Wednesday, November 4, 2009

INFERIOR COMPLEX

1. Satu perkara yang sangat mengagumkan aku ketika conference criminalise war sewaktu sesi soal jawab. Meskipun agak annoying kerana ada yang mengambil kesempatan untuk bercakap itu dan ini tetapi tidak memberi soalan.

2.Namun bukanlah itu yang aku nak maksudkan.

3. Ketika sesi soalan dibuka maka akan kelihatan begitu ramai orang akan berbaris. Satu situasi yang aku tidak pernah jumpa di mana-mana sesi ceramah atau seminar sebelum ini. Ternyata tahap pemikiran mereka yang menghadiri conference ini sangat berbeza dan mereka mempunyai tahap keberanian dan self-confident yang lebih baik daripada orang lain.

4. Nah apakah yang menyebabkan kita malu untuk menonjolkan diri?

5.Selalu dalam kuliah kerusi di belakang akan penuh dahulu. Begitu sedikit yang berani bertanya kalau ada pun yang bertanya akan mengajukan soalan selepas habis sesi kuliah. Kita berasa malu untuk duduk di hadapan dan tidak mahu 'memperkenalkan' diri kerana kita takut kita akan buat salah dan orang akan melihat kesalahan tersebut.

6. Aku mendapat pengajaran yang sangat berguna sewaktu di tingkatan satu daripada cikgu sejarah (imagine dia datang kelas hanya membawa sebatang pen marker-buku sejarah dah 'dicetak' dalam otaknya). Dia mempersoalkan kenapa kita apabila berjumpa dengan pelancong atau orang biasa yang dipanggil 'mat salleh' atau orang putih perlu menyapanya dengan panggilan sir? Lainlah kalau dia memang seorang yang lebih tinggi daripada anda dan eksekutif maka dia memang layaklah untuk dipanggil sir. Tapi ini cuma orang biasa, pelancong biasa. Kenapa harus ada rendah diri terhadap mereka?

7. Kita boleh memanggil mereka sir tetapi tidak bererti segala kesilapan mereka kita harus berdiam dan menutup mata. Tidak semestinya 'burden of white man' itu baik belaka dan bagus untuk kita- ada kalanya ia bertujuan untuk menghancurkan jati diri kita supaya kita berasa malu dan rendah diri selanjutnya mengagungkan cara dan budaya mereka.

8. Perkataan rendah diri, inferiority complex adalah sangat berkait rapat dengan diri kita. Tetapi selagi kita merasa rendah diri terhadap seseorang maka selagi itu kita tidak dapat jadi yang lebih baik daripada orang tersebut.

9. Tiba masanya untuk kita menentukan halatuju hidup tanpa pimpinan dan telunjuk orang asing. Kita punya hidup sendiri dan maruah kenapa perlu serahkan kepada orang yang kononnya lebih 'arif' dan berpelajaran daripada kita? Kenapa kita mesti terima bulat2 apa yang diberikan oleh orang barat? Mengapa kita masih perlu menerima apa sahaja paradigma mereka dan tidak boleh memilih jalan sendiri?

10. Buangkan rasa malu dan rendah diri 'tidak bertempat' dan jika ada kesempatan untuk menonjolkan diri maka gunakan kesempatan tersebut. Kita perlu berbangga untuk menjadi diri sendiri dan harus keluar daripada golongan manusia kelas kedua- yang hidupnya hanya tercatat sebagai manusia 'biasa-biasa' sahaja- yang namanya hanya diingati di batu nisan semata.

11.Lakukan sesuatu bermula sekarang atau kita tidak akan berbuat apa-apa untuk hidup ini.

12.Kerana setiap daripada kita mempunyai bakat dan kebolehan masing-masing yang memerlukan kita untuk menggali dan menggunakannya sebagai 'X-Factor' dalam hidup ini!

blog rasmi PGPYO sudah siap 70%, proposal sudah sampai ke peringkat terakhir dan akan direalisasikan bulan ini..bulan november insya allah

3 comments:

  1. one tip. if u come to aussie never, ever call the aussies sir if u x want to be stared. call them mate. that's the norm =)

    ReplyDelete
  2. biar HUMILITY jgn INFERIORITY COM....

    tu yg Najib nak

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)