Wednesday, February 20, 2013

Untuk Pembaca,


1. Apabila berada di negara orang, aku akan cuba mengambil masa untuk menulis sesuatu. Tanda aku   berterima kasih kerana tempat itu telah memberikan aku ilham untuk menulis. Tanda bahawa setiap kejadian di alam ini bukanlah satu hal yang sia-sia. Kalau tempat itu tidak memberi manfaat untuk manusia lain, setidaknya ia bermanfaat untuk penulis seperti aku mengabdikan sesuatu daripada tempat tersebut.

2. Sewaktu di Sydney, aku mengambil masa sehari untuk berehat dan duduk di dalam bilik. Sambil-sambil tu menghendap di luar tingkap untuk mencari ilham.Di India, aku pernah duduk di halaman  Humayun Tomb untuk menulis. Ketika berada di Jepun, aku mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menulis sambil berlatarbelakangkan gunung Fuji.

3. Di Sydney, aku menulis dua puisi; satu untuk cinta sejati dan satu untuk cinta abadi. Hal yang sama berulang di Jepun.

4. Sangat mencukupkan bagi seorang manusia yang sudah menemukan seorang lagi manusia yang akan sentiasa mengingatkan dia kepada Tuhan. Apatah lagi jika seorang lagi itu menjaga sumber ilhamnya; menunggu masa yang sesuai untuk mencurahkan apa yang telah dikandungkan dalam sumber tersebut.





5. Dan Alhamdulilah, novel yang ditulis sejak bulan Disember telah selamat ditulis. Dua entri sebelum ini diambil daripada novel tersebut. Justeru dengan sukacitanya saya menjemput para pembaca yang berminat untuk memberi review dan respons berkenaan novel tersebut untuk membaca novel tersebut. Tinggalkan emel anda di ruangan komen facebook atau di blog ini atau langsung sahaja emel kepada zhariflaw@gmail.com. Penulis memerlukan 10 orang untuk membaca dan memberi review tentang novel ini.

6.Bagi sesiapa yang pernah membaca novel Laskar Cinta, selamata menikmati karya terbaru penulis ini!

EKSTASI RUMI 

Sinopsis:

    Kali pertama perkataan rumi itu wujud dalam hidup ialah apabila ia digunakan sebagai alternatif kepada tulisan jawi. Tulisan rumi merangkumi dua puluh enam huruf seperti yang sedang digunakan dalam novel ini.

          Apabila semakin meningkat dewasa, takdir membawa aku untuk mengetahui bahawa rumi bukanlah sekadar tulisan tetapi ia merujuk kepada seorang manusia yang telah membawa perubahan besar dalam agama Islam terutama dalam aliran falsafah dan tasawuf. Apa yang dapat disimpulkan ialah Rumi bertanggungjawab menjenamakan imej agama Islam dengan pendekatan yang lembut yakni seni dan mengaitkannya dengan cinta.

          Tidak ada siapa yang dapat memahami cinta lebih daripada Rumi. Mungkin agak keterlaluan tetapi itulah dia di hidupku. Walaupun Rumi sudah lama meninggal dunia tetapi kehadirannya dapat dirasai hingga kini dan dia hadir di saat aku berjalan dalam kegelapan mencari erti kehidupan dan makna cinta.

          Saat itu, tanpa dan secara tidak sengaja, aku menghidupkannya semula. Di satu tempat yang penuh rahsia dan tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun kecuali tuan empunya diri.

Hati.
          Sebab itu jangan menyangka kewujudan seorang manusia tidak berguna di muka bumi ini. Mungkin tidak sekarang tetapi tidak ada satu yang diciptakan oleh Sang Pencipta tanpa sebarang tujuan.Mungkin kesannya tidak nampak kepada ahli terdekat tetapi ia boleh merentasi sempadan masa dan generasi. Jika kewujudan seorang manusia yang bernama Rumi itu hanya mempunyai satu tujuan maka tujuan itu tidak lain untuk memimpin aku mengerti maksud kehidupan dan cinta...

6 comments:

  1. Ekstasi Rumi? wahhh...! sinopsis pun dah memukau... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih aimie. insyallah novel Rumi dan novel 7304 akan dijual minggu depan :)

      Delete
    2. Zharif... cantik tak gunung Fuji? :D
      (berkenen sangat dengan Jepun... keh3)

      Delete
    3. best tak pi round2 negara laen? teringin nak pergi... nak2 ke Jepun... :D

      Delete
    4. gunung Fuji sentiasa cantik :) untung time tu xda awan sangat so dapat clear picture of it. Negara lain pun alhamdulilah ok jugak but still Malaysia is still the best . Btw aimie, novel zharif bertajuk 7304 ada cerita tentang pengalaman semasa berada di India dan Jepun. Kalau Aimie berminat bolehlah beritahu zharif k :)

      Delete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)