Bila nak tulis entri ini, aku mengambil masa yang cukup lama untuk berfikir. Dari atas katil sampailah masuk ke dalam tandas. Sehinggalah duduk di hadapan laptop. Bukan senang untuk menulis sesuatu yang mempunyai kaitan rapat dengan hidup kita. Sebab itu aku menggunakan perkataan menulis, bukan membuat kesimpulan atau membuat keputusan. Sebabnya perkara ini melibatkan kawan-kawan aku dan juga tempat aku menulis artikel ini sekarang. Justeru wujud unsur-unsur bias dan melanggar prinsip 'nemo judex in causa sua'.
Jadi anda tidak akan menemukan sebarang kesimpulan dan keputusan untuk menghentam mahupun menyalahkan mana-mana pihak di dalam entri ini. Lagipun dah banyak yang diceritakan daripada blog, facebook dan twitter kedua-dua belah pihak.
Aku juga mengakui akan isu-isu sampingan yang wujud pada malam 8 Disember yang lepas.Salah satunya adalah isu agama yang melibatkan sunnah-syiah. Dalam hal ini, aku mohon maaf untuk tidak mengulas lanjut kerana kearifan dalam bidang agama tidaklah sedalam mana. Hal ini biarlah dibincangkan oleh para ulama dan mereka yang mempunyai pengetahuan tentang selok-belok agama Islam.
Maaf juga kerana tidak dapat menceritakan mahupun merakamkan apa yang terjadi pada hari kejadian. Sebabnya malam tu aku keluar pergi dinner jadi tak sempat nak tengok apa yang berlaku di Dataran Cendikia. Cuma yang aku tahu ada banyak roadblock dalam UiTM sendiri. Aku menyedari adanya roadblock ni sejak pukul 6 petang waktu berjoging di sekitar UiTM. Ingatkan ada orang-orang VVIP yang datang nak tengok SAF tapi ada benda lain yang terjadi.
Apapun aku beroleh kesempatan untuk menonton video yang merakamkan waktu kejadian. Susah sikit nak percaya orang cakap sebab kalau dengar dua-dua pihak memang semua ada versi cerita sendiri. Jadi dah dengar dua-dua pihak, kena tengok 'conclusive evidence'. Video itupun dirakam oleh seseorang dan aku berharap untuk menonton video dari sebelah pihak yang lain untuk melihat jika ada berlaku tokok tambah dalam mengedit video tersebut. Kalau nak dapatkan pengesahan then kita hantaq pi forensik tengok genuine ke tidak.Habis cerita.
Justeru apa motif entri ini ditulis? Dalam hal ini aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik yakni keterbukaan dalam berdiskusi dan berhujah secara intelektual baik daripada pro aspirasi mahupun pro mahasiswa. Aku mengharapkan ada ruang dan platform yang lebih baik dan selesa untuk mereka berhujah dan berdiskusi dan kemudian biarlah siswa-siswi yang lain membuat keputusan dan pertimbangan kerana melalui open discussion orang lain dapat menilai peribadi, intelektualiti dan arah tuju perjuangan yang dibawa. Aku yakin kedua-dua pihak mahu diberikan peluang sedemikian. Kedua-dua pihak punya hujah tersendiri. Kedua-dua pihak ada wakil yang intelektual dan boleh berhujah. Jadi beri dua-dua pihak untuk berdiskusi dengan cara yang lebih berhikmah kerana inilah yang sangat diperlukan oleh mereka. Jangan takut kerana pro aspirasi boleh diwakili oleh orang-orang yang hebat dan intelektual. Jangan gentar kerana pro mahasiswa juga diwakili oleh mereka yang bernas ideanya. Beri mereka peluang dan platform.
Sementara kita sebagai hadirin akan menilai kewibawaan mereka. Soal menyokong atau membantah itu hak kita. Dan hak itu juga termasuk hak untuk mengambil tahu atau tidak. Kalau kita ini jenis yang nak fokus dalam pelajaran itu hak kita. Kalau kita ini jenis yang nak meluangkan masa dengan kawan-kawan dekat kedai mamak dari malam sampai pagi pun hak kita. Kalau kita ini jenis yang suka berpolitik itupun hak kita.
Yang paling penting, kalau fail repeat jelah paper. Kalau pointer tak lepas 2.0, carilah universiti yang baru ataupun sambunglah berpolitik atau duduk di kedai mamak di kawasan tempat tinggal kita.
Itu, yang aku mengerti soal kebebasan mahasiswa. Semua orang mempunyai hak untuk menentukan masa depan mereka. Kalau cara itu tidak kena, terimalah akibat dan kesannya.
Waallahua'alam
UiTM di hatiku.
love the last part.
ReplyDelete'Yang paling penting, kalau fail repeat jelah paper. Kalau pointer tak lepas 2.0, carilah universiti yang baru ataupun sambunglah berpolitik atau duduk di kedai mamak di kawasan tempat tinggal kita.
Itu, yang aku mengerti soal kebebasan mahasiswa. Semua orang mempunyai hak untuk menentukan masa depan mereka. Kalau cara itu tidak kena, terimalah akibat dan kesannya.'