Thursday, October 21, 2010

Persamaan Obama, Taylor Swift dan Perhimpunan Agung UMNO


* Menyambut ulangtahun pertama dengan membuka akaun simpanan baru untuk rancangan masa depan =)





1. Salah satu faktor mengapa Obama memenangi jawatan presiden dalam pilihanraya lepas adalah kerana beliau telah menggunakan perkataan ''change-yes we can'' sebagai manifesto. Begitu ramai yang tersihir dengan janji tersebut sehingga ia sangat dinantikan oleh masyarakat dunia yang lainnya. Andai sahaja rakyat bukan Amerika boleh mengundi sudah tentu kita semua akan mengundi Obama kerana begitu hebatnya, betapa dahsyatnya perkataan ''change'' tersebut.



2. Kita juga mungkin tidak tahu bahawa Taylor Swift tidak sepatutnya dikenali dengan lagu love story sahaja tetapi lagu change yang dinyanyikan oleh beliau juga seharusnya menjadi perhatian kita. Cuma sahaja ia tidak mendapat publisiti yang meluas. Anda boleh mencarinya di youtube dan hayati lirik lagu tersebut maka anda akan tahu mengapa Taylor Swift patut dikenali dengan lagu ini di samping lagu-lagu beliau yang lainnya.



3. Perhimpunan Agung UMNO yang sedang dijalankan di PWTC juga banyak menyentuh perkataan ini. Change-Berubah. Satu perkataan yang mudah disebut. Mempunyai kuasa yang luar biasa tetapi tidak senang untuk dilakukan. Ini kerana berubah juga bererti kita perlu mengubah kebiasaan, membuang habit atau perkara seharian yang telah kita amalkan. Dalam proses ini juga tidak kurang kekecewaan yang timbul lantaran dirasakan bahawa perubahan yang diimpikan tidak kunjung tiba, terlalu perlahan dan banyak yang menentang.



4. Dunia akan sentiasa berubah.Tiada tanda-tanda ia akan berhenti dari berubah. Hari ini ada sahaja rekaan baru telah lahir. Inovasi dikembangkan di serata dunia.Peluang pekerjaan semakin meluas. Lepasan universiti juga semakin memenuhi ruang-ruang pekerjaan yang ada sehingga kita merasakan bahawa ruang tersebut semakin sempit.Dalam Fakulti Undang-Undang UiTM sahaja terdapat lebih 8 ribu orang yang bakal bergelar peguam dalam masa beberapa tahun akan datang. Perhatikan : lapan ribu orang bukanlah angka yang sedikit. Apakah mungkin kita mahu menjadi orang biasa di kalangan 8 ribu orang ini? Kalau begitu kita akan mengakhiri perjalanan studi kita dalam keadaan yang biasa-biasa juga, tiada yang special. Tiada yang dinamakan 'wow' factor. Tiada yang exceptional.



5. Tetapi ada satu anugerah Tuhan yang diberikan kepada manusia yang sangat dan teramat penting- pilihan. Ya kita boleh memilih untuk menjadi biasa-biasa atau tenggelam dalam ribuan orang yang bersaing dengan kita atau kita menjadi lain daripada yang lain. Sedikit luar biasa. Memiliki sesuatu yang tidak ada pada orang-orang biasa. Nah kalau kita benar-benar mahu menjadi exceptional dan punya wow factor maka berubah adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Kita perlu berubah untuk berada di atas dan hidup dalam standar beyond reasonable man. Tidaklah dicadangkan supaya kita menjadi angkuh, sombong dan berbicara seolah-olah menunjukkan kita sahaja yang terbaik kita sahaja yang terbaik akan tetapi apa yang perlu diubah adalah set pemikiran kita. Tidak perlu memberitahu kepada semua bahawa kita itu dan ini. Tetaplah merendah diri dalam penampilan kerana aura orang-orang hebat boleh dirasai dari sinaran mata, tiap butir kata yang diucapkan bahkan mendengar namanya sahaja kita sudah boleh menjadi semangat dan berinspirasi.


6. Sudah tentu berubah adalah sukar kerana kita menentang daya graviti cara lama kita berfikir dan bertindak. Setiap perkara yang baru pasti menakutkan kita tetapi stagnant adalah pembunuh hidup utama seseorang. Cara yang efektif untuk memecah kebuntuan, memecah limit, memecah stagnant adalah berubah. Dengan berubah kita boleh naik ke peringkat yang lebih tinggi.


7. Kita akan mengalami kekecewaan kerana perubahan itu akan mengubah the basic feature of your life. Kita akan menjadi keliru dan sedih kerana berada di tengah-tengah. tetapi proses peralihan itu memerlukan kesabaran dan keberanian untuk meneruskan perjalanan. Oh sudah tentu kita juga mempunyai pilihan untuk berundur semula ke belakang tetapi kemudian apakah yang akan anda dapat dengan kembali semula ke tempurung? Anda hanya akan terus cemerlang dengan perkara-perkara yang dah biasa anda lakukan. Tiada yang dapat dibanggakan. Hidup menjadi dull dan tiada yang boleh diceritakan kepada generasi akan datang. Kita hanya menjadi seperti orang biasa, orang lain yang hanya hidup sekadar hidup tetapi tidak tahu bagaimana untuk hidup.


8. Bohong jika kita tidak pernah merasa bosan dengan kehidupan sekarang. Itu tandanya dalam diri kita sentiasa mahukan perubahan dan pembaharuan. Transformasi itu penting untuk memastikan diri kita terus relevan dan menjadi buruan firma-firma, syarikat-syarikat dan agensi-agensi kerajaan.


9. Mengubah cara berfikir, menerima idea-idea baru adalah latihan awal untuk berubah ke peringkat yang lebih tinggi. Jangan takut untuk merancang sesuatu yang baru untuk melihat diri kita dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang. Kerana hidup ini sentiasa berubah. Dunia akan terus belayar meninggalkan manusia yang masih berehat-rehat dan bersenang-senang di pulau. Sesiapa yang mahu berubah pastinya akan menaiki kapal tersebut dan ikut belayar menuju ke pulau yang baru. Dan sesiapa sahaja yang tidak ikut naik, akan terus hidup dengan rutin biasa di pulau tersebut sehingga kita akan menghembuskan nafas terakhir tanpa ada sesiapa pun yang peduli dan tiada siapa pun yang akan menangisi pemergian kita kerana tiada beraninya kita untuk belayar, menemukan pulau baru, berjumpa dengan orang-orang lain di pulau yang berlainan dan meninggalkan kenangan dan sejarah yang akan diingati dan dikenang oleh orang-orang di pulau tersebut.

10. Sekarang anda punya pilihan; duduk sahaja di pulau yang sedia ada atau ikut belayar menemui pulau baru. Tidak ada kepastian bahawa kita akan bertemu dengan pulau baru tersebut dan ada sahaja risiko bahawa kapal kita akan tenggelam dipukul ribut tetapi lebih baik mengambil jalan tersebut daripada terus-terusan hidup dalam keadaan yang monotoni, membosankan.

Berapa ramai orang yng bercakap akan berubah dan mahu berubah tetapi berapa ramai yang benar-benar berubah?



''Never doubt that a small group of thoughtful,committed citizens can change the world. Indeed it is the only thing that ever has''- Margaret Mead.


Berubah atau kita akan ditinggalkan!

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)