Monday, October 11, 2010

SIAPA MEWAKILI SUARA ORANG MUDA?

RESPONS KEPADA KETUA PEMUDA PERKASA

Dalam tulisan yang singkat ini saya hanya ingin memberi respons dan pandangan saya berkenaan cadangan saudara Arman yang juga Ketua Pemuda atau Ketua Perwira Perkasa yang mahu bertindak mewakili suara golongan muda di negara kita ini. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/perkasa-turns-to-flower-power-for-makeover/. Cadangan menganjurkan ‘woodstock’ untuk menambat hati pengundi muda agar menyokong Perkasa adalah satu perkara yang sangat menarik. Tetapi, saya mohon maaf kerana bukanlah niat saya mahu memperkecilkan idea saudara tetapi ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum melaksanakan program tersebut. Adalah lebih mudah untuk difahami sekiranya saya meneruskan tulisan saya ini dengan point-form.

1. Cadangan program-program saudara dalam Woodstock tersebut adalah program yang telah biasa dilaksanakan oleh Pemuda UMNO/BN ataupun pembangkang. Apakah dengan menganjurkan program-program sebegitu hati golongan muda akan tertarik dan bersetuju untuk menjadikan Perkasa sebagai suara orang muda? Barangkali yang masuk pertandingan-pertandingan sebegitu hanya untuk menang dan suka-suka sahaja. Sesungguhnya itu bukanlah apa yang kami mahukan. Itu bukan kehendak generasi muda yang sebenar. Jika anda betul-betul mahukan suara hati generasi muda Malaysia maka sebaiknya dilaksanakan program dialog dan jelajah satu negara untuk berdialog (bukan berceramah) dengan orang-orang muda yang datang. Sekiranya anda mahu mewakili suara kami maka anda harus berani mendengar suara kami terlebih dahulu terhadap isu-isu semasa terutama seperti isu AUKU dan sebagainya. Apakah dengan menganjurkan konsert 24 jam, sukan itu ini sudah cukup untuk memuaskan hati orang muda? Itu tidak lebih hanya sekadar hiburan dan buat apa beri kami hiburan kalau semata-mata hanya mahu menutup mulut dan berpura-pura bahawa golongan muda tidak mempunyai masalah dan tidak boleh berdialog dan memberi pandangan. Pada hemat saya yang naïf ini, antara kehendak kritikal generasi muda adalah: SUARA KAMI DIDENGARI. Ambil perhatian dan ambil tindakan atas suara dan pandangan yang diberikan oleh kami. Kalau setakat dengar selepas itu berjanji akan buat itu ini apakah itu sudah cukup untuk menambat hati orang muda?

2. Saya juga skeptikal jika ada generasi muda bukan Melayu akan menghadiri program ini. Stigma Perkasa sebagai ‘pelindung’ dan penjaga hak Melayu sendiri telah diletakkan oleh boss saudara, Datuk Ibrahim Ali. Anda mahu kaum lain untuk bersama-sama memahami dan memperjuangkan ideologi dan perjuangan anda tetapi jika idea dan pendirian mereka tidak difahami oleh anda apakah itu adil? Bahkan pertubuhan yang dianggotai saudara sendiri tidak adil kerana perkara 153 bukan sahaja berkenaan kedudukan istimewa Melayu semata tetapi juga kedudukan istimewa kaum Melayu dan kaum Bumiputera Sabah&Sarawak. Anda tidak fikirkah hati dan perasaan penduduk Sabah dan Sarawak apabila kedudukan mereka juga tidak disebut dan diperjuangkan oleh pertubuhan saudara? Beginikah anda mahu mewakili suara orang muda?

3. Saya menghargai usaha saudara untuk menjadi alternatif kepada suara orang muda kerana memang diakui bahawa Pergerakan Pemuda UMNO/BN gagal untuk mewakili suara orang muda. Tetapi saya juga ragu jika suara kami boleh diwakili oleh pertubuhan saudara kerana secara jujur saya tidak pasti berapa ramai orang muda yang menyokong anda. Barangkali yang akan menyertai program saudara nanti adalah 300,000 ahli Pertubuhan Perkasa itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa trend mengundi golongan muda adalah berpihak kepada pembangkang. Jika anda mahu tahu mengapa, maka selidikilah dan ketahuilah rahsia kejayaan pembangkang tersebut. Jika cara dan gendang yang dipalu adalah sama maka janganlah berharap orang muda akan mengikut dan menyokong.

Maaf, saya tidak mahu Perkasa mewakili suara saya sebagai salah seorang generasi muda di Malaysia ini. Saya tidak kisah walaupun ada 7 juta orang muda yang akan menyokong saudara sepertimana yang diperkatakan oleh saudara, saya tetap dengan pendirian saya bahawa sehingga ke hari ini tiada mana-mana parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan yang benar-benar mampu mewakili suara orang muda. Kudos saya berikan kepada segelintir ahli politik yang peka dan mengambil tahu isu sebenar orang muda. Masalah sebenar orang muda bukan sahaja berkisar mat rempit, dadah, buang bayi dan sebagainya tetapi juga perjuangan kebebasan intelektual dan apresiasi perbezaan pendapat itu yang kami mahukan. Saya sanggup berdiri sendiri dan melihat 7 juta orang muda berkumpul dan berdiri selama 24 jam dalam konsert yang akan dianjurkan dalam program ‘woodstock’ saudara itu kerana saya sentiasa yakin dan percaya bahawa majoriti tidak selalunya betul. Sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura dan cuba menutup masalah sebenar yang dihadapi oleh golongan muda sekarang..

Berani kerana benar!

4 comments:

  1. dah malas nak ikuti politik malaysia. but this is a new twist. hmmm... suara orang muda? nak tanya lah zak, apa isu-isu yang berada di minda org2 muda malaysia skang ni? other than auku of course.

    ReplyDelete
  2. zak nak tanya. auku cuma affect student dekat malaysia saja kan? student luar negara kene sekali ker?

    ReplyDelete
  3. emmm.... personally Perkasa had a very good intention(deeply),. utk pertahan bangsa.. but however, sumtimes ur intention n fight doesnt have to be so expressly-loud, or overt.... it may hurt others..
    Sokong Z... against racism... wut they r doin juz will make other races n group of political ideology to be pissed of... Sumtimes kena pikir "our neighbor" gak....

    would rather pick moderationist rather than extremist

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)