Sunday, March 21, 2010

Memilih Sangat

1.Rasa nak menyimpang sekejap daripada politik walaupun dah janji nak buat siri ketiga berkenaan tsunami 2008. Takpe masih boleh ditunaikan cuma lambat sikit.

2.Sejuta kemaafan disusun kerana dah lama tak update blog ni. Tak bererti saya tak tengok langsung blog ni cuma lebih suka mengintai blog orang lain. Juga disebabkan minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk ditambah dengan pelbagai masalah yang dihadapi. Tapi alhamdulilah Tuhan Maha Penolong. Saya masih kuat untuk teruskan kehidupan dan hari jumaat lepas adalah hari paling bermakna untuk warga fakulti undang-undang UiTM Shah Alam kerana didatangi oleh ketua Hakim Negara Tun Zaki bin Tun Azmi.

3. Lepas habis dengar ucapan Tun Zaki tetiba hati dah mula berbelah bagi: kalau dulu memang begitu tekad untuk menerajui tampuk pentadbiran Malaysia tapi sekarang hati dah mula cenderung untuk memilih badan kehakiman. Entah tapi semuanya bermula apabila aku dah mula jatuh cinta untuk membaca himpunan kes-kes ( terima kasih kepada Puan Mazlina Mangsor). Walaupun membaca kes tidak seseronok membaca novel atau buku-buku lain tapi minat tu sangat tinggi. Pantang dapat kes komfem malam tu juga baca. Bahkan kalau dalam kelas tu terutama kelas tutorial tort, dah menyandang jawatan tak rasmi sebagai CJ ( sangat tak malu di situ) dan di situ berlakunya pertarungan minda dengan JCA dalam menyelesaikan dan membuat keputusan terhadap sesuatu kes (kerana dalam bahagian B dan C perlu mengaplikasi apa yang telah diajar). Bila nak dapat pengesahan rasmi maka dirujuklah kepada Privy Council ( iaitu lecturer Tort sendiri). Bukan itu sahaja, penglibatan dalam team mooting juga sedikit sebanyak menambah minat aku dalam bidang perundangan. Aku sendiri pun dah mula meminati subjek perlembagaan yang aku yakin adalah subjek yang paling penting untuk seseorang hakim kuasai kerana inilah yang akan menentukan

4. Tapi satu masalah yang bakal dihadapi: kalau aku pilih untuk menceburi organ kehakiman maka selamat tinggal kepada blog, facebook dan segala bentuk social networking. Dahlah sekarang ni pun sebelum tidur dan selepas tidur mesti perkataan 'facebook' tu dah ada depan mata. Jadi aku mempunyai masalah untuk adjust kehidupan di situ.

5. Kalau aku tetap dengan pilihan memilih jalan organ eksekutif, tidak banyak perubahan yang ada. Dah biasa dah mengalami kesibukan membuat kerja sampai tak cukup makan dan tidur. Kalau setakat kena fitnah, dihina dan dikhianat oleh orang-orang terdekat pun lagi dah lali dah (bahkan sejak masa sekolah rendah pun dah pernah kena). Social Networking pun tak perlu nak kena delete. Cuma masalahnya kalau aku dah pilih kehakiman maka jalan eksekutif perlu ditinggalkan kerana Malaysia memisahkan organ kehakiman dan eksekutif. Tak boleh seseorang tu dah jadi hakim kemudian nak jadi menteri. Tapi kedua-duanya mempunyai kelas dan taraf yang tersendiri.
Jadi kesimpulannya...... apakah perlu menjadi seperti ini

atau ini?

9 comments:

  1. weyh jangan la memberi impak negatif. nak praktik law xsemestinya kena tinggal semua tu. heheh tp kalau dah jadi judge nanti ehem2 paham2 la. hahahahahha walau apa pun aku sama ngan ko. xtaw nak pilih mana xD!!

    ReplyDelete
  2. Jadi hakim atau lebih tepat Cj boleh bergaul dan bertekak dengan hebat bersama JCA lagi.

    Tapi,

    kalau jadi menteri, mungkin dah tak boleh bergaul dengan hakim yang lain, atau lebih tepat lagi JCA.

    whatever will be, just move along.

    ReplyDelete
  3. hahahaha.... 1stly, what a good opportunity jmpa Tun Zaki...

    Entah la, i see u in both side la Z....
    Ur interest is in Politics, as u mentioned right bro???
    But, seems u in law... ehmmm. Better let the landlord decide

    ReplyDelete
  4. nak tanya apa itu pensyarah adjung?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)