Friday, April 30, 2010

Ambil Kesempatan

1. Entri yang lepas aku ada membincangkan perihal beberapa perkara penting yang berlaku dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Salah satunya aku ada menyentuh mengenai pengundi-pengundi kaum Cina yang tidak lagi mengundi kepada BN bahkan undian mereka semakin susut berbanding PRU yang lepas. Aku juga ada memberitahu kemungkinan daripada salah satu faktor ini yang menyebabkan undian daripada kaum ini menurun; samada berpunca daripada krisis dalaman MCA atau kehadiran NGO yang bernama Perkasa turun padang sewaktu pilihanraya kecil dahulu.

2. Dan nampaknya kemungkinan yang aku utarakan adalah benar.

3. Meskipun pilhanraya kecil sudah berakhir tetapi hakikatnya ia belum berakhir. Perang mulut antara Ibrahim Ali yang mewakili Perkasa dan Chua Soi Lek yang mewakili MCA begitu panas di media massa dan elektronik sehingga keadaan menjadi sedikit keruh apabila berlaku permintaan untuk menarik balik janji yang diberikan kepada kaum Cina di Hulu Selangor. Tak habis di situ, berlaku pula kenyataan bahawa presiden Perkasa hanya mahu mencari publisiti dan wujud kenyataan daripada mantan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa ekstremis Cina juga wujud dalam MCA dan Perkasa hanya bertindak apabila ada orang mengatakan sesuatu berkenaan kepentingan Melayu.

4.Kalau lihat dalam perspektif di Hulu Selangor, rasanya yang mulakan dahulu adalah Perkasa sebab dialah yang beriya-iya yang suruh janji kepada pengundi cina ditarik balik. Permintaan badan NGO ini kemudiannya dibidas oleh PM sendiri dan juga calon BN yang menang di kawasan tersebut. Pada aku cadangan yang diberikan kepada Perkasa itu hanya akan memburukkan lagi imej BN yang sering dikaitkan ''menabur sejuta janji tetapi tiada yang tertunai''. Cukuplah kerajaan pimpinan terdahulu yang telah menaburkan janji pelbagai terutama mahu menghapuskan rasuah dan kronisme akhirnya anak menantu sendiri menjadi kroni dan mengumpul kekayaan berjuta walaupun hanya seorang penganggur(sebelum menjadi ahli parlimen).

5. Kebanyakan pengundi Cina tidak mempercayai BN akan menunaikan janji mereka bahkan kebanyakan golongan muda juga tak kira Melayu,Cina atau India mempunyai sikap skeptik akan janji-janji yang ditunaikan. Bila ada pilihanraya barulah janji-janji mula bergendang sana-sini padahal isu Felda Sungai Buaya tu dah bermula sejak tahun 1994 lagi. Jumlah bayaran tertunggak kepada mereka selama 16 tahun bernilai 1.2 juta tetapi pada tahun 2010, sewaktu pilihanraya kecil di Hulu Selangor barulah 'terkial-kial' nak keluarkan duit sejumlah RM 50,000. Apakah itu sebagai ganjaran?Tidak! itu hanya membayar apa yang hak kepada mereka.

6. Timbul juga pandangan bahawa pengundi Cina bukan lagi hanya tertumpu kepada isu ekonomi tetapi juga isu-isu semasa seperti kematian Teoh Beng Hock dan juga apa sahaja yang berkaitan dengan kaum Cina di negara ini. Generasi muda bukanlah seperti generasi dahulu dan mereka harus dilayan dengan cara peredaran masa kini supaya kehendak dan tuntutan mereka dipenuhi.

7.Bahkan aku lebih mempercayai bahawa kekalahan calon PKR juga disebabkan imej Melayu beliau yang sudah 'rosak' di mata pengundi Melayu dan juga beberapa pendedahan yang mengejutkan oleh ahli PAS berkenaan jentera pilihanraya PKR waktu itu. Nak tahu lebih lanjut silalah klik ke Malaysian Insider.

8. Betul wakil rakyat Cina memerlukan undi Melayu tetapi wakil rakyat Melayu juga memerlukan undi Cina. Waktu sekolah menengah dahulu aku sendiri berasa malu apabila ada wakil rakyat yang memberi ceramah yang agak 'rasis' tanpa mempedulikan hadirin yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.At one point, I agree with Tun as he said we need support from everyone in this country and also with Soi Lek's view that we must work on 'middle path'. Cuma ada satu sahaja yang berada dalam fikiran aku sekarang ini: apakah matlamat penubuhan Perkasa?

10. Kalau penubuhan mereka adalah mempertahankan 'hak' Melayu maka artikel 153 dan 159(5) sudah terlebih dahulu menjaga dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu. Jadi kenapa nak ada satu lagi NGO untuk menjaga 'hak' tersebut? I'm sorry because i don't see any word of Perkasa here in these both articles in Federal Constitution because i only see the word 'majlis raja-raja'. So why should we need other than this Majlis raja-raja to defend our special position?

12. Obviously, Perkasa is only for political purpose nothing more for economy or social. If it more than politic then tell me why Perkasa silent about Aminulrasyid's case? Isn't the boy a Malay too?

Ternyata, ada orang mahu mengambil kesempatan atas ketidak tahuan rakyat mengenai undang-undang negara..

Monday, April 26, 2010

BEDAH SIASAT

Ada beberapa kelainan dalam blog aku apabila menyentuh isu pilihanraya. Kalau dahulu aku lebih suka membuat komen dan pendapat sebelum pilihanraya tetapi untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor, anda akan mendapati blog ini bersih daripada sebarang entri yang berkaitan dengan peribadi calon-calon yang bertanding mahupun ramalan siapa yang menang. Aku cuba mengadaptasi cara 'undang-undang' dalam pilihanraya kali ini; buat pertama kalinya aku mengumpulkan artikel-artikel berkaitan pilihanraya Hulu Selangor dan menyimpannya dalam satu folder. Artikel-artikel tersebut aku ambil daripada laman web Malaysian Insider yang menyediakan bahan-bahan baik dari kerajaan mahupun pembangkang. Aku bertindak 'bisu' sebelum pilihanraya ini ialah salah satu adaptasi daripada prinsip undang-undang iaitu 'contempt of court'. Aku tak mahu buat sebarang komen sebelum keputusan berbicara jadi selepas habis pilihanraya barulah aku rasa wajar untuk membuat sedikit pandangan dan ulasan. Lagipun aku bukanlah jentera mana-mana ahli politik yang diwajibkan untuk berkempen bagi memastikan kemenangan parti-parti tertentu.
Apa yang ingin aku sampaikan selepas ini barangkali akan menimbulkan rasa tidak puas hati, bahkan persepsi anda terhadap penulis ini juga akan bertukar tetapi inilah apa yang aku lihat dari kacamata sebagai 'orang muda' di Malaysia yang memerhatikan dari jauh bagaimana gelanggang politik kita berfungsi. Maka di sini aku sediakan 4 isu besar untuk dibincangkan bersama.

1. PERIBADI
- Pilihanraya kali ini menyaksikan satu kelainan apabila BN menggunakan taktik yang selama ini digunakan pembangkang yakni menyerang peribadi calon PKR sebagai kaki botol dan kaki judi. Bukan sahaja calon PKR, tetapi juga peribadi pemimpin PKR juga diserang bertubi-tubi oleh pemimpin dan bekas pemimpin BN termasuklah kes liwat beliau di mahkamah. Aku tak tahu samada it's amounted to contempt of court. Malangnya Pakatan Rakyat tidak mempunyai banyak modal untuk menyerang peribadi calon BN; hanya isu APCO sahaja dilemparkan kepada pemimpin BN tetapi malangnya isu 'siapa kawan Israel' juga terkena batang hidung sendiri dengan pendedahan Foundation For Future serta Paul Wolfowitz. Rasanya lagi 'sedap' kalau buka balik isu buku satanic verses di mana penulisnya mendapat penghargaan sebagai 'profound writer' oleh pemimpin PKR itu sendiri.
Nik Aziz cakap taktik serang peribadi calon adalah 'kerja bodoh'. Aku bersetuju dengan pendapat itu sebab kedua-dua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang memang tengah mengamalkan trend kerja tu pun. Kalau di Hulu Selangor ni nampak ketara kerajaan buat kerja bodoh tu tapi jangan lupa juga semasa pilihanraya kecil di Terengganu tahun lepas di mana peribadi calon BN juga dieksploitasi sebaik mungkin oleh pihak pembangkang. Jadi dalam menyimpulkan 'kerja bodoh' ni, dua-dua pihak dua kali lima je.
Isu peribadi calon mendapat perhatian rakyat Malaysia dan ini membuktikan bahawa rakyat tidak lagi memilih calon berdasarkan parti semata. Tetapi trend menyerang peribadi calon jugak adalah sesuatu yang 'kureng bagus' sebab dalam hierarki fallacies of speaking tahap paling rendah dan 'tidak bertamadun' adalah ad hominem( menyerang peribadi orang).

2.DUIT
Ini adalah isu kedua yang sangat penting dalam pilihanraya kali ini lebih-lebih lagi ia melibatkan tentang masalah penduduk Felda Sungai Buaya. Ia berkaitan dengan pampasan sejumlah 1.2 juta ringgit yang masih tidak dapat diselesaikan sejak tahun 1994 apabila peneroka Felda bersetuju untuk menjual tanah mereka kepada pemaju Murnia Jaya Develop Berhad. Bukan itu sahaja, penduduk Hulu Selangor juga memohon supaya persimpangan lebuhraya juga dibina di kawasan tersebut.
Maka dalam pilihanraya kecil ini menyaksikan peneroka-peneroka Felda tersebut 'dibayar' sebanyak RM 50,000 dan dengan serta-merta projek lebuhraya tersebut akan dilaksanakan jika BN menang. PM juga menjanjikan lebih banyak duit akan 'dibayar' jika Selangor kembali ke pangkuan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
I don't know whether this can be amounted to bribe. Menurut pemahaman mudah, rasuah adalah memberikan sesuatu supaya orang lain akan mengundi atau menyokong kita dalam sebuah pertandingan dan akan menjanjikan sesuatu lagi sekiranya kita menang dalam pertandingan tersebut. Tapi tak tahulah kan kalau pilihanraya tidak dikira pertandingan dan tiada istilah rasuah dalam pilihanraya tapi kalau dilihat dari segi dasar dan konsepnya, pada aku lebih kurang sama sahaja walaupun matlamat sesebuah parti itu adalah membawa pembangunan dan kemajuan.
'Goodies' ini termasuk janji membina sekolah, sistem perparitan mengelak banjir,lebuhraya dan sebagainya bernilai RM51 juta ringgit sementara goodies pihak pembangkang bernilai RM182,00( termasuk skim warga emas). Adakah duit masih lagi menjadi pancing relevan dalam sesebuah pilihanraya hanya boleh dijawab mengikut situasi tempat tersebut. Dalam PRU 2008 sejumlah jutaan ringgit dijanjikan kepada rakyat Kelantan jika BN menang tetapi nampaknya 'goodies' tersebut tidak diterima oleh rakyat Kelantan.
Lain padang lain belalang barangkali.

3.UNDI KAUM
Selepas PRU 2008 undi kaum tidak lagi menjadi isu kerana rakyat dilihat lebih peka terhadap isu-isu nasional dan semasa. Tetapi dalam pilihanraya Hulu Selangor, undi daripada sesebuah kaum sangat dititikberatkan bahkan post-mortem pasca pilihanraya ini juga lebih fokus kepada sokongan kaum mana yang lebih banyak.
Sokongan orang Melayu dilihat lebih cenderung kepada BN apabila BN berjaya mengatasi masalah isu Felda berbanding PR. Sokongan orang India juga dilihat meningkat; tetapi dalam margin yang kecil. Peningkatan ini mungkin disebabkan begitu banyak parti seperti MIC,IPF,Makkal Sakti dan sebagainya menjadi jentera kepada kerajaan cuma peningkatan yang kecil ini disebabkan oleh pemimpin MIC sendiri. Ada yang menyatakan bahawa kepimpinan MIC perlu bertukar jika tidak sokongan generasi muda India tidak akan dapat dimiliki oleh MIC. Sementara kekurangan PKR pula adalah ketiadaan pemimpin India yang dapat mempengaruhi pengundi India di kawasan tersebut (barangkali kalau Nallakaruppan ada lagi dalam PKR mungkin keputusannya berbeza).
Sokongan orang Cina pula apabila dianalisis tersebut menurun terhadap BN. Sebabnya tak dapatlah dipastikan cuma mungkin aku boleh menyenaraikan dua perkara; pertama kejayaan DAP menunjukkan Perkasa adalah kumpulan ekstremis yang disokong kerajaan untuk vokal terhadap 'hak dan ketuanan' Melayu sementara yang kedua adalah masalah hampir setahun setengah yang dialami oleh MCA juga sedikit sebanyak mempengaruhi undi penduduk Cina disitu ( sepertimana yang diakui oleh Dr.Chua Soi Lek). Yang mana satu betul aku serahkan kepada penduduk Cina Hulu Selangor untuk tentukan.

4.KELUAR PARTI
Ini isu tipikal tiap kali pilihanraya menjelang. Beratus-ratus ahli biasa sesebuah parti (terutama parti pembangkang) akan dilaporkan keluar dari parti. Betul atau tidak kenalah tanya tuan punya badan sendiri tetapi barangkali isu ini melibatkan orang 'kenamaan' dalam PKR sendiri iaitu Dr.Halili yang juga orang rapat pemimpin PKR memberi impak kepada undi dalam pilihanraya kali ini. Keluarnya beberapa ahli parlimen PKR sebelum ini juga (Zulkifli dan Zahrain) juga menyumbang kepada faktor kekalahan PKR.

Secara keseluruhannya pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah pilihanraya kecil ke-10 selepas PRU 2008 dan kemenangan ketiga BN dalam pilihanraya kecil pasca 2008. Pilihanraya kecil ini mempunyai dua signifikan penting; pertama undi majoriti yang dimenangi BN lebih tinggi daripada yang diraih oleh PKR pada tahun 2008 (meskipun tidak melepasi KPI yang ditetapkan) dan kedua ia adalah satu-satunya pilihanraya kecil pasca 2008 yang bukan status quo. Sebelum ini, pilihanraya kecil adalah status quo semata; hanya mengekalkan kemenangan parti yang memenangi kerusi tersebut pada 2008. Tetapi pilihanraya kecil Hulu Selangor ini berbeza kerana ia dimenangi oleh BN.Pada tahun 2008 ia dimenangi oleh PKR. Jadi adakah ini satu petanda perubahan untuk PRU 2013?
Mungkin masih jauh untuk diramalkan. Pilihanraya kecil Sibu pula akan menjadi tumpuan kita selepas ini.


Saturday, April 24, 2010

Perlu Ke?

1. Artikel ini ada berkaitan dengan entri sebelum ini yang bertajuk 'main selamat'. Aku pun sebenarnya reluctant nak tulis lagi pasal benda ni sebab cadangnya nak buat entri baru selepas tamat pilihanraya Hulu Selangor tapi entah kenapa aku terpanggil untuk memberi sedikit respons lagi berkaitan dengan hubungan luar Malaysia-Amerika baru-baru ini.Aku memetik berita bertarikh 16 April dari Malaysianinsider:

2.Tun Dr Mahathir Mohamad said today he disagrees with the Najib administration for spending a whopping RM76 million to arrange a meeting between the prime minister and US President Barack Obama earlier this week.

“Meeting is good but to say this money is spent because of what happened in the past, I don’t think is good,” the former premier said, rubbishing claims the government needed to spend the enormous sum of money.

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had disclosed this week the amount paid to global public relations firm, APCO Worldwide, and claimed it was necessary to “repair” Malaysia-US ties strained during his 22-year rule from 1981 to 2003.


3. 76 Juta ringgit diperuntukkan untuk mengatur pertemuan yang hanya mengambil masa kurang dari sejam antara PM Malaysia dan Presiden Amerika. Mengapa begitu banyak peruntukan hanya untuk bertemu dengan seorang pemimpin untuk sebuah negara yang bernama Amerika? Apakah kerana Amerika adalah 'polis dunia'? Adakah Amerika diberikan tugas oleh Tuhan untuk menjaga negara-negara di dunia ini sampai kita perlu membelanjakan 76 juta ringgit untuk bertemu dengan presidennya yang masih lagi tidak mengotakan janjinya untuk melakukan perubahan( yes we can change). Mengapa perlu 76 juta?


4. Aku tak fikir kita perlu membelanjakan peruntukan sebesar itu hanya semata-mata untuk membaiki hubungan Malaysia-Amerika yang dilihat tidak mesra sepanjang era pentadbiran Tun Mahathir. Lagipun hubungan itu dilihat tidak mesra kerana kita mengkritik dasar AS yang sangat berat sebelah dalam isu Palestin, Afghanistan dan Iraq. Lagipun tidak ada kita dengar laporan yang mengatakan AS 'terasa' dengan pendirian kita waktu itu dan pelabur2 AS lari dari Malaysia.

“Whether the ties are good or bad, the fact is the US has not done anything that would show they were offended by us,” he added, citing the absence of official US complaints lodged with his administration.

Dr Mahathir also pointed out that investments from the US continued to flow into Malaysia.


5. Walaupun aku mengakui bahawa aku pro-kerajaan tetapi tidak semua tindakan kerajaan di mata aku adalah betul kerana bagi aku isu ini adalah satu isu yang akan menjadi peluang untuk pembangkang memburukkan imej kerajaan masa kini yang 'melutut' kepada AS sepertimana yang didakwa oleh ketua pembangkang.Kita mafhum bahawa ketua pembangkang sangat 'hebat' dalam hal 'spinning the story' dan alhasil bacalah selanjutnya dakwaan ketua pembangkang berkenaan isu ini http://my-1.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/60218-najibs-iran-snub-risks-malay-vote-in-hulu-selangor

Aku tak mahu komen panjang. Cukup sampai di sini pendirian aku berkenaan isu ini. Terima kasih kerana membaca.

(Tony Bliar datang ke Malaysia pada hari ini(sabtu). Apa tindakan kerajaan untuk seorang pemimpin yang dah menipu dunia semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Saddam dan membunuh ribuan rakyat Iraq? Bagaimana seorang pembunuh boleh memberi ceramah di Malaysia? Memalukan!

Friday, April 16, 2010

MAIN SELAMAT



1. Dalam entri yang singkat ini aku sekadar ingin meluaskan pengetahuan yang ada dalam blog Faisal Tehrani berkenaan berita di mana Petronas sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran. Ia adalah sebagai respons sekatan baru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

2. DS Najib berkata mereka mahu Iran mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh PBB dan membenarkan IAEA untuk verifikasi bahawa pembangunan nuklear mereka adalah bukan untuk tujuan berperang dan pada masa yang sama DS Najib menyatakan pendirian akan tetap menyokong pendirian Iran untuk membangunkan program nuklearnya untuk tujuan kebaikan.

3. Inilah satu senario yang semakin mengecewakan apabila Malaysia akhirnya telah menjadi 'pak turut' atau tukang bodek dalam setiap juga rancangan yang dilakukan oleh AS; kononnya menyokong pentadbiran Barack Obama. Tetapi satu soalan yang ingin aku kemukakan ialah kenapa sekatan itu harus dikenakan ke atas Iran sahaja?Kenapa tidak kepada Korea Utara? Kenapa tidak kepada Israel yang juga telah membangunkan program nuklearnya secara rahsia?Setiap orang adalah sama rata dan equality before law. Kalau Iran boleh dikenakan sekatan kerana membangunkan nuklear kenapa tidak negara-negara lain yang turut membangunkan nuklear(termasuk AS sendiri) tidak dikenakan sekatan? Jawapan mudah: IAEA, UN sendiri merupakan boneka dan ciptaan AS.

4.Apa yang lagi menyedihkan sekatan tersebut dikenakan ke atas saudara seagama Islam. Meskipun kita tahu Iran adalah sebuah negara yang bermajoritikan Syiah tetapi mereka masih tetap mengucap syahadah dan wajib dipertahankan apabila dizalimi. Masih ingatkah siapa yang begitu berani menentang Amerika setelah tiadanya Tun Mahathir di arena politik antarabangsa? Masih ingatkah siapa yang memanggil seluruh pemimpin Islam untuk mengadakan mesyuarat untuk menghentikan serangan Israel ke atas Lubnan dan Palestin?

5. Dasar luar yang semakin memihak kepada AS sangat mendukacitakan. Siapa yang tidak tahu negara mana yang telah membunuh ribuan umat Islam yang tidak berdosa di Iraq kononnya negara tersebut menyimpan senjata pemusnah tetapi akhirnya telah terbukti tiada? Apakah kita masih perlu mempercayai pembohong-pembohong ini? Dalam kempen pilihanraya lalu Barack Obama menjanjikan untuk menutup kem Guantanamo, menghentikan penaklukan di Afghan dan Iraq tetapi sehingga sekarang, di mana usahanya untuk mengotakan janji tersebut?

6. Aku masih tidak dapat bersetuju dengan cara negara kita pasca Mahathir yang mula tutup mulut dan berdiri di belakang kuasa barat. Kita sudah tidak lagi dipandang sebagai penyelamat negara-negara Islam yang tertindas. Saudara-saudara kita di Palestin, Afghan dan Iraq sudah kehilangan wakil untuk menyampaikan suara dan mempertahankan mereka di peringkat antarabangsa.

7. Apabila tidak mahu mengambil risiko dikritik,dikecam oleh kuasa-kuasa besar maka lebih baik memilih jalan berdiri di belakang mereka; angguk dan geleng bila mereka juga berbuat demikian.

JANGAN TAKUT!

1. Keputusan kerajaan untuk mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama telah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Sudah menjadi lumrah ada yang menentang dan menyokong dan dalam hal ini aku juga tidak mahu menjadi pihak yang atas pagar dan tidak pasti pendirian yang sebenar.

2. Secara peribadi aku berasa terkilan dengan reaksi yang kurang menyokong penubuhan jawatankuasa tersebut. Apabila menganalisis sebab-sebab penentangan tersebut adalah seperti berikut: ia meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain dan menimbulkan kekeliruan.

3. Sebelum itu izinkan aku memperihalkan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. Ini memberi kesan di mana hasil cukai kerajaan boleh digunakan untuk tujuan pembinaan tempat2 ibadat umat Islam dan perkembangan Islam. Namun begitu harus diingatkan bahawa artikel 3(4) juga memperuntukkan bahawa ''Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam perlembagaan ini.'' Dalam erti kata lain, kita tidak boleh menggunakan alasan atas dasar agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan ini untuk mencabar kesahihan peruntukan-peruntukan lain. Contohnya dalam kes Che Omar Che Soh V PP di mana alasan bahawa hukuman mati ke atas pengedar dadah adalah bertentangan dengan Islam tidak digunapakai. Bahkan artikel 4 Perlembagaan juga jelas membuktikan bahawa perlembagaan persekutuan adalah undang2 tertinggi di negara ini, bukannya undang-undang syariah.

4. Benarkah dengan adanya jawatankuasa tersebut akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain? Kalau benar dakwaan tersebut maka perkara pertama yang harus dihapuskan adalah artikel 11 yang juga merupakan fundamental rights of all Malaysian iaitu kebebasan beragama kerana artikel ini juga meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain kerana agama lain juga dibenarkan melakukan perkara-perkara yang sama yang boleh dilakukan oleh orang Islam dalam artikel 11 (3). Di samping itu kita juga boleh menganggap Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat juga meletakkan Islam setaraf dengan agama Kristian kerana telah mengadakan sejumlah dialog dan perdebatan dengan tokoh2 agama Kristian di serata dunia. Begitu juga dengan subjek Tasawwur Islam yang boleh diambil oleh pelajar bukan Islam di negara ini kerana jika ia boleh diambil oleh bukan Islam maka ia akan menjatuhkan martabat pelajaran Islam di negara ini.

5. Aku tak fikir ia meletakkan Islam setaraf dengan agama lain. Bahkan ia akan dapat menghuraikan segala salah faham dan pandangan negatif agama lain terhadap agama Islam di negara ini. Kenapa kita harus takut padahal kita mempunyai sejumlah mufti-mufti, tokoh2 agama yang merupakan lepasan jurusan dari Al-Azhar dan sebagainya? Kenapa nak takut kalau kita punya hujah yang tepat untuk menghuraikan salah faham yang timbul terhadap ajaran Islam. Ditambah pula dengan pelbagai isu-isu sensitif yang telah melanda negara kita contohnya isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini dan juga kes-kes lain seperti kes Subashini Rajasingam(2008) dan kes Faridah yang telah sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif kepada agama Islam di negara ini.

6. Anggapan bahawa tidak boleh ada perbincangan langsung dengan bukan Islam adalah satu anggapan yang tidak wajar kerana Rasulullah sendiri pernah ditanya oleh dan dirujuk oleh orang-orang bukan Islam tentang beberapa perkara. Al-Quran sendiri sudah menjelaskan bahawa sekiranya kita(umat Islam) mengambil jalan kekerasan maka orang-orang di sekeliling akan lari daripada mahu mengenali Islam.

7. Lagi kita tutup dan cuba berpura-pura tiada masalah maka lagi teruklah masalah tersebut. Apa yang perlu dilakukan bukanlah mahu mencari siapa yang menang atau kalah- tetapi mencari satu jalan tengah '' the middle path'' kerana demokrasi bukan sahaja mengikut suara majoriti tetapi juga berkenaan hak minoriti.

8. Mungkin ada yang tidak akan bersetuju dengan pandangan yang aku sampaikan ini dan menganggap aku tidak Islamik dan sebagainya. Tetapi terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

9. Berilah ruang untuk berbincang dan berdialog. Janganlah masyarakat kita dimomokkan dengan rasa takut yang bukan-bukan. Beri ruang dan peluang untuk berbincang kerana kita tidak akan rugi apa-apa dalam hal ini.

'' Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka. Berlaku adillah, sesungguhnya adil itu lebih dekat kepada Allah''
-Al Quran

''Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmi bererti dia juga telah menyakiti daku''-Hadis Nabi

Saturday, April 10, 2010

TERTUNAI HAJAT

1. Perkara pertama yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin adalah melaksanakan apa yang diucapkan. Kalau tak nanti jadi pemimpin cakap tak serupa bikin. Jadi untuk memenuhi tuntutan pertama ini maka aku pun menunaikan apa yang ingin aku laksanakan sejak asasi lagi tapi hari ni baru dapat buat.

2. Ketika orang lain tengah sibuk bersiap untuk pergi ke majlis perasmian karnival ko-kurikulum, aku masih sibuk bermimpi di atas katil tapi entah macamana dalam mimpi tu dapat seru pulak untuk derma darah. Jadi lepas je habis perjumpaan mooting aku terus bergerak ke pusat ko-kurikulum; tempat di mana darah-darah akan didermakan oleh mereka-mereka yang pemurah hohoho.

3. Bila timbang berat badan tadi nasib baik lepas 45 kg. Tapi sumpah turun teruk sejak berada di Shah Alam. Aku hilang dekat 5kg. Jadi untuk mereka yang nak menurunkan berat badan rahsianya mudah sahaja: sarapan minum teh dan biskut, tengahari mee sedap dan malam nasi lemak. Komfem turun 5 kg dalam tangan. Kemudian, sesi mengenal jenis darah. Sebenarnya aku dah tau dah darah aku jenis ape sebab pernah check kat Johor dulu so bila check tadi nasib baik tak ada perubahan( ada ke kes berubah jenis darah?).

4.Kemudian bermulalah sesi menderma darah. 350 ml telah didermakan. Masa last2 tu tetiba jantung aku mula berdegup pantas dan mulut aku tak habis-habis menguap. Tak tahulah orang lain camne tapi ni mungkin sebab aku tulis kat dalam borang aku tak pernah hidap asma tapi masa kecik dulu akulah penghidap asma yang terbaik di Malaysia. Alasan itu akan digunakan untuk mendapat pengecualian dari menyertai segala bentuk sukan tapi alasan tu dah tak boleh pakai sekarang huhuhu.

5. Lepas habis derma darah, dapatlah makan free, sijil free dan kupon karnival ko-kurikulum free.Jadi tak payahlah aku bersusah payah bangun pagi2, masuk explorace lari sana-sini untuk dapatkan kupon sebab cara paling senang duduk, baring dan dermalah darah anda seikhlas yang mungkin.

6. Manalah tahu darah yang diderma tu dapat menyelamatkan nyawa mereka-mereka yang memerlukan darah untuk hidup. Sepatutnya ia dah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menderma darah bagi mereka yang memerlukan. Bukan susah pun dan tak mengambil masa yang sangat lama.

7. Jadi impian pertama aku dah tercapai. Impian seterusnya adalah untuk menjadi penderma organ atau kata lainnya, organ2 aku ini akan didermakan kepada mereka yang memerlukan apabila aku dah mati nanti. Orang yang paling berguna adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain :)


sijil pengiktirafan dari pusat darah negara.Agak2 boleh pakai ke time nak apply kerja nanti?

pelekat biru kat atas tu memberitahu darah aku adalah darah O atau lebih dikenali sebagai universal donor. Jadi mereka2 yang mempunyai jenis darah selain O pun boleh menerima darah aku hehe.

Buku rekod derma darah( dah macam buku rekod akademik la pulak)

selepas menderma darah..kesan bengkak masih kelihatan.


dan ubat-ubatan juga diberikan.tak tahu apa fungsinya tapi mungkin untuk membina kembali sel-sel darah yang telah didermakan.

Tuesday, April 6, 2010

SELANGKAH KE PARLIMEN

1. Lawatan ke Parlimen Malaysia selamat dijalankan pada hari semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan inilah pengalaman pertama kami masuk ke tempat di mana undang-undang negara kita digubal untuk menjadi panduan rakyat Malaysia. Lawatan ini bolehlah aku pecahkan kepada tiga sesi.

2. Sesi pertama adalah di mana kami menjadi pemerhati dan melihat parlimen bersidang untuk sesi soal jawab selama satu jam. Ramai jugak ahli parlimen yang datang termasuk ketua pembangkang DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang ramai datang adalah daripada ahli parlimen pembangkang, daripada pihak kerajaan sangat sikit dan kalaulah time ni bajet hendak diluluskan komfem kalah sebab xcukup undian menyokong.

3. Sesi kedua pula adalah bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifuddin Abdullah. Banyak pandangan dan idea dikongsikan bersama selama satu jam. Waktu nak bertanya tu kenalah kenalkan diri sebagai YB. Jadi aku kenalah kenalkan diri sebagai YB Johor Bahru. Walaupun tak berkesempatan untuk bertanya lanjut mengenai banyak perkara terutama mengenai isu semasa berkaitan mahasiswa tetapi penjelasan beliau mengenai AUKU dan bermacam isu lain sedikit sebanyak memberi makna dalam sesi ini.

4.Sesi ketiga pula ialah makan tengahari bersama Dato Mukhriz. Yang ini pun rasanya dekat sejam dan Dato Mukhriz sempat meluangkan masa bertemu dengan semua peserta lawatan. Bila time lunch tu aku duduk semeja dengan beliau dan banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Antaranya adalah berkaitan Global Peace, perancangan kami untuk menganjurkan global peace conference di peringkat universiti, soal perdagangan Malaysia dan perkembangan UiTM. Tidak ketinggalan juga kami bercerita tentang keluarga, pandangan Dato mengenai dasar Malaysia yang lebih 'senyap' berbanding waktu pentadbiran ayahnya yang lebih lantang membela negara-negara Islam dan juga mengenai hal-hal yang tidak serius seperti pengalaman beliau belajar di Jepun, keluarga beliau dan sebagainya. Yang pasti tiada isu politik yang diselitkan sebab kami tidak mahu politik menjadi isu utama dalam pertemuan ini.

5.Di kesempatan ini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada bapa perlembagaan kami Prof.Dr.Shad Saleem Faruqi yang telah berusaha menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada Farid, sahabat baik aku yang juga begitu serius untuk menjadikan program ini sebagai satu kenyataan dan juga kepada Encik Ram Karthigasu yang telah membantu untuk arrangement lunch bersama Dato Mukhriz. Juga kepada semua yang mengikuti rombongan ini. Diharap banyak pengetahuan dan pengalaman dapat dikutip bersama dan semoga memberi inspirasi dan semangat untuk menjadi ahli parlimen satu hari nanti insya-allah.


Bersama Farid, yang juga bakal ahli parlimen satu hari nanti. Tapi nanti kita duduk menghadap la kat parlimen kan?hehe

Bersama Prof.Dr.Shad Saleem Faruqi


makan tengahari bersama Dato Mukhriz

* Sudah mendapat pendedahan untuk kedua-dua bidang: politik dan kehakiman. Fair and reasonable. Keputusan? Masih belum muktamad tetapi sudah ada kecenderungan untuk memilih.

Saturday, April 3, 2010

Model Ekonomi Baru & 153

1. Baru-baru ini Model Ekonomi Baru(MEB) telah dilancarkan oleh DS Najib sebagai satu dasar kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru. Malangnya aku tak dapat mengikuti lanjut perihal model ini cuma semalam keluar di akhbar tempatan apabila berlaku 'pertikaman lidah' antara sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Perkasa dengan kerajaan apabila Perkasa mendakwa MEB tidak memperuntukkan kepentingan Melayu.

2.Sekurang-kurangnya ada 2 isu yang ditimbulkan: penubuhan Equal Opportunity Commission(EOC) yang bertentangan dengan Artikel 153 dan tiada peruntukan 30% untuk bumiputera dalam kek ekonomi Malaysia.

3. Aku tak mahu menyebelahi mana-mana pihak cuma adalah lebih baik aku menjelaskan realiti sebenar perkara ini mengikut pemahaman undang-undang yang ada. Walaupun masih lagi dalam proses pembelajaran tetapi apa yang aku dapat dalam proses tersebut haruslah dikongsi bersama kerana itulah tanggungjawab sebagai pengamal ilmu undang-undang kepada masyarakat. Biarpun sedikit tetapi dapat memberi pengetahuan dan penjelasan yang bermanfaat.

4. Kerajaan yang diwakili DS Nazri membidas isu pertama dengan menyatakan bahawa penubuhan EOC adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan bertentangan dengan artikel 153 dalam apa cara sekalipun.

5. Adalah penting untuk diingatkan bahawa artikel 153 adalah berkaitan dengan kedudukan istimewa kaum bumiputera termasuk Melayu dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Persoalannya to what extent the special position? Artikel 153(2) menjelaskan lebih lanjut tentang perihal ini dan terdapat 3 perkara utama yang berkaitan dengan kedudukan istimewa itu iaitu a) kedudukan dalam perkhidmatan awam, (b) pelajaran( biasiswa,latihan,fasiliti) dan (c) permit atau lesen perniagaan & perdagangan.

6. Adalah penting juga untuk diingatkan bahawa artikel 153 tidak boleh dipinda melainkan mendapat 2/3 undi majoriti Parlimen DAN persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam artikel 159(5) Perlembagaan Persekutuan. Justeru apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah tidak ada cara sekalipun artikel 153 akan dipinda selagi mana adanya Sistem Kesultanan Melayu di negara ini. Maka isu-isu seperti kononnya cuma parti tersebut yang mampu mempertahankan hak Melayu dan hak Melayu akan dihapuskan jika parti lain yang memerintah Malaysia adalah tidak relevan kerana hak Melayu sendiri sudah dijaga dan diselamatkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

7. Apa juga keputusan, nasihat atau recommendation oleh EOC mestilah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan kerana sebarang perkara yang akan melibatkan artikel 153 haruslah dirujuk atau perlu melalui consultation daripada Majlis Raja-Raja Melayu. Ia jelas disebut dalam artikel 38(5) yakni ''The Conference of Rulers shall be consulted before any change in policy affecting administrative action under Article 153 is made''.

8. Berkaitan isu kedua yakni tiada peruntukan 30% untuk kaum Melayu dalam kek ekonomi negara, haruslah diingatkan bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan 30% daripada kek ekonomi negara diperuntukkan untuk kaum Melayu. Bererti ia boleh dikurangkan atau dilebihkan daripada 30% itu sendiri. Peruntukan dan pembahagian ekuiti tersebut adalah mengikut konvensyen semata-mata.

9. Mungkin apa yang aku tuliskan di sini barangkali berpihak kepada kerajaan tetapi itulah realiti yang tidak boleh dielakkan. Tidak mungkin aku harus menyorok kebenaran hanya semata-mata aku 'kurang berkenan' dengan sikap DS Nazri dalam beberapa hal sebelum ini. Tidak mungkin juga aku perlu menyorok fakta ini hanya kerana Tun Mahathir, seorang yang sangat aku hormati dan layak diberi penghormatan 'our great man' adalah salah seorang ahli Perkasa. Apabila berkaitan dengan undang-undang, maka prinsip nemo judex in causa sua* akan ditegakkan. (* bermaksud tiada berat sebelah dalam menjalankan keadilan.)

10. Mungkin juga ada yang berpendapat post ini mencerminkan aku kurang prihatin dengan kepentingan Melayu. Kalau aku tidak prihatin kenapa aku keluarkan semua fakta yang menunjukkan kepentingan Melayu atau hak Melayu tidak akan tergugat bahkan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan?