Friday, October 30, 2009

GAMBAR BOLEH BERCAKAP

1. Tak banyak gambar yang diambil sebab aku pun sentiasa ready on-call untuk menyempurnakan conference tersebut. Sibuk?Tak sesibuk sebelum conference kerana di sini masih sempat untuk post blog dan makan tengahari.Kalau agak2 macam malas nak masuk ke dalam merdeka hall tu aku lepak kat sekretariat room dan tengok live melalui tv.

2.Tapi untuk tidak menghampakan pembaca-pembaca blog ini ada disisipkan beberapa gambar untuk tatapan dan mungkin akan dipos lagi dalam posting kedua(posting kedua mungkin lebih 'friendly' sedikit.

3.So rasailah sedikit kerugian kerana tak menghadiri conference ini.Jangan risau tahun depan ada lagi.

4.Malas nak cerita panjang2..mungkin dalam posting kedua nanti aku nak cerita sedikit pasal conference ni dan planning selepas conference nih.

A) Muhammad Umar..speaker terbaik dan sangat menginspirasikan semua orang yang ada dalam dewan.


B) Keynote speech oleh Tun Mahathir Mohammad. Still wonder how he can talk almost 45 minutes without no text with him and consistent eye-contact with audience.


C) the great leader and the great to be leader

5.Being one of the mahathirism is not so bad. Agree?Up to you to decide it but at least he has do something for peace and justice to the Muslim countries especially for Palestine,Iraq and Afghanistan beside blatantly critics the America double-standard.
6. Ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan pemimpin parti mereka yang kononnya memperjuangkan agama dan mempunyai kenalan ramai di luar negara. Kenapa tak gunakan ideologi dan pengaruh tersebut supaya kerajaan luar negara tu akan mengubah dasar ke atas negara-negara Islam?
7.Atau dia sendiri sebenarnya mempergunakan imej Islamiknya untuk kepentingan sendiri?

Thursday, October 29, 2009

5 NOVEMBER- JUDGEMENT DAY


1. Lebih kurang 4 bulan krisis kepimpinan di Perak mengalami proses ''cooling down'' tetapi kepada bloggers yang 24 jam 7 hari menghidap penyakit 'politiking' meneruskan peperangan siapa yang sah untuk menjawat jawatan Menteri Besar, Speaker dan Exco Kerajaan Negeri.
2.Sampailah ke hari semalam peperangan tersebut tidak menemui jalan damai.Barangkali ada yang berkeyakinan jalan damai hanyalah melalui pilihanraya. Sidang DUN semalam yang berlangsung memperlihatkan sekali lagi sikap tidak matang ahli politik di negara kita. Masih terbawa-bawa dengan sifat kebudak-budakan dan mementingkan kepentingan sendiri daripada kepentingan rakyat.
3. Saya dah berjanji untuk tidak bercakap mengenai soal ini tetapi malangnya saya termasuk dalam golongan manusia yang short-term memory jadi saya kenalah bagi ulasan pasal benda ni.Nanti kalau x ulas bakal dicop sebagai ketinggalan zaman dan tak peka dengan perkembangan semasa.
4. Apabila berlangsung bajet negeri Perak yang dibentangkan dalam sidang DUN terlintas di fikiran saya bagaimana jadinya kalau bajet tersebut dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang kehilangan majoriti disebabkan 3 ADUN melompat ke dalam parti BN. Kebanyakan kita marah kerana PR 'dirompak' kedudukannya dan menjadi minoriti sehingga ada yang mengatakan ''apa masalahnya kalau jadi minoriti sebab minoriti pun boleh tadbir negeri''.
5. Dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem perlembagaan di mana segala usul dan undang-undang akan diluluskan oleh Parlimen atau DUN. Untuk usul menjadi efektif maka diperlukan sokongan 2/3 daripada dewan sidang ataupun majoriti. Jika PR yang masih memegang pentadbiran Perak maka segala usul termasuk bajet pasti tidak dapat diluluskan kerana di pihak BN yang membentuk majoriti pastinya akan menolak usul bajet tersebut.
6. Pastinya yang menjadi mangsa adalah rakyat negeri Perak yang mana peruntukan untuk mereka akan terus ditolak dan ditolak di peringkat DUN yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan, tidak kira samada bajet yang dibentangkan kerajaan minoriti PR adalah satu bajet yang boleh dipanggil 'kebajikan rakyat' dan lebih baik dari kerajaan BN.Akhirnya kebajikan dan pembangunan untuk rakyat tidak diteruskan gara-gara sikap wakil rakyat mereka yang tidak matang dalam berpolitik. Mungkin di sini juga ada 'hikmah' dalam krisis yang berlaku.
7. Sememangnya jalan pilihanraya adalah yang terbaik meskipun jalan ini ditutup atas dasar 'menjaga kesejahteraan,kestabilan dan keamanan' tetapi hakikatnya hijacking the position before the exact time is not a brilliant way. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak sewaktu pemerintahan 'Sultan Abdullah Badawi' yang diketuai oleh 'Panglima Najib' pastinya bukanlah satu perkara yang baik kerana ia adalah satu tindakan yang gopoh dan terburu-buru. Kalau betul nak menang cara bersih atau gentleman maka tunggulah sewaktu PRU yang akan datang. Dalam PRU nanti barulah kita akan tahu siapa yang rakyat suka.
8. Melihat krisis di Perak ni membuatkan kita semakin skeptikal samada BN boleh mengekalkan kedudukan di Perak walaupun banyak program kebajikan ataupun pembangunan dilaksanakan dalam masa 4 tahun ini sebelum PRU yang akan datang. Adakah rancangan rampasan kuasa sewaktu pemerintahan Abdullah Badawi ini adalah satu tindakan untuk meraih semula populariti atau untuk 'menjahanamkan' lagi BN dengan menjadikan imej BN lebih buruk di mata rakyat kerana merampas kuasa di Perak sebelum waktunya(iaitu PRU).
9. Maka sangatlah tepat sepertimana kata-kata seorang penceramah sewaktu persidangan Criminalise War semalam iaitu ''A wolf is not so dangerous than a wolf in a sheep coat'' ataupun dalam bahasa Melayunya ''seekor serigala lebih baik daripada seekor serigala yang memakai identiti biri-biri''.
10. Setelah tiada pilihanraya maka mahkamah yang dijadikan jalan untuk membuat keputusan. 5 November ini kita akan tahu siapakah MB yang sah-muktamad dari suara Mahkamah Persekutuan. Adakah ia mewakili suara rakyat keseluruhan? Tidak. Adakah ia mewakili suara kebenaran dan keadilan?Mungkin.
11.Maka selepas keputusan mahkamah persekutuan sebagai 'the supreme court and cannot be void by other court' akan berlaku satu lagi fenomena yang mudah diramal:
KALAU PR MENANG
PR: Membuktikan kami di pihak yang benar dan BN adalah sebenarnya yang salah dan lanun
BN: Kita hormati keputusan mahkamah
KALAU BN MENANG
PR: Mahkamah tidak adil dan sudah dikompromi dengan kerajaan.
BN: Membuktikan bahawa BN mengikut lunas undang-undang yang betul dan sah.
Ada lagi ramalan yang lain?

Wednesday, October 28, 2009

LADY JUSTICIA SUDAH PANDAI BERPOLITIK

1.Untuk mendapatkan keamanan maka peperangan tidak dapat dielakkan.

2.Benarkah begitu?

3.Serangan ke atas Iraq atas dasar mendapatkan keamanan sejagat daripada dimusnahkan oleh senjata pemusnah yang dimiliki kerajaan Saddam Hussein.Ia juga sebagai satu alasan untuk membebaskan rakyat Iraq daripada rejim kuku besi Saddam Hussein.

4. Hasilnya, 2.5 juta rakyat Iraq telah terkorban, 120000 orang dipenjara dan 43 militan bersenjata telah terjadi sejak pencerobihan AS ke atas Iraq pada tahun 2003.Inilah produk keamanan yang dipromosikan ke atas negara Iraq. Demokrasi yang diagung-agungkan telah memberi lesen untuk membunuh manusia-manusia yang tidak berdosa, yang tidak beruniform tentera mahupun mengangkat senjata.

5. Baru dua hari lepas Bahgdad digegarkan dengan 2 letupan dan mengakibatkan beratus orang awam terkorban. Nah adakah benar peperangan diperlukan untuk mencapai keamanan?

6.Kita tahu peperangan adalah satu jenayah kemanusiaan.Walau apa pun alasannya ia tetap satu pembunuhan. Kita telah tahu beberapa pemimpin yang melancarkan peperangan telah dihadapkan di Mahkamah Antarabangsa atau ICJ. Omar Ali Bashir didakwa atas jenayah perang di Sudan dan baru-baru ini Karadzic didakwa di ICJ kerana genosid di Bosnia. Jelas kita sebagai komuniti dalam tamadun manusia telah bersetuju bahawa peperangan melanggar undang-undang antarabangsa dan hukuman yang ada untuk jenayah perang ini adalah:hukuman Mati.

7. Tetapi kenapa penjenayah perang yang bernama George W Bush dan Tony Blair tidak dihadapkan ke ICJ atas tuduhan jenayah perang dan genosid ke atas Iraq.Mereka gagal membuktikan Iraq mempunyai senjata pemusnah yang boleh mengguggat keamanan sejagat. Kenapa mahkamah yang seharusnya menjadi tempat keadilan dan kebenaran untuk ditegakkan telah membisu dan takut untuk mendakwa dua manusia ini?

8.Jawapannya mudah: ICJ merupakan salah satu daripada 6 organ dalam United Nation yang mana sumbangan terbesar untuk organisasi datangnya dari kerajaan AS.ICJ tidak dapat didirikan tanpa sumbangan dari negara uncle Sam ini.Akhirnya inilah akibatnya. ICJ telah menjadi alat untuk AS menghukum jenayah perang di negara lain tetapi mendapat imuniti daripada didakwa atas nama jenayah perang.

9.Jelas, ICJ telah dikompromi dengan politik hagemoni Amerika Syarikat. Lady Justicia yang menjadi lambang keadilan dalam tamadun manusia akhirnya berlumpur dengan politik Amerika. Lady Justicia telah dimanipulasi. Dia sudah tidak layak lagi untuk menjadi 'keadilan' manusia.

10. Sudah tiba masanya ICJ perlu diganti dengan satu mahkamah atau tribunal jenayah perang yang lebih telus dan transparen serta tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan kuasa-kuasa besar yang telah memanipulasikan Lady Justicia. Tribunal yang baru ini perlu menjadi suara untuk mereka-mereka yang tertindas kerana kes-kes mereka ditolak untuk didengar di ICJ demi menjaga imuniti AS. Sudah tiba detiknya untuk kita melepaskan mentaliti dan tanggapan kita bahawa ICJ boleh menjaga keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita mencabar pengiktirafan AS sebagai kuasa besar dan 'penjaga' dunia yang ternyata mengamalkan double standard dan penindasan ke atas negara-negara yang mempunyai kepentingan untuk AS dan sekutunya.

11.Dan sebab itulah, kita berkumpul di sini untuk melakar satu sejarah baru dalam tamadun manusia.

ZHARIF
PWTC

Monday, October 26, 2009

K.E.R.J.A

1. Dua semester memegang jawatan sebagai penganggur terhormat sewaktu cuti semester menjelang.Sangat membosankan.Tidur komfem2 time tok bilal dah on the way nak ke surau sembayang subuh pastu bangun makanan sarapan dah jadi makanan tengahari. Tazkirah daripada bonda tercinta pun dah jadi macam lagu nobody yang aku dengar tiap-tiap hari. Tapi...semester ni dah lain sikit.

2.Mungkin masih baru bekerja tapi memandangkan aku nak rehat daripada membicarakan soal politik(24 jam politik bosan jugak) jadi kali ni aku nak lari dari tema biasa. Mula-mula macam pelik jugak sebab aku pun tak tahu jawatan betul aku kat pejabat tingkat 5 Jalan Perdana ni. pernah sekali ada orang call bertanya ''Awak ni jawatan apa ek?''

3.Terkedu jap untuk 5 saat.Takkan nak cakap volunteer walaupun pada hakikatnya itulah jawapan yang tepat tapi untuk menyelamatkan 'maruah' organisasi maka tanpa segan silunya aku menjawab ''Assistant Mr.Ram(which is the manager of PGPO)''.

4.Memang status aku sebagai volunteer tapi volunteer2 pun dah macam keja betul dah ahaha.Cuma bila sukarelawan komfem takde duit gaji.Ha ni satu lagi perkara yang sangat annoying.Bila orang lain tanya ''gaji berapa sebulan?''. Aku dah mula touching dah. Dah kena berbohong sunat kang kalau cakap xde gaji problem pulak.

5.Sebenarnya aku xkisah pun keja ada gaji ke tak sebab ada certain2 perkara yang tak boleh diukur dengan nilai matawang baik dolllar mahupun ringgit.Yang penting hati kena ikhlas kalau keja asyik fikir duit tu yang x produktif langsung.Kerja sebab ada duit. Bila ada perkara-perkara seperti kemanusiaan dan keadilan lebih-lebih lagi melibatkan isu Palestin dan Iraq,maka itu tidak boleh diukur dan 'digajikan' dengan duit sebab mati pun aku sanggup walaupun kubur tak bernisan kalau soal kemanusiaan dan keadilan di Palestin dan Iraq( ayat nak novel jek).

6.Walaupun kerja xbergaji tapi sarapan dan lunch free of charge.Cuma kena keluarkan duit tambang lrt sahaja dan waktu kerja pun bukannya macam sekolah menengah dulu. Pukul 10 paling awal aku masuk dan paling lewat pukul 2. Tapi balik paling awal pukul 6.30 aku keluar ofis.

7. Barulah terasa 'hidup' time cuti semester nih.Dah kerja kena pakai baju formal macam ari isnin kat UiTM kang kalau aku pakai attire feveret aku iaitu jersi dan jeans komfem orang ingat aku datang mintak sponsor untuk main bola. Kerja pun tangan macam dah beku bila nak menaip nama-nama orang yang akan mengahdiri conference lusa. Dan esok dah tak masuk ofis lagi dah sebab akan mula berkampung di pwtc bersama volunteers lain untuk final touch.Sangat menyeronokkan.

8.Aktiviti selepas balik kerja?Mandi,makan,main game dan kalau sempat tengok movie.Kalau dah agak2 bosan terus je aku tidur tapi buku mesti tak boleh lepas sebab kalau tak aku xboleh tidur satu malam( boleh je sebenarnya.Time malam sebelum exam selalu buat camni).

9.Dan satu lagi soalan yang sangat mencabar selain daripada jawatan dan gaji daripada orang lain iaitu: Kamu dah kawhin ke belum?

10.Err?Yang tu nak kena jawab ke?

Saturday, October 24, 2009

IKUT GILIRAN

1. Apakah reaksi sebagai rakyat Malaysia mengenai bajet 2010?

2.Dari perspektif rakyat Malaysia yang mempunyai demografi sebagai seorang mahasiswa bajet tersebut satu berita yang 'baik' kepada sektor pendidikan kerana siswa terutamanya pasti lega apabila pinjaman PTPTN akan bertukar menjadi biasiswa.

3.Tapi setiap 'urusniaga' memerlukan pembayaran justeru bayaran untuk menjadikan pinjaman tersebut bertukar kepada biasiswa adalah siswa perlu mendapat ijazah kelas pertama(first class degree).

4.Jika memberi pendapat sebagai rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak banyak komen yang dapat dilakukan sebab saya sedang sibuk bekerja sewaktu bajet dibentangkan.Cuma selepas membaca ulasan dari beberapa pihak di NST barulah saya terfikir bilakah Malaysia akan mempunyai perkhidmatan bas atau pengangkutan awam yang mesra dengan golongan kurang upaya.Mungkin ada tetapi tidak terlalu 'membanggakan'.

5. Oh ya dan saya juga sedang mencari satu negeri atau pusat hab makanan halal di Malaysia. Mengikut bentangan bajet hab makanan halal boleh menjana trillion ringgit.Satu angka yang mengagumkan. Bajet 2010 juga membuatkan saya mencari berkenaan ECER dan NCER.Apa cerita ya koridor-koridor tersebut?

6.Selebihnya saya tak bolehlah komen sebab saya belajar undang-undang sahaja.Ekonomi saya tak pandai nak mengira,itupun tak tahu kertas ekonomi boleh dapat A ke tidak dalam peperiksaan semester tiga yang lepas. I'm hopeless in number.Cuma yang saya tahu bila bajet dibentangkan ada bonus untuk kakitangan awam.Tahun ni tak tahulah pula ada ke tak sebab pejabat saya takda tv.

7.Cuma rasanya saya fikir suara segelintir pihak masih 'serak' seperti penstrukturan semula gaji dan meminimumkan kadar gaji tetap. Kena tunggu bajet seterusnya.Mungkin dalam bajet 2013?

EGM

1.MIC habis bersidang tetapi tiada Extraordinary General Meeting(EGM).Cuma yang sedikit panas berkenaan tempoh jawatan presiden MIC yang sudah terlalu lama dan isu garland slippers.

2.Kemudian Perhimpunan Agung UMNO yang kedua pada tahun ini berlangsung.Saya ingatkan ada EGM untuk menyingkirkan pemimpin sayap parti yang menang kerana rasuah tetapi nampaknya tak ada apa-apa pun yang berlaku.Cuma penghapusan kuota sahaja yang dilakukan. Kalau nak pinda perlembagaan yang menetapkan pemimpin sayap parti yang didapati bersalah kerana rasuah harus dipecat mungkin tak efektif kerana Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak fundamental rakyat iaitu 'res judicata'. Saya punya bahasa Inggeris tak berapa baik jadi kena tanya bekas pelajar Oxford tula untuk mengetahui maksud res judicata tu. Kalau nak tahu dalam bahasa Melayu pun kena baca tiga empat kali malangnya buku perlembagaan persekutuan tak ada di sisi saya ketika ini. Sebab itu saya cadangkan supaya EGM dilakukan untuk mem'buang' pemimpin tersebut.

3.Selepas itu MCA pula mengadakan EGM untuk menentukan pemimpin utama parti.Tiga isu sekaligus dibuat.Presiden yang sudah lost of confident daripada undi tersebut masih memegang jawatan presiden; perang antara presiden dan timbalan presiden akhirnya ditamatkan( sangat menghairankan.Kenapa tak berdamai awal2?Kan senang tak perlu buat EGM). MCA pun dapat timbalan presiden baru. Tapi keluar pula isu yang timbalan presiden sekarang adalah dari pihak yang 'ketiga'(rujuk NST 24 Oktober).

3.Dalam hari yang sama juga(24 Oktober) PAS pula mahu mengadakan EGM atas cadangan Mursyidul Am untuk membersihkan parti tersebut daripada mereka yang mahu bekerjasama dengan UMNO. Maruah dan perjuangan asal PAS perlu dipertahankan dan PAS tidak mahu imej mereka tercemar dengan imej 'sekularisme' UMNO. Parti PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO menolak hudud dan PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang lantang menolak perjuangan PAS menegakkan hudud di negara ini. ''Over my dead body'' kata Pengerusi DAP. Ada sesiapa yang berminat untuk menjawab kenyataan tersebut?Atau lebih baik bekerjasama dengan parti bukan Islam daripada bekerjasama dengan parti yang mementingkan nasionalisme atau 'sekularisme'?Atau DAP akan terbuka pintu hati untuk membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud apabila pakaran rakyat menang dalam PRU akan datang?

4.Lepas ni tak tahu pula siapa yang akan berpublisiti di dalam media negara kita.Giliran parti mana pula lepas ni?PPP?Gerakan?PKR?DAP?Atau ada parti lain yang nak 'potong giliran' untuk mencapub(cari publisiti) sekali lagi?UMNO?PAS?MCA?MIC?

5.Dan itulah, politik Malaysia!

Tuesday, October 20, 2009

TRANSFORMASI-BUKTIKAN BENAR BERUBAH!


1. Duit dan UMNO. Ibarat muka syiling yang tak dapat dipisahkan.
2.Retorik yang menjadi sandaran telah memuakkan rakyat tetapi masih lagi setia untuk duduk, bersila dan membaca akhbar-akhbar kerana setiap kali perhimpunan agung dijalankan maka akan timbul pelbagai idea-idea yang hebat dan mengagumkan.
3. Dahulu kita digegarkan dengan Melayu Mudah Lupa sehingga mencetuskan banyak pro dan kontra.Timbul pula selepas itu Melayu Glokal yang tidak sempat tumbuh akarnya dan ranum buahnya dan sekarang-transformasi.
4.Saya tidak berniat skeptikal bahkan kagum apabila orang Melayu seolah diberi nafas baru untuk kembali berjuang dalam arena politik, satu perkara yang telah mendaging dalam bangsa Melayu baik dari warung-warung kopi sehinggalah ke pejabat atasan. Cuma yang paling saya risaukan adalah ''Cakap-cakap habis di situ juga''
5. Kita tidak mahu segala idea dan rencana yang diusulkan mati setengah jalan.Atau mati sebelum jalan kerana kita perlukan rancangan yang konkrit bagaimana untuk benar-benar 'transformasi'kan parti UMNO.Kalau 7 usul yang dipinda sudah dikatakan memadai untuk transformasi maka pada hemat saya itu hanya transformasi untuk satu perkara-mencegah politik wang. Itu pun saya fikir masih belum sempurna transformasinya kerana perasuah politik masih sahaja menjawat ketua Pemuda UMNO. Sebab itu jangan hairan kalau dalam ucapan beliau tidak disentuh sedikitpun akan hal politik wang sebab silap-silap 'meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.''
6.Masih banyak agenda untuk transformasikan parti yang sudah beurmur 63 tahun ini.Bukan sahaja politik wang tetapi juga sikap para pemimpin UMNO yang tidak mencerminkan sikap dekat di hati rakyat. Pelbagai birokrasi dan 'hijab' untuk bertemu dengan mereka dan kalaupun sudah aduan dilakukan masih sahaja tindakan belum diambil. mereka hanya datang apabila tiba pilihanraya dan kemudian waktu itu janji-janji mula ditaburkan.
7.Kita kena faham gaya dan latarbelakang rakyat yang ingin kita dampingi. Kalau nak raih sokongan penduduk luar bandar fahami masalah mereka dan tak perlulah datang ke rumah mereka dengan kereta2 mewah dan gaya yang mewah.Cukuplah dengan bersederhana dan yang paling penting; kerja mesti mau jalan. Kalau nak dekati golongan muda fahami apa masalah yang mereka hadapi dan kena tahu sebab musabab UMNO tidak disokong oleh mereka.Kena selalu berjumpa dan berdiskusi dengan mereka dan kalau boleh tubuhkan satu think tank dari golongan muda yang akan sentiasa memberi feedback dan pandangan.Kalau dengar dari ahli sendiri sudah tentu tak banyak pandangan dan kritikan yang diberi kerana nak jaga kepentingan masing-masing.Maka kesannya kita jadi buta dan tidak tahu masalah sebenar rakyat.
8. Apa yang menarik perhatian saya apabila amanat presiden telah selamat disempurnakan maka kebanyakan wakil2 yang memberi ucapan mula mengutarakan soal 'wang' dalam reaksi yang berbeza-beza. di bahagian Pemuda sudah mula minta bank atau tabung khas untuk membantu belia-belia. Dan timbul lagi soal itu dan ini berkaitan duit. Saya rasa hairan kenapa UMNO perlu bersikap demikian?Mengapa wang yang dijadikan sasaran dalam bekerja? Semangat volunteerism sudah luntur dan mereka hanya ingin berjuang untuk bangsa jika ada duit.Kalau takda duit tak boleh buat kerja.
9. UMNO seharusnya lebih kreatif untuk menjana 'pendapatan' sendiri.Kalau bahagian Pemuda mereka boleh mengumpul dana dengan menganjurkan aktiviti2 kemasyarakatan dan dari situ mereka boleh bekerjasama dengan syarikat2 tajaan dan dari situ mereka boleh laksanakan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan diri dengan golongan muda.Tak perlu harapkan duit disuap tetapi kelaur dan cari sendiri. Wang bukanlah matlamat tetapi hanya sekadar alat. Jika wang sudah dijadikan sebagai matlamat dan lebih penting dari perjuangan bangsa maka lupakanlah hasrat untuk bertransformasi.
Meng'islam'kan UMNO
1. Pandangan bekas Mufti Perlis bahawa UMNO perlu kembali kepada agama Islam untuk memantapkan semula parti adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan perintah agama untuk ''mentaati Allah,Rasul dan Ulil Amri.Jika berlaku perselisihan maka kembalikan semula urusan itu kepada Al-Quran dan Sunnah''. Bahkan Rasul saw sendiri bersabda bahawa AL-Quran dan Sunnah itu akan menyelamatkan sesiapa dari kesesatan.
2. Salah seorang rakan saya yang juga seorang blogger muda Farid Zuhri turut memberi pendapat yang sama dalam hal ini. UMNO tidak harus meminggirkan kepentingan agama kerana orang melayu dan agama Islam sangat rapat dan jika ada perkara2 sensitif berkenaan agama dicabar maka hati orang melayu juga akan terguris. Saya tidak pasti pula sewaktu persidangan lepas ada wakil UMNO yang berlatarbelakangkan agama diberi peluang untuk berucap dan berbahas usul.
3. UMNO tidak perlu takut kalau ia memartabatkan Islam nanti akan dilihat sebagai mengikut trend parti PAS.UMNO ada style-nya tersendiri, UMNO seharusnya lebih konsisten antara perjuangan untuk bangsa dan agama.
4.UMNO mempunyai ramai ahli-ahlinya yang boleh dikatakan setaraf ustaz dan ustazah. Seorang blogger yang juga Pemuda UMNO saudar Azli Shukri begitu hebat berhujah mempertahankan UMNO dari segi agama. Beliau jika tidak silap saya merupakan seorang bekas guru madrasah. Jadi janganlah lari bila orang ajak debat tentang soal agama sebab bila lari nampak sangat kita ni salah dan memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan.Janganlah malas sangat nak cari ahli-ahli yang boleh berhujah dan mempunyai pendidikan agama yang luas kerana mereka ini sangat membantu UMNO. Bahkan jika tidak keterlaluan golongan agamawan ini juga perlu diberikan 'special position' atau sayap baru supaya suara mereka lebih jelas dan menjadi benteng hujah UMNO. Tak perlu ikut rentak lawan yang menggunakan taktik menyerang menggunakan fitnah, maki-hamun,terjerit2 dan sebagainya. Gunakan intelektual. Saya yakin orang-orang dari Universiti Oxford mesti lebih 'intelektual' daripada saya yang cuma ada pendidikan UiTM sahaja. Jadi saya rasa mereka ini lebih arif untuk berlawan secara intelektual dengan pihak lawan.
5. Masih terlalu awal untuk menghukum dan membuat penilaian. Masih lagi menunggu tindakan dan perubahan drastik. Penghapusan sistem kuota belum cukup untuk meyakinkan hati rakyat. Bersihkan UMNO dengan sebersih-bersihnya, kembalikan UMNO kepada al-quran dan sunnah dan hidupkan UMNO dengan semangat sukarela untuk memperjuangkan bangsa maka dengan itu barulah UMNO benar-benar transformasi.Waalahua'lam