Friday, October 14, 2011

bukan sebab tak ada modal,

Bila pilihanraya nak dekat, semua yang dilakukan akan berkait rapat dengan pilihanraya.

Bila cerita pilihanraya teringat akan pilihanraya MPP di awal tahun ini.

Bagaimana dengan manifesto yang dijanjikan?Apakah semuanya sudah dilaksanakan?

Oh jangan risau, ini bukan ruang dan peluang untuk menghentam sesiapa atau menyediakan report card bagi mengkritik MPP kita ( Farid dan Afifah). Tak betul kalau kata mereka tak buat kerja. Tak betul juga kalau kata manifesto-manifesto mereka sudah ditunaikan

Kenapa sekarang baru kau nak bersuara, zharif? dah tak ada modal ka?

Bukan. Bukan sebab modal. Tetapi mengenangkan penggal mereka yang akan tamat lagi 2-3 bulan maka eloklah kita membuat 'reflection' agar janji-janji yang sama, yang tidak dapat ditunaikan tidak ditabur lagi oleh mana-mana bakal MPP pada semester akan datang.

Juga sebagai satu peringatan kepada kita, sejauh mana kita telah membantu mereka berdua ini untuk merealisasikan manifesto-manifesto mereka ini.

Sebagai seorang pengundi,penyokong dan jentera sambilan untuk 'mengempenkan' mereka berdua ini, maka  adalah menjadi tanggungjawab untuk aku memberitahu hal ini. Supaya kita berada di landasan yang benar.

Supaya janji tidak tinggal sebagai janji. Supaya keyakinan dan kepercayaan siswa-siswi terhadap kepimpinan MPP yang akan datang tidak terhapus.Supaya pada masa-masa akan datang, jangan sampai arahan dan kerahan wajib atau 'paksarela' dikeluarkan oleh pentadbiran untuk mewajibkan semua siswa siswi mengundi.

Dan jangan sampai siswa siswi tidak mahu mengundi lagi di masa akan datang. :)

Mudah-mudahan dengan mengingati kembali manifesto yang telah dijanjikan, semua( bukan sahaja Farid dan Afifah tetapi semua siswa siswi undang-undang) dapat fokus kembali untuk merealisasikan manifesto-manifesto tersebut.


wassalam.

2 comments:

  1. Assalam. Zharif, terima kasih utk post ini. Membuat kami berdiri di bumi yang nyata. Sedang dalam proses terakhir menyiapkan segala dokumen utk merealisasikan manifesto-manifesto. Doakan kami berjaya!

    ReplyDelete
  2. good effort zharif;)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)