Saturday, July 10, 2010

waka waka australia

*bergambar selepas tamat perlawanan

* wajah kemenangan


*sejam sebelum bertanding

1. Berakhir sudah pertandingan International Maritime Moot Competition 2010 yang berlangsung di Sydney. Meskipun gagal mengulangi pencapaian senior kami yang berjaya melangkah hingga ke suku akhir tetapi ada banyak perkara yang telah kupelajari sepanjang pertandingan ini berlangsung.

2. Bahawa menentang mustahil itu adalah sukar tetapi ia boleh dilakukan jika cukup keyakinan terhadap prestasi diri sendiri dan semangat tidak mahu menyerah. Meskipun diletakkan dalam kumpulan maut tetapi kami berjaya memenangi 3 daripada 4 perlawanan dalam general round. Sudah pasti senioriti dan pengalaman juga tidak boleh dijadikan ukuran kerana kami juga berjaya menewaskan mereka yang jauh lebih tua dan sudah menyertai pertandingan ini pada tahun lepas.

3. Bagi aku ini adalah pengalaman dan pelajaran yang sangat berharga; diberikan terus oleh Tuhan. Selama ini aku hanya merasainya melalui buku-buku motivasi tetapi sekarang aku sudah punya cerita untuk dikongsikan bersama. Cerita yang membuktikan bahawa sesiapa pun boleh menang dan berjaya selagi kita yakin dan tidak mahu kalah sebelum bertanding. Benar, meyakinkan diri sendiri adalah perkara yang paling susah dalam dunia ini sebab itu ada pujangga menyebut ‘ menakluki diri sendiri adalah lebih susah dari menakluki sebuah kota’.

4. Selepas dua kemenangan, perlawanan ketiga pastinya menjadi tumpuan kerana perlawanan ini akan menjadi penentu samada team anda akan menang hat-trick 3-0 atau meletakkan team anda dalam keadaan bahaya yakni 2-1. Aku merasai tekanan tersebut tetapi aku berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil. Kemenangan dalam perlawanan ketiga itu sekaligus meletakkan team UiTM berada dalam kedudukan selesa dengan 3 kemenangan dan secara peribadi, itulah kemenangan pertama aku dalam pertandingan Mooting dan lebih manis ia diraih di peringkat international walaupun sejak dari awal aku sudah tahu bahawa team yang aku lawan adalah team yang mempunyai mooter yang pernah bertanding dalam pertandingan yang sama tahun lepas.

5. Tetapi benarlah kata Panglima Tsu Tzu ‘ Know yourself and know your enemy’. Itulah yang aku praktikkan; bahkan aku sudah mengkaji point mereka melalui memorial yang dikeluarkan sejak sebelum pertandingan bermula. Aku juga mengkaji point sendiri; mencari jika ada sebarang kekurangan dan menjangkakan soalan yang bakal ditanya oleh para arbitrator yang lebih tahu dan expert dalam bidang ini. Sewaktu perlawanan aku, ada 3 arbitrators dan salah satu daripada mereka adalah Queen Counsel sementara seorang lagi adalah Barrister (yang seorang lagi aku dah lupa).

6. My teammates are the real hero. Merekalah yang memberi peluang untuk aku menjadi salah seorang daripada team ini. They put our university on the line; meletakkan aku yang tiada pengalaman dan hanya dilatih untuk menjadi seorang mooter dalam masa sebulan sahaja untuk bertandingan dalam pertandingan yang berprestij ini. Tanpa mereka dan juga jurulatih, sudah tentu aku tidak akan dapat mengecapi apa yang telah aku raih dalam seminggu ini.

7. Walaupun tidak dapat masuk ke suku akhir, aku tetap bangga kerana team yang menentang kami juga terkejut kami tidak terpilih ke suku akhir dan ungkapan ‘you deserve to enter the quarter’ sudah cukup melegakan hati aku apabila ia keluar dari mulut orang yang menentangku dalam perlawanan di general round. Aku puas, sesungguhnya itulah pengiktirafan yang berharga yang pernah aku miliki dalam hidup.

8. Dan kemenangan meraih tempat pertama tidaklah mutlak kerana usaha dan kegigihan kami juga diiktiraf oleh penganjur dan kami berjaya membawa pulang anugerah yang belum pernah dimenangi oleh universiti Malaysia dalam pertandingan ini bahkan senior kami pun tidak pernah memenanginya. Anugerah ini, dedikasi khas untuk jurulatih yang paling aku hormati dan sanjungi. Dia layak untuk menerima anugerah tersebut.

Akan bersambung dalam entri yang seterusnya….

5 comments:

  1. Im proud of you zarif, u should write a motivation book. collect all your entries and compile them into a book :D

    ReplyDelete
  2. tertanya juga kenapa tidak berjaya ke suku khir, tapi apa pun tahniah sekali lagi

    entri terbaru sayaFIKIRAN TIDAK TAJAM

    ReplyDelete
  3. waka2 z.... huhuhu,,,. u ske bg i jeles la bro... cm nk masuk gila rasanya moot.. looks passionate, all of u guys..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)