Tuesday, March 9, 2010

Dulu-dulu dah habis...

1. Siri kedua berkenaan tsunami 2008. Ada analisis yang mengatakan bahawa punca kekalahan BN pada pilihanraya lepas disebabkan kekalahan mereka dalam perang psikologi melalui media. Samada tepat atau tidak, analisis tersebut mempunyai asas.

2. Kalau anda baca buku 'UMNO:Berakhir sebuah impian' tulisan Tan Sri Mohamed Rahmat, anda akan tahu betapa pentingnya perang psikologi kerana ia memainkan peranan penting dalam menarik sokongan dan undian kepada sesebuah parti. Adalah salah kalau kita menilai kemampuan BN dalam menguasai media perdana termasuk akhbar dan televisyen kerana sekarang ini ada trend baru yang boleh dijadikan medan penentuan samada sesebuah parti itu menang atau tidak. Itulah media siber; internet dan blog.

3. Kejayaan parti pembangkang menguasai media siber tidak dapat dinafikan. Berita-berita alternatif ini mendapat sambutan yang luar biasa terutama daripada golongan muda. Maaf tapi itulah kenyataannya kerana kebanyakan golongan muda mencari sebuah medium yang neutral, kebanyakan daripada kami agak jemu dengan momokan media perdana yang terlalu menyanjung kerajaan. Kami juga mahukan berita daripada pihak pembangkang; bukan bermaksud kami menyokong pembangkang tetapi kita juga mahu tahu cerita di sebalik sesebuah isu. Apatah lagi dalam undang-undang prinsip audi alteram partem sangat penting yakni kedua-dua belah pihak mempunyai hak untuk mendengar dan didengar. Justeru kehadiran media siber yang tidak bertapis memberi ruang yang banyak kepada pembangkang untuk mempengaruhi golongan muda walaupun kadang2 cerita yang disampaikan itu tidak diketahui sahih atau tidak. Tetapi, trend Malaysiakini, Facebook, Blog tidak dapat dielakkan.

4.Mahu tidak mahu pihak kerajaan tidak boleh ketinggalan dalam bersaing dalam media siber. Cuma yang jadi masalah ada pro-kerajaan yang mewujudkan blog tetapi bahasa yang digunakan sangatlah tidak sopan dan kadang-kadang melampaui batas. Tak baguslah buat camtu. Kalau nak bertarung elok kita bertarung menggunakan fakta dan intelektual bukannya dengan tohmahan, kejian dan cacian. Ini hanya akan memburukkan lagi imej kerajaan. Tak payah terikut-ikut dengan rentak pembangkang. Apa yang penting media siber perlu dijadikan ruang untuk meneutralkan atau 'balance' kan kembali berita-berita yang timbul di pihak pembangkang.

5. PRU akan datang juga sedikit sebanyak dipengaruhi dengan peranan media. Janganlah menyangka dengan berkuasanya ke atas media perdana BN boleh menang dengan selesa. 2008 sudah menunjukkan bahawa teori tersebut salah kerana media siber sudah mula memberi impak yang sangat besar terutama kepada pengundi-pengundi muda. Zaman di mana media perdana adalah tonggak utama kemenangan sudah habis.

6. Pengundi-pengundi muda juga faktor penentu kepada PRU akan datang. Siapa yang dapat menguasai hati dan fikiran pengundi muda maka dialah yang akan memimpin negara pasca 2013. Persoalannya: siapa yang dah berjaya menguasai pengundi muda?

*kupasan lanjut dalam siri ketiga

2 comments:

  1. pasal media ni bukan apa. kerajaan terlalu mendominasi media dan tidak memberi peluang kepada pembangkang yang menyebabkan rakyat bertanggapan sumber media perdana tidak boleh dipercayai dan tiada kredabiliti.

    apa yang penting adalah liputan yang sama, dan kandungan yang betul.

    ReplyDelete
  2. hahaha, menanti siri ketiga... thx 4 ur comments... look forward of working together

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)