Saturday, April 2, 2011

Cerita guna-guna dan main belakang

1. Walaupun dah hampir 3 bulan tidak lagi berdiri membentangkan kes di hadapan hakim-hakim yang mendera darjah intelektualiti dan kesabaran, tetapi mooting masih tidak lagi lepas daripada kehidupan. Sejak habis Jessup 2011 sehinggalah ke hari ini, masih sahaja aku sibuk dan menyibukkan diri dalam mooting. Bezanya, kali ini melaksanakan ‘aid service’ secara percuma; yela dah habiskan duit UiTM dekat 8 ribu kenalah bayar balik dengan memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar tanpa mengharapkan bayaran. Nasib baik tak suruh bayar balik 8 ribu tu kalau tak sampai kiamat pun tak mampu bayar.

2. Tapi benda yang macam ni pun nak timbulkan isu. Kononnya dengan cara begitu diri ini telah dipergunakan untuk kesenangan orang lain.

3. Pelik. Tak sangka pun benda macam tu boleh buat isu. Kalau tak suka dengan orang tu tak payahlah nak libatkan aku. Aku sendiri tak pernah melantik mana-mana jurucakap dan duta untuk buat kenyataan macam tu. Aku pun tak terdetik nak tulis kat blog lepas tu melepaskan kemarahan, kesedihan dan rasa fed-up sebab rasa dipergunakan.

4. Nasihat pertama: tak payahlah nak cakap kat belakang pakai mulut ke, blog ke, fb ke, twitter ke, myspace dan sebagainya. Ini bukannya kali pertama aku dah kena ‘main belakang’. Itu hari ada jugak yang tak ada angin tak ada ribut tetiba menyerang pakai facebook. Aku pun hairan rasanya tak ada pulak aku ganggu hidup dia dahulu. Lepas dah agak lama la jugak bersukaria menghentam, kenalah bagi jugak sekali. Once and for all. Melenting tak tentu pasal jugak bila kena serang balik. Itulah tipikal manusia yang suka menghentam tapi bila kena balik baru rasa sakit tu macam mana. Justeru, tak perlulah orang yang menyebarkan perihal diperguna dan mempergunakan ini bersuka ria sangat. Aku tak kisah kalau anda mempunyai masalah dengan orang yang ‘mempergunakan’ aku tu tapi tak perlulah nak kaitkan dengan aku sekali sebab isu yang utama sekali aku tak ganggu pun hidup anda. Kalau dulu masa zaman jahiliah dulu yela, akulah manusia yang sangat mendukung prinsip preemptive strike tapi sekarang dah taubat nasuha dah. Tak perlu nak serang dahulu, tunggu agak2 kalau ada orang dah menyerang baru boleh invoke self-defence.

5. Nasihat kedua: Aku tak ambil hati pun anda nak cakap apa pun tapi tak perlulah pretend macam tak buat salah apa-apa. Kalau agak-agak dah buat salah tu mengaku jela tapi kalau tak nak mengaku tak payah senyum kalau jumpa. Aku pun tak berminat nak pakai topeng hipokrit demi menjaga hati orang-orang di sekeliling. Aku pun nak sedapkan hati membuatlah kemungkinan mengapa anda membuat cerita sebegini. Mungkin anda jealous tak ada orang nak merujuk kat anda mengenai mooting atau aku mendapat ‘tempahan’ yang lagi banyak daripada anda. Nak buat macamana, publisiti aku terlebih sedikit walaupun tak dela aku mencanang dekat satu dunia masa first time aku masuk mooting dulu.

6. Nasihat ketiga: rezeki tu ada di mana-mana. Tuhan kalau nak beri kebahagiaan dan rezeki kat seseorang tu tak ada siapa boleh halang. Tak perlulah berebut sebab bahagian rezeki masing-masing dah ditentukan. Yang sudah ada ini harapan kita, bak kata Hamka.Terima kasih juga kepada Pak Hamka kerana menjadi sahabat baik walaupun tidak pernah ketemu kerana menerusi kata-kata hikmah ‘senangkan hatimu’ menerusi bukunya Tasauf Moden, hidup ini lebih berasa cukup, lebih cukup daripada apa yang ada untuk seisi dunia ini.

7. Paranoid? Sudah tentu tidak. Aku akan terus memberi ‘aid service’ apabila diperlukan. Cumanya next sem sendiri aku ada mooting jadi kenalah tolong group sendiri dulu. Oh kepada mereka yang bakal menjadi kumpulan aku untuk mooting dan LRM next semester, ambillah perintang hati kalau-kalau isu mempergunakan ini timbul. Sebabnya, aku sendir berasa tidak dipergunakan sebab kalau timbul rasa sebegitu, tandanya hati ini tidak ikhlas dan tidak jujur untuk membantu. Justeru, janganlah jugala terasa mempergunakan diri ini sebab yang ‘dipergunakan’ itu sendiri tidak merasa sebegitu.

8. Sudah tentu juga aku tidak akan membuat perkara yang sama terhadap anda. Kalaupun satu hari nanti ditakdirkan untuk bekerjasama dengan anda maka kepentingan peribadi itu harus diletakkan nombor kedua kerana kepentingan kelab mooting UiTM itu perlu diletakkan sebagai priority yang utama dan paling utama.

kenal siapa anda? Anda tahu siapa anda. Oh dan aku tak pernah meminta kepada anda untuk menarik balik dakwaan anda bahawa aku dipergunakan untuk kepentingan seseorang.

Bagaimana kiranya mahu mencari sesuatu yang kekal sedangkan hati ini masih berpaut dengan sesuatu yang tidak kekal?

Bagaimana menurutmu, apakah berakal memaut kepada yang tidak kekal sedangkan yang kekal itu menciptakan yang tidak kekal itu, ditinggalkan?

Wa’allahualam.

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)