Saturday, November 7, 2009

KERAGUAN MUNASABAH

1. Dalam prosiding kes jenayah seorang pendakwaraya harus membuktikan kepada mahkamah 'melepasi keraguan munasabah' atau beyond reasonable doubt. Untuk melepasi keraguan munasabah ini tidak diperlukan untuk mencapai satu ketetapan(certainty) tetapi memadai ia lebih membawa satu tahap kemungkinan yang tinggi (high degree of possibility)- Lord Denning dalam kes Miller v Minister of Pensions.

2. Adalah satu perkara yang bagus untuk mempunyai perasaan skeptikal apabila dua orang yang bermusuhan akhirnya berdamai dalam satu pertemuan yang singkat dan memakan masa tidak sampai sehari. Apa yang cuba aku katakan adalah berkenaan kemelut kepimpinanan MCA- meskipun aku tidak layak untuk bercakap dan masuk campur akan hal ini tetapi ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Barisan Nasional sebagai kerajaan negara ini.

3. Rata-rata orang pasti berasa lega apabila Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek berdamai dalam satu sidang media minggu lepas dan Soi Lek akhirnya bersetuju menerima pimpinan Tee Keat dan bekerja untuk menjayakan 'unity plan'. Tapi berbeza dengan aku: skeptikal mula membayangi fikiran meskipun ucapan kedua-dua pemimpin ini seakan 'melepasi keraguan munasabah'. Aku membiarkan perasaan skeptikal itu kerana tidak mempunyai sebarang mind of probability apakah perkara yang akan berlaku di sebalik perdamaian ini.

4.Akhirnya aku menemui jawapan tersebut.

5. Usaha berbaik-baik Tee Keat dan Soi Lek rupanya tidak dapat menghentikan krisis yang semakin serius dalam MCA. Rupanya mereka terpaksa bergabung untuk 'membuang' timbalan presiden baru Tiong Lai. Itulah yang aku cuba tafsirkan di sebalik perbaikan semula Tee-Lek. Tiong Lai menggesa untuk mengadakan EGM kali kedua untuk menentukan pucuk pimpinan yang baru atau ertikata lainnya presiden MCA yang baru. Ini tentu sahaja menggugat kedudukan Tee Keat dan untuk menyelamatkan posisi presiden beliau bekerjasama dengan Soi Lek yang akhirnya mendapat semula kerusi Timbalan Presiden setelah diiktiraf oleh ROS.

6. Seharusnya Tee Keat tidak boleh memandang rendah akan 'kehebatan' Tiong Lai yang mendapat sokongan padu oleh sayap-sayap dalam parti termasuk Jawatankuasa Tertinggi MCA. Dan sekarang perhatian media termasuk rakyat Malaysia akan beralih kepada kerusi timbalan Presiden- Soi Lek mahupun Tiong Lai yang layak mendudukinya. Selamat untuk Tee Keat mengekalkan jawatannya, barangkali hanya untuk masa yang terdekat sahaja.

7. Solusi? Aku tak mahu masuk campur masalah parti komponen BN yang mewakili kaum Cina di Malaysia ini cuma aku mahu keputusan perwakilan sewaktu EGM yang lepas mestilah dipatuhi- itulah suara sebenar parti. Yang selebihnya aku serahkan kepada mereka yang lebih arif tentang selok-belok parti MCA ini. Mungkin ada pembaca blog ini yang berketurunan Cina boleh memberi pandangan untuk menyelesaikan kemelut ini.

8. Kesimpulannya blog ini dipos untuk membuktikan wujudnya 'keraguan munasabah' di sebalik perdamaian Tee Keat-Soi Lek dan nampaknya mereka gagal melepasi keraguan munasabah tersebut untuk meyakinkan kita bahawa dengan perdamaian tersebut, krisis dalaman MCA sudah berakhir. ''it is more probable than not that Tee Keat-Soi Lek truce is to kick off Tiong Lai from the deputy chair rather than to solve the MCA real crisis''

7 comments:

  1. assalammualaikum

    menulis seperti seorang lawyer...
    best

    ReplyDelete
  2. ko ni prelaw mane?
    buzz aku kt blog aku balek.

    ReplyDelete
  3. 'belenggu itu sebenarnya ada jawapannya,
    jawapan itu cuma tidak terucap,
    jawapan itu tersembunyi di dalam hati'

    jawapannya sememangnya sudah ada,
    cuma tidak terucapkan dengan kata-kata,
    mereka tahu jawapan itu'.

    salam hormat saudaraku,

    ReplyDelete
  4. aku rase tiong lai the mole..
    dulu ckp xde jawatan pon xkisah,xhadap pon jawatan tapi sampai nk cabar result ros 2 cam gila kuasa sgt..
    dunia3...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)