Thursday, July 1, 2010

Final countdown

Young, inexperience but the burden is too heavy. Yet he has to fight against all odds and impossible.

Has been taught to be a mooter for only a month whilst the others take almost a year or at least 6 months for that.

And his journey starts with....Maritime Moot Competition at Sydney which include the first rank university in Asia. His first test would be the top three moot team in Indonesia, Universitas Padjajaran.

1. Sebulan yang telah mengubah hidup aku. Bagaimana moot court UiTM Shah Alam telah menjadi rumah kedua aku. Bagaimana aku akhirnya menjumpai landasan yang tepat untuk masa hadapan. Bagaimana aku berjumpa dengan pensyarah yang luar biasa semangat dan usahanya; semirip watak dalam novel Laskar Pelangi.

2. Sebulan yang telah membentuk aku menjadi seorang mooter dengan komitmen yang sangat berat dan menyeksakan. Terasa betul2 menjadi seorang peguam; di mana setiap hujah mesti disertai dengan kes jika tidak ucapkan tahniah kepada pihak lawan. Bukan tu je, kes-kes tersebut perlu di 'bundle' setebal 500 muka surat lebih untuk dijadikan rujukan sewaktu pertandingan nanti.

3. Sebulan yang telah menganggu tidur aku sebab selagi aku tak jumpa jawapan untuk setiap masalah yang timbul dalam submission atau pembentangan hujah selagi tu aku tak boleh tidur dan lelapkan mata. Sebulan yang mengajar aku untuk menjadi sangat teliti, berfikir dari setiap sudut, perlu bersiap sedia memikirkan soalan yang bakal ditanya oleh hakim-hakim yang sangat 'tegas' dan 'kurang perikemanusiaan' kerana itu adalah tanggungjawab mereka untuk menilai prestasi seorang mooter. Kadang-kadang pagi tu submit petang dah kena edit dan of course edit memerlukan rujukan dan sumber-sumber baru yang harus dicari. Sebulan yang mengajar aku bagaimana cara berkomunikasi dalam mahkamah; mengaplikasi courtesy of court dan menguasai fakta serta jurus perundangan 100%

4.Sebulan yang juga mengajar aku erti komitmen, keluarga dan persefahaman antara satu sama lain. Aku telah mengorbankan cuti dua bulan semata-mata untuk pertandingan yang hanya akan mengambil masa cuma 5-6 hari.

5. Mungkin tak adil bagi sesetengah orang kenapa aku begitu 'mudah' dapat menyertai pertandingan sebegini. Dahla first time pulak tu terus bertanding kat sydney. Tapi kalau sesetengah orang itu tahu bagaimana aku berusaha mungkin tiada perkataan mudah di situ.

6. Juga mungkin dengan niat. Tak terlintas langsung dalam fikiran aku akan join team mooting dan pergi ke Australia kerana aku bermula hanya sebagai researcher dan kemudian diangkat menjadi mooter dalam masa yang singkat; 6 bulan. Sebelum ni aku just fikir; aku masuk, nak tolong buat research, kes apa sume then make sure diaorang menang kat sana. Aku tak ada niat nak pergi sekali dan kalau pergi pun takkan moot dalam pertandingan tu. Yelah takkanlah nak letakkan maruah sebuah universiti kepada seorang budak yang tak ada pengalaman langsung dalam mooting; yang belajar dari A sampai Z pasal mooting dalam masa hanya sebulan lebih.

7. Tapi itulah kepercayaan yang telah diberi. Kepercayaan itu akan kekal sehingga 2013.

''It is a bonus to have you in our team but we understand that you are still young thus no pressure on you''
''you are on the way for that''
Our great master for mooting..He's the man :)

Makan bersama-sama telah menjadi tradisi keluarga moot..

kami memiliki banyak persamaan: bekas pre-lawrian merbok, Exco Hubungan Luaran dan dalaman Sekretariat Mahasiswa Fakulti Undang-Undang ( he's my boss actually for that department) dan juga mooter :)

'MAMA SHAI'...The best mama in UiTM moot team. I don't think i can find someone like her until 2013.


My co-counsel for 2010-2013....

THE PRIDE IS ON THE LINE FROM 1-9 JULY 2010 AT SYDNEY, AUSTRALIA.

*Piala dunia 2010 menyaksikan banyak team 'underdog' membuat kejutan. Inilah inspirasi kami untuk maritime mooting competition 2010 sehingga lagu rasmi piala dunia juga telah menjadi lagu rasmi team mooting. Doakan kejayaan kami!

3 comments:

  1. all the best ^_^ ~ your readers miss you. but hey we have our life right. insyaallah kejayaan milik kita ~ !!

    ReplyDelete
  2. hey, good luck! show them what u guys are made of!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)