2. Kejadian ni dah lama berlaku bahkan baru juga berlaku pagi tadi. Selalu kita naik bas muatannya akan menjadi sangat penuh dan lebih mengecewakan bila dah sampai giliran kita nak naik, bas penuh dan terus jalan. Sebenarnya kalau dilihat betul2, diteliti dan diambil kisah oleh semua orang yang menaiki bas, selalunya ada ruang untuk seorang lagi naik. atau dua orang.Mungkin tiga orang. Aku tak salahkan mereka yang mahu berdiri kerana mungkin juga yang berdiri tu nak bagi peluang kat orang lain duduk tetapi sering jadi kita lihat dari depan sampai tengah ruang dah penuh dan tak boleh diisi lagi. Padahal di ruangan belakang bas tu selalu je ada satu dua kerusi yang kosong. Takpun boleh lagi memuatkan tiga empat orang untuk berdiri di bahagian belakang. Semuanya ada ruang dan percayalah bas sebenarnya tidak selalu penuh. Begitu juga yang sering berlaku di dalam LRT,Monorel,KTM dan yang sama jenis dengannya.
3.Dan sekarang comfirm korang akan bertanya ''apa hal si zharif ni cerita pasal bas?'' Regardless aku adalah penumpang setia bas RapidKL dan juga pengguna pengangkutan awam Malaysia yang lainnya tanpa banyak rungutan, sebenarnya situasi tersebut membuatkan aku tersedar satu perkara dan ini yang aku mahu kongsikan dengan korang, para pembaca blog sekarang ini. Iaitu dalam hidup ini sentiasa ada ruang kosong untuk diisi dan diperbaiki. Kalau semuanya berjalan lancar, perfect, tiada kritikan dan tiada kesalahan sudah tentu kita tidak akan menjumpai lagi ruang untuk memperbaiki hidup kita. Alhasil jadilah kita terperangkap atau stagnant dalam satu-satu keadaan sahaja. Sebab kita tidak percaya bahawa masih banyak lagi ruang potensi yang belum diisi oleh kita. Masih banyak lagi ruang untuk kita perbaiki kesalahan kita dan meyakini bahawa ruang itu sentiasa wujud dan ada maka itu tandanya kita tidak tersekat dalam satu tahap sahaja. ''Only the mediocre die always at their best''.
4. Menjadi satu rahmat sekiranya kita tahu di mana silap kita. Ramai yang selalu bertanya 'kenapa saya dapat macam ni?' 'Kenapa saya jawab salah?' 'Kenapa tak dapat markah lebih' daripada yang bertanya '' Ada lagi tak yang boleh saya improve?'' ''Apa lagi yang saya boleh buat untuk score markah lagi tinggi?''. Just try once and u will feel the different. Cuba daripada tanya kenapa kepada bagaimana untuk dapat markah lagi tinggi. Kadang-kadang kita perlu lihat kegagalan dan kemusnahan atau lebih radikal melihat diri kita 'hancur'. But please, there's nothing wrong if u admit your mistake and fault. Mengaku kesalahan diri sendiri, menerima tanggungjawab atas kesilapan dan kegagalan tanpa menyalahkan orang dan situasi adalah perbuatan yang jauh lebih terpuji daripada mengakui kehebatan diri sendiri. Masih ada lagi peluang dan ruang untuk memperbaiki prestasi sekarang sekiranya kita dapat mengakui dan melihat kewujudan peluang tersebut.
5.''Obstacles just show up to measure how badly you want something''.I love this philosophical quote. Kita, termasuk aku baru sedar selepas membaca ayat di atas bahawa penghalang atau masalah sebenarnya muncul untuk menilai samada kita betul-betul mahukan sesuatu atau tidak. Kalau kita betul-betul serius, betul-betul mahukan sesuatu itu maka halangan itu akan dapat diatasi bahkan ia akan menjadi sesuatu yang anda boleh banggakan apabila bercerita dengan orang lain satu masa nanti. Halangan tersebut akan menjadi 'bench-mark', penanda nilai hidup anda di dunia ini.
6. Sudah tentu aku bukanlah motivator terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan dan semangat orang lain. Boleh jadi yang pesimis dan jealous akan menganggap post ini tidak lain hanyalah untuk memujuk dan meyakinkan diri aku sendiri. Mungkin betul. Tetapi boleh jadi apa yang baik untuk kita adalah baik untuk orang lain juga. Boleh jadi ada orang lain yang lebih faham tulisan kita daripada diri kita sendiri. Lagipun tidak perlu dihiraukan orang yang berniat jealous, menuding jari kepada kita saat adanya masalah dan kepayahan kerana itu hanyalah satu sikap untuk melindungi dan mempertahankan ego sendiri bahawa 'aku benar'. berita baiknya: anda tidak akan terjejas dengan apa yang diperkatakan oleh orang jenis begini sebab dia hanya bercakap untuk dirinya sendiri tetapi tidak memberi manfaat kepada sesiapapun yang mendengar ataupun kepada anda.Jangan hidup atas kata-kata orang lain sebab ''there will never be a better you than you'' =)
7. Adalah satu penghormatan dan keseronokan jika korang pun ada something untuk disharekan bersama. Ruang komentar bukanlah hanya untuk memberi komen semata tetapi mungkin komen anda juga bernilai untuk aku dan juga pembaca yang lain. Feel free to share. Kalau taknak nama anda jadi femes pun tak apa, silalah memakai gelaran 'anonymous' ( i feel that 'human being' is more proper instead of anonymous right?).
Mana tahu apa yang biasa anda tulis dan fikirkan adalah sesuatu yang luar biasa dan baru untuk orang lain?
*Mungkin ada lagi banyak yang aku boleh tulis selepas habis membaca buku tersebut. Kejap, buku apakah itu? ;)
Yakin tue penting zharif ;)
ReplyDeletethis is good zharif.. i need this!
ReplyDelete