1.Minggu lepas adalah minggu bersukan. Ye memang aku selalu bersukan dan mula aktif sejak tingkatan 5. Sebelum tingkatan 5 aku jarang bersukan dan sangat tidak suka apabila mendengar perkataan ko-kurikulum. Biasanya aku akan gunakan alasan asthma yang aku hidap sejak kecil lagi. Tapi sekarang bersukan dah tak jadi masalah dan penyakit asthma tu sudah mula hilang. Cuma ada penyakit lain yang menimpa akibat terlebih bersukan ni.
2. Habis cuti je hari ahad tu terus ada KL Open Marathon Day di Dataran merdeka. Pergi dengan runners dari UiTM Shah Alam yang berjumlah lebih kurang satu bas penuh( 40 orang). Mula-mula ingatkan kategori aku tu kategori lawan dengan budak sekolah menengah ke apa rupa-rupanya kategori 18-25 tahun. Tengok pulak yang masuk memang dah jenis pelari-pelari berpengalaman (termasuk yang suka kahwin lari). Pakai pulak baju yang diaorang dapat masa masuk maratahon yang lepas-lepas 10km la, 30km la memang teruk kena psiko sebelum lari. Kena pulak aku time cuti melepak depan televisyen dan laptop, warm up pun jenis yang cukupkan syarat je memang saspens jugak masa nak starting tu.
3. Tapi alhamdulilah dalam ramai-ramai peserta terbuka seluruh KL pulak tu aku dapat top 100. Atau spesifikkan lagi menjadi pelari yang ke-98 terpantas menamatkan larian. Tak silap aku 200 yang terpantas akan mendapat medal serta sijil. Jadi kiranya aku balik dari marathon tu bukan dengan tangan kosong; ada la jugak sesuatu yang boleh dibanggakan hoho.
4.Dah habis je marathon rehat sehari kemudian selasa dah 'melasakkan' diri dalam latihan pertandingan sukan lasak (PERSAK) bahagian extreme outdoor quest. Terus-terang cakap kami memang tak cukup latihan yang sepenuhnya atau kata lainnya kami adalah 'ironman' dan 'ironlady' mee segera. Tapi semangat yang ditunjukkan sangat mengagumkan. Bukan sahaja peserta tapi sokongan kumpulan cheers jugak sangat hebat dan memang kompeni H sahaja yang mempunyai pasukan sorak yang paling bergegar.
5.Masa hari pertandingan tu memang all out la. Start dari pagi pukul 8.30 dah warm up apa semua kemudian pergi check trek basikal sambil berjalan kaki dengan zul waktu tengahari kemudian beberapa jam kemudian pertandingan dimulakan. Tugas aku adalah bawa beban dan jadi sweeper atau last man. Memang tugas tu dah melekat sejak hari latihan lagi; bahkan time main bola pun memang poisisi last man sangat sesuai untuk aku. Tugas sweeper dalam PERSAK adalah memberi semangat atau 'pusher' atau support system supaya orang di hadapan tidak berhenti dan putus asa. Memang sangat penat dan walaupun tak menang tapi aku tetap puas hati sebab semua orang dalam pasukan aku berjaya tamatkan larian. Itu, bagi aku sudah cukup membanggakan.
6. Jadi sebagai akibat bersukan melampaui batas selama seminggu ni maka adalah akibatnya. Tak pernah masa kat Merbok dulu pergi Unit kesihatan sebanyak dua kali, pernah pergi pun sekali je. Masuk Shah Alam je satu semester dah dua kali pergi pusat kesihatan atas masalah yang sama; tisu kaki koyak. Tapi kali ini lagi bertambah ubat yang dia kasi sebab ditambah sekali dengan masalah hamstring. Nasihat doktor: sila berehat selama dua minggu. Tapi tak sampai pun dua minggu komfem aku akan pergi joging balik hahaha.
*Gambar2 ada diupload dalam facebook..maaf tak dapat nak upload kat dalam blog.
hahhahahah lama betul aku tunggu post baru. heheh!!
ReplyDeleterugi ahh tak g tengok korang PERSAK dat day. huhuhuh memang nak pergi tapi ada hal lain ... haih (-.-)
apa2 pown congratz! xD!
assalammualaikum zharif
ReplyDeletehati2 kaki tu
masa muda tak terasa
tapi nantu umur dah meningkat, penyakit akan datang balik
waah..active2 jugak..kesiharan kena jaga...
ReplyDeleteckp cikgu kl citizen tu betull.. dh tua nnt lag teruk.....