberitahu list golongan yang masuk neraka dan golongan pertama adalah lawyers. Apakah dunia perundangan terlalu kotor dan jahat? Jawapan itu aku serahkan pada semua untuk berfikir.
15.Cuma apa yang boleh aku simpulkan sekarang dan ia menguatkan lagi pegangan hidup aku iaitu '' There is no good and evil in human's life. It's just whether the person is lesser or greater evil than others'' (tidak ada seorangpun yang baik atau jahat. Cuma yang ada adalah seseorang itu kurang atau lebih kejahatannya daripada orang lain''
16.Manusia tidak sempurna!

