Saturday, October 24, 2009

IKUT GILIRAN

1. Apakah reaksi sebagai rakyat Malaysia mengenai bajet 2010?

2.Dari perspektif rakyat Malaysia yang mempunyai demografi sebagai seorang mahasiswa bajet tersebut satu berita yang 'baik' kepada sektor pendidikan kerana siswa terutamanya pasti lega apabila pinjaman PTPTN akan bertukar menjadi biasiswa.

3.Tapi setiap 'urusniaga' memerlukan pembayaran justeru bayaran untuk menjadikan pinjaman tersebut bertukar kepada biasiswa adalah siswa perlu mendapat ijazah kelas pertama(first class degree).

4.Jika memberi pendapat sebagai rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak banyak komen yang dapat dilakukan sebab saya sedang sibuk bekerja sewaktu bajet dibentangkan.Cuma selepas membaca ulasan dari beberapa pihak di NST barulah saya terfikir bilakah Malaysia akan mempunyai perkhidmatan bas atau pengangkutan awam yang mesra dengan golongan kurang upaya.Mungkin ada tetapi tidak terlalu 'membanggakan'.

5. Oh ya dan saya juga sedang mencari satu negeri atau pusat hab makanan halal di Malaysia. Mengikut bentangan bajet hab makanan halal boleh menjana trillion ringgit.Satu angka yang mengagumkan. Bajet 2010 juga membuatkan saya mencari berkenaan ECER dan NCER.Apa cerita ya koridor-koridor tersebut?

6.Selebihnya saya tak bolehlah komen sebab saya belajar undang-undang sahaja.Ekonomi saya tak pandai nak mengira,itupun tak tahu kertas ekonomi boleh dapat A ke tidak dalam peperiksaan semester tiga yang lepas. I'm hopeless in number.Cuma yang saya tahu bila bajet dibentangkan ada bonus untuk kakitangan awam.Tahun ni tak tahulah pula ada ke tak sebab pejabat saya takda tv.

7.Cuma rasanya saya fikir suara segelintir pihak masih 'serak' seperti penstrukturan semula gaji dan meminimumkan kadar gaji tetap. Kena tunggu bajet seterusnya.Mungkin dalam bajet 2013?

EGM

1.MIC habis bersidang tetapi tiada Extraordinary General Meeting(EGM).Cuma yang sedikit panas berkenaan tempoh jawatan presiden MIC yang sudah terlalu lama dan isu garland slippers.

2.Kemudian Perhimpunan Agung UMNO yang kedua pada tahun ini berlangsung.Saya ingatkan ada EGM untuk menyingkirkan pemimpin sayap parti yang menang kerana rasuah tetapi nampaknya tak ada apa-apa pun yang berlaku.Cuma penghapusan kuota sahaja yang dilakukan. Kalau nak pinda perlembagaan yang menetapkan pemimpin sayap parti yang didapati bersalah kerana rasuah harus dipecat mungkin tak efektif kerana Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak fundamental rakyat iaitu 'res judicata'. Saya punya bahasa Inggeris tak berapa baik jadi kena tanya bekas pelajar Oxford tula untuk mengetahui maksud res judicata tu. Kalau nak tahu dalam bahasa Melayu pun kena baca tiga empat kali malangnya buku perlembagaan persekutuan tak ada di sisi saya ketika ini. Sebab itu saya cadangkan supaya EGM dilakukan untuk mem'buang' pemimpin tersebut.

3.Selepas itu MCA pula mengadakan EGM untuk menentukan pemimpin utama parti.Tiga isu sekaligus dibuat.Presiden yang sudah lost of confident daripada undi tersebut masih memegang jawatan presiden; perang antara presiden dan timbalan presiden akhirnya ditamatkan( sangat menghairankan.Kenapa tak berdamai awal2?Kan senang tak perlu buat EGM). MCA pun dapat timbalan presiden baru. Tapi keluar pula isu yang timbalan presiden sekarang adalah dari pihak yang 'ketiga'(rujuk NST 24 Oktober).

3.Dalam hari yang sama juga(24 Oktober) PAS pula mahu mengadakan EGM atas cadangan Mursyidul Am untuk membersihkan parti tersebut daripada mereka yang mahu bekerjasama dengan UMNO. Maruah dan perjuangan asal PAS perlu dipertahankan dan PAS tidak mahu imej mereka tercemar dengan imej 'sekularisme' UMNO. Parti PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO menolak hudud dan PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang lantang menolak perjuangan PAS menegakkan hudud di negara ini. ''Over my dead body'' kata Pengerusi DAP. Ada sesiapa yang berminat untuk menjawab kenyataan tersebut?Atau lebih baik bekerjasama dengan parti bukan Islam daripada bekerjasama dengan parti yang mementingkan nasionalisme atau 'sekularisme'?Atau DAP akan terbuka pintu hati untuk membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud apabila pakaran rakyat menang dalam PRU akan datang?

4.Lepas ni tak tahu pula siapa yang akan berpublisiti di dalam media negara kita.Giliran parti mana pula lepas ni?PPP?Gerakan?PKR?DAP?Atau ada parti lain yang nak 'potong giliran' untuk mencapub(cari publisiti) sekali lagi?UMNO?PAS?MCA?MIC?

5.Dan itulah, politik Malaysia!

Tuesday, October 20, 2009

TRANSFORMASI-BUKTIKAN BENAR BERUBAH!


1. Duit dan UMNO. Ibarat muka syiling yang tak dapat dipisahkan.
2.Retorik yang menjadi sandaran telah memuakkan rakyat tetapi masih lagi setia untuk duduk, bersila dan membaca akhbar-akhbar kerana setiap kali perhimpunan agung dijalankan maka akan timbul pelbagai idea-idea yang hebat dan mengagumkan.
3. Dahulu kita digegarkan dengan Melayu Mudah Lupa sehingga mencetuskan banyak pro dan kontra.Timbul pula selepas itu Melayu Glokal yang tidak sempat tumbuh akarnya dan ranum buahnya dan sekarang-transformasi.
4.Saya tidak berniat skeptikal bahkan kagum apabila orang Melayu seolah diberi nafas baru untuk kembali berjuang dalam arena politik, satu perkara yang telah mendaging dalam bangsa Melayu baik dari warung-warung kopi sehinggalah ke pejabat atasan. Cuma yang paling saya risaukan adalah ''Cakap-cakap habis di situ juga''
5. Kita tidak mahu segala idea dan rencana yang diusulkan mati setengah jalan.Atau mati sebelum jalan kerana kita perlukan rancangan yang konkrit bagaimana untuk benar-benar 'transformasi'kan parti UMNO.Kalau 7 usul yang dipinda sudah dikatakan memadai untuk transformasi maka pada hemat saya itu hanya transformasi untuk satu perkara-mencegah politik wang. Itu pun saya fikir masih belum sempurna transformasinya kerana perasuah politik masih sahaja menjawat ketua Pemuda UMNO. Sebab itu jangan hairan kalau dalam ucapan beliau tidak disentuh sedikitpun akan hal politik wang sebab silap-silap 'meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.''
6.Masih banyak agenda untuk transformasikan parti yang sudah beurmur 63 tahun ini.Bukan sahaja politik wang tetapi juga sikap para pemimpin UMNO yang tidak mencerminkan sikap dekat di hati rakyat. Pelbagai birokrasi dan 'hijab' untuk bertemu dengan mereka dan kalaupun sudah aduan dilakukan masih sahaja tindakan belum diambil. mereka hanya datang apabila tiba pilihanraya dan kemudian waktu itu janji-janji mula ditaburkan.
7.Kita kena faham gaya dan latarbelakang rakyat yang ingin kita dampingi. Kalau nak raih sokongan penduduk luar bandar fahami masalah mereka dan tak perlulah datang ke rumah mereka dengan kereta2 mewah dan gaya yang mewah.Cukuplah dengan bersederhana dan yang paling penting; kerja mesti mau jalan. Kalau nak dekati golongan muda fahami apa masalah yang mereka hadapi dan kena tahu sebab musabab UMNO tidak disokong oleh mereka.Kena selalu berjumpa dan berdiskusi dengan mereka dan kalau boleh tubuhkan satu think tank dari golongan muda yang akan sentiasa memberi feedback dan pandangan.Kalau dengar dari ahli sendiri sudah tentu tak banyak pandangan dan kritikan yang diberi kerana nak jaga kepentingan masing-masing.Maka kesannya kita jadi buta dan tidak tahu masalah sebenar rakyat.
8. Apa yang menarik perhatian saya apabila amanat presiden telah selamat disempurnakan maka kebanyakan wakil2 yang memberi ucapan mula mengutarakan soal 'wang' dalam reaksi yang berbeza-beza. di bahagian Pemuda sudah mula minta bank atau tabung khas untuk membantu belia-belia. Dan timbul lagi soal itu dan ini berkaitan duit. Saya rasa hairan kenapa UMNO perlu bersikap demikian?Mengapa wang yang dijadikan sasaran dalam bekerja? Semangat volunteerism sudah luntur dan mereka hanya ingin berjuang untuk bangsa jika ada duit.Kalau takda duit tak boleh buat kerja.
9. UMNO seharusnya lebih kreatif untuk menjana 'pendapatan' sendiri.Kalau bahagian Pemuda mereka boleh mengumpul dana dengan menganjurkan aktiviti2 kemasyarakatan dan dari situ mereka boleh bekerjasama dengan syarikat2 tajaan dan dari situ mereka boleh laksanakan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan diri dengan golongan muda.Tak perlu harapkan duit disuap tetapi kelaur dan cari sendiri. Wang bukanlah matlamat tetapi hanya sekadar alat. Jika wang sudah dijadikan sebagai matlamat dan lebih penting dari perjuangan bangsa maka lupakanlah hasrat untuk bertransformasi.
Meng'islam'kan UMNO
1. Pandangan bekas Mufti Perlis bahawa UMNO perlu kembali kepada agama Islam untuk memantapkan semula parti adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan perintah agama untuk ''mentaati Allah,Rasul dan Ulil Amri.Jika berlaku perselisihan maka kembalikan semula urusan itu kepada Al-Quran dan Sunnah''. Bahkan Rasul saw sendiri bersabda bahawa AL-Quran dan Sunnah itu akan menyelamatkan sesiapa dari kesesatan.
2. Salah seorang rakan saya yang juga seorang blogger muda Farid Zuhri turut memberi pendapat yang sama dalam hal ini. UMNO tidak harus meminggirkan kepentingan agama kerana orang melayu dan agama Islam sangat rapat dan jika ada perkara2 sensitif berkenaan agama dicabar maka hati orang melayu juga akan terguris. Saya tidak pasti pula sewaktu persidangan lepas ada wakil UMNO yang berlatarbelakangkan agama diberi peluang untuk berucap dan berbahas usul.
3. UMNO tidak perlu takut kalau ia memartabatkan Islam nanti akan dilihat sebagai mengikut trend parti PAS.UMNO ada style-nya tersendiri, UMNO seharusnya lebih konsisten antara perjuangan untuk bangsa dan agama.
4.UMNO mempunyai ramai ahli-ahlinya yang boleh dikatakan setaraf ustaz dan ustazah. Seorang blogger yang juga Pemuda UMNO saudar Azli Shukri begitu hebat berhujah mempertahankan UMNO dari segi agama. Beliau jika tidak silap saya merupakan seorang bekas guru madrasah. Jadi janganlah lari bila orang ajak debat tentang soal agama sebab bila lari nampak sangat kita ni salah dan memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan.Janganlah malas sangat nak cari ahli-ahli yang boleh berhujah dan mempunyai pendidikan agama yang luas kerana mereka ini sangat membantu UMNO. Bahkan jika tidak keterlaluan golongan agamawan ini juga perlu diberikan 'special position' atau sayap baru supaya suara mereka lebih jelas dan menjadi benteng hujah UMNO. Tak perlu ikut rentak lawan yang menggunakan taktik menyerang menggunakan fitnah, maki-hamun,terjerit2 dan sebagainya. Gunakan intelektual. Saya yakin orang-orang dari Universiti Oxford mesti lebih 'intelektual' daripada saya yang cuma ada pendidikan UiTM sahaja. Jadi saya rasa mereka ini lebih arif untuk berlawan secara intelektual dengan pihak lawan.
5. Masih terlalu awal untuk menghukum dan membuat penilaian. Masih lagi menunggu tindakan dan perubahan drastik. Penghapusan sistem kuota belum cukup untuk meyakinkan hati rakyat. Bersihkan UMNO dengan sebersih-bersihnya, kembalikan UMNO kepada al-quran dan sunnah dan hidupkan UMNO dengan semangat sukarela untuk memperjuangkan bangsa maka dengan itu barulah UMNO benar-benar transformasi.Waalahua'lam

Friday, October 16, 2009

PREJUDIS, PERMINTAAN DAN PERSEPSI


1. Awalnya saya sendiri tidak tahu apakah kepentingan mempelajari subjek MTC039 Social Psychology ketika di semester dua. Tetapi seperti yang kita sering dengar: Allah sentiasa memberikan hikmah dan telah mengatur perjalanan seseorang itu dengan sebaiknya. Setelah 6 bulan yang lepas meninggalkan subjek ini kini barulah saya dapat memetik hikmah tersebut.
2.Jika anda membuka bab yang ke 10 maka anda akan mempelajari satu perkara yang dipanggil prejudis atau dalam bahasa Inggeris prejudice. Secara ringkas kenapa prejudis boleh berlaku adalah kerana 3 perkara:
*Untuk melindungi keyakinan diri sendiri atau self-esteem kerana terasa diri terancam oleh kumpulan luar
*Persaingan untuk mendapatkan sumber yang terhad atau tempat yang harus dikongsi bersama
*Pengkategorian sosial atau social recategorization.Atau perkataan lainnya berbangga dengan kumpulan sendiri atau assabiah.
3. Maka diakhir bab ini juga anda akan mengetahui apakah-apakah jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah prejudis ini antaranya:
*CONTACT HYPOTHESIS atau kekerapan berhubung antara kumpulan untuk mengurangkan prejudis dan menambahkan pengetahuan serta kefahaman tentang latarbelakang kumpulan tersebut
*Menjadikan ahli kumpulan luar sebagai ahli kumpulan sendiri dan menghapuskan 'sempadan kumpulan' sendiri.
*Perasaan bersalah atas penindasan ke atas kumpulan luar yang dilakukan oleh ahli kumpulan sendiri.
3 PERMINTAAN
1. Saya berjaya menghabisi buku '3 wishes of palestinian and Israeli Children' tulisan Deborah Ellis minggu lepas. Buku ini jelas menyingkap tentang perasaan dan pandangan kedua-dua belah pihak yang sedang bermusuhan.Sungguh untuk membaca buku ini anda perlu membuang sebentar perasaan anti apapun kerana apabila membaca buku ini anda akan mengetahui apa yang ada dalam fikiran generasi muda Palestin dan Israel.
2. Kebanyakan daripada kanak-kanak ini tidak pernah berhubung antara satu sama lain(Israel dan Palestin).Maka kebanyakan pandangan mereka adalah one way view dan mereka tidak diberikan kesempatan untuk 'contact'. Ada juga sebilangan yang dapat berhubungan dan mereka ini kelihatan lebih matang dan berjiwa besar dan lebih toleransi.
3.Akan tetapi jika kanak2 tersebut mempunyai pengalaman buruk lantaran serangan dari pihak yang bermusuhan maka mereka akan berdendam dan mempunyai pandangan yang sangat negatif. Kanak-kanak Palestin yang sering dilayan seperti binatang, ditahan di pos pemeriksaan dan dihina serta dicerca oleh tentera Israel akan lebih bersifat untuk menentang dan prejudis. begitu juga kanak2 Israel yang mengalami pengalaman sahabat2 mereka terbunuh dalam serangan bom berani mati, prejudis mereka sangat tinggi dan lebih provokatif.
4. Buku ini juga menambahkan keyakinan saya bahawa tidak semua penduduk Israel bersetuju dengan tindakan kerajaan Zionis Israel. Ada satu pertubuhan yang dipanggil Black Vigil terdiri daripada penduduk Israel yang menentang tindakan kejam dan penindasan ke atas rakyat palestin.Begitu juga dengan Naturei Karata yang dipimpin oleh Rabii Weisz yang menyelar pendudukan Yahudi di Jerusalem.
5.Tembok pemisah yang didirikan oleh Israel selain untuk melumpuhkan ekonomi dan pergerakan rakyat Palestin disamping atas dasar 'keselamatan' penduduk Israel adalah juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya 'contact hypothesis'.Penduduk Israel dan Palestin tidak akan dapat berhubung dan semakin sukar untuk memahami pemikiran antara satu sama lain.
6. Ada yang mengimpikan kewujudan dua buah negara yakni negara Israel dan Palestin.Tetapi idealisme tidak boleh lari dari realisme kerana realitinya negara Israel didirikan setelah berjuta rakyat palestin menjadi pelarian di negara Arab.Bacalah lebih lanjut buku Ethnic Cleansing of Palestine tulisan Profesor Ilan Pappe untuk mengetahui sejarah bagaimana Israel didirikan dengan menggunakan darah serta penghalauan rakyat Palestin dari tanah air sendiri.
7.Kembalikan semula hak rakyat Palestin untuk kembali atau setidak-tidaknya bebas hidup di negara sendiri.Tidak ada negara yang didirikan tetapi terpaksa mengharungi puluhan pos pemeriksaan oleh tentera negara lain. Pelarian Palestin mesti diberi hak untuk kembali semula ke tanah air dan melawat keluarga tanpa perlu terasa diancam dan dibunuh oleh tentera Zionis. negara Palestin mesti mempunyai sempadan sendiri, kekuatan tentera sendiri dan layak untuk dipanggil sebagai sebuah negara.
8.isu Baitulmaqdis juga merupakan satu lagi masalah. Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk mengawal dan melarang orang untuk beribadat di kawasan suci tersebut kerana baitulmaqdis merupakan 'rumah suci' kepada tiga agama samawi. Setidak-tidaknya perkara yang terdekat yang dapat dilakukan adalah meletakkan baitulmaqdis sebagai zon bebas dan tidak boleh dikawal oleh tentera Zionis sebaliknya dikawal dan dijaga oleh pemerhati antarabangsa.
9.Banyak lagi isu dan langkah yang boleh diambil tetapi tujuan saya menulis blog ini adalah menunjukkan kaitan ilmu psikologi dengan isu yang berlaku di Palestin-Israel. Amat banyak sekali persamaan antara punca2 prejudis dengan apa yang berlaku di Palestin. Langkah2 menghilangkan prejudis juga jika diaplikasi dalam krisis ini boleh membawa kepada jalan keluar dan penyelesaian.
10.Kita tidak boleh mengharapkan US semata-mata untuk menyelesaikan konflik ini.Kita sebagai umat Islam mesti menjadi wakil untuk rakyat Palestin dalam menyelesaikan krisis ini. Tetapi malangnya tidak ada seorang pun pemimpin Arab atau Islam berminat untuk memerah keringat dan fikiran untuk membela rakyat Palestin. Lebih berminat meletakkan maruah dan masa depan saudara sendiri di tangan pihak lain.
PERSEPSI
1. Mungkin dengan selepas membaca blog ini ada yang mula curiga dan akan memberi gelaran 'mossad' kepada saya kerana membicarakan soal Israel dan 'berpihak' kepada penduduk Yahudi yang cenderung untuk menjadi pro-Palestin.Atau mungkin kerana saya dilihat cuba untuk mengimpikan kewujudan dua buah negara iaitu Palestin dan Israel dan menggadaikan Baitulmaqdis kepada pemerhati antarabangsa.
2.Saya tetap berpegang teguh dengan hadis nabi bahawa sebelum hari kiamat akan berlaku kemenangan umat Islam ke atas orang-orang Yahudi sehingga mereka akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok dan Masjid Al-Aqsa akan kembali ke pangkuan Islam. Tetapi melihat situasi sekarang adalah lebih baik kita mengumpulkan kembali kekuatan dan mengatur strategi untuk menghadapi krisis yang lebih rumit ini.
3.Saya menentang Zionis kerana mereka telah membunuh saudara2 di Palestin, mencabul maruah saudari-saudari saya di Palestin, merompak dan menindas umat Islam di Palestin dan bersikap tidak adil kepada penduduk Palestin.Berselindung di sebalik nama mempertahankan diri sendiri dan menuduh pihak yang mengecam mereka sebagai pilih kasih.
4.Tetapi menentang mereka juga memerlukan kebijaksanaan dan mesti mengetahui latarbelakang mereka.Sepertimana dalam falsafah perang ''Know yourself and know your enemy and you will win a hundred victory without defeat''.
5.Dan kita kalah kerana kita tidak mengetahui diri kita sendiri dan tidak mengetahui musuh kita sendiri.Tiba masa untuk kita berlapang dada dan mempelajari kekuatan serta kelemahan diri sendiri serta kekuatan dan kelemahan musuh kita.

Thursday, October 15, 2009

SUARA ORANG MUDA

1. Sibuk2 dengan kerja sampai suratkhabar yang dibeli pun cuma sempat dibaca ketika waktu malam. Yela event pun dah nak dekat so memang kena work hard sikit.Apapun alhamdulilah sekurang-kurangnya adalah jugak benda nak buat time cuti2 ni.Dah bosan dah pegang title penganggur sementara nih.

2. Saya sangat tertarik dengan tulisan Puan Zubaidah Abu Bakar di akhbar NST yang bertajuk ''No time to lose in winning over young voters''. Memandangkan sudah sangat jelas bahawa saya termasuk dalam title young itu rasa dihargai juga apabila ada seseorang yang akhirnya menyampaikan perkara yang benar.

3. Golongan muda akan menjadi peratusan terbesar sebagai pengundi dalam pilihanraya umum 2013. Pada pilihanraya lepas sebanyak 4.9 JUTA pengundi muda telah mengundi pembangkang dan menurut satu analisis menunjukkan bahawa pengundi muda bawah 30 tahun yang baru didaftar adalah penyokong Pakatan Rakyat(PR).

4.Ini adalah satu angka-angka yang sangat menarik kerana suara muda sangat mempengaruhi masa depan negara.Andaikata jumlah 4.9 JUTA pengundi ini dan mungkin akan terus bertambah pada PRU 2013 akan mengundi pembangkang maka BN kemungkinan besar akan kalah dan jika menang, hanya akan menang majoriti mudah.

5. Memang tidak dinafikan sangat sukar untuk mencari fresh blood yang menyokong kerajaan.Jika anda berada di IPT maka ramai di kalangan anak muda yang lebih suka untuk membangkang dan memburukkan imej kerajaan.Saya sendiri tidak tahu jika ada rakan2 satu semester dengan saya cenderung untuk pro-kerajaan.Yang saya lihat adalah kebanyakan junior2 part1 yang lebih menyokong kerajaan.

6.Tidak salah untuk mengkritik kerajaan.Saya sendiri biasa mengkritik tetapi biarlah kritikan itu satu kritikan yang membina dan boleh membetulkan kesilapan. Saya sendiri mengakui UMNO tidak 100% 'bersih' tetapi sayajuga tidak bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa pakatan rakyat 100% bersih. Kerana semua ada kelemahan masing-masing dan jangan disebabkan kesalahan setitik nila seseorang itu dijadikan sebelanga susu.

7.Adalah satu perkara yang memalukan jika anda belajar di tempat yang disediakan oleh kerajaan, menggunakan duit biasiswa yang diberi kemudian mengutuk dan mencerca kerajaan. Ibarat seorang yang diberikan itu ini kemudian di belakang orang yang memberi itu dikutuk dan dihina. Jika anda mahu mengutuk dan menghina silakan.Tetapi pastikan anda tidak menggunakan satu sen pun duit dari orang yang anda hendak kutuk.Kerana anda juga tidak akan mengutuk ibu bapa anda yang memberi anda duit dan sokongan.

8.PKPI telah pun dilancarkan oleh TPM untuk diberikan kepada tiga sayap utama dalam UMNO untuk mengembalikan semula keyakinan dan sokongan pengundi. Tetapi suka sekali lagi saya ingatkan jika UMNO terus mengabaikan bakal-bakal pengundi muda ini( seperti mana yang dilakukan oleh ahli UMNO yang bernama Dollah-sila rujuk post blog 'membazir' yang lepas) maka janganlah terlalu berharap akan berjaya memerintah negara ini lagi.

9.Saya masih menunggu perubahan dalam masa 2 tahun ini kerana saya yakin dalam masa dua tahun ini macam-macam boleh jadi dan banyak tindakan yang boleh dilakukan.Tetapi kalau dua tahun tu hanya bercakap dan tak buat kerja maka tidak akan ada juga sebarang perubahan.

10.Juga sangatlah saya berharap supaya UMNO tidak mengabaikan peranan IT dan blog kerana dikhabarkan juga pada pilihanraya yang lepas UMNO sudah 'kalah awal' dalam perang siber apabila lebih ramai pembaca-pembaca blog dan laman web tertarik untuk mendengar 'the other side of a story' dan pastinya ini satu petanda yang buruk jika cerita tersebut diada-adakan dan lebih 'kuah dari sudu'.

10.Atau mungkin trend 'promise everything but serve nothing' ini sudah semakin popular sehingga membolehkan seseorang itu menang hadiah Nobel Keamanan?

Tuesday, October 13, 2009

SEDIKIT CERITA DAN PENGUMUMAN

1. Lepas hantar ibu balik ke Lumut di Puduraya terus gerak ke pejabat global peace. Banyak kerja nak kena buat termasuklah key-in nama-nama yang confirm akan datang pada Conference tersebut. Dan rutin itu ditambah dengan kerja menelefon orang untuk sahkan mereka hadir atau tidak akan bersambung pada hari-hari berikutnya.

2.Habis kerja lepak kat kedai mamak bersebelahan stesen komuter KTM.Memang transport aku nak ke pejabat cuma dua: sepasang kaki dan LRT Aliran Kelana Jaya.
3. Time tengah prepare butiran-butiran mesyuarat aku terjumpa potret ni.Ntah nampak macam best je dan sangat bertepatan dengan pepatah 'Behind successful man there is a woman behind him'

PENGUMUMAN
1.Memandangkan aku sedang bekerja mengisi nama-nama yang akan hadir pada conference 28-31 haribulan nanti maka kepada sesiapa pembaca blog ini yang berminat sila fill up this form. Kalau rasa cam malas dan takde mesin faks kat rumah bolehlah bagi nama, pekerjaan,tempat kerja,no telefon dan email di ruangan komen dalam post ini.
2. Sangat berharap dapat berjumpa korang semua di sana! =)
CARA UNTUK MUAT TURUN SLIP
-Pergi ke laman web www.perdana4peace.org
-Klik di bahagian Events
-Muat turun confirmation slip di situ

Sunday, October 11, 2009

CATUR POLITIK MALAYSIA


1. Tahniah kepada calon UMNO yang memenangi kerusi Bagan Pinang hari ini. Pilihanraya kecil yang berlangsung pasca pilihanraya umum yang lepas telah mengekalkan momentum status-quo. Tidak ada yang dinamakan perubahan yang sebenar kecuali hanya majoriti undi yang menjadi indikator samada rakyat masih menerima UMNO atau mula memilih pembangkang.
2.Justeru untuk membuat perbandingan 'siapa lagi banyak menang' adalah kurang sesuai kerana tidak ada yang sebenarnya menang atau kalah.Ia sekadar status quo dan selepas pilihanraya umum akan datang barulah kita boleh tahu pendirian sebenar rakyat.
3. Kita membuat andaian perubahan akan berlaku rentetan kemenangan pembangkang di dalam pilihanraya2 kecil yang berlangsung lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya PRK di negeri Perak dan Kedah yang waktu itu sentimen kebencian sangat merasuk berikutan krisis politik yang berlaku di negeri Perak. Maka kemenangan pembangkang dijadikan indikator bahawa rakyat mahukan kerajaan 'baru'.
4.Apabila berlangsungnya pilihanraya kecil di Manek Urai tiba-tiba gelombang berubah. Meskipun PAS mengekalkan kerusi di situ tetapi mereka hanya menang dengan majoriti undi yang sedikit.Mula kedengaran bahawa rakyat masih lagi percaya kepada UMNO dan menyokong parti tersebut.
5. Pilihanraya Permatang Pasir pula menceritakan keadaan sebaliknya.UMNO kalah dengan majoriti undi yang besar. Sekali lagi suara rakyat sukar untuk dijangka oleh kerajaan mahupun pembangkang.Apabila berlangsung pilihanraya di Bagan Pinang ramai yang khuatir UMNO akan tewas kerana peribadi calonnya tetapi rakyat masih lagi menerima dan mengundi UMNO.
6.Apa sebenarnya yang berlaku dalam senario politik di Malaysia? Kita sendiri sukar meramalkan pendirian tetap rakyat akan tetapi jika momentum ini berterusan maka bolehlah saya katakan bahawa pilihanraya umum nanti juga tidak akan membawa banyak perubahan daripada PRU yang lepas. Mungkin ada perubahan jika timbul isu-isu besar yang akan menjadi magnet menarik undi rakyat. Juga kehadiran pengundi-pengundi yang baru sahaja layak untuk mengundi pada PRU akan datang akan menjadi faktor terpenting samada BN mahupun PR yang akan memerintah Malaysia.
UMNO JANGAN MELANKOLIK!
1. Keputusan EGM memperlihatkan keadaan sebenar parti dominan Cina MCA yang jelas menolak kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden. Jelas pucuk pimpinan mahukan pemimpin baru dan mampu untuk memimpin mereka semula untuk menarik lebih banyak sokongan pengundi Cina.
2.Ini adalah satu tindakan yang berani dan bukti bahawa suara akar umbi sangat kuat dalam menentukan bangun jatuh sesebuah parti.
3.Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 13-16 Oktober ini juga akan memperlihatkan perubahan besar apabila sistem kuota akan dihapuskan serta lebih ramai perwakilan dan ahli UMNO akan diberi peluang untuk mengundi siapa yang layak untuk menjadi Jemaah Tertinggi parti tersebut.
4. Pola perubahan dalaman parti UMNO boleh disifatkan sebagai sentimental atau istilah yang lebih sopan melankolik. UMNO tidak membuat perubahan yang besar dan mengejut sepertimana yang MCA lakukan. Nyata MCA tidak menerima kepimpinan sedia ada disebabkan faktor-faktor tertentu.
5.Maka ahli UMNO juga perlu berani untuk membuat perubahan yang drastik. Kita tahu siapa yang menjadi pusat kebencian (center of hatred) rakyat kepada UMNO sehingga parti ini kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu.Kita tahu siapa orang tersebut sehingga beliau diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan penting dalam sayap kanan parti tetapi kita masih lagi bertolak-ansur dan memberi peluang sambil berdoa semoga orang ini akan berubah.
6.Jika tidak ada satu perubahan drastik dan menyeluruh dalam UMNO sepertimana yang dilakukan oleh MCA maka parti yang mempunyai keahlian seramai 3 juta orang ini pasti akan bergelut untuk mengekalkan kedudukan dalam pilihanraya akan datang.
7.Dan sekali lagi politik Malaysia sangat sukar diduga. Mungkin senang untuk menduga tetapi kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Ia ibarat seperti bermain catur.
8.Malang sekali saya terpaksa mencari seseorang yang mahir bercatur supaya lebih mudah untuk terjemahkan politik dalam falsafah permainan catur.