Sunday, July 4, 2010

Impossible is nothing!

1. Selalu kita suka bila dengar cerita-cerita yang membangkitkan semangat, mereka yang telah berjaya membuktikan impossible is nothing, mereka yang berjaya membuktikan bahawa pengalaman, umur serta latarbelakang pendidikan bukanlah ukuran utama untuk mencapai kejayaan.

2. Hari dan semalam. Team mooting UiTM mencatat sejarah tersebut. Ok kita start dari semalam. First team yang kami lawan ialah Universiti Melibourne yakni universiti kedua terbaik di Australia yang diwakili oleh mooters berumur 26 tahun ke atas sementara Uitm pula diwakili oleh Mama Shai dan Khairil Khalid yang jauh lebih muda daripada mereka. Tetapi kemenangan berpihak kepada UiTM.

3. Perlawanan kedua. Menentang Universiti Southampton yang terdiri daripada mooters yang sedang menyiapkan master dalam bidang maritime dan sudah tentu lagi tua daripada Mama Shai dan Khairil. Namun sekali lagi kami menang menentang mereka.

4. Hari ini giliran aku pula bersama co-counsel aku iaitu Arina. Menentang Padjajaran bukanlah mudah kerana mereka diwakili mooters yang pernah bertanding dalam maritime moot competition tahun lepas. Memang perang psikologi habis tetapi persiapan yang dilakukan selama sebulan mendatangkan hasil. Kami menang sekaligus melengkapkan hatrik UiTM dalam general rounds maritime moot competition. Aku yang tidak ada pengalaman langsung, yang tak tahu apa benda dan cara nak mooting, dilatih hanya sebulan tetapi berjaya menumbangkan mereka yang pernah bertanding dalam pertandingan yang sama tahun lepas.

5. Walaupun hanya sebulan dilatih dan dibentuk untuk menjadi seorang mooter tetapi aku puas kerana berjaya membuktikan kepada semua bahawa dengan persiapan yang rapi dan persediaan yang cukup, tiada apa pun yang mustahil. We can do it against anyone regardless who they are. Kami dah berjaya membuktikan bahawa kita mampu menewaskan 'nama-nama besar' yang jauh lebih berpengalaman daripada kami.

6. Alhamdulilah. Syukur dan terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Moga kami akan terus menang ke peringkat seterusnya.

'IMPOSSIBLE IS NOTHING'.

5 comments:

  1. err. do u hv any video during the "mooting session"?
    i really want to watch it..

    anyway, dgr je dh impress blum tgk lg :D

    ReplyDelete
  2. congratulations!!

    ReplyDelete
  3. tahniah... tahniah... tahniah

    alhamdulillah setapak lagi maju ke hadapan.
    pastinya kenangan terindah yang takkan dilupakan.

    proud of you, zharif

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk Zack! Dulu Timbalan Dekan pernah suggest agar akak berjinak-jinak dengan mooting. Tapi susah nak commit bila anak-anak dah berderet ni. Zack manfaatkanlah usia muda sementara belum banyak tanggung jawab ni, grab every chance yang datang untuk meningkatkan kualiti diri. Being a lawyer, it's about reputation. Kena build reputation dari sekarang. Tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)